nuffnangku

Saturday, April 21, 2012

kronologi bagaimana tahu diriku pregnant.


aku sedar aku pregnant selepas hari yang sepatutnya aku datang period,tapi by that time tiada apa-apa.aku masih tunggu dan tunggu period aku macam biasa.dan ada perkara yang pelik terjadi awal dari yang aku sedar, sekarang baru aku perasan.period aku masa bulan sebelum pregnant datang awal 4 hari iaitu 19 hb,which is sepatutnya 22hb.selama ini tarikh period aku adalah dalam area 21-22 -23 hb sahaja.tapi masa hari itu,boleh datang awal 4 hari.tapi ok lagi,sebab masih datang period lagi.siap dengan period pain lagi.(T___T) .

kemudian, aku dapat 1 penyakit baru pada 5 hb,sebenarnya 4 hb tu aku dah mula kerap buang air kecil secara tak teratur dan kuantiti tak banyak. sakit kencing tak lawas dan kencing kotor. aku rasa pernah blogwalking blog orang dan terbaca tentang penyakit ini, buat UTP , kononnya sebab gerak hati kata pregnant tapi hampa.jawapan adalah NEGATIF.

pergi jumpa doctor pada 8 hb, diberi ubat dan dia suruh datang check-up semula selepas seminggu iaitu 15 hb, dan jangan skip ubat sebab boleh menyebabkan buah pinggang bengkak. dan aku,memang rasa hendak menangis.buah pinggang kot.doktor check dan kata kandungan darah dalam air kencing aku tinggi, termasuk protein, which is tak sepatutnya ada 2 perkara ini dalam air kencing yang normal. doa dan doa. itu sahaja yang mampu aku lakukan.

tapi dalam minggu tu,aku dah semakin pulih.tiada rasa sakit lagi masa buang air kecil dan tak kerap ke tandas.keadaan kembali normal.alhamdulilah.aku tak datang semula untuk check up pada 15 hb tu.tapi pagi tu masa bangun tidur,ada kesan darah macam darah period.tapi yang pelik aku boleh pergi kerja macam biasa, tiada langsung period pain.kesan darah itu pun bukan banyak,setitik je. Itu yang membuatkan aku pelik.dan selepas darah tu tak keluar-keluar lagi.dan aku ragu-ragu status aku,period ke atau tak atau aku sebenarnya mamai hingga berangan pasal kesan darah tersebut.tapi aku yakin,sebab masa tu aku nampak dengan jelas memang ada darah keluar seperti darah period tapi kuantiti tak banyak.hanya setitik.

Tarikh period aku yang sebetulnya memang 15 hb pada bulan tersebut (kiraan bulan),sebab itu aku tak cuak.tapi hanya yang sekali tu je ada setitis darah buat aku cuak.aku ni ada penyakit serius ke apa ni.23 hb aku holiday ke bandung.stil aku masih tak tahu aku pregnant.Cuma yang aku perasan,aku tak boleh tidur terlentang macam selalu, kene mengiring je sebab aku rasa senak dan rasa macam ruang perut aku menyempit.dada aku pun jadi sakit.perut aku rasa tak sedap je.

Aku balik ke Malaysia 27 hb.selama aku di sana,hari-hari aku bising kat suami tentang kenapa aku masih tak period-period lagi.aku risau kalau2 aku ada sakit kronik sebab kencing kotor tu ke kan.pada 27 hb tu aku mula rasa macam tak sedap perut,masa tunggu flight ke Malaysia,aku dah rasa hendak muntah, tapi tak muntah-muntah pun.loya memanjang.dan bila aku duduk diam sorang-sorang,aku berbisik dalam hati,seperti sedang bercakap dengan seseorang.dan bila aku tersedar-hish,apsal ngn aku ni.

Dan masa tu aku ada perasaan dan gerak hati,sebenarnya "ada yang mendengar masa aku berbisik" –anak aku! sampai je Malaysia,minta suami pergi beli UTP. esoknya,awal-awal pagi aku terus buat ujian.Alhamdulilah.rezeki untuk aku telah tiba.perasaan sayu sebab ianya memang luarbiasa.dalam rahimku telah terisi seorang khalifah Allah.terus kejutkan suami yang tengah tidur.

