nuffnangku

Sunday, September 25, 2011

6 bulan

25 september 2011 - genap 6 bulan berumahtangga.

alhamdulilah

Tuesday, September 20, 2011

review wedding : MUA Majlis Bertandang.

Assalamualaikum

Hai.hari ni nak review pasal mekap aku masa majlis bertandang di Pahang,tempohhari.bertandang pada 11 Jun 2011 tapi sekarang baru nak review?maafkan aku.kadang-kadang blurr hendak update pasal apa,tapi sebenarnya ada je lagi yang aku belum buat review nya.

4mua
ada pembaca yang email aku,tanya pasal mekap aku masa majlis bertandang tempoh hari,so inilah nak beritahu,aku guna khidmat MUA area pahang.pilih dia,sebab tentulah mekap dia cantik.aku cerewet tentang menconteng muka ku ini.maklumlah,aku sedar aku bukan Erra Fazira,sokenalah cari orang yang pandai mekap supaya dapat mekapkan aku untuk jadi lebih better :)

mulanya aku tertarik dengan hasil mekap kakFazleen Manjer.1st time tengok hasil mekap dia kat FB,jatuh cinta then dapat tahu Cik Atia pun ambil dia untuk majlis bertandangnya. masalahnya,terpaksa cancel sebab kak Fazleen awal-awal dah inform dia tak dapat datang ke Pekan Nenasi sebab jauh sangat.aku pun ok je,sebab awal-awal dia dah beritahu terus terang kan.

then,aku berusaha lagi untuk cari MUA yang 'boleh datang ke pekan'.terjumpa MUA ni.awalnya dia kata boleh je,ok je..tapi last minit(iaitu sehari sebelum majlis,dia mesej aku kata tak boleh datang ke Pekan,sebab parent dia tak bagi,what theee?profesional la kan,dah kau yang mula-mula kata boleh,siap aku bayar depo semua.then sehari sebelum,kau inform kata xleh dengan alasan parent tak bagi.hendak cari rezeki,buatla hcara nak cari rezeki.

panas dah hati aku masa tu.tapi aku sabarkan hati je la.hendak buat apapun,tak boleh dah.so lastly,aku dan suami kena ke Kuantan untuk mekap.tahu tempoh perjalanan ke Kuantan ambil masa berapa lama?1 jam 1/2 beb! mana aku tak hangin.if inilah situasi yang perlu aku hadapi,baik aku ambil kak Fazleen manjer je dari awal.

di sebabkan itu,aku lewat untuk bersanding.sepatutnya bersanding pukul 12,sebab ini area kampung,tak macam bandar,yang bersanding lewat-lewat.aku bersanding pukul 2.30 petang,boleh bayangkan tak macammana perasaan aku?perasaan mertua aku lagi?paling kasihan,laki aku drive gaya dah macam FI driver.selagi boleh langgar traffic light,kitorang langgar je.tawakal dan redha je.rasa bersalah sangat pada keluarga suami.tapi aku pun tak tahu hendak kata apa.menyesal sebab mengabaikan 'kata hati'.tapi tak apalah,benda dah lepas.

1bersiap

mekap dia memang cantik.
harga pun affordable.
cuma dia based on area kuantan je.
mungkin ada miscommunication,dia pun mungkin ingat Pekan tu dekat je dengan kuantan (kot?)

so B2B pahang,if hendak guna khidmat MUAini untuk area Pahang,leh la email aku :)
dia ok,PR bagus.mekap cantik,softspoken person,if bukan sebab aku kena rushing ke Kuantan untuk mekap,bagi aku,aku takkan complaint at all.
 
3pengapitbsiap
kesian pengapit dan suami aku,terpaksa bangun awal pagi seawal pukul 6 pagi,then terus shoot ke kuantan.

Sunday, September 18, 2011

bersama opismate, raya lagi.

