nuffnangku

Tuesday, July 31, 2012

Breastfeeding Journey Yang Telah Berakhir.

Peringatan : sila baca sampai habis, sebelum buat apa-apa conclusion atau sebelum nak komen.

Menjadi seorang ibu baru, bukan pengalaman yang mudah bagi aku.

DSC_0640 (2)

Hampir setiap hari berteman air mata kalau anak sakit. Kadang-kadang aku mohon pada Allah, biar apapun sakit yang akan dihadapkan pada anakku, alihkan saja pada aku. Aku tak pe nak tanggung, tapi kalau anak, kasihan dia, kecil lagi. Aku tak sanggup.

Susah aku nak cerita pada orang tentang hal yang satu ini. Sebab tak semua orang boleh faham masalah aku dan berhentilah menghukum aku. Tapi aku cakapkan juga. Iman bukan fully breastfeed baby. Bukan aku sengaja suka-suka. Aku terpaksa. Mula-mula memang hati aku menangis. Bukan setakat hati, aku memang menangis sakan pada hari aku mula terpaksa bagi dia minum susu formula (FM Milk). Dan seminggu ke dua minggu lepas itu pun, setiapkali aku bancuh susu FM, memang menitis air mata. Well, Ibu mana yang tak mahu beri anak dia yang terbaik kan? Aku pun nak. Tapi terbatas (setakat ini). Susu tak banyak. Baby menangis lapar dan tidur tak lena.

Anak aku dapat fully breastfeed selama lebih kurang 7 hari je. Selepas itu, makin keperluan penyusuan dia bertambah, makin aku gagal laksanakannya.Bukan aku kurang ilmu tentang susu ibu. Aku buat research, membaca, beli buku penyusuan, beli pam, storage botol yang cukup banyak dan join KIM-Kump. Ibu Menyusukan. Cari ilmu dan terus cari. Aku ikhtiar. Kau cakap je apapun yang boleh tambah susu badan memang aku cari dan cuba. Alfafa? Lobak putih? Horlick dan milo? Air longan? Kurma? Sebutkan je, telah aku usahakan. Aku buat teknik marmet, teknik tandem (sebelah lagi dengan pump) tapi akhirnya aku redha. Aku redha bila susu FM mula mengantikan susu ibu.

Aku buang ego aku, dari melihat anak aku kelaparan. Aku tahu bila minum susu FM, baby akan lebih terdedah kepada pelbagai penyakit. Aku tahu usus dia pun akan berkerja 2 kali ganda lebih dari baby yang minum susu ibu. Ye, aku tahu semua itu. Aku juga tahu mengenai konsep Demand and Supply. Susu yang sedikit itu cukup untuk baby. Tapi kalau dia menangis-nangis setiapkali menghisap, tidur pun kejap-kejap terjaga dan tak nampak macam baby yang ceria, apakah kau sanggup nak tengok anak kau macam tu? MasyaAllah, aku tak sanggup.

Mesti ada yang kata, kenapa tak cari ibu susuan? Entahlah. Kalau ada adik-beradik aku yang ada anak juga,  ada susu, memang aku tak kisah nak carikan Iman ibu susuan. Tapi kalau orang luar untuk dijadikan ibu susuan anak aku, aku was-was. Sebab hal itu sebenarnya lagi rumit. Rumit sampai ke masa depan. Takut jadi masalah dalam salasilah keluarga nanti. Wallahualam.

Aku redha selepas beberapa minggu hati aku sebal. Aku mula percaya semua ini ada hikmahnya. Ini semua ujian dari Allah. Ada hikmah di sebaliknya yang aku sendiri pun belum dapat memahaminya. Dan mungkin juga Allah mahu aku belajar lebih banyak bersabar dan redha pada ketentuan Dia. Selepas aku mula redha, aku juga mula sedar, susu ibu ini rezeki dari Dia. Jika Dia berkehendakkan, maka melimpah ruah lah susu itu atau susu yang ada mencukupi keperluan si anak. Tapi jika di sebaliknya, siapalah aku untuk protes dan mempersoalkannya kan?
“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan” (Surah Al-Baqarah : ayat 233)
 Allah SWT telah memberitahu:“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).” (Surah Luqman: ayat 14)

Mungkin rezeki anak aku bukan ini, mungkin di lain hari, dengan cara yang lain. Mungkin. Sekurang-kurangnya aku hidup sekarang berpegang pada kepercayaan dan keyakinan yang itu.

