nuffnangku

Tuesday, March 13, 2012

Family Day Kho-Pandan Fellas yang best.

Assalamualaikum.

3 Mac dan 4 Mac lepas, setelah dekat sebulan planning betul-betul, akhirnya dapatlah kami semua berholiday di Port Dickson. Alhamdulilah. Motif utama cuma hendak bersuka ria di samping eratkan silaturahim kami yang dah macam adik-beradik ni, maka holiday kali ni di beri nama - Family Day Kho-Pandan Fellas. Wah,gitu.

bbq
BBQ di Tanjung Biru, Port Dickson.

Aktiviti yang kami buat,tak banyak sangat tapi sungguh fun, sebab yang penting, boleh gelak-gelak, usik-usik dan happy-happy, itu yang paling penting. mula-mula memang dah siap dengan segala itinerary bagai, tapi akhirnya banyak planning / games yang tak berapa kami follow. tapi tak ada isu sangatlah kan, sebab yang penting, saat-saat gelak tawa dan enjoy the moment adalah sungguh priceless. aku pun happy je tengok kerenah budak-budak kho-pandan ni memasing. diorang ni memang macam-macam perangai tapi semua baik-baik dan sporting belaka. yang paling best,of coz lah komitmen yang masing-masing tunjukkan. dari mula planning lagi, siap datang mesyuarat,kena marah dengan pengetua lagi , kena catat minit mesyuarat lagi(laki aku kena) dan akhirnya sama-sama menjayakan family day ni, korang memang rockkks!~ la. yang join untuk dua-dua hari (sabtu dan ahad) adalah Ajie, Apis, Wise, Farah, suamiku-samsul, aku, Awid, Lan dan Arif.join pada sabtu (datang siang dan pulang awal subuh kerana ada hal) Amie dan tunang, Baby.datang sebelah malam sabtu sebab ada hal tak dapat di elakkan pada siangnya-Tomat dan isteri, Zira. yang tak dapat join kerana tuntutan kerja, sid-wani,diela,tobek-shiera.

Kami konvoi dengan 3 buah kereta. tapi tak konvoi sangatlah,sebab ada orang tu bawa kereta macam nak masuk F1 je ( hehehe,kereta yang bawa tok pengetua tu la),sabar jela.lepas tu berpisah kejap sebab suamiku, Arif dan Lan gigih cari joystick untuk PS3 yang konon diorang nak battle malam nanti. manakala, Apis dan Ajie serta Wise,Awid dan Farah singgah rumah umi untuk ambil bahan-bahan untuk BBQ malam nanti.dan akhirnya kami bertemu semula di Blue Lagoon Condo.sampai-sampai je, cuaca memang terik sangat, maka kami makan dulu kat area pantai tu. mahalnya. memang saja je nak cekik darah. tapi lepas tu memang kami tak makan situ dah.

rehat kejap, then siap-siap untuk turun ke pantai.

Beach Soccer Time!~jom layan pic.entri ni memang banyak gambar tau :)

kp16
macam-macam aksi diorang ni. semasa pembahagian team.

kp19
bersungguh diorang ni semua.team 1(arif dan awid) dan team 2 (ajie dan lan)

sol n apis team
team 3 (sol dan apis)
team1
team 4 (wise dan amie)
winner adalah team wise dan amie :)

kemudian, galah panjang.saat mengimbau zaman kanak-kanak.FUN!!~

kp18
muka happy je masing-masing.
kp17
riang gembira macam kanak-kanak.

settle dua games(beach soccer dan galah panjang), yang lelaki semuanya bergelumang mandi pantai. pic tak ada, sebab perempuan-perempuan tak kuasa menjejaki diorang di tengah laut dengan kamera. kitorang duduk melayan angin pantai di tepi pantai je. masa di tengah laut, diorang (lelaki) sempat naik banana boat, dengan 2 kali dijatuhkan dari boat. memang happy la diorang, siap kaki tangan semua lintang pukang masa dijatuhkan dengan laju tu. ada yang sampai benjol kepala :p

 dekat maghrib, baru diorang naik ke darat.

BBQ TIME.
Dalam pukul 8 lebih (malam) ,baru lah semua ready untuk BBQ.
kp3
orang kuat di sebalik tabir. diorang ni yang susah payah siapkan semua dari awal ,dari hidupkan api sampai membakar.terutama Amie,Wise,Ajie dan Arif.

Apis dan suami pula gigihround bandar untuk cari ais.lama juga lah mereka cari.

kp14
aktiviti bakar-membakar sedang giat dijalankan.

kp13
pic atas : girl jadi tukang prepare, balut bahan-bahan yang hendak di bakar dengan aluminium foil.
pic bawah : santai sementara tunggu BBQ.kad tu di main sesaje je, bukan dengan tujuan berjudi *jangansalahfaham*

kp4
santai. sambil makan-makan.*ramuan BBQ yang Umi AjieAwidUwais prepare adalah sangat best dan sedap sangat.

settle BBQ, tiba kepada aktiviti bebas. ada yang tidur awal, ada yang berjaga sampai ke pukul 5 pagi.

Ahad pula, aku,suami,Ajie,Zira dan Tomat turun ke pantai, sementara yang lain, masih tidur sebab mengantuk berjaga sampai ke pukul 5 pagi. masa ni, cuaca tak panas, so aku dan zira duduk berendam dalam air. suami dan Ajie mandi sampai ke tengah laut. Tomat jadi tukang jaga barang-barang kat darat je :)

check out dalam pukul 1 tengahari.dan aktiviti bergambar (seperti biasa)
kp10
semua single sebab belum kahwin lagi.wise hilang dari pandangan.haha.

kp7
geng lelaki macho.tapi cuba buat aksi comel :p

423012_3220136876655_1663419568_2803960_1002558361_n
my husben.
431113_3220182157787_1663419568_2803976_1900153123_n
the photog team.
couple
couple.pic 1 : amie dan tunang,Baby
pic 2 : wise dan girl,Farah
pic 3 : husben n me
pic 4 : tomat n wife, Zira.

hopefully, ini bukan holiday yang terakhir. kepada semua Kho-Pandan Fellas yang join untuk kali ni, korang memang hebat.komitmen korang memang the best.compliment pada semua yang terlibat terutama apis(pengetua) yang sanggup susah payah planning macam2 dari awal til akhir holiday ni.rajin update FB group untuk pastikan semuanya berjaya.buat mesyuarat dan macam2 lagi.kepada ahli-ahli lain yang mana bersusah payah untuk BBQ,sanggup curi masa datang juga walau sekejap,gigih beli barang persiapan untuk BBQ dan paling penting semua sporting sepanjang holiday ni. aku harap persahabatan ni kekal sampai bila-bila. kita dah macam bukan kawan lagi, tapi lebih kepada 1 big family. kepada sid-wani,tobek-shiera yang tak dapat join, tak pe,nanti next time,kita planning lagi yea.

p/s : kesian suamiku, Arif, Lan dan tomat, tak dapat main PS3 sebab tv kat condo tu aku tak tahu zaman jepun punya ke zaman bila punya :p

akhir sekali,
DSC_0357-1
motif gambar ni?
dah kata ni blog bini dia, haruslah ada gambar suami dia.kekekekke.tak pasal-pasal.
*peace, aku suka pic ni sebab aku yang candid*

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih singgah blog ini. Sila tinggalkan komen anda :) tapi yang positif je taw.Kalau nak tanya apa-apa secara details, boleh email saya yea - veelara85@gmail.com

♥♥ Lara ♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...