nuffnangku

Wednesday, April 25, 2012

trimester pertama ku.

Salam semua.
aku memang kalau dalam hal-hal yang peribadi ni memang lambat sangat hendak update.bukan apa, ada macam-macam sebab musabab lah yang membuatkan aku kadang-kadang malas hendak update.tapi aku rajin baca blog-blog mom-to-be ni.blog-blog mereka ni memang favourite aku yang paling latest lah. kalau dulu, lepas kahwin, masih minat baca blog-blog bride to be, tapi semenjak memegang gelaran baru, aku mula beralih minat membaca dan memburu blog-blog mom- to -be ni.hihihi.

ok, rasanya aku update ikut trimester je, senang sikit. 

ini semua berdasarkan apa yang aku lalui je, kan setiap orang tu pengalaman mengandung masing-masing tak akan sama. tapi dalam ketidaksamaan tu, mesti ada sedikit persamaan kan? ke memang tak? entah.tapi setiapkali ada apa-apa perubahan pada diri dan pregnancy aku, memang aku rujuk babycenter ikut minggu demi minggu. so far, semuanya lebih kurang je dengan apa yang tertulis kat babycenter tu.



minggu 1 - 4 
-tak tahu diri pregnant 
-siap pergi Bandung, sempena 6 bulan kahwin (pre-anniversarry) 
-naik turun flight, main permainan indoor di Tranz studio Bandung (Vertigo yang berputar 360 darjah) 
-makan nenas selama seminggu sebab mulanya suspected kena kencing kotor. 
-tapi jadi pelik,bila period lewat seminggu.sebelum dan selepas kahwin,belum pernah period lewat sampai seminggu! 
-hati mula berdetik secara confident- aku pregnant ni.betul la orang kata, bila 'dia' ada, kita akan tahu 'dia' memang ada. 

minggu ke 5 
-balik dari bandung,ahad 
-beli pregnancy test setibanya di malaysia sebab tiba-tiba loya2 teramat bila terfikir tentang indonesia (pelik!) 
-pagi Isnin, bangun tidur,terus buat 
-double line! kejutkan suami yang tengah tidur, dia melompat gembira bila aku tunjuk UPT yang double line. 
-Alhamdulilah. perasaan yang sukar digambarkan.sungguh indah. tapi bercampur baur pula dengan kerisauan-kerisauan yang datang.macam-macam. 

minggu ke 6 
-lepas solat di opis, ada bleeding berwarna merah pekat.tak seperti darah period. 
-muka aku pucat,dada berdebar-debar-aku dah gugur ke? 
-tanya akak-akak opis, diorang kata InsyaAllah tak ada apa-apa if bleeding sikit je. 
-call suami, rasa nak menangis. suami pula cool macam tak ada perasaan.Dang!~ 
-lepas kerja terus ke private klinik. doktor scan, hearbeat baby masih ada. 
-doktor pun tak tahu apa puncanya, terus kena siap sedia buat VE (Vaginal Examination) 
-selalu baca pengalaman blogger yang pernah buat VE, rata-rata kata sakit. 
-dah rasa, memang sakkkiiiitt! rasa nak tendang je doktor perempuan tu,dia siap marah aku sebab aku keraskan peha.what the hell,sakit giler kot. 
-hampir hendak menangis, tapi sabarkan hati.sakit tu ngilu-ngilu sampai ke malam. 
-lega, sebab masih ada rezeki untuk bersama dengan si baby :) .bersyukur sangat pada Allah. 
-doktor suruh bedrest selama 3 hari, tidak boleh stress, dilarang buat kerja berat kalau tidak kemungkinan untuk gugur tu tinggi.Nauzubillah. 
-selama 3 hari ni, asyik nangis bila teringat 'kemungkinan bakal keguguran' .selalu bermohon pada Allah supaya rezeki ini tidak ditarik semula. 
-bleeding selama 3 hari, tapi pad tidak penuh.langsung tak!bleeding pun tak sebanyak darah period. 
-doktor suruh datang scan semula pada minggu ke 8 

minggu ke 8 
-tak pergi semula ke klinik tersebut 
-ikut gerak hati je, sebab gerak hati kata baby selamat. 
-sakit dan pedih ulu hati yang teramat teruk
-lewat makan sikit, boleh membuatkan aku rasa macam sakit orang kena gastrik.terlalu sakit.
-mula muntah-muntah TAPI bukan dari pagi.start muntah2 dari maghrib sampai ke malam. NIGHT SICKNESS la namanya kan?
-bila pagi,aku tak bermaya sebab badan letih dan lesu dan sakit-sakit.
-bermula dari minggu ini, aku akan terjaga malam dan susah hendak tidur semula dalam sejam atau dua jam.pheww!~

minggu ke 9 - 12
-breast makin sakit, terlanggar sikit pun, boleh buat aku rasa hendak menangis.
-masih muntah2
-tak berminat langsung hendak bersosial or tengok Facebook or blog langsung
-emosi kerap terganggu, selalu muntah sambil menangis sebab terlalu seksa
-tak confident hendak keluar rumah sebab rasa macam hendak pitam
-kalau orang update pic makanan or vacation kat oversea, tak pasti kenapa, aku rasa loya dan terus muntah sebab imagine makanan2 (pelik).

2 comments:

  1. Hai.. u masa lepas kawin tu mmg tak period lagi ke apa? :)

    ReplyDelete
  2. Hai.. u masa lepas kawin tu mmg tak period lagi ke apa? :)

    ReplyDelete

Terima Kasih singgah blog ini. Sila tinggalkan komen anda :) tapi yang positif je taw.Kalau nak tanya apa-apa secara details, boleh email saya yea - veelara85@gmail.com

♥♥ Lara ♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...