Assalamualaikum.
kali ini hendak update tentang open house ofis yang aku hadiri minggu lepas, 9 September 2011. tak ada apa cerita sangat melainkan masing-masing excited berbaju raya, untuk menghadiri open house yang memang 'terbuka' sangat tu. beratur panjang,hujan pula rintik-rintik.

ok,lupakan tentang itu.kali ini layan gambar sahaja okeh :')
opismate5

my bestfriend : mereka ini merangkap ofismate, teman lunch dan tempat luah segala suka duka. dan juga tempat gosip dengan segala politik yang makin berleluasa di 'depan' mata kitorang,kehkehkeh.

kadang-kadang, kita tak terduga pun, bila Allah tiba-tiba hadirkan kita dengan sahabat yang seperti mereka. selama 3 tahun aku di ofis,aku jarang rapat dengan sesiapa sebab aku takut dan kurang selesa dengan segala politik yang ada di sana. sehinggalah aku jumpa mereka bertiga, alhamdulilah, dalam tak sedar, kami jadi rapat. berkongsi suka dan duka.dan berkongsi macam-macam lagi.

opismate3
ratu dan dayang posing, hee heehe

opismate4
ini lagi. bersama ratu saree pula :p

opismate2
akak-akak yang sempoi dan suka berposing.

opismate1
mereka.

semua pic dalam ofis, luar ofis tiada.sebab hujan dan malas usung kamera, berat :p

Wednesday, September 14, 2011

ruang waktu yang kita kongsi bersama.

Assalamualaikum.
Masih dalam mood raya lagi kan? sebenarnya masa syawal dan ramadhan aje antara masa terbaik untuk bertemu dan meluangkan masa dengan sahabat dan keluarga.masa-masa lain pun boleh, tapi lebih meriah bila raya.

DSC_0079-1
Atul- Nira- Aku.

bila lagi dapat buat aksi macam gambar di atas kalau bukan raya kan?kalau hari biasa, masing-masing sibuk dan jadual harian padat.kami bertiga bekerja dan membina kehidupan di tiga negeri berbeza. masa untuk bertemu pada hari biasa adalah sangat mustahil. kalau planning pun, kemungkinan besar menjadi gagal. hanya facebook sahaja medium yang ada untuk catch up segala kehidupan masing-masing yag tercicir. tapi sudah semestinya, takkan sama bila bertemu. kalau bertemu itu lebih fun! boleh gosip, tukar cerita , itu ini. pendek kata cerita tercicir 10 tahun lepas pun boleh catch up dengan pertemuan beberapa jam ini je.

dengan di temani suami dan adik, aku bergegas ke rumah Nira selepas sampai dari rumah mertua. mula-mula balik ke rumah famili dulu, salam-salam, tukar baju dan mekap-mekap, angkut adik sekali, bawa pergi rumah nira. sebenarnya aku dah terlewat. sebab settlekan kenduri rumah mertua dulu.kemudian baru bergerak pulang. sangat tergesa-gesa, nasib baik jalan tak jem. sebab Nira kata dia pulang ke shah alam, raya ke 3. takut tak sempat jumpa dia. Alhamdulilah sempat.dan keesokkan hari nya aku sempat lagi jumpa dia di suatu tempat.Nira ngok ngek ni tak balik raya ke 3 pun sebab MC. sabar jela.

sampai di rumah ira,sempat singgah sebentar, kemudian sama-sama gerak ke rumah Atul. the best things tentang aku dan Nira ni , kami sama-sama buta jalan. aku rasa kalau sepuluh ribu kali pergi rumah atul pun, tetap lupa jalan. itu memang kelemahan aku. tapi dulu. sekarang, aku sudah mampu ingat jalan sikit-sikit *tepuk tangan* ok fine.

jumpa rumah Atul.sampai, dihidangkan dengan mee goreng mak Atul.suami,adik dan nira tambah 2 kali.aku?no,im on diet.hahahaha.suami pula teruja dengan kamera nira sebab ada flash yang berbunyi-bunyi berdentang dentung macam dekat kedai gambar itu.gila hebat derr. maka banyak aksi kami bertiga yang sudah berstatus ini adalah hasil ehsan suami dan adik. bagus. lainkali dua-dua boleh ikut lagi pergi jalan beraya :P

mari layan gambar.


atulnira1

macam-macam gaya.

atulnira4

8 tahun kenal mereka. terlalu banyak kenangan yang pernah aku kongsi dengan diorang. suka-duka.

