nuffnangku

Monday, July 2, 2012

akad nikah.

dah setahun lebih berlalu, entah kena penyakit apa entah, tiba-tiba aku rasa macam alahai, rindunya pada zaman akad nikah-sanding-bertandang. cuba cari entri lama pasal akad nikah semua, eh-tak ada. aku tak pernah cerita pun pasal perjalanan akad nikah aku tu semua.

tak pe, dah basi pun, basi lah.aku nak juga upload gambar bersejarah tu kat sini. buat kenangan aku sendiri T_T sebab lepas kahwin, aku memang dah tak tulis diari lagi dah. malas. sebelum kahwin, memang selalu juga tulis peristiwa-peristiwa best dan tak best dalam diari. so sekarang,kena lah letak dalam blog, supaya aku tak lupa hari bersejarah tu.

selama ini kat page ni,banyak yang aku upload tu semua dari kamera sendiri je. kali ini dari Official Photographer.

bride to be, terutama dari Melaka, boleh lah contact OP aku- GAMBALAWA, in case korang berminat dengan hasil kerja diorang. service bagus, PR pun bagus, kiranya semuanya berbaloi dengan kos yang korang keluarkan (ini pendapat aku dan dari apa yang aku pernah lalui dengan gambalawa) dan paling best, photog ni gila-gila, sempoi dan boleh terima pendapat pengantin.

mari ulang ke kisah yang terjadi pada 25 Mac 2011 bersamaan dengan 1 tahun 3 bulan dan 1 minggu yang lalu.

malam terakhir bergelar anak gadis, saya tidur dengan ditemani mereka ini :
0317-1
moment yang indah.

Khamis 24 Mac 2011, bakal family in law (ketika itu) sampai ke Melaka pada petang hari dan check-in terus kat homestay. lega! aku risau kalau jadi apa-apa pada diorang. selain itu aku terpengaruh dengan kisah-kisah dekat suratkhabar pasal pengantin lelaki tak datang langsung pada hari pernikahan * drama lebih* hehehe. bila semua telah berjalan seperti yang dirancang, syukur!

sebelum itu, aku agak cuak sebab Aina datang singgah dan tiba-tiba dia jadi kalut sebab hantaran aku semua tak siap lagi,heee. aku naik hangin sebab aku masih dalam mood tak risau apa, tapi bila dia datang, dia buat aku gabra. aku guna bunga hidup, memang la kena gubah last minit dan aku memang tak minat nak gubah hantaran jadi kapal terbang ke menda apapun. aku suka yang simple.

tapi aku marah-marah sayang pada Aina, biasalah. kemudian, dia kena teman aku pergi bandar, beli bunga hidup lagi *padan muka dia*

lepas beli, aku balik rumah, masih rilex macam esok tu tak ada apa yang akan berlaku. lagipun, aku memang tunggu diela, nuril, faira, zira, apis, arif dan ajie datang dari KL. sampai hari ni, aku tak akan lupa segala susah payah diorang. lepas Diela, Faira dan Arif (mereka se kereta) datang, aku lepak minum dengan diorang dekat kedai berdekatan dengan taman dekat rumah ( sempat lagi kan!). kemudian, bakal suami (ketika itu) call, tanya aku kat mana, dan terus dia pun datang untuk lepak sama. see, macam bukan orang nak kahwin keesokkan harinya kan. aku pandang dia, kami tergelak. petang ni sempat  lepak sama-sama lagi padahal esok nak menikah sama-sama, hahaha.

then, malam tu, masa gadis- gadis sibuk membuat hantaran, bakal suami, apis dan aji sempat singgah lagi. oh ye, rumah aku memang tak ada kecoh-kecoh pun, sebab semua guna catering, so family semua datang pada hari majlis aje la.

malam terakhir tu, aku tidur agak lewat sikit dari Nuril, Diela dan Faira sebab Zira dengan rajinnya nak tolong touch-up kan inai aku yang hidup segan mati tak mahu. dengan jasa zira juga lah,inai aku menjadi merah-oren seperti keinginanku *tenkiu zira*

bukti warna inai kesukaanku :
1
sedang menanti saat akad nikah. kena cover cun, buat-buat sopan ni, hehehe.
Jumaat, 25 Mac 2011planning asal, aku akan bertunang sekejap dan kemudian bernikah sejurus lepas solat Jumaat. tapi disebabkan Tok Kadi terlewat dari jangkaan, maka, semua orang pun lupa pasal bertunang tu termasuk aku T_T dah kalut dok tunggu je. kalau pengantin lelaki ada, pengantin perempuan ada, tapi tok kadi tak ada, apa pun tak boleyyy. :p

masa family dan pengantin lelaki sampai, aku belum siap sepenuhnya lagi. tapi masih sempat posing-posing kat bilik pengantin lagi, sementara tunggu tok kadi sampai.