3 oz yang makan masa 1 hari untuk nak penuhkan botol ni.

Aku akui, aku kagum dan cemburu lihat mummy-mummy yang bila pump, susu melimpah ruah. Dapat buat stok sampai penuh 1 peti ais atau deep freezer tu. Dapat 5oz (lebih kurang 150 ml) atau lebih pada  setiapkali 1 sesi pumping. Aku setiapkali pam, pada 1 sesi hanya mampu dapat tak sampai 1oz (lebih kurang 30 ml). 1 sesi aku buat selama 1 jam. Oh ye, untuk kedua-dua belah ok. Hendak dapat cukup 3 oz aku perlukan 4 sesi pumping yang makan masa seharian ( 3 oz banyak macam dalam gambar di atas tu). Lepas pam, kalau anak merengek nak susu, memang aku tak dapat directfeeding. Sebab memang kosong dan kering kontang. Aku selalu mengelabah bila anak merengek nak susu, sebab masa tu bila dia hisap dan tiada apa-apa yang keluar, tahu apa aku rasa? aku rasa aku seorang yang loser! Aku gagal. Sedih.

Nipple aku crack. Sebab nak bagi baby stimulate kononnya untuk perbanyakkan susu. kadang-kadang sampai berdarah. Hmmm. Husband aku siap belikan Medela Purelan dengan nipple shield lagi, tak jalan juga. *husband memang bagi full support untuk breastfeed ni, tapi apakan daya*

Aku masih join KIM group. Tapi kadang-kadang masuk kat situ boleh buat aku makan hati juga. Sebab banyak kali aku terbaca ibu-ibu di sana mengutuk ibu-ibu yang memberi susu fm pada baby.  Ada yang kata, baby-baby yang minum susu fm ni akan ikut perangai lembu, sebab minum susu lembu. Akan alami macam-macam penyakit, termasuk usus membengkak, obesiti dan macam-macam lagi. Ada yang mengutuk ibu-ibu susu fm ni. Sedih gila. Sebab aku bukan saja-saja nak bagi anak aku susu fm. Dan aku percaya kebanyakkan ibu yang bagi anak minum susu fm ni pun bukan saja suka-suka nak bagi. Tapi aku masih join sebab masih ada ilmu yang aku nak timba. Kalau pun ianya tak berguna lagi untuk aku buat masa sekarang ( read : anak pertama ini),aku tetap berazam untuk mencuba lagi untuk anak yang selepas-selepas ini ( InsyaAllah). Dan aku juga masih cuba membantu kawan-kawan aku yang mana masih kurang ilmu tentang susu ibu. Memang aku educate diorang. Sekurang-kurangnya jika ia tak dapat memanfaatkan anak aku, ia masih mampu memberi ilmu dan membawa manfaat untuk anak orang lain, InsyaAllah.

Masa belum pregnant lagi, setiapkali tengok officemate pergi surau untuk pumping, aku berangan-angan nak alami semua itu. Aku selalu doa supaya rezeki susu ibu untuk anakku ada dan meriah. Aku fikir positif. Tapi semua itu memang bukan rezeki anak aku. Ini antara cabaran untuk aku sepanjang memegang tittle ' ibu baru' . Sekarang, susu aku masih ada, masih dalam kuantiti yang sama. Aku tak pernah hentikan terus beri susu ibu pada baby. Walaupun 80 peratus, di kuasai oleh FM milk.

Tapi, secara tiba-tiba baby reject nipple dan breastmilk secara total. Kalau aku pump masukkan dalam botol pun, dia tak mahu. Membebel -bebel dia marah dan menangis. Siap meraung-raung. Aku pun menangis dan emo dengan anak sendiri *hmm* Aku buat research dan cari ilmu juga tentang ini, telah aku usahakan segala tips, tapi tak berjaya. Baby Iman tetap tak mahu. Sekali lagi aku rasa aku loser! Rasa diri tak diperlukan. Sampai kadang-kadang aku tertanya-tanya, Iman tahu ke aku mama dia? Sebab baby yang Bf ni dia rasa attach dengan mak dia. Tapi baby yang minum Fm ni, sesiapa pun boleh bagi dia minum, dan adakah dia masih tahu aku mama dia? Sedihnya masyaAllah!

