nuffnangku

Friday, May 18, 2012

update tentang aku yang terbaru.adakah aku sudah bersedia?

sudah berada di minggu ke 39.

ramai main teka-teka bila baby hendak lahir. baby pula macam seronok je duduk dalam perut.makin lama, makin aktif.dan masa tidur dia dalam perut dah semakin berubah.kalau sebelum-sebelum ni, bila aku tidur,dia pun tidur je.tapi sekarang,dalam pukul 2 ke 3 pagi,aku akan terjaga sebab aku rasa tangan aku (yang diletakkan atas perut ketika tidur) seperti di tendang dari dalam-glup.glup.beralih tangan aku tu.mana tak tersedar kan.bila sedar,usap-usap suruh duduk diam,ok,tak makan saman.makin ligat.sabo jela hai anak.

lately, ramai kata aku macam dah tak larat sangat hendak bawa perut. tapi aku, rasa ok je.tak ada pun rasa tak larat.berat mata memandang,ringan lagi perut yang membawa,eh? kalau ajak aku pergi berjalan,aku masih suka.masih mampu.masih larat.tapi janganlah mengharapkan aku akan jalan laju-laju macam orang tak pregnant,tu cari nahas namanya.ikutkan hati, hendak je ajak suami pergi holiday ke mana-mana, tapi tak ke buang tebiat namanya tu.buatnya terberanak tengah jalan,tak ke kes naya je.hihi.

so far, barang-barang keperluan baby,alhamdulilah settle semuanya walaupun aku mula shopping masa 7 bulan pregnant.lambatkan aku mula shopping? hihi.aku ini bukan orang yang jenis rajin survey sana- sini.mula-mula pregnant, aku baca je semua blog mom to be ni, ambil ilmu dan untuk dapatkan gambaran jelas,apa benda yang perlu aku beli dan apa yang tak perlu.apa yang menjadi keperluan dan apa yang cuma menjadi kehendak baby si ibunya.hahaha.

bab mendobi baju baby, 90 peratus settle. lagi 10 peratus, terbengkalai sebab aku terbeli lagi.oppsie.nafsu sukar ditahan.mula mendobi masa 34 minggu kalau tak silap.sekarang ni yang terbengkalai lagi 10 peratus tu, aku mampu pandang dan berazam hari-hari hendak settlekan, tapi masih tak settle-settle.memang aku malas sangatlah sekarang. dengan keadaan yang memboyot ,dengan cuaca yang terasa panas, semuanya serba tak kena.

aku sebenarnya risau juga sebab dah 39 minggu tapi baby belum ada tanda-tanda hendak lahir.risau aku kalau kena c-zer atau induce. lagi risau kena induce, sebab orang kata sakitnya lagi berganda dari sakit bersalin biasa tu.paling aku risau, keselamatan si anak lah.hari-hari aku fikir macam-macam.dia pun makin padat dalam perut ni, risau sungguh kalau dia tak selesa di dalam tu.err,adakah aku sungguh over-risau?ke memang normal?

mula-mula dulu, memang aku rasa seram sejuk bila fikir labour room,bila fikir bersalin.tapi bila baby tak bagi hint macam hendak lahir, aku tetiba jadi macam tak sabar hendak jumpa dia.rasa takut mesti ada, tipu kalau aku kata tak ada,sebab aku ni penakut ya amat tapi tak dapat mengatasi keinginan dan ketidaksabaran aku untuk bertemu dengan anak yang aku kandung selama 9 bulan lebih ni.yang berkongsi nyawa dengan aku,berkongsi perasaan dengan aku even makanan pun dengan aku.

doakan aku dan anak selamat menghadapi perjuangan yang satu ni yea.
entahkan bila akan terjadinya.
harap-harap jangan sampai overdue pula.

4 comments:

  1. Whoa dh 39 weeks. Klu I pun dh x sabar2 nk jumpe baby.

    ReplyDelete
  2. semoga semuanya akan selamat dan dipermudahkan. :) Insyaallah.

    ReplyDelete
  3. sarah, semoga semuanya dipermudahkan..
    eh, aku plak yg x sabar nk tgk baby ko kan..hehe.;)

    ReplyDelete
  4. elly : tp baby i masih seronok je duduk dlm perut,lgsung x bg tnda2 nk kuar :(

    asz miza :amin,mudah2an..:)

    mawai :amin..hahahah..nnti aku bpantang kt mlk,leh la dtg..tp ni tgh risau..baby blum bg tnda2 pn..lama mnyepi,g mn? :)

    ReplyDelete

Terima Kasih singgah blog ini. Sila tinggalkan komen anda :) tapi yang positif je taw.Kalau nak tanya apa-apa secara details, boleh email saya yea - veelara85@gmail.com

♥♥ Lara ♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...