nuffnangku

Sunday, April 29, 2012

selamat datang trimester kedua.

Assalamualaikum.
biasanya orang akan cakap, trimester ke 2 adalah 3 bulan yang sungguh honeymoon sebab kebanyakkan ibu-ibu akan recover dari morning sickness yang teruk dari awal 1stt tri, tapi AKU? trimester kedua adalah tak banyak beza dari yang pertama.

masih muntah.masih ada bleeding.masih lagi kurang yakin nak merayap ke mana-mana, tak sanggup aku kalau jadi tontonan umum dengan muka tak boleh bla kalau aku termuntah di tempat-tempat awam.

dari segi emosi, semakin ok.

minggu ke 14 
-di duga sekali lagi dengan bleeding ketika bangun pagi!! 
-kali ini, rasa lagi teruk,sampaikan hendak makan pun tak ada selera. 
-sepanjang perjalanan ke klinik, hati tak habis-habis berdoa dan beristighfar memohon keampunan dari Allah dan memohon supaya baby selamat. 
-pergi ke klinik kesihatan A - disuruh refer ke klinik B sebab kawasan rumah bukan di kawasan rumah mereka.ok,fine! pergi ke klinik B - di suruh refer ke klinik C atas alasan yang sama. klinik C beri alamat klinik D - dengan tabah hati dan bersedih, pergi ke klinik D.sampai sana, mereka kata kes bleeding macam ni better refer terus ke hospital! 
-hati terus bersabar, sebab fikirkan keadaan diriku yang bleeding.kalau ikutkan hati,memang aku nak maki je diorang ni, main refer-refer macam bola pula, dah la dari 1 klinik ke satu klinik tu bukan dekat! 
-patutnya kes macam ni diorang handle la elok2, tapi semua macam nak lepas tangna.ok ,aku faham,prosedur dah memang macam tu kan 
-ke Hospital Ampang, terus di masukkan ke bahagian kecemasan. sempat mesej nuril ,wani dan zai minta doakan yang baik-baik untuk aku dan baby.
-doktor pertama scan, pertamakali lihat baby aktif bergerak.sebelum ni,scan baby terlalu kecil,tak nampak dia bergerak.perasaan masa tu, rasa hendak menangis sebab sayu sangat dengan kurniaan Allah.rasa Allah sayang sangat kat aku sebab baby ni masih bernyawa dan aktif pula tu! 
mohon supaya tiada VE lagi. 
-ditolak masuk ke Wad Kecemasan- macam parah sangat,padahal aku masih ok je kalau di suruh berjalan ke wad pun :p 
-jumpa doktor kedua,dia keluarkan alat-alat yg macam muncung itik.Sah! VE again. 
-kali ni air mata menitis sebab walaupun dia buat lembut,tapi tetap sakit! 
-tiada masalah dengan kandungan , pintu rahim pun masih tertutup,cuma dikesan bleeding sebab uri di bawah (placenta previa) 
-diberi bedrest selama 3 hari, dan dinasihatkan tidak banyak bergerak. 

minggu ke 16 
-baru mula mendaftar di klinik ibu dan anak. 
-nasib baik nurse tak membebel, sebab nurse muda2 lg kot. 
-org pun tak ramai sangat kat klinik ni. 

minggu ke 20 
-aku baca info di internet, pada 16 - 20 week, ibu sudah mula merasakan gerakan baby 
-aku mula risau sebab seingat aku tak rasa apa2 lagi termasuk butterfly2 tu 
-mengadu dekat olin, tanya baby dia dah mula gerak? 
-dia pun belum lagi 
-esoknya,aku mula rasa dalam perut,macam angin atau macam di cuit-cuit lembut. 
-hati aku yakin, itu adalah my baby! 
-paling tak boleh lupa,aku baring telentang sambil tengok tv,masa tu tangan aku kat perut, aku rasa macam kena kejutan elektrik bila tangan aku di tendang dengan kuat sebanyak 3 kali dari dalam, MasyaAllah memang berderau darah.berderau sebab ia begitu indah, begitu sukar digambar dengan kata-kata.siap dengan excitednya aku bgtau suami aku. 

minggu ke 24 
-buat scan 2d (details scan) and 3d 4d dengan Jess di Klinik Fauziah Ampang 
-nerves, dan berharap baby sihat dan normal. 
-sepanjang perjalanan tak putus2 berdoa pada Allah 
-masa scan, Masya Allah,anak ini memang anugerah paling indah dalam hidup aku 
-comel sungguh dia, paling aku bersyukur,dia sihat dan sempurna fizikal dan mental(pada ketika itu) 
-tapi ketika scan, muka dia masam sebab dia macam marah kena kacau waktu dia tengah mengantuk-dia siap menguap dan mata layu hendak tidur (memang aku jatuh hati habis!~), bila Jess usik-usik perut,dia buat tak tahu je sampai Jess kata baby ni degil.hihih.perangai macam siapa la tu kan,jenis suka ikut diri sendiri je. 

minggu ke 25 
-tekanan darah aku rendah.kena mula ambil iron tablet 
-kena amik darah setiap kali datang klinik (setiap 2 minggu sekali) 

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih singgah blog ini. Sila tinggalkan komen anda :) tapi yang positif je taw.Kalau nak tanya apa-apa secara details, boleh email saya yea - veelara85@gmail.com

♥♥ Lara ♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...