nuffnangku

Sunday, April 29, 2012

trimester terakhirku. trimester ketiga.

rasa macam kejap je masa berlalu. masa awal-awal pregnant, rasa masa sangat lambat berlalu. tapi sedar tak sedar, sekarang sudah menjangkau ke trimester terakhir. trimester paling mencabar sebab di saat akhir, macam-macam boleh terjadi. apapun, kita sebagai manusia (aku) terutamanya, hanya berserah pada Allah. semoga aku dapat tunaikan tanggungjawabku mengandungkan khalifah Allah ini sempurna sampailah dia lahir nanti.


minggu ke 28 
berat naik mendadak ke 4 kg dalam masa 2 minggu!! harus kena minum air gula. zzzzok la,tak adalah teruk mana air gula tu,cuma lepas minum loya2 sikit sebab terlalu manis. baru mula membeli barang2 baby. sebelum ni tak pernah langsung beli brg baby walaupun sehelai mitten/booties sebab aku tak sihat selain blurr, tak tahu nak beli apa. pada ketika ini, hanya rajin baca blog mom2be yang gigih shopping. aku sendiri, stil blurr, tak tahu banyak benda pasal barang-barang baby ni :(

minggu ke 30 - 33 
aku masih mengalami muntah2,paling banyak 2 kali sehari. biasenya muntah sekali sehari, tensen la juga tapi dah biasa. cuma sekarang, kalau muntah, sakit sangat kat area perut, sebab perut dah padat dengan si kenit ni. dah mula rasa seksa hendak tidur. kena tidur mengiring je. dari kiri hendak pusing ke kanan,memang azab sangat. mula lebih memahami baby.dia suka tidur/rilex bila aku tidur .dia jarang kacau aku time aku tidur. sampai kadang2 aku risau bila terjaga tengah mlm, tak rs dia bergerak. takut jadi apa2, aku mesti cuit perut. biasanya dia respon, gerak2 sikit je. kalau aku kacau lebih2, dia bls dengan tendang aku kuat2, heheh. mengamuk la tuh. kalau sabtu ahad, time aku bangun pagi lambat, dia pun tak bangun2.sampai kadang2 aku cuit2 pun, dia buat tak tahu je. slalu cakap dengan suami,kalau lagi sejam dia tak gerak, kita pergi hospital. tapi sebelum g hospital, singah makan dulu. and YES! bila makan je, dia terus aktif .alhamdulilah.bukan sekali dua terjadi mcm ni,memang setiapkali nya. 

kalau hari aku kerja,dalam kul 6 lebih pagi tu,dia dah mula dah aktif.mengacau aku. senget benget perut jadinya kena tendang kiri dan kanan. kalau masa aku tengah aktif atau kat opis, masa tu dia pun excited sama :) sekarang, makin ketara bila perut aku berkeriut-keriut kiri kanan sampai orang pun boleh perasan. pergerakan aku sendiri pun semakin terbatas. bangun poo2 di awal pagi adalah aktiviti paling aku benci sebab sangat payah nak bergerak.ambil masa 10 minit untuk bangun dari katil. perlu berpaut pada sesuatu utk bgun. bila dia bergerak, rasa geram nak tangkap kaki dia,hihihi. pandai bagi respon bila aku pangil nama yang aku cadang hendak beri pada dia,anak yang mendengar kata, InsyaAllah.

minggu ke 34 -35
semakin sakit kat ari-ari atau dikenali sebagai  Pelvic Painbila dah duduk lama,tetiba bangun,memang sakit kat bawah perut tu. kadang-kadang sampai hendak nangis, tapi tak pernah nangis lagi la, tahan dan bersabar selagi mampu :) masih mampu solat macam biasa. selera makan macam biasa.baby makin aktif. respon dia makin ketara. 

4 comments:

  1. insyaallah dia senang dijaga nanti...kuat tido ni...hehe

    ReplyDelete
  2. seronoknya...as lak yg tak sabar utk rasai pengalaman tu. :D

    ReplyDelete
  3. syima :amin.mudah2an..hegege.kuat tdo mcm mak die gak kot.ha3..

    as : heheheh...

    ReplyDelete
  4. kena prepare dah ni trimester 3 mcm2 bleh jd.boleh letak beg ke hospital dh dlm keta.sronoknya pengalaman mengandung kan:)

    ReplyDelete

Terima Kasih singgah blog ini. Sila tinggalkan komen anda :) tapi yang positif je taw.Kalau nak tanya apa-apa secara details, boleh email saya yea - veelara85@gmail.com

♥♥ Lara ♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...