kitorang mula rapat masa di form 6 dalam satu kejadian. yang bila di kenang, memang gelakkan aje. alkisahnya aku beli topup di kedai depan sekolah. setelah di cuba,tak boleh guna. aku mengadu pada Atul. dia yang memang garang dan berani pergi tanya orang kedai tu dan minta pulang duit. orang tu kata kena pergi ke kedai tokei dia kat satu kedai berdepan dengan Hotel Renaissance. kitorang pun berjalan kaki dari sekolah ke kedai tu. masa tu aku tak fikir jauh ke apa, yang penting dapat semula duit aku. RM20 kalau tak silap. masa tu tingkatan 6, nilai RM 20 itu banyak kot. aku dan Atul jalan laju dan jauh ke depan, Aina dan Nira terkedek-kedek follow dari belakang. siap membebel bagai. peluh membasahi badan tak usah cakap. dah memang kalah macam orang mandi. settle semua, kena berjalan pulang semula. masa itu, masing-masing macam hendak pengsan. aku pun, sebab baru sedar, jauh giler aku jalan. kami yang mengalami, mesti gelak sebab itu kenangan manis. orang yang baca, tak gelak sebab tak berada dalam situasi tu :)

tapi itu ukuran sebuah persahabatan yang bermula dalam tempoh setahun lebih aje. aku hargai mereka yang sanggup susah payah bersama aku. dan masa bersekolah di tingkatan 6 adalah antara tahun terbaik aku, sebab hari-hari aku lepak bersama Atul dan Nira lepas habis waktu sekolah, di sekolah. sambil hari-hari curi-curi pandang mana-mana orang yang kami admire. * maaf,saya tipikal budak sekolah perempuan yang mesti akan admire pada budak lelaki di sekolah *

atulnira2
gedik*


atulnira5
selepas tingkatan 6 itu, kami dengan haluan masing-masing. tapi masih saling menghubungi sehinggalah hari ini, even kami sudah pun dengan status masing-masing. InsyaAllah akan kekal macma ini. kalau tak dapat jumpa kerap pun, setahun sekali pun sudah memadai. tapi lagi best kalau Olin ada sekali, baru perisa jadi lebih enak lagi :)

atulnira3-sesi gosip
hot story. candid habis ala-ala mak minah bergossip.

semoga semua ini berkekalan.InsyaAlalh.


atulnira6
dua gambar di atas-juru foto
dua gambar di bawah- suami isteri.

301085_10150232093352537_717547536_6380241_1488394691_n
penulis recycle semula baju nikah, muat lagi yo!sape hendak sewa boleh email aku :) chiffon beaded.


ok,ini sahaja update kali ini.Puan Lara sedang sibuk cari baju hendak pergi open-house nanti ni.hehe
ok,bai.

Sunday, September 11, 2011

beraya bersama Kho-Pandan Fellas yang awesome.

Assalamualaikum.


Semalam hari yang best sebab pergi ke majlis open house Kho-Pandan Fellas.kitorang plan ketika dekat hendak raya,kalau tak silap.dan semestinya idea asal adalah dari ahli-ahli tegar Kho-Pandan Fellas sendiri,sid dan apis.

eh,Kho-Pandan Fellas tu apa pula ek?

sebenarnya susah hendak describe , sebab semua macam saling berkait-rapat.macam contoh , mula-mula aku kenal suami aku.ketika itu dia berkawan dengan Apis,Tomat,Uwais. maka,aku mula kenal mereka bertiga. kemudian,kenal pula dengan Zira, girlfriend tomat. kemudian kenal pula Ajie,Awid dan Lan, adik wais dan tomat. kemudian kenal pula tobek.selepas itu Sidi(sid Ace) dan kemudian tunang tobek -Shiera,Farah dan Wani,girl Wais dan Sid.begitu lah aku rasa mereka semua pun saling kenal dari cara yang lebih kurang sama.dan kalau kitorang free, mungkin pergi dinner sesama, atau attend wedding orang lain sesama.malah,pergi bercuti pun pernah bersama ramai-ramai.