Tak payah ceritalah macamana kami yang teruja tu (sebiji macam dalam drama)

Dan lepas buat UTP tu,aku gembira bukan kepalang.tapi bermulalah episod mengada-ngada ibu mengandung.aku tengok makanan je semua rasa nak muntah.bau orang masak pun aku terus hendak muntah

Petang pergi check up kat doctor.
Memang confirm,pregnant.
Alhamdulilah.

-Disebabkan aku naik flight hari tu,maka sentiasa risau keadaan baby.
-sebab doktor sahkan kena kencing kotor hari tu,aku hentam makan nenas selama seminggu sebelum tahu aku pregnant.bayangkanlah kan. (T__T)
padahal aku sebenarnya bukan kena penyakit kencing kotor/tak lawas tu,kencingjadi  tak lawas sebab baby baru hendak jadi/nak lekat.
-Doa ku ketika tu mudah-mudahan Allah melindungi kandungan ku ini.
Aku sanggup gantikan dengan nyawa aku kalau itu dapat buat dia bernafas.
-betul orang kata,bila kita pregnant,kita akan dapat rasa kita pregnant :)

tapi setiap ketakutan aku tu,aku tekadkan pada Allah-kalau Dia memang berkehendakkan rezeki itu untuk aku, maka itulah rezeki ku.

10 comments:

  1. Insyaallah tak akan ape2 kan.. :) Btw tahniah Lara.. dah berapa weeks da skg?

    ReplyDelete
  2. lain org lain ragamnye kan. i pulak masa 1st period lps kawin dtg lmbt konon2 dh terasa eh aku pregnant ke.skali -ve. lega. tp frust tu ade la jugak lol.

    2nd time xperiod2 mcm dh lama 2weeks bagai br rs mcm ye kot pregnant n its a yes.hehe

    ReplyDelete
  3. dah lama xsinggah u dear... suka baca stories mom-to-be.. i pun last 2weeks doc ckp i ada simptom2 kencing kotor (tapi xcheck pon!)..risau gak nih..huhuuu..

    ReplyDelete
  4. Lara,

    Congratulation on your pregnant...
    Pleasee take extra2 care..and fikiran harus positif, selalu ckp baby membesar dgn sihat..I just miscarried last week, at early2 stage in 5 weeks scan baru nampak kantung fikiran I selalu risau n said ade ke baby ni, ke kantung kosong?kuasa Allah kandungan I xmenjadi, bbay xdevelop..so jgn sesekali fikir -ve ye dear..It will effects your pregnancy...

    ReplyDelete
  5. Dear...bila baca kisah u bila u perasan baru pregnant baru i rasa syahdu je...pengalaman u mcm i juga vee...so sweet kalau kita imbau sejarah mcm nih kan...x mungkin dilupakan smpai bila2 :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya ada alami perkara yg sama, pagi ni ade kuar cecair coklat tp sikit je.. padahal period sy 23/24 hb ni.. betul ke sy period atau period sy xteratur?

      Delete
  6. saya alami perkara yg sama kuar cecair warna coklat 19hb padahal period saya patutnya 23/24hb ni.. period sy xteratur ke? betul ke sy period bile kuar cecair coklat tu tp sikit je..

    ReplyDelete
  7. Hopefully I be same like u. Bestnya pregnant. ;)

    ReplyDelete
  8. Semoga sy sama seperti awak..Insya'Allah moga ada rezeki yg dtg..

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum anda baru megandung atau ada masalah kenci g tak lawas. Saya ada suplement yang dapat membantu. Whatsapp saya 0176607841.

    ReplyDelete

Terima Kasih singgah blog ini. Sila tinggalkan komen anda :) tapi yang positif je taw.Kalau nak tanya apa-apa secara details, boleh email saya yea - veelara85@gmail.com

♥♥ Lara ♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...