nuffnangku

Saturday, February 18, 2012

pre-wedding

Assalamualaikum.

DSC_5841-1
pre-wedding yang di ambil pada disember 2010.

baru perasan, tak pernah letak gambar pre-wedding pun kat blog ni.saja letak sekadar mengulangi kenangan lalu, padahal kahwin pun dah nak dekat setahun. weee!~

tak pela, silalah layan gambar-gambar ini yea. sekarang, berat badan aku sudah berpuluh ganda dari yang ini, hehe . * nangis (T__T) *

sebenarnya memang tak prepare pun untuk pre-wedding ni. buat pun untuk suka-suka. sekadar hendak rasa buat pre-wedding. orang lain buat, kitorang pun hendak juga merasa sama. sebagai kenang-kenangan. nanti bila dah tua, bolehlah tunjuk dekat cucu-cicit *amboi,angan-angan,kemain lagi,wee* dan kalau boleh memang tak mahulah menambah bajet untuk ini. maka, kami pilih yang paling senang - sempoi - simple dan tak membebankan kami dengan bajet yang besar :)

tapi kami buat ianya ada jalan cerita sikitlah, sama macam perjalanan awal detik perkenalan kitorang.yang bermula dari aku tak suka dia- tak terima dia - kemudian jadi kawan - lepas tu jadi sahabat - bercinta - konflik - dan akhirnya kahwin. well, nak kata apakan, kalau dah memang jodoh, datanglah dugaan besar macamana sekalipun, dengan orang ketiga sekalipun, kalau Allah dah tulis itu jodoh, maka akan berkahwin juga.



1.awalperkenalan
gambar pertama - Acoi hulur salam perkenalan. sukar hendak terima.
gambar kedua - mula rapat tapi masih tak serasi.
gambar ketiga - rapat.

2.caripenyesuaianbsama
mula mencari keserasian bersama, tapi memang sukar.pening kepala.

3.saatbsama
memang sukar untuk mencari persamaan, tapi lama-lama saling senang dengan kehadiran masing-masing.

4.konflik
dugaan datang melanda. perpisahan terjadi buat sementara waktu. demi mencari hala tujuan hidup.

7.semaicinta
cinta mungkin belum kukuh, tapi keberadaan dan kehadiran diri masing-masing itu yang penting, akhirnya kami rapat kembali kerana masih ada sayang di hati.

5.perjanjian
perjanjian di ikat dengan restu keluarga.

5.pjanjian2
kami, tidak bertemu kerana cinta. kami juga adalah dua individu yang datang dari situasi yang berbeza. kami bersatu kerana jodoh pertemuan itu rahsia Allah. Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kami berdua.

DSC_5605-1
aku dan dia.

DSC_5809-1
janji diikat. restu keluarga dipohon. takdir Allah jadi penentuan.

akhirnya :

0445-1
"Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang. (Ar-Rum 21)"

hehe. saja suka-suka buat entri ni, sekadar isi masa lapang.
selamat membaca yea, para pembaca sekalian.


1 comment:

Terima Kasih singgah blog ini. Sila tinggalkan komen anda :) tapi yang positif je taw.Kalau nak tanya apa-apa secara details, boleh email saya yea - veelara85@gmail.com

♥♥ Lara ♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...