dalam tak sedar, jadi rapat.
maka, dengan suka-suka tubuhkan Kho-Pandan Fellas.
tapi dari pandangan aku, selepas adanya group ini,masing-masing macam lagi berusaha memberikan komitmen setiapkali ada apa-apa planning.dan lebih meriahlah bila ada je planning yang bakal dirancang.

cukup setakat itu,explanation tentang dari mana dapat nama tu.oh lupa,nama tu diberi oleh Apis.ok,sebenarnya aku hendak update tentang open house yang kitorang buat semalam iaitu pada Sabtu, 10 September 2011, pukul 8 malam. disebabkan masih ramai yang belum berkahwin, maka kitorang buat potluck. untuk memudahkan setiap orang. Dan masing-masing yang datang bawa bersama sekali menu yang disediakan. dan untuk pengetahuan korang siap ada dress code ok-kelass kau,jahh! ho ho ho horlick! >.<

dress code :
lelaki- baju melayu
perempuan-berbaju kurung
dan setiap ahli kho-pandan,mengikut dress code yang telah ditetapkan :)
nak mati ke kalau tak ikut dress code yang ditetapkan?pengetua ada ok!

kho-pandan fellas
Ahli Kho-Pandan yang terlibat.
atas : tobek.shiera.farah.sid
kiri : apis. wais
kanan : zira. shamsyul
bawah : tomat. lan. ajie. lara
tengah : pic kami semua.

gelagat mereka SEBELUM majlis bermula.

openhse-bforemajlis-1
of coz candid.suasana real punya sebelum majlis bermula :) as u can see,dalam 3 pic yang diletakkan,betapa sibuknya tok pengetua sebagai organizer. siapa lagi Apis lah.

done-makanan sudah siap di susun atur.
openhse-food3-1
potluck.

makanan sudah siap disusun atur.so tunggu apalagi? makan lah!!!

Wait!
giler ke nak makan dulu, tok pengetua belum berucap lagi lah,mana boleh makan :P

Sesi berucap oleh Tok Pengetua.
YB kampung pisang again
Tok Pengetua sedang berucap.

YB kampung pisang
tengok tu.dengan tangan-tangan sekali.ajie amik video :)

selepas apis,wakil partner masing-masing pula membuat ucapan.
openhse-suasanamajlis-1
inilah suasana ketika ucapan dibuat.kemudian,Ajie membaca doa.dan selepas itu makan.

selepas itu, haruslah amik gambar- family picture
openhse-familyphoto'-1
our Kho-Pandan Fellas( family picture) for this year :)

openhse-camwhore1-1
juga ini.bersama tetamu-tetamu jemputan ahli kho-pandan.

begitulah berlalunya majlis Open-House ini, simple dan meriah sebab rasa macam betul-betul berhari raya.dengan baju melayu dan baju kurung/kebaya masing-masing.dengan lagu raya yang berkumandang lagi. aku rasa lainkali kita boleh buat lagi potluck ni walaupun bukan majlis hari raya ke apa.sekadar merapatkan silaturrahim.

ok.cukuplah update untuk kali ini.bye.
Eh,tunggu kejap!!
 l
 l
 l
 l
 l
 l
 l
 l
 l
 l
 l
 l
V
sedikit bingkisan untuk kali ini . mari lihat rupa comel dari kami semua.


freeyle 1
gaya bebas number 1

freestyle 2
gaya bebas number 2- hancur! hahaha.




ok,bye.

Monday, September 5, 2011

raya yang pertama kali ini

Assalamualaikum
raya tahun ini sangat berbeza dengan raya sebelum-sebelum ni sepanjang hidup aku.selama 25 tahun 1st raya,beraya di sisi mak,ayah dan adik-adik.beraya di johor atau di melaka sahaja.tapi tahun ini,aku beraya di tempat asing yang aku tak pernah terfikir pun,pekan pahang.segalanya memang sayu dan hiba,tapi ditahan dalam hati.hendak nangis sangat pun,memang tiada faedah sebab ini resam hidup berumahtangga.


well,dah dewasa la katakan.
mak aku kata,ala buat apa nak nangis,bukan tak balik raya langsung kat melaka pun.
bagus mak aku,very da cool.so aku pun tak adalah melayan sangat kesedihan tu berlebih-lebihan.

