nuffnangku

Thursday, May 3, 2012

ragam ibu mengandung

memang pelik kan.
bila tahu je confirm pregnant, mulalah macam-macam sakit yang datang. orang kata tu mindset je, tapi tak pastilah sejauhmana benarnya.ini antara ragam aku masa pregnant.



-KFC adalah a big NO untuk aku, selama pregnant ni. sebab aku ada makan kfc masa kat Bandung.sangat worst. tapi pas 6 bulan, dah boleh makan semula.

-rumah aku memang macam tongkang pecah sebab aku tak larat hendak mengemas, mencuci atau apa sekalipun.syukur Allah kurniakan suami yang baik dan memahami.dia yang buat semua tu sebab aku memang tak mampu.dandia tak pernah merungut.aku terlalu bersyukur ada dia sebagai suamiku.

-suami tukang urut yang setia dari awal lagi, maka aku kurang berdepan dengan sakit tulang belakang.alhamdulillah.

-tak boleh makan atau tengok cerita indonesia.kalau tak nahas,muntah menjadi-jadi.

-mood swing yang ke laut.sebab tu aku tak boleh buka FB pun.naik menyampah kalau orang asik update tentang putus cinta (aik?) hihihi. betul tau.

-mendapat sokongan mental dan emosi dari BFF -diela,nuril,wani,zai,yan.alhamdulilah, ada kawan-kawan yang baik.

-aku memang tak bagitau ramai orang. hanya yang penting dalam hidup aku je tahu masa stage trimester pertama ni - family dan BFF je.lagipun, aku selalu tak sihat, so memang aku tak ingat dan tak kisah sangat hal dunia luar ni.

-MC dan unpaid leave yang melambak-lambak.maka life sangat susah pada ketika ini.

-waktu siang, adalah heaven bila aku boleh makan apa saje, tapi malam, awas.selera tak ada langsung.

-kerap menangis, sebab badan tak selesa seolah-olah aku bukan diriku lagi. hohoho. bila malam je, selera takde. kalau makan pun, muntah semula tapi perut lapar sangat.

-mula minum susu pada awal kehamilan, tapi loya melampau-lampau.suami paksa pun tak jalan. maka stop minum susu. mula minum semulabila dah6 bulan lebih pregnant.*ku tak ada pilihan*

-tapi muhasabah diri sendiri, fikir positif, hendak jadi seorang ibu,memang bukan senang, sebab tu Allah suruh kita taat pada ibu 3 kali lebih dari bapa. now, aku faham secara lebih mendalam kenapa!dan aku fikir ini perjuangan aku untuk pastikan nyawa yang aku kandung ni selamat dan sihat.InsyaAllah.

-tak ada mengidam apa-apa, setakat teringin tu ada lah.

-tak ada peel tak boleh bau suami ke apa, ok jer dengan semua .

memang susah bila ada alahan ni. tapi, aku enjoy dengan pregnancy aku. ini satu anugerah yang paling indah dalam hidup aku. bila sekarang, baby makin bijak bagi respon, walaupun kadang-kadang berpinar mata bila kena tendang kuat-kuat, tapi aku suka. sebab aku rasa pertalian antara aku dan baby. rasa happy menjadi orang yang paling baby sayang, orang yang paling baby perlukan.

aku bersyukur.alhamdulilah.

3 comments:

  1. i pun sejak pregnant ni prestasi keje jatuh merudum. mc and EL gile banyak. lagi banyak cuti kot dari keje sejak preggy ni. uhuhuh..

    ReplyDelete
  2. elly :
    samaa..prestasi keje i pun jatuh..tp nk buat cmnekn..baby is the boss.haha

    ReplyDelete
  3. Sngt2 letih ngn kjew n d rumah.. tmbh2 ble dri x d fahami.. smue owg bkn nk jdi mcm nie kn.. i rse sngt2 penat.. tpi kte2 smngt dri mak la pnguat smngt ku..

    ReplyDelete

Terima Kasih singgah blog ini. Sila tinggalkan komen anda :) tapi yang positif je taw.Kalau nak tanya apa-apa secara details, boleh email saya yea - veelara85@gmail.com

♥♥ Lara ♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...