nuffnangku

Friday, May 11, 2012

botol susu.Tommee Tippee.

mula-mula pening nak pilih.

sebab fikir nak beli lepas baby lahir. malas nak try and error ke apa.sebab kebanyakkan yang aku baca dari pengalaman orang lain, baby ni memilih sikit. ada yang selesa dengan botol susu jenama A, ada pula baby yang tak suka dengan botol jenama A tapi prefer botol jenama B.

so rasa nak hold dulu. lagipun,botol susu ni memang boleh beli lepas baby lahir sebab dalam pantang nanti, kita kan ada je kat rumah so memang boleh aje directfeeding baby dari Miss B (breast).untuk sesi perah memerah pula, aku memang dah standby storage botol dari mom little one, so tak ada masalah sangatlah nanti kan.

sehinggalah aku baca blog syima tentang pembelian feeding bottle tommee tippee set ni. cakap dekat suami, suh bawa ke kedai BEBE TOTZ, dia pun ok je.

aku memang suka Tommee Tippee ni. mungkin pasal cute, atau ciri-ciri closer to nature yang ada pada botol ni.singgah ke kedai Bebe Totz, cakap dekat suami, harga sebenarnya sekian sekian tapi kedai ni bagi harga sekian sekian. aku ingatkan suami aku tak setuju hendak belikan sekali dia kata, ok harga ni! maka, aku pun apalagi, haruslah takkan lepaskan kan.

Alhamdulilah rezeki anak, sebab dapat harga yang jauh lebih murah dari harga pasaran untuk set seperti ini.

414443_3735996354185_1104373359_3509198_165883875_o

Essentials starter kit ini mengandungi :

  • 1 electric steriliser
  • 1 electric bottle warmer
  • 2 insulated bottle bag 
  • 4 bottle for 260 ml ( dengan slow flow teats )
  • 4 bottle for 150 ml ( dengan slow flow teats )
  • 1 bottle and teat brush
  • 6 milk powder dispenser
  • 2 medium flow teat
  • 1 pure soother
  • 1 teat tongs

 : slow flow teats tu sesuai untuk baby 0 bulan ++
 : medium flow teats tu sesuai untuk baby 3++

466802_3736028394986_1104373359_3509218_489784629_o
steriliser. senang hendak guna.

410954_3736032675093_1104373359_3509230_721958504_o
sila baca.kelebihan botol susu TT ni.

471734_3736035715169_1104373359_3509238_568467601_o
comelkan.sebab besar dabak sikit.heeeh.

kenapa Tommee Tippee?
- sebab ia produk dan botol susu terbaik untuk tahun 2009 yang mendapat tempat pertama, berdasarkan survey di Ask A Mum UK.
- merupakan produk My Best Buy untuk majalah I'm Pregnant!  magazine.
- dapat award untuk kategori Feeding Equipment dari Practical Parenting & Pregnancy judges and readers selama 2 tahun berturut2.
-awards dari Consumer Superbrands 2011 UK.
-BPA Free dan Anti-Colic. Kelebihan botol-botol anti-colic ni, susu hanya akan keluar bila baby hisap je. maknanya tak meleleh atau air tak adalah akan keluar menitis tak tentu pasal.botol susu yang jenis ni, selamat untuk kegunaan dalam tempoh 6 bulan berbanding botol susu biasa yang perlu kerap ditukar ganti.
-puting Tommee Tippee ni direka bentuk supaya sama dengan puting ibu/breast.hehe

perlu ke orang yang EBM (exclusive breastfeeding) ni beli botol banyak-banyak?
bagi aku,ye. tapi lebih kepada ibu yang bekerja la.ibu yang tak bekerja ni,apa susah,bila baby nak je,sumbat je.hihi.yang bekerja ni, perlu buat stock susu.dan feeding bottle ni, memudahkan urusan hantar baby ke rumah babysitter.pagi-pagi tu masukkan stock susu EBM siap-siap dalam feeding botol ni, dan sediakan warmer sekali pada babysitter.so bila baby hendak susu, babysitter pun senang je, tak payah bancuh-bancuh ke ape ke, terus panaskan susu pada suhu yang betul dan bagi je pada baby. mudah. dan matlamat nak bagi EBM pada baby pun,InsyaAllah tercapai.

well. ini pendapat aku. lain orang, lain lah pendapatnye ye tak. harap-harap baby suka lah TT ni nanti. kalau katalah dia tak suka, aku let go jela pada yang mahu. hihihi. tapi syima kata,dia dah buat survey,baby ni akan stick pada benda yang 1st time dia dah try.so lega di situ.


p/s : tapi aku tak steril lagi botol2 ni semua. bila nak buat,tak tahu.malas melampau-lampau.padahal masa bukan lama lagi.aduhh.



8 comments:

  1. ibu tak berkerja sumbat miss b jela kan..cuma at least ade spare bila travel ke..kina beli tommee tippee 2 botol sebab cute sgt2..

    ReplyDelete
  2. kina : hehe,btul.tp mmg kene ade spare....kdg2,mgkin ade hal ke,so bl ade spare,leh la suh sape2 tlg feeding baby ms kite ade hal tu :)

    ReplyDelete
  3. patut i tersedak2...hehehe

    nasib baik u cepat...nad pegi dah habis.hehehe

    ReplyDelete
  4. syima :heheh..rezeki baby sy..xsangka akan beli pd hr y sama pas bc blog u...ingtkn nk g tgok2 je...tp terbeli..

    ala cian nad.xpe,nnti msti ade lg tu kt kedai tu...

    ReplyDelete
  5. salam..
    ni beli kat Bebe Totz ke? ada lg tak stok?

    ReplyDelete
  6. salam..
    ni beli kat Bebe Totz ke? ada lagi tak stok?

    ReplyDelete
  7. Cmna nk beli botol susu nie.coz suami sy xnak beli on9...dia nak tgok...kat mana outlet jual botol susu nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam,

      saya ada botol mam dan Tommee Tippee yang baru sekali digunakan.100% condition seperti baru.Jika berminat, sila maklumkan.Harga memang berbaloi setanding kualiti.

      Tq

      Delete

Terima Kasih singgah blog ini. Sila tinggalkan komen anda :) tapi yang positif je taw.Kalau nak tanya apa-apa secara details, boleh email saya yea - veelara85@gmail.com

♥♥ Lara ♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...