Ada-ada masanya, aku salahkan diri aku sendiri bila anak tak sihat. Aku cakap dalam hati 'aku lah penyebab Iman sakit, sebab aku gagal bagi dia minum susu badan' . Kadang-kadang aku blame diri aku sendiri sebab tak dapat produce susu yang cukup untuk anak. Aku cuba mengelak bila orang tanya adakah anak aku minum susu badan. Dan bila jawapan aku 'tak' , aku bosan nak tengok mimik muka yang negatif. Aku bosan nak terima komen-komen yang cuba mencela ibu-ibu yang memberi anak-anak mereka minum susu tin ni.Aku bosan nak dengar komen-komen negatif.

Ibu mana yang tak mahu beri yang terbaik untuk anak dia kan.
Kalau kita dah dikurniakan rezeki susu badan yang banyak, bersyukur dan jangan sesekali nak memperlekehkan atau menghina ibu-ibu yang tak bernasib baik ini.
Kalau Allah nak tarik, sekelip mata boleh terjadi ( minta dijauhkan )
Faham lah juga, ibu-ibu yang beri anak dia susu tin ni pun seorang ibu. Walau dia tak mampu nak susukan dengan susu dia sendiri, dia tetap seorang ibu yang sentiasa mahu mencari yang terbaik untuk anak dia.

Gagal menyusukan anak dengan susu nya sendiri tetap tak dapat mengubah hakikat, dia tetap seorang ibu untuk anaknya, sampai bila-bila pun. Dan seorang ibu, sanggup berbuat apa sahaja demi membahagiakan anaknya-InsyaAllah - Mommy Lara, 31 Julai 2012.

Untuk mom-to-be, jangan berputus asa. Jangan give-up. Tak semua orang mempunyai nasib yang sama macam aku. Banyakkan membaca pasal breastfeeding. Banyakkan cari ilmu. Kena tahu, bila susu akan mula keluar. Kalau tak keluar, belajar pula cara macamana nak stimulate. Kena tahu teknik-teknik lain untuk kekalkan production susu. Kena tahu cara handle EBM. Kena tahu macam-macam lagi. Mulakan cari ilmu sejak pregnant lagi, jangan tangguh-tangguh. Good luck.






33 comments:

  1. vee..normally anak lelaki memang demand lbh susu.its happened to my sis.dia berjaya full bf sampai 2months je.i mati2 igt dia tak buat mcm kita..beli bp, beli storage bottle tp hakikatnya dia siap pegi attend antenatal class lagi which is i pun tak pegi...tp takde rezeki.dia stop lepas beberapa hari dia start keja.i beli BP manual, dia siap beli letrik lagi...dah bagi org pun..

    fm is not a crime lah.kalau itu yg ada utk anak.cuma sumbernya guna duit, tu je.anak buah i, adib walaupun fm.. tp sihat, cerdik, elok je n jarang sgt demam.bila demam suka mkn ubat...

    jgn sedih.setiap ibu ada bahagian masing2.nasib i pun i tak tau mcm mana....i support u k...insyaallah mana tau ada rezeki lain utk iman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thnx syima...kata2 yg sgt mberi semangat..

      hmm,mmg anak lelaki ni kuat menyusu kan..makin usia dibertambah, demand die pun makin tinggi...Amin,mudah2an ada rezeki lain utk iman,amin2..


      thnx syima.

      Delete
  2. sedih plak ekin baca
    sbr yer mommy....
    insyaallah ade rezeki lain utk iman

    ReplyDelete
  3. vee, i menangis bila tau keadaan u camni...i sedih....sebab i bayangkan u adalah i, iman adalah umar.
    insyaAllah iman takkan pernah sesekali lupa dan takkan lupa yg u adalah ibunya, sebab u memang ibu yg dah banyak berusaha beri yg terbaik utk dia.
    Allah dah tetapkan segalanya utk u & anak. mungkin ini yg terbaik kan.
    jangan sedih sedih. banyakkan doa semoga anak anak kita terhindah dari penyakit ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. thnx etty :)
      amin,moga2 anak2 kita sihat dan terhindar dr segala keburukan...

