nuffnangku

Monday, July 2, 2012

elak jaundice/demam kuning

perlu di ingatkan :
ini hanyalah berdasarkan pengalaman aku sendiri yang tak seberapa ni.


yang aku dah try and apply masa mengandung.aku tak beranilah nak jamin kalau ia berkesan pada orang lain.pada aku,alhamdulillah,berkesan.tapi tak pastilah kalau memang berkesan atau ianya secara kebetulan,Allah lebih mengetahui.sebabnya Iman tak kena demam kuning.kuning tu naik kat muka dia dalam sehari dua,then lepas tu hilang.aku dah risau-risau dah kalau dia kena demam kuning yang teruk tu,nanti kena admit lagi,kena amik darah lagi (part ni aku emo,tak sanggup tengok anak yang halus tu kena cucuk bagai).

Iman kena amik darah pada malam kedua dia di hospital,lepas aku perasan muka dia ada kuning-kuning sikit then aku bagitau pada doktor,pastu emo kejap aku,siap menitis air mata tengok dia kena cucuk,sebab aku ni penakut kena amik darah.aku yang dah besar ni pun terasa sakit kena cucuk ,inikan pula baby baru 2 hari lahir.ahh,tak mahu ingat,sedih T_T result alhamdulilah,dia tak kena kuning.kuning tu ada, tapi bacaannya terlalu rendah.

masa pregnant,apa-apa petua yang orang bagi untuk itu ini,aku follow selagi ia munasabah dan tak memudaratkan.kalau yang dah sampai merepek tu,memang tak lah aku nak ikut.macam contoh,jangan pakai atau guna barang kaler kuning.sorry,aku tak percaya benda tu boleh menyebabkan demam kuning.


SEBELUM BABY LAHIR
ini yang aku amalkan semasa mengandung:

1)makan buah delima
tapi aku tak makan dari awal preggy, sebab aku kan muntah-muntah.so aku makan pun dah agak lewat, bila kandungan dah nak masuk 9 bulan.aku macam nak cukup syarat untuk orang preggy.kan orang preggy,elok makan buah delima sebab buah ini salah satu buah yang terdapat di dalam syurga,kaya dengan unsur zat besi.
Saidina Ali ada berkata: “Makanlah buah delima dan bahagian isinya kerana buah ini berfungsi membersihkan perut
tapi buah delima tu,sebiji tu kena kita kena makan sorang-sorang.tak boleh share dengan orang lain sebab penawarnya ada pada sebiji buah tu (ini aku tak sure sejauhmana kebenarannya)

2)elakkan makan asam masin

ini memang aku tak makan langsung masa awal-awal pregnant.sebab ada akak tu (kawan suami) pesan,elakkan makan asam masin,asam boi dan segala jeruk tu sebab asam-asam ni ada bahan yang boleh membuatkan baby senang kena jaundice.aku makan juga masa pregnant, tapi boleh dibilang dengan jari,rasanya selama 9 bulan mengandung,aku makan dalam 3 kali je,tu pun dalam kuantiti yang sikit.aku tak makan asam-asam ni untuk kurangkan loya tu semua,kalau loya aku makan buah-buahan yang masam.

3)minum susu kambing.
susah nak cari susu kambing yang betul-betul fresh area bandar ni.kalau kat mamak pula,aku pula ragui kebersihannya (-_-') so aku beli je susu kambing Hi-Goat tu.tapi dekat-dekat hendak due date,aku terjumpa Facebook Salizzi Susu Kambing Segar, siap ada buat delivery lagi.so mummy-to-be atau sesiapa pun,kalau hendak susu kambing fresh,boleh singgah kat page ni Salizzi Susu Kambing Segar atau contact En.Salizzi untuk membuat pesanan : 0192634359

tapi minum Hi-Goat tu pun ok, sebab tak hanyir dan sedap.serius memang sedap sebab aku ni bukan jenis minum susu pun.baru berjinak-jinak masa mengandung T_T lagipun susu kambing ni memang baik untuk wanita hamil,sebab ini minuman kesukaan Rasulullah S.A.W.apa-apa yang Rasulullah suka,InsyaAllah,ada manfaatnya untuk kita umat manusia ini.

4)minum air kelapa / fresh oren
aku minum bila kandungan dah 7 bulan ke atas.tapi bukanlah kerap.setakat cukup syarat je.dalam semingu dua,adalah sekali aku minum.tapi fresh oren,aku memang suka minum terutama bila dah nak masuk 9 bulan.

5)makan kurma/kismis dan banyakkan minum air zam-zam
alhamdulilah,masa baru-baru dua ke tiga bulan pregnant,ada kawan aku(Yan) parent dia baru balik dari Mekah,so adalah rezeki untuk aku dan anak (dalam perut ketika itu) untuk minum air zam-zam dan makan kurma dan kismis dari tanah suci Mekah.lepas tu bila dah masuk 8 bulan,akak ofis aku(Kak Azzah) beri air air zam-zam yang dah dibaca dengan 30 juzuk Al-Quran untuk aku minum dan gunakan sebagai air selusuh.



SELEPAS BABY LAHIR
ini yang aku buat,selepas Iman lahir(kan dia ada kuning sikit kat muka dia dalam sehari dua)

1)bertahnik
sapukan sikit kurma/kismis dan air zam-zam kat bibir baby lepas dia lahir.kena yakin,air zam-zam ni air penawar segala penyakit,InsyaAllah.

2)fully breastfeed.
susu ibu adalah yang terbaik untuk rawat demam kuning,InsyaAllah

3)jemur kat cahaya matahari.
tapi bukan macam jemur kain ye.dan bukan di bawah cuaca panas terik.jemur dalam area pukul 8 ke 9 pagi tu.tak payahlah direct sangat nak kenakan cahaya matahari tu kat baby.asalkan kena sikit-sikit sudah la ye.

4) ibu elakkan makan halia dan jamu semasa berpantang
sementara waktu, masa baby ada jaundice.nanti baby dah ok,leh la sambung makan semula :)



itu je kot.aku tak sure lah keberkesanan semua ni,tapi tak salah lah kan kalau usaha, selagi tak memudaratkan ibu dan baby.tapi yang aku banyak baca ,kalau ibu berdarah O, memang tendency untuk baby kena jaundice ni agak tinggi.sebab jaundice ni tahap bilirubin dalam hati baby tinggi.cara untuk turunkan ialah dengan bagi baby poo poo banyak-banyak.tapi apa-apapun cara mencegah paling terbaik untuk baby yang dah kena jaundice ini adalah dengan breastfeed secara kerap.baby yang kena jaundice ni memang banyak tidur je,so kena kejutkan dia sejam sekali ke dua jam sekali ke untuk menyusu.dan oh ye,walaupun selepas deliver tu,katakan lah susu masih belum keluar,bagi je baby hisap  sebab sucking motion baby tu InsyaAllah boleh stimulate penghasilan susu.

Iman kena kuning sikit tu,mungkin sebab aku amalkan minum susu kambing tu semua bila dah nak dekat-dekat due.sebab masa awal-awal pregnant,aku kurang ambil berat pasal jaundice/demam kuning ni.aku macam kurang prihatin.tapi dekat-dekat dah masuk 8 bulan tu,baru aku macam tersedar yang demam kuning ni memang mudah kena dekat baby.so masa aku mula ikut tips-tips tu macam dah agak lewat lah kan.

love,
mama Iman, 2 July 2011.







4 comments:

  1. my mum pon ckp susu kambing insyaALLAH dpt elak baby kena kuning. Nnti 9 bulan, kena minum (arahan nenek kepada baby) hehehe

    ReplyDelete
  2. Bazilah : hihi..baby kene ikut arahan nenek ni...InsyaAllah dear,susu kambing ni sbg slh satu usaha..moga2 dpt mengelakkn jaundice :)

    ReplyDelete
  3. susu kambing i tak minum, i darah 0, i tak makan kurma (baru nak start), i jarang minum air suam, i...ape lagi??

    belum terlambat kan...T.T

    ReplyDelete
  4. kalau kayrul darah jenis O memang fully breast anak memang cepat jer susut kuning tue

    ReplyDelete

Terima Kasih singgah blog ini. Sila tinggalkan komen anda :) tapi yang positif je taw.Kalau nak tanya apa-apa secara details, boleh email saya yea - veelara85@gmail.com

♥♥ Lara ♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...