aku dan suami cuti sebelum(isnin) dan selepas(jumaat)raya.maka,kitorang buat pembahagian cuti raya ini dengan cara paling adil yang kitorang mampu.sebab bukan senang hendak dapat cuti lama seperti ini.alhamdulilah atas kesempatan yang ada.tambah pula ini first raya kami sebagai suami isteri,masing-masing pun mahu beraya di kampung masing-masing,maka akhirnya cara yang kami buat,adalah yang paling adil buat kami berdua dan keluarga :)





jadual yang saya susun atur sebelum mendapat approval suami :)
27 08 2011-pulang ke melaka sebab aku nak divide barang2 raya untuk adik-adik dan beri mak,kuih raya yang aku tempah di opis.lagipun pagi tu suami hantar famili bos dia ke KLIA yang hendak balik beraya di sarawak,maka sudah separuh hari baru kami gerak ke melaka.syukur,sempat berbuka puasa di melaka.

28 08 2011-bergerak pulang ke pahang.aku pilih 1 Syawal di pahang sebab ini memudahkan kami berdua,lagipun sejak ramadhan suami tak berkesempatan pulang berbuka puasa bersama familinya,maka inilah masa yang ada.kami sampai lagi 15 minit sebelum berbuka,alhamdulilah sempat berbuka bersama familinya.

29 08 2011-seharian berpuasa di pahang.
30 08 2011-1st syawal di pahang.
31 08 2011-2nd syawal di pahang // bergerak pulang ke melaka dalam pukul 3 lebih petang.sampai di melaka dalam pukul7.30 malam.syukur tak jem teruk.

01 09 2011-3rd syawal di melaka
02 09 2011-4th syawal di melaka
03 09 2011-5 th syawal di melaka // gerak pulang ke kuala lumpur,sbb kami tak rela hadap jemm berjam-jam lamanya
04 09 2011-6th Syawal di rumah sendiri,kawan2suami datang beraya.

sebenarnya bukan mudah hendak beraya di rumah yang kita tak biasa lagi,dengan suasana dan cara yang berbeza.setiapkali raya makan ketupat bersama rendang dan kuah kacang di pagi syawal,tapi ketika di pahang,makan nasi minyak bersama ayam masak kurma.sedap cumanya ia berbeza dari tradisi yang saya lalui selama 25 tahun sebelum ni.tapi tidak mengapa,perlahan-lahan belajar dan timba pengalaman.

mula-mula semasa membahagi cuti,perasaan bercampur baur.ada suka,duka dan sedih.sukar hendak di gambarkan.tapi makin lama makin mampu adaptasi kehidupan baru dengan peraturan hidup yang baru.dulu,dengar cakap mak ayah sahaja.sekarang,kena dengar cakap suami dulu.kemudian baru dengar cakap orang lain.

semasa 25 tahun lalu,pagi-pagi salam cium tangan mak ayah dulu.sekarang cium dan tangan suami dulu.kelakar pun ada,sebab kami gelak2,tidak bersedu sedan.dan satu lagi,ini kali pertama kami beraya sebagai suami-isteri.alhamdulilah.pagi raya memang baju kami tak sedondon sebab suami tak mahu membazir beli baju melayu,sebab masa bertandang hari tu sudah tempah baju melayu warna turqouise.aku pula,tahun ini berminat dengan warna lain,maka,rilex saja walau baju tak sama kaler,janji happy.

Selamat Hari Raya pada semua yang sudi membaca blog aku ni.
juga kepada follower-follower tersayang.
kadang-kadang aku tulis secara umum mewakili perasaan aku ketika itu,if ada yang terasa hati,aku minta maaf.
kalau apa-apa yang aku tulis,juga menyentuh perasaan korang,sekali lagi maaf.
semoga kita gembira bersama keluarga masing-masing di syawal yang mulia ini.
semoga ikatan persaudaraan dan persahabatan yang terjalin,tak terputus dan makin erat.

maafkan tak?

DSC_0420-1
muka minta simpati korang maafkan aku :)

serendah-rendah hatinya aku memohon maaf jika ada terkasar bahasa,tersilap kata sepanjang berblogging.
terima kasih sudi singgah di blog aku even aku bukan blogger tegar.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...