nuffnangku

Monday, May 21, 2012

perineal gel dan perineal massage.errkkk!!

ngeri.
tapi lagi ngeri kalau terdapat banyak koyakan semasa bersalin.pitam!
walaupun mengerikan, tapi aku berusaha untuk mencari ilmu tentang ini. bukan untuk menakutkan diri sendiri, tapi tak ada salahnya mencari ilmu,kan?  sekurang-kurangnya aku jadi lebih faham tentang struktur tubuh badan sendiri.

perineal gel,mothercare. RM36.00

Gel ni aku beli kat mothercare, memang hot item. dapat info dari Diah bila baca tentang pengalaman bersalin dia tanpa koyakan di area tersebut. well, ada juga orang yang cuba tips dia, tapi tak berkesan. apa-apapun, aku positif je,tak ada salahnya mencuba,ye tak. kurang-kurangnya kita usaha, koyak ke apa ke, tu ikut nasib dan bahagian masing-masing. mungkin ada kesilapan teknik urutan di mana-mana.boleh mula melakukan urutan bila usia kandungan mencecah 32w atau 34w.

tapi teknik urutan yang sebenar, memang ngeri juga. ngilu rasanya.



sila tutup mata,

kalau ngeri hendak tengok gambar di bawah ini.
18sxx!!







ngilu!


info di ambil dari mengandung.com

"urutan permukaan faraj sebelum bersalin atau antenatal preneal massage"

Apakah 'perineum"?
Iaitu kawasan di antara faraj dan dubur.

Berapa kerapkah koyakan perineum itu berlaku?
Antara 40-80% dan 2/3 daripadanya memerlukan jahitan.

Bagaimana untuk mengelakkan ianya daripada berlaku?
  •  Lakukan "Perineal Massage"
  •  Menggunakan 1 atau 2 jari
  •  Dilakukan sendiri di rumah, 1-2 kali sehari sebelum 4-6 minggu sebelum tarikh jangka.

Bolehkah suami mendorong?
Sudah tentu!

Adakah apa-apa risiko kepada kandungan?
  • Tidak ada.
  • Senang dilakukan.
  • Tidak menyakitkan.
  • Tidak perlu bayaran.

Tatacara mengurut perineum
  1. Basuh tangan anda dan pastikan kuku sentiasa pendek, tenangkan diri anda ditempat yang selesa dengan cara mencangkung.
  2. Sapukan pelicin (minyak zaitun). Jangan gunakan minyak bayi, minyak galian atau petroleum jelly.
  3. Letakkan 1 atau 2 jari anda lebih kurang 1 - 1.5 inci ke dalam faraj. Tekankan ke bawah iaitu ke arah dubur dan ke sisi sehingga terasa sedikit regangan.
  4.  Tetapkan keadaan tersebut selama 1-2 minit.
  5. Urutan perlu dilakukan dalam bentuk gerakan 'U' berulangkali.
  6. Urutan perineum hendaklah dilakukan perlahan-lahan selama 10 minit setiap hari (sekurang-kurangnya 4 kali seminggu). Selepas 1-2 minggu anda akan terasa lebih regangan.


serius, ngilu.hehehe.
rasa takut pun ada juga.
boleh refer blog Diah untuk baca pengalaman dia :http://diahlicious.blogspot.com/2011/10/avoid.html

8 comments:

  1. ngiluuu....tp tetap kena try jugak.berusaha n bertawakal kan vee...

    ReplyDelete
  2. i've tried.geli ade sakit skit pn ade.tp i xbuat sndri husband yg buatkan hahaha.i cr perineal ni kt mothercare mst xjumpa.last2 i pakai vco tanamera mcm serina redzuwan kata.huhu.

    ReplyDelete
  3. haritu saye baru belikan utk kwn blog kt mother care..huhu..kalau x silap die ade yg spray kan? igtkn spray je..kene gosok2 jgk ke? huuuu~~ ngiluu~

    ReplyDelete
  4. syima : btul..tp...i mmg xsgup nk buat dlm2..hahaha,i dasar penakut..

    lisa : mmg susah skit nk jupe kt mother care ni.mmg hot item...i segan nk suh hubby buat,lgpun ngeri..i try buat sdiri pn,ngilu,ni kan plak org len buatkn..erkkkk...

    intan : ha'ah intan.kene urut.stakat sapu/spray x bkesan.xtaw la kan...hihi.urut pn kene dlm2 gak..erkkk.

    ReplyDelete
  5. xleh bayang kena jolok sendiri, huhu... Takooottt.....

    ReplyDelete
  6. xleh bayang kena jolok sendiri, huhu... Takooottt.....

    ReplyDelete
  7. Klu dh buat urutan tu,die akan jadi longgar la ea?so lps besalin nanti,bole ketat balik tak ea?hehehe....

    ReplyDelete
  8. Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Kurangkan risiko di jahit selepas bersalin. Penting untuk ibu yang mengandung anak sulung, supaya nanti senanglah nak meneran. Baby besar pun tiada masalah.

    ReplyDelete

Terima Kasih singgah blog ini. Sila tinggalkan komen anda :) tapi yang positif je taw.Kalau nak tanya apa-apa secara details, boleh email saya yea - veelara85@gmail.com

♥♥ Lara ♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...