nuffnangku

Tuesday, February 28, 2012

11 bulan.


aku macam tak percaya , 11 bulan dah berkahwin. rasa macam baru je lagi sibuk-sibuk survey sana-sini untuk wedding. sungguh cepat masa berlalu. kadang-kadang rasa tak terkejar dengan waktu. tapi apa-apapun, perkahwinan itu adalah sesuatu yang indah. kita belajar perkara baru, buat perkara baru, perbetulkan mana yang silap, perbaiki mana yang sedia ada, pelajari kegemaran dan kebencian pasangan dan bermacam lagi. gaduh, terasa hati dan merajuk adalah perkara yang normal dalam sesebuah perkahwinan tapi jangan jadikan itu jurang yang menjarakkan, tapi jadikan itu titian yang membuatkan kita semakin rapat. InsyaAllah.

setakat ini, alhamdulilah. aku rasa dirahmati sentiasa. syukur kepada Allah yang telah menyediakan dan menyusun semuanya untuk aku.



IMG_5692-1
11 bulan yang lalu.


aku memang bukan pilihan pertama tapi aku adalah perempuan yang memang sejak azali lagi telah Allah jodohkan dengan dia. nak kata apa? perancangan Allah lebih terbaik dari perancangan manusia. dan aku dari dulu, memang tak pernah nak peduli dengan benda2 macam tu, sebab aku tahu, aku ni hamba Allah, yang hidup atas ehsan Tuhannya je. apa yang aku ada, aku bersyukur. apa yang aku takde, mungkin belum masanya lagi Allah hendak bagi, atau mungkin bukan dalam takdir aku . so aku cuma boleh berusaha, yang lain-lain moga Allah permudahkan. 





Daripada Abi Umamah al Bahili r.a. , Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya, "Sebesar-besar perkara yang mendapat faedah setelah bertakwa kepada Allah ialah isteri yang solehah di mana bila suami memerintahkannya  nescaya akan taat kepadanya, dan jika suami memandangnya dia akan berhias justeru menggembirakannya, dan jika suaminya bersumpah ke atasnya nescaya dia menunaikannya dan jika suaminya tiada, dia akan menjaga diri serta maruahnya dan harta suaminya."  (Riwayat Ibn Majah ).

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih singgah blog ini. Sila tinggalkan komen anda :) tapi yang positif je taw.Kalau nak tanya apa-apa secara details, boleh email saya yea - veelara85@gmail.com

♥♥ Lara ♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...