nuffnangku

Saturday, May 5, 2012

bila masa terbaik untuk beritahu semua orang tentang 'saya dah pregnant' ?

DSC_0686-1
my simple maternity shoot.

well. 
sebenarnya bergantung pada individu. ada yang dengan rilex, awal-awal pregnant dah inform kat semua orang. ada juga yang bila masuk 6 bulan baru nak bagitau. ada yang bila lepas trimester pertama je, terus bagitau orang. aku pula, mula beritahu kawan-kawan di FB, bila menjelang 7 bulan. tapi update di blog, bila dah masuk 9 bulan. sebab tu ramai confuse, diorang ingatkan aku baru je pregnant.hihihi. 

ada macam-macam reason, kenapa certain orang akan update tentang preggy dia at the certain time. 

macam aku. aku ni jenis hati cepat sayu. aku jenis kalau jadi apa-apa kat aku, aku tak suka orang tanya. in case la kan, kalau aku keguguran (nauzubillah, minta dijauhkan), aku tak kuat untuk terima bila orang tu tanya tentang preggy aku tu. aku tak cukup tabah hendak jawab benda yang sama berulangkali pada orang yang berlainan. tapi ada juga jenis orang yang dia jadi kuat dan tabah kalau jadi apa-apa if ramai yang bagi sokongan. 

lagipun, mak aku sendiri pesan, tak payah hendak heboh sangat sebab takut kecewa. aku pun malas nak argue, sebab aku percaya benda - benda macam ni semua ketentuan Allah. tak ada istilah, kalau bagitau orang awal-awal, akan menyebabkan keguguran atau apa2 jela.kalau memang dah rezeki, maka itulah rezeki kita kan?tp aku faham mak aku punya concern. dia tak mahu aku kecewa dan stress kalau jadi apa-apa, tambah2 kalau ramai sangat orang yang dah tahu tapi katakanlah kandungan tak menjadi. double stress la kan. 

mulanya aku cadang, hendak update tentang pregnancy journey aku kat blog bila dah masuk 7 bulan, tapi masa yang terlalu cepat berlalu, membuatkan aku tak sedar, alih-alih dah 9 bulan. so better update than never la kan?kurang-kurangnya boleh jadikan rujukan dan kenangan untuk diri aku sendiri di masa akan datang. 

kenangan paling indah, dalam hidup seorang aku,like serious.. pregnant dengan bermacam alahan  adalah sangat wonderful untuk aku. alhamdulillah dapat rasa macamana susah nak jadi seorang ibu. kalau suami, orang masih boleh rampas. kekasih pun sama. tapi anak? sampai bila pun, aku adalah tetap ibunya di dunia dan akhirat walau apapun yang terjadi. bukankah itu sungguh awesome? kan? 

cuma yang aku harap, rezeki aku untuk bersama anak ini, akan kekal sampai akhir hayat aku. dan suami juga. makin lama, aku tengok, laki aku makin tak sabar tunggu anak dia ni lahir.  setiap hari dok kacau perut aku, nak usik-usik si comel ni. tambah-tambah bila si comel ni memang makin aktif, jarang duduk diam.anak kot? sape tak sayang kan... semoga dia lahir dengan selamat dan sempurna. doakan lah yea. 

2 comments:

  1. Saya tak bgtau unless orang tanya mcm lain macam je bentuk tubuh. Then baru bgtau :)

    ReplyDelete
  2. macam i....kat ncol i bgtau, kat fb kiasan, kat office i diam... lama2 org nampak perut i baru diorg tau... sb i kurang bergaul sgt kat office.

    ReplyDelete

Terima Kasih singgah blog ini. Sila tinggalkan komen anda :) tapi yang positif je taw.Kalau nak tanya apa-apa secara details, boleh email saya yea - veelara85@gmail.com

♥♥ Lara ♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...