nuffnangku

Monday, January 2, 2012

Review Wedding : Bunga Tangan.

Penting taw kena ada bunga tangan. Selain jadi penyeri, bunga tangan ni boleh hilangkan nerves kita masa bersanding atau masa nak nikah tu. Tapi aku memang prefer bunga tangan dari fresh flower atau something yang different dari bunga tangan yang sedia ada tu.


NIKAH :
bungatangan3-1

0242
Bunga-bunga ni aku sempat beli sehari sebelum nikah. Sangat berpuas hati sebab warna yang aku suka semua ada. Walaupun aku nak sangat bunga tangan yang besar gedabak tapi tak mengapalah, puas hati dah dengan yang ini. Heee.

SANDING :

IMG_5688

IMG_5671
aku tak sempat beli. Aku beli sehari awal juga, tapi dah habis guna buat hantaran. 
Ingatkan cukup. Pagi hari bersanding tu, aku minta tolong kawan-kawan aku pergi beli. Aku suruh beli banyak-banyak, tapi diorang beli seciput ni je.Heee. Tak mengapalah. Aku rembat je la asal ada. Tak boleh salahkan diorang sebab diorang tak reti nak faham taste aku macam mana. Diorang nak tolong pergi beli redah pasar pun dah cukup baik :( . Tak semua yang kita idamkan akan jadi pada hari majlis kan. Jadi kesilapan yang sikit-sikit ni adalah di maafkan :)

BERTANDANG :

DSC_0269-1


DSC_0416
Aku beli dan diy sendiri. Puas hati walaupun tak dapat segedabak punya gak. Hehehe. Ni aku beli siap-siap masa kat KL tahu. Gigih bawa baldi isi air dalam kereta masa perjalanan dari Melaka ke Pekan Nenasi. Hahaha.

Nota : Tak perlu bajet besar pun kalau nak guna fresh flower / Felt flower hand bouquet.
Yang di perlukan sedikit usaha dan kerajinan.
Kalau nak pakai artificial flower pun, cari lah yang senonoh sikit. Kesian tengok kadang-kadang ada pengantin guna artificial mak andam bagi yang dah macam apa je.
Memang bunga tangan je pun, tak ada apa sangat. Tapi bukan selalu pun kan kita pegang bunga tangan sepanjang hidup kita, kan? So apa salahnya buat yang senonoh sikit? no offense. 

Da.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih singgah blog ini. Sila tinggalkan komen anda :) tapi yang positif je taw.Kalau nak tanya apa-apa secara details, boleh email saya yea - veelara85@gmail.com

♥♥ Lara ♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...