nuffnangku

Wednesday, August 31, 2011

merdekakah kita?

salam merdeka.

persoalannya, merdekakah kita?

merdeka bukan sekadar satu laungan. tapi di dalam pengertian merdeka itu sendiri berisi semangat, air mata, harapan dan impian pemimpin-pemimpin terdahulu sebelum kita. berisi kesabaran, kesetiaan, cita-cita, dan pengorbanan rakyat-rakyat sebelum kita. kalau ditanya pada datuk dan nenek yang lahir area tahun 1900 - 1944, pastinya erti kemerdekaan itu lebih dari apa yang mampu kita huraikan. mereka berjuang dengan darah, air mata, keringat hingga mengorbankan diri dan keluarga demi mencapai apa yang anak cucu cicit mereka kecapi hari ini iaitu kita, generasi baru. bersyukur kita adalah anak merdeka, tapi semangat dan harga sebuah merdeka yang pernah di bayar oleh generasi terdahulu, hanya kita sambut dengan mendegar laungan merdeka di stadium melalui tv, sekadar kibar bendera di rumah-rumah, atau paling kuat, kita menapak di stadium melihat perarakan kemerdekaan. hanya itu nilai sebuah kemerdekaan untuk kita?

aku rasa buat bacaan yassin dan kenduri arwah besar-besaran adalah lebih baik sebagai bukti kita mengenang jasa pahlwana-pahlawan yang pernah berjuang untuk kita, untuk negara. tapi akan dapat sambutankah semua itu?

Selamat Hari Merdeka.
Syukur Alhamdulilah, kita masih mampu hidup dalam aman dan tenang.
Alfatihah untuk semua pahlawan-pahlawan yang pernah berjuang demi Tanah melayu, Allah lebih mengetahui siapa mereka-mereka yang terlibat.

Saturday, August 27, 2011

kenapