nuffnangku

Wednesday, July 4, 2012

Hospital Ampang.

goverment punya ya.
bukan Ampang Puteri tu.
Jangan tersilap.

Ini berdasarkan pengalaman aku sendiri, orang lain, aku tak tahu lah kan.

Aku tak kisah bersalin kat mana pun, sebab aku rasa sakitnya tetap sama, yang pasti bersalin kat mana-mana pun, aku jugalah yang kena tanggung sorang-sorang. tapi tentulah kalau private, layanan memang tip top. kalau hospital kerajaan ni, memang lah ada kekurangan di mana-mana. tapi kena ingatlah, kalau hendak jimat, maka hospital kerajaan lah yang menjadi pilihan.

Dulu, memang kita selalu disogokkan dengan nurse-nurse tua yang kejam dan mulut laser. doktor-doktor tua yang juga kejam. juga tak kurang bangunan hospital yang kelihatan macam rumah hantu yang scary gila. tapi sebabkan aku pernah bleeding masa awal-awal pregnant, aku pernah masuk ke Emergency ward di Hospital Ampang. masa tu, aku tengok semuanya memuaskan hati. doktor baik, nurse pun sopan dan environment pun memang selamat dan tak scary langsung.

aku review apa yang aku ingat je ok. maklumlah bila dah bersalin ni, urat banyak yang terputus. hehehe.

Nurse.
Nurse kat situ, tak lah friendly tapi tak lokek dengan senyuman. dan diorang sedia membantu bila-bila di perlukan. tapi of coz lah dalam setandan pisang tu, adalah sebiji dua yang rosak, macamtu juga dengan nurse kat situ. adalah seorang dua yang mulut macam hapeh. bising-bising marah pesakit suruh breastfeed baby, bising-bising suruh pesakit kemas-kemas sikit beg-beg baju yang tak terurus (aku la tuh) bukan aku pemalas ke apa, tapi Tuhan jela yang tahu betapa sukarnya nak kemas-lemas barang masuk almari dengan sakit cser, nak membongkok memang tak larat lah aku. dengan anak lagi nak kena handle. memang tak terurus lah, pertamakali dalam hidupkan. bila kena sound, aku buat bodo jela, sebab dia sound pun tak lah kurang ajar sangat, kalau melebih, memang aku lawan je. peduli lah aku. kalau makin teruk, aku buat complaint terus.

Tapi kebanyakkan nurse kat situ memang baik-baik. Ada sekali tu, aku silap adjust katil aku, dekat pukul 3 pagi, tak tahan sangat sebab tak selesa dan terasa sakit bila nak tidur, aku panggil nurse minta betulkan katil. ingatkan kena marah, alhamdulilah, elok je dia datang tolong aku. kiranya masa aku kat wad, banyak kali jugalah aku minta tolong apa-apa dengan nurse. minta diorang buat itu ini. 

Doctor.
Aku puas hati. diorang memang sopan, siap minta maaf  bila nak seluk. memang pandai lah ambil hati pesakit. kalau doctor lelaki pun, diorang tak adalah main hentam je pegang bila nak check atau sentuh kita walaupun nak check denyutan nadi tu. diorang minta permission dulu dan siap minta maaf. aku memang tak berkira sangat, doctor lelaki ke perempuan ke, tak kisah.lagipun dalam keadaan darurat (tengah sakit) perlu ke aku banyak songeh? memang tak aku lah kan. aku faham, diorang doctor, tugasnya merawat pesakit.


