nuffnangku

Wednesday, March 28, 2012

1 tahun bersama.

Assalamualaikum.

Dengan nama Allah, aku bersyukur kerana masih diberikan kesempatan untuk meneruskan ikatan pernikahan ini. setahun berlalu (25 Mac 2011) dan aku masih rasakan macam baru beberapa bulan lepas, menjadi seorang isteri yang sah kepada seorang suami seperti yang telah Allah tentukan.

8
pic from official photographer : gambalawa. saat akad nikah.

setahun dalam alam perkahwinan ini adalah lebih membahagiakan dan lebih tenang dari sebelum masa kami berkahwin. kalau sebelum kahwin, banyak drama swasta, drama hindustan dan telenovela tapi mungkin ini di namakan rahmat dalam perkahwinan sebab bila sudah berkahwin, segalanya lebih dipermudahkan. ini adalah erti sebuah ikatan yang sah (InsyaAllah).

rumahtangga mana yang tidak pernah di uji? bohong,jika selama setahun berkahwin ni, langsung tak pernah bergaduh,merajuk dan bermacam lagi. itu fitrah dan realiti sebuah perkahwinan. ada pasang surutnya. ada lidah yang tergigit secara tak sengaja. ada hati yang terguris tanpa sedar, tapi itu semua adalah satu proses untuk masing-masing belajar mengenal kelemahan dan kelebihan pasangan masing-masing kan.

satu tahun.
terima kasih pada Allah yang memanjangkan usia pernikahan ini. juga telah mengkurniakan kami rahmat-Nya yang tak ternilai buat kami. semoga kami terus diberkati. InsyaAllah, mudah-mudahan.



Kepada Lelaki ini,
7

Terima kasih atas segala kesabaran dan ketabahan yang menjadi tiang mengukuh dalam membina rumahtangga kita.
Menjadi asas sebuah bumbung tempat seorang isteri berteduh.
Menjadi pendamai tatkala dingin menyusuk sampai ke tulang hitam.
Menjadi embun penyejuk jiwa pada hati yang amarah.


Kepada Perempuan ini,
1


ingatlah selalu, syurga dan duniamu di bawah telapak kaki si suami.
tidak akan kau ke mana pun kalau selalu membawa amarah, ego dan prinsipmu sendiri.
memang kau telah terfitrah untuk menjadi isteri pada seorang lelaki. maka, taatlah pada suami.
sayu dengan ayat sendiri :'(





I want to grow old looking at the same face every morning. I want to grow old looking at the same face every night at the dinner table. I want to be one of those old couples you see still holding hands and laughing after fifty years of marriage. That's what I want. I want to be someone's forever. - Rachel Gibson.





3 comments:

  1. congratz vee....

    pas ni celebrate dgn si kecik..hehehe

    ReplyDelete
  2. moga akak n abg kekal bhgia slmnya..amin ;p

    ReplyDelete
  3. syima, hehe.insyaAllah..mudah2an thn dpan dpt smbut bertiga pula :)

    cinta utk kita :
    amin,tenkiu dik :)

    ReplyDelete

Terima Kasih singgah blog ini. Sila tinggalkan komen anda :) tapi yang positif je taw.Kalau nak tanya apa-apa secara details, boleh email saya yea - veelara85@gmail.com

♥♥ Lara ♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...