      Delete
  4. sarah,xpe.yg penting da berusaha.kalo awak still nak try lg,kita boleh suggest lactation consultant yg kita tau.tp bab org yg kutuk2 tu,jgn dgr.mmg akn terasa hati.faeza dulu pun asyik runsing je.tp lama2 da blaja xnak trima pndapat yg negatif.yg mmbina je.xpe sarah,lain org lain perjalanan n rezki.if sara still nk brusaha faeza boleh suggest few pakar.papepun,dont stress ms pntang.sbb pntang ni agak penat.n jgn tensi2.bby dpt rs.nnti dia pun cranky sama2

    ReplyDelete
  5. dear, baby mmg macam tu.. lagi2 dlm pantang. kena kuat semangat! serious memang kena kuat! i pon mcm u masa mula2, it took time to get that 3oz. kadang2 penuh dasar je tp itu stimulate lagi. try pergi berurut? selalunya lepas baby bf, i akan pam. kalo tiap 2jam, setiap 2jam lah i akan pam. breastpump is my bestfriend time tu. masuk 1bln baru keluar susu matang, susu kaler putih tu dan banyak sikit. baby memang akan nangis je keje dia. maybe anak u jenis yg kuat menangis, dia ada jenis budak2 dia. jgn putus asa!

    ReplyDelete
    Replies
    1. thnx dear...anak kite mmg jnis suke nangis if lambat dpt susu (kite rs lah,hehe)..InsyaAllah kite akan cube kuatkan semangat...time kasih ye

      Delete
  6. Sara, jangan rasa down...mengandungkan dia dan bertarung nyawa lahirkan dia..itu pun dah cukup kata, awak nie emak dia...
    jangan bandingkan diri sendiri dengan orang lain...Allah swt kan hebat, setiap manusia dijadikanNya berlainan...
    kalau tak dapat kali nie, kali lain ada lagi..insyaAllah...
    siapa kata baby breastfeed susah demam...?naurah aqeela tue, cukup setahun...fully breastfeed...siap kena influenza lagi...masing-masing, lain journey nya...we have our own story...
    take care...

    ReplyDelete
    Replies
    1. thnx nadiah..

      kite akan cube x rs down..tp kdg2 mmg rs loser sgt..hurmmm...

      amin,InsyAAllah utk next baby,kite akan usaha lebih lg :)

      yes,btul jugak kan..we have our own story...thnx dear

      Delete
  7. jangan putus asa awak..kuatkan semangat..walaupon kate dah berhenti tapi cube lagi..pelan2..insyaallah...tapi walau apepon...betul..hakikat hubungan anak ngan ibu tak kan berubah walaupon makanan ape pon yang diberi pada anak tu...kasih ibu tetap kekal...jangan rase down...aty sentiasa akan menyokong awak..

    ReplyDelete
  8. salam vee, selama ni I silent reader blog u. I should agree with you on this. I pun baru je tulis something pasal ni dekat blog and I come across your blog. Don't be sad or blaming yourself. Ketentuan Allah siapa kita untuk menghalang. People can say anything. But u know u life better and what's the best. Insya Allah Iman tahu u adalah mamanya. Macam I dulu my pun bagi FM, still manja je my mom cakap. Be strong babe. Insya Allah ada hikmah. At least Iman pernah merasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thnx dear...
      atas semangat n kata-kata sokongan yg u bg..
      InsyaAllah kite akan kuatkan semangat...n cube trima ketentuan ni :)

      Delete
  9. sedihnya baca luahan rasa u ni.
    i paham. i bersyukur dpt bf my son smpi setahn lebih n then i stop sbb susu kurg bila pregnant lagi.
    tp i mmg xsetuju dgn ibu2 yg asyik kutuk ibu yg bg FM. Hello??? i rasa zaman kita kecik2 mak2 kita bg kita FM gak kot. membesar elok tak jadi lembu pon kan..masuk uni gak. molek je budi pekerti..

    geram sgt bila i bc statement kat KIM tu.. at last i left the group walhal i mmg masih bf baby masa tu.sbb there lots more other groups yg lebih supportive dr KIM.

    apepun, u have done ur best. I truly understand ur situation n u haf choose the right way. tak kan nak biar anak mati kelaparan kot..
    n nak bg ibu susuan luar mmg susah, melibatkan agama dan keluarga.

    take care lara

    ReplyDelete
    Replies
    1. :)
      alhamdulilah u dpt fully BF baby u :)
      hehe,tu la...kdg2 sedih gak ibu2 Fm ni dkecam mcm kitorg bg racun plak kt anak :)

      thnx athidean :)

      Delete
  10. Dear lara...
    Sedih baca artikel entry you dear...you sacrife mcm2 perkara utk cuba breasfeedkann iman kan...Allah maha mengetahui niat suci murni ibu seperti lara...ya Allah, permudahkanlah urusan ibu lara ini agar baby iman dpt membesar dgn baiknya seperti anak2 org lain...

    p/s dear, kuat semangat ye...kita hanya mampu merancang tp Allah jua yg tentukan...moga baby iman cepat sihat dan sembuh aminnn