Makanan.
Dah nama hospital kerajaan, makanan tak adalah best sangat, tapi tak teruklah. masih boleh dimakan. menu tegahari dan petang, aku suka sikit. hehe. sebab agak ok lah juga makanannya. tapi tukang makan, memang bukan aku sebab aku kena telah ikan haruan je memanjang (-______-‘) .tukang makan, samada suami atau adik-adik aku :p

Persekitaran.
Masa aku masuk wad biasa lepas transfer dari HDU ward, aku ditempatkan kat wad yang ada 4 orang. dan dekat dengan toilet. memang tak adalah aku azab sangat hendak ulang alik ke toilet dengan takut anak nangis atau tersedak susu. risau juga toilet jauh-jauh, kalau anak tersedak susu nanti, takut tak dengar atau tak sedar. malam-malam pun tak adalah menakutkan persekitaran wad tu. nurse memang kerap ronda-ronda. doktor pun.

Guard pun memang tegas. memang bukan sebarangan orang boleh keluar masuk area situ. kalau hendak masuk pun, biasanya dia bagi 10 minit, tapi ada juga yang memang tegas, langung tak bagi masuk (masa bukan waktu melawat) walaupun hantar barang.

Oh ye, katil dan peralatan semuanya masih baru dan persekitaran memang bersih. aku rasa setiap jam, memang makcik cleaner datang mop lantai, toilet tu semua. so kebersihan memang terjaga.


Labour Room.
Suami memang boleh teman. labour room pun bukan kongsi ramai-ramai (masa aku la). memang seorang sebilik. jadi lebih privacy dan lebih tenang. tak adalah seriau sangat dengar sana-sini orang lain menangis ke mengerang ke masa nak bersalin.


Kos.
Aku memang tak minta pun bilik yang sorang tu. tak mahu. nanti tak ada kawan hendak senyum-senyum dan sunyi. jadi aku tak kisah pun letak aku kat mana asalkan selamat dan selesa. kos selama aku di sana cuma lebih kurang RM150 ( 4 hari) untuk orang yang cser macam aku ni. nasib baik aku pilih hospital kerajaan. kalau swasta, tambah hospital yang grand-grand rasanya duit yang keluar boleh buat hantaran kahwin sekali lagi . lol.


Kalau perlu bagi jumlah bintang,aku bagi 4 dari 5 bintang.

Sebabnya :
Ini cabaran paling besar untuk aku, sampai aku dah call suami menangis-nangis. sebabnya aku dah la cser, memang sakit nak bangun duduk susukan baby dan handle baby. suami pula tak boleh teman. aku rasa kekurangan hospital ni, itu saja lah. suami atau keluarga, patutnya boleh teman supaya ada orang yang boleh tolong pesakit. ni tak, aku nak pergi toilet pun memang aku cuak sebab takut apa-apa jadi dekat baby, tak ada siapa perasan. orang sebelah-menyebelah pun kebanyakkannya bz dengan baby masing-masing dan ada yang tidur, jadi memang tak lah baby ko menangis ke apa, diorang nak tolong tengok-tengokkan. aku memang struggle lah masa 5 hari 4 malam di wad tu sebab hanya baby aku sorang je tak mahu tidur malam dari pukul 9 malam sampailah pukul 7 pagi esoknya. jadi boleh bayangkan tak macamana stressnya aku nak handle baby dengan sakit cser yang berbisa ni. berpinar juga mata aku ni esoknya menahan mengantuk. aku pun hanya akan tidur bila time melawat,sebab masa tu mak dan suami ada boleh tolong jagakan Iman.

-aku puas hati dengan Hospital Ampang, tapi biasalah kalau dah hospital kerajaan tu,certain part tetap hospital kerajaan. tapi ok lah.
-hospital ni strict giler pasal breastfeeding. janganlah korang berani-berani nak bawa botol susu. atau formula milk. memang nahas.

10 comments:

  1. i rs i suka hospital gov sbb breastfeeding. sng tak payah nk kene mention ke apa dgn nurse.sbb certain private tak aware kan bab bf ni pdhal i paaaligggg tekankan bf.huhu.

    i pn dh mls nk pk doc laki ke pempuan. sjk doc pempuan yg rawat i tu quit n diganti dgn doc laki i pasrah je laa hahaha. sbb kpmc tu je yg murah ade dlm puchong. columbia asia over budget company. tp dlm hati mcm nk g hosp serdang gak kekeke..sbb cm best je n happening hihi

    ReplyDelete
  2. i pun mcm u... bsalin nk cr murh2 je... jnji service ok... tp ampng tu mmg strict sikit... pasni try la ppukm...not bad

    ReplyDelete
  3. salam kenal :)

    congrats on ur newborn!