3
ketibaan pihak pengantin lelaki
setelah ditunggu-tungu, maka sampailah tok kadi. mulakan apa yang patut dan bersiap sedialah aku ketika itu.antara percaya dan tak, dalam masa terdekat, aku akan berubah status buat selama-lamanya. bertukar dari menjadi tangungjawab mak ayah ke tangan suami pula.

penyerahan wali

suami menjalani sesi soal jawab dengan jayanya, dan cool!
5
masa akad nikah nak bermula
dua-dua muka tak boleh blah.
korang tahu berapa kali lafaz, then aku sah jadi isteri? hahaha.
malas nak kabar.

6
saat yang mendebarkan. dalam hati, adoi, cepatlah settle.lambatlah, hagagaga.
aku memang tak nerves pun sepanjang majlis, maksud aku dari sebelum nak nikah dan sampailah saat itu.

penyerahan wali2
sejurus selepas tok kadi sebut 'SAH!' amboi suami, siap angkat ibu jari tu, amboi amboi amboi.
SAH.
aku dan suami selamat di nikahkan pada pukul 4.02 petang pada 25 Mac 2011.

lega! settle dah.
aku memang tak menangis pun, lepas dah sah tu. nerves pun tidak. apatahlagi nak sayu bagai. sebab apa yang aku rasa masa tu, aku yakin ini memang jodoh aku yang Allah dah tentukan sejak aku berusia 4 bulan dalam kandungan mak aku dan aku tak sabar nak settlekan part mencabar ini secepat mungkin, hihihi. dia, dah selamat menjadi suami aku dan imam aku yang akan memimpin aku di seluruh kehidupan aku,InsyaAllah.

tapi part ini, memang buat aku tak mampu tahan air mata. semua yang berkaitan dengan mak, adoyai. memang menitis air mata ni.
penyerahan wali3
part paling emosi,aku nangis macam tak ingat apa.sayu gila.masa tu tak fikir dah mekap ke maintain cun ke apa.mak aku pun sama,nangis beria :)
selepas itu, saat paling ditunggu-tunggu. upacara batal air sembahyang.

0264-1
sarung cincin, sepatutnya cincin ini untuk bertunang.tapi sebab semua orang lupa,maka,sarung je lepas dah sah nikah :)

0285-1
gelang pula. ini memang disediakan suami untuk batal air sembahyang
tak pasal-pasal dapat cincin dan gelang sekali harung,weee. kalau tahu jadi begini, tak payah ada cincin pun tak apa.tapi barangkali ini rezeki aku, hihihi. redha jela *konon*


0295-1
you may kiss the bride, harharhar. muka fefeeling betul kan.maklumlah pengantin baru, hihihi
resize
potong pulut kuning, sebagai tanda hajat telah terlaksana, syukur Ya Allah.

suasana1
suami-isteri

saat manis yang dikongsi bersama keluarga dan rakan


suasana
bersama famili - saudara-mara

suasana3
bersama keluarga aku dan keluarga suami, juga bersama kawan-kawan terapat kami.

Alhamdulilah, semuanya dipermudahkan.

selepas sah,baru lah boleh romantik bagai seperti gambar di bawah ini. hihihi.

0454-1
amboi!
aksi di atas ini telah membuatkan kami mendapat ini (lihat pic di bawah ini) sebagai hadiah. kah3.
*
*
*
*
V
548857_4003721127137_297857233_a
letak pic Iman kecik-kecik je,sebab entri ini untuk mak bapak dia. hahaha.
tapi sekarang, kalau buat macam ni, tak pasal-pasal Iman dapat adik lagi.amboi kau,over! 18sx ni. hihihi.


p/s: gambar-gambar di atas, aku yang edit utk kesesuaian untuk diletakkan di blog ini.sebab berpinar mata dengan gambar yang over banyak, rasa nak upload semua,kang orang kata aku giler meroyan pula,hehehehe.

love,
perempuan yang dah jadi isteri  1 tahun 3 bulan dan 1 minggu yang lalu pada suaminya.
2 july 2012.

1 comment:

  1. Sweeet :) samalah bazi pon xde nk sedey2 lepas dah sah tapi bile salam dgn parent baru rs cm bergenang-genang jer air mata :D

    ReplyDelete

Terima Kasih singgah blog ini. Sila tinggalkan komen anda :) tapi yang positif je taw.Kalau nak tanya apa-apa secara details, boleh email saya yea - veelara85@gmail.com

♥♥ Lara ♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...