nuffnangku

Sunday, January 29, 2012

Hari Lahir Mak.

Assalamualaikum.


Pagi-pagi buta dapat mesej dari adik bongsu- kak,birthday mak hari ni

Aku ingat.InsyaAllah takkan lupa.manakan aku bisa lupa.
Tahu tak apa yang membuat hati paling bahagia? Hati jadi paling bahagia bila kita sentiasa ada orang-orang di sisi yang sungguh menyokong ( supportive) . paling best, kalau ada seorang mak dan ayah yang memang takkan beralih mempertahankan anaknya pada saat orang lain menuding jari pada anaknya. Mak dan ayah aku, adalah parent yang seperti itu. Tapi kalau dah memang aku salah, tetap kena juga dengan diorang. Mak aku, memang orang paling penyabar bila berurusan dengan perangai aku yang degil dan keras kepala ( well, makin tua aku ni, makin tak degil daaa,weee)

Aku, lahir dalam family yang hidup serba sederhana. Walaupun tak dimanjakan dengan wang ringgit melimpah ruah tapi keperluan aku memang akan cuba di penuhi kedua orang tua ku dengan sebaiknya. bila dah semakin besar, baru aku faham, parent ni biar dia susah macamana sekalipun, dia tetap berusaha untuk pastikan anak dia dapat apa yang sepatutnya anak tu dapat di usianya.

Hari ini hari lahir mak aku.

Mak aku, adalah ibu terbaik yang pernah aku miliki dalam hidup aku. Dia seorang isteri yang taat pada suami dan ibu yang tak pernah memaksa atau mendesak anak-anak untuk penuhi keinginannya. kalau aku belikan dia barang mahal sikit, dia marah. dia cakap - tak elok membazir. kalau aku hendak belanja lebih sikit untuk dia, dia kata tak pe, dia taknak. jangan membazir.

aku, kadang-kadang sampai tak tahu hendak buat macamana untuk membalas jasanya yang memang aku takkan dapat balas sampai aku mati pun. yang paling aku harapkan, mak aku bahagia selalu dan tenang hatinya. kalau dia sedih, aku turut rasa tapi being me yang bukan jenis mudah tunjuk perasaan secara direct, aku biasanya akan buat macam biasa-biasa je. padahal,dalam hati,tak habis-habis turut bersedih. ye, aku bukan jenis orang yang suka tunjukkan perasaan secara terang-terangan. aku tak reti. aku lebih senang tunjukkan melalui tulisan atau perbuatan. macam contoh- komitmen. kalau aku sayang, aku akan utamakan orang tu, ambil peduli tentang dia, dan susah untuk orang macam aku untuk lost contact. tapi aku jarang nak luah-luahkan. melalui tulisan biasanya jalan selamat yang aku pilih, sebab dengan tulisan, aku dapat luahkan perasaan sebenar aku dengan nyata dan tepat.

Semakin besar, aku semakin faham sendiri, mak memang banyak berkorban macam-macam untuk kebahagiaan kami adik- beradik. dia memang tulang belakang ayah aku, juga sumber kekuatan kami. masa aku kahwin, dia yang paling bersusah payah buat dan atur segalanya. kalau hendak balas jasa dia, sampai aku mati pun, aku tak mampu. Tapi aku percaya Allah sentiasa akan beri tempat dan kedudukan yang terbaik untuk insan mulia bernama ibu ini. kalau diberi pilihan untuk pilih siapa yang aku mahu sebagai ibuku,aku tetap pilih mak aku dan aku rasa bertuah kerana aku adalah anak dia. dia didik aku dengan lembut, dia layan setiap kerenahku, dia menyayangi aku tanpa jemu dan paling penting, dia selalu utamakan anak-anak dia terlebih dahulu dari diri dia sendiri.

Masa aku kecik-kecik, mak aku memang suri rumah sepenuh masa yang melayan setiap kerenah aku. bercerita macam-macam dengan aku dan sampai sekarang, bila aku dah besar, saat-saat itu yang paling aku rindu.aku rasa macam kenapalah aku cepat sangat membesar? well, itulah hidupkan.



Untuk Mak.




Ibuku,
kadang-kadang hilang kata-kata untuk aku luahkan secara nyata buatmu...
kadang-kadang aku jadi bodoh mencari kata yang terbaik untuk aku ungkap padamu...
kadang-kadang aku cangung mempamerkan semua yang ada dalam hatiku..
tapi satu yang kau harus selalu tahu..
aku bukan anakmu yang paling terbaik..
tapi kasihku buatmu selalu ada...


Ampun aku bila aku bukan anak yang paling menyenangkan..
Halalkan setiap yang pernah kau curahkan buat aku..
Aku selalu berdoa semoga kau dilindungi Allah dari segala kepayahan..
dan aku bertuah kerana aku adalah anak yang lahir dari rahimmu...

selamat hari lahir,mak...
semoga panjang umur dan murah rezeki selalu..

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih singgah blog ini. Sila tinggalkan komen anda :) tapi yang positif je taw.Kalau nak tanya apa-apa secara details, boleh email saya yea - veelara85@gmail.com

♥♥ Lara ♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...