    ReplyDelete
  4. thanks for the info..
    i dah pergi sana, dah kenal2 nurse sana.n i rasa nekad gi sana....

    ReplyDelete
  5. 1st KC nak ckap Tahniah dik. Selamat menempuh cabaran menjadi ibu.

    Hospital Kerajaan .. kita byr murah .. tak leh nak demand lebih2 la, kan. So entry adik ini sgt rasional. KC suka.

    ReplyDelete
  6. LisaLisut : hehe.mmg kebanyakkan gomen tekankn bf...kelakarlah u,ade plak pilih hospital sbb happening...tp btul gak kn..buat ape pilih tmpat yg stress..nk beranak kene la rilex2.baru senang nk pushh.hahaha.lisa,good luck ye...

    btul tu.xpyh la pk sgt doc lelaki ke pompuan ke...ms da sakit tu,x kira ape daa... :)


    Allene : hehe.same la...wahh,ade ayat pasni tu.hihihi...ok,akan try g PPUKM if ade pasni lg.hahaha.InsyaAllah.

    Izla, salam kenal pd u jugak.terima kasih dear :)

    Syima,wahh.advance tu.siap g kenal2 lg..heheeh...

    kakchik@ella : hehe...btul tu kak...lgpun sy ukur bju d bdan sy sdiri je..dah tahu sy pegi government je,so sy pn xde la ngade2 nk demand lebih2..thnx kak :)

    ReplyDelete
  7. yup! sy setuju, sepatutnya hosp gov membenarkan pesakit ditemani ahli keluarga. Sebab utama sy pilih private hosp sbb nak ditemani ahli keluarga. n sy tahu betapa peritnya nak bergerak if dibedah. Tapi...ada juga hosp gov yg benarkan ahli keluarga temankan. :)

    ReplyDelete
  8. Singgah sini..bab teman pesakit tu..saya agree..sepatutnya kena benarkan..macam saya di Hospital Serdang, duduk 1st class two bedded, mmg diorang bagi ahli keluarga temankan tapi bukan suami sbb takut patient yang ade tak selesa plus itu wad wanita..so mungkin kalo awk pilih two bedded, dia akn bagi waris yang temankan awk..

    ReplyDelete
  9. saya lahirkan baby kat PPUM..alhamdulilah semuanya ok...baik2 saja...dapat nurse garang tu semestinya macam kita...bila kene marah2 tu ingat dalam hari DATANG BULAN la tu...hehehe

    pengalaman yang sangat berharga melahirkan baby ni...
    hospital murah ke mahal ke
    sebenarnya sama jew......

    just makanan dan peralatan yang guan berbeza...
    hospital kerajaan biasa la x cantik...kadang2 tu nampak uzur je....yela da berapa juta orang pakaikan...

    ReplyDelete
  10. Ari tu Masa i bersalin hsptl ampang diorg letak kat 3rd class. Pastu di transfer 2nd class. I nyer kena emergency ceaser sbb baby distress..kos bersalin ari2 agak mahal sikit dlm rm5++ dekat 600. Hubby sorang keje private n im house wife..x keje..service sana ok, sgt bagus..i stay sana dlm 3 hari 2 malam. Dokt n nurse smua baik2..insyaAllah 2nd baby nnti nak salin sana lagi..heheheh

    ReplyDelete

Terima Kasih singgah blog ini. Sila tinggalkan komen anda :) tapi yang positif je taw.Kalau nak tanya apa-apa secara details, boleh email saya yea - veelara85@gmail.com

♥♥ Lara ♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...