nuffnangku

Tuesday, July 3, 2012

Iman genap sebulan

Iman genap sebulan pada 1 Julai 2012.

masa lahir:
berat : 3.77kg
panjang : 52 cm

genap sebulan :
berat : 4.5 kg
panjang : 57 cm

548541_439790049376428_1891594236_n
budak terlebih hari dan terlebih besar, masa lahir. kekeeke. buah hati mama dan papa dia. buah hati sekeluarga.


alhamdulilah.

Hari ini Iman kena pergi klinik untuk suntikan hepatitis B dos kedua. Tapi yang bawa dia pergi klinik, atok dan nenek dia. Sebab mama dia pun, kena pergi Hospital Ampang, untuk follow-up checkup pasal kes tumpah darah masa bersalin cser tempoh hari. Mama dia pun kena cucuk ambil darah *sakit!!*

Tapi, kalau aku ada dengan Iman pun, jangan haraplah aku yang hendak dukung dia bawa masuk jumpa nurse masa nak kena cucuk. Mesti aku suruh mak aku yang bawa, hati aku ni cepat layu. Tak sanggup tengok anak kena cucuk *nangis*

Masa Iman berusia 2 hari lepas lahir, dia kena cucuk. Sedih oi. Nasib lah dia menangis masa tu je, lepas tu dia dah ok. Kalau tak, mesti aku nangis sama. Mak aku kata, masa bawa Iman pergi cucuk tadi, dia tidur. Masa kena cucuk je, dia bangun dan menangis sekejap. Lepas tu sambung tidur semula (anak aku kuat tidur tau, hari aku tengah bertarung nyawa nak lahirkan dia pun, dia sedap tidur lagi dalam perut tu, kahkahkah) entah perangai siapa la yang dia warisi *buat-buat pandang papa Iman* tula, masa mengandung, kuat tidur sangat, ehh.

Sedikit update tentang keadaan aku. Sebenarnya, masa tumpah darah tu, doktor bagi 2 pilihan dekat aku
1)transfuse darah (sorry, aku kurang reti nak eja dalam bahasa melayu ni)
atau,
2)makan pil iron-tablet

Aku takut sakit kalau masuk darah ni, tapi doktor kata ini yang paling berkesan. Diorang siap pujuk aku lagi tapi aku tak makan dipujuk, hehehe. Bukan seorang dua doktor yang pujuk sampai ada yang siap sindir lagi. tapi aku peduli apa. Sebab aku takut sakit T_T doktor tu boleh beritahu macam ni - kalau masuk darah, kemungkinan risiko untuk mendapat HIV, hepatitis B bla..bla..bla..adalah tinggi. Dengar je HIV, ingat aku nak rela? Mintalah dijauhkan. Doktor kata lagi, kalau makan pil, mungkin akan sembelit dan proses nak kembalikan kesihatan aku dan pulih tu ambil masa. Tak apa, aku rela. So, after sebulan, dengan 2 kali sehari kena makan iron tablet tu, aku kena datang semula ke hospital untuk follow-up - ambil darah.

Nasiblah dalam tempoh sebulan tu, aku tak kena sembelit hari-hari. Ada sekali dua je. Tu pun sebab aku lupa hendak minum air suam banyak-banyak :"( Kalau tidak, azablah untuk orang yang bersalin cser ni. aku jadi ngeri dan pergi imagine, jahitan terbuka lah apa lah. ngeee.(sorrylah, aku cerita pasal sembelit semua ni, sekadar nak kongsi ilmu je)

Tapi selama sebulan ni, aku tak ada pun nak pitam atau pening kepala (effect kurang darah, kita akan cepat letih, pitam atau pening). Hopefully, tak ada apa yang kronik, InsyaAllah.

Bila jauh dari Iman selama 2 hari ini, aku rindu giler kat dia. Sampai terasa-rasa dia ada dalam perut *gila*
Selalunya bila duduk sorang-sorang (masa mengandung) aku selalu berbual dengan dia. Kalau Iman ada depan mata, aku tak adalah leka sangat sebab nampak baby tu depan mata. Ni bila berjauhan, baby tak ada depan mata, aku banyak kali ter berbual dengan perut yang tak ada isi lagi dah ni. Lepas itu bila sedar Iman dah lahir, mulalah emo kejap. Sedih sebab kawan baik aku tu dah lahir, dulu setia je dia ke mana-mana dengan aku, main tendang-tendang. Sekarang, aku rindu dia masa dia dalam perut aku.

aku share video 4D masa Iman dalam perut aku, 24w1d. aku tak pernah letak dekat blog aku ni, sebab masa tu Iman belum lahir, segan nak letak. sekarang, boleh lah. hihihi


rindu saat dia dalam perut.

Tapi sekarang, lagi seronok. Dah dapat gomol-gomol dia. hihi. dah boleh melayan macam - macam ragam dia. alhamdulilah. kejap je dah sebulan, rasa macam baru je lagi bersalinkan dia.


Ada anak kecil ni, hati memang teringat rumah je la. asik rindu dia.

love,
mama Iman, 3 Julai 2012.

3 comments:

  1. Kejap je dah sebulan... Tak sabar I nk bersalin ni nak gomol2 baby jugak hahah!

    ReplyDelete

Terima Kasih singgah blog ini. Sila tinggalkan komen anda :) tapi yang positif je taw.Kalau nak tanya apa-apa secara details, boleh email saya yea - veelara85@gmail.com

♥♥ Lara ♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...