    ReplyDelete
  11. I UNDERSTAND U COMPLETELY bila baca entry u ni... i have been there and i pon tak mau ingat lagi dah bab kegagalan i to fully bf anak i jgk sbb i dah cuba sedaya upaya jgk. and in the end, this is a choice we have and please don't feel bad cos we're not a bad mothers... i dah leave the KIM group on fb sbb their comments make me sick sometimes...

    u are a perfect mother for ur baby iman. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kisah kite hampir serupa kn...thnx dear atas kata-kata semangat n sokongan ni....

      amin,mudah2an :)

      Delete
  12. dear, jgn down macam tu sekali... orang yang cakap minum susu lembu, perangai macam lembu tu, mesti dia pun macam lembu. takkan la dia tak pernah mnum susu lembu? masa pregnant pun minum susu lembu kan...

    macam lin, sekarang susu memang merundum. tp lin pump jer, sikit pun tak pe, tp topup bg fm. anggap je benda tu sementara... insyaallah, pasni ada balik

    kalau takde susu gak pun itu da ketentuan ALLAH... dorang yang bnyk susu pun ALLAH bg, kalau ALLAH nak tarik, bila2 masa je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.kan..skg ni klu kite minum teh ke kopi,letak susu,tu susu apa?tettt..tu la dorg ni....hehehe

      InsyaAllah ,amin

      moga2 urusan u dipermudahkan Allah..

      thnx dear atas kata2 sokongan :)

      Delete
  13. sabar la year.tu semua dugaan dari DIA. Insya Allah ada hikmah disebalik semua tu. yg penting u n iman sihat n happy selalu...

    ReplyDelete
  14. as salam sarah, akak dah dh bc blog sarah psl bf tu.akak kali ni alhmdulillah bby dpt fully bf.yg sblm ni kna + ngn fm gak. just nk bgtau experience akk kali ni. ms dlm pantang akk dh blh buat stok. mmg dlm sehari dpt 10-20oz utk 3-4x pamlah..hehe.tp lps abih pantng trs drop..kempis..bby mgamuk.mmg susu keluar cinonet je.stress gler time tu..tp sbb stok dh ada akk bglah kt dia stok yg mana ada dulu. fikir2 balik akk rupanya stress..sbb brt bdn bby akak drop. brt dia msa lhr 3.37kg. n timbg ms 43ari 3.2kg. mmg bdn bby kecut. boleh 'tarik' kulit dia mcm kulit org tua..huhu..balik kg ble orng tgk bby diorg kata 'ciannya ank ko na.. kecut je.. cubalh bg fm ke air kosong ke air rebusan nasi ke,akk pn ckp
    insyallh.. tp akk x bg pun
    .stress siot..lagilah susu xkuar.. abh pantang kn uruskn kakak n abg2 dia lg..stress lg..brest..kecut...susu makin x kuar..stress,tension,stress..tu je pkr dlm kepala memanjg.. cmne nk setle, akk google kt intnt jmpa cara..akk try amik shaklee set 3m trial pek..ikt betul2 panduan yg diberi.akak ikut panduannya.1)apa yg paling penting relaks.klu terasa stres, tarik nafas dlm2 n hembus 10 x.rasa stres je.akk wat gtu.2) akk mkn set 3m tu ikut aturan yg diberi.3)mnum min 3L air.WAJIB.xleh skip.bln puasa ni akk xleh mkn byk. dlm perut kembmg ngan air je.dah x kesah jg bdn dah tgh mlm pn akk minum 1-2btl mineral.jjnj susu cukup.akak try minggu 1st result sama then msk 2nd week alhdulillah. skli pam dpt 8-10oz.ank akk xkn kenyang klu diret bf.akk still bg susu yg pam.nk soh berat bdn dia naik.sarah trylh. mn tau ada rezeki iman . jgn STRESS..

    ReplyDelete
    Replies
    1. thnx kak faz..i wil try my best n ridha...hehe

      Delete
  15. vee, sedih i baca entry u nih. tiba2 rasa bersalah plak sebab i pon ade post gambar botol susu kat KIM. maaf ya kalo i buat u terasa sebab tujuan i nak bagi semangat. apa nak buat, takde rezeki iman nak bf lama2. dun wory yang, Iman still knal u as mama.dari dalam perut lagi dah kenal suara u, bunyi heartbeat u.dah lahir, dia kenal bau u.so, jangan sedih2 ya. pasal bf plak, keep pumping even sikit even 20% pon.and jangan stress2 selalu ya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. vee,xde la..i jeles y positif tgok org post pic susu....i x terasa la,hehe.cume komen2 kt sana y tulis 'anak lembu'...etc..etc tu y buat i sedih....

      thnx vee :)

      Delete
  16. As-salam, i tgh search benda lain, terjumpa lak blog u with this topic. I am in the same boat as u. I kene topup fm for my newborn baby. Dh sebulan setgh dh pun dia. Baby boy gak. It started masa dia lahir lg. Inverted nipple, baby xleh latch, takut baby lapa, suruh nurse ambik kasik susu fm. Tp pastu try2 gak df dia kt hosp, dia dpt kot sikit, malangnye nipple lak crack n sakit. Balek rumah, try lg, sakit lg, tension, menangis, rasa mcm mama yg x guna, pandai beranak je, nk susukan dgn susu sendiri x pandai. Tp alhamdulillah, ramai yg support - mak, husband, sedara mara. Diorg yg tenteramkan i. Selowly i redha dgn baby yg menyusu fm. Sambil2 tu i try2 gak df kan baby. Slowly susu makin byk wpun x semeriah org2 kt KIM yg suka mengutuk2 ibu2 mcm kiter yg kasik fm ni. I pam pun selalunya mmg x smpi 2 oz pun each time. Mungkin i pun selalu culas pam. Hehe.....itu my fault. Tp kdg2 bkn xnak pam, tp x smpt. Baby nk berkepit jer. Pas menyusu nk tido berpeluk dgn mama. Letak je terus jaga, nangis. Mcm mana nk pam? So bila ada kesempatan masa je baru pam or marmet je wpun x sure btul ke x teknik marmet tu, tp susu kluar ok je la pulak. So smpi skrg, tggl 2 mggu lg nk naik keje, xde stok pun sbb susu yg pam tu kasik kt baby jer bila x dpt df or bila dia df, tp x cukup lg utk dia. So i paham perasaan u. I skrg set dlm pikiran, apa yg ada, itu la rezeki dia. Janji dia sihat. Tp i dh set dlm pikiran gak, next baby i nk try full bf. Harap Allah perkenankan la impian i ni. So rileks k. Ramai lg seangkatan dgn kiter.

    Salam perkenalan, Rina. :-)

    ReplyDelete
  17. salam vee.i bkn follower u. but we faced the similar situation .but my sitution even worst than yours. u able to bf ur bb until 7days, i only bf anak i for 2days je. dun suprised! let me share mcmana boley blaku.
    on 3rd day lps dscharge hosp, i smp uma mertua i sumbat anak i dgn FM.

    wht do u've felt if u r in my situaion?
    time tu i btol2 tk bdaya, dgn sakit lps czer, dgn sakit bius 6x kt tulang blkg, i xmmpu buat ape2 lg dh..
    FYI kt hosp i mmg bf anak...xsangka ddk ng mertua dorg bg FM.
    dgn alasan mereka, i xde susu n n k biasakn anak i dgn botol sb i ni bkerja..
    tp seawal bb usia 3hari dh ajar FM?
    mmg ridiculous!!!!
    everyday i nangis...rs mcm i useless, ptt xjd ibu..
    mujur incident tu semggu shj. then i blk kg, bpantang ng my mom...
    even i couldnt afford bg fully bf, sb bb isap blh kiri je, blh knn inverted nipple n bb reject nk isap even i dh trained her averyday.

    alhmdulillah now my bb dh 3M which i control FM intake in daily, only 3btl- 3oz ech. selebihnye bf dgn slbh tetek je...
    He listened to my prayer n i wish to bf ank smp bila2. but i xmmpu utk buat stok ebm like others. sa bklkn fm jgk to nurseri...i hope mlm2 mmg fully bf n no fm di rumah.

    dun let others say made u down

    ReplyDelete
  18. sedih baca. apapun saya salute.. saya sangat salute kepada ibu yang inverted nipple dan berusaha untuk susukan anak..kira puan adalah ibu (masalah inverted nipple) yang lama menyusukan anak sepanjang yang saya kenal..semoga puan terus tabah dan menyusukan anak yang seterusnya seperti yang puan inginkan.. *tears*

    ReplyDelete

Terima Kasih singgah blog ini. Sila tinggalkan komen anda :) tapi yang positif je taw.Kalau nak tanya apa-apa secara details, boleh email saya yea - veelara85@gmail.com

♥♥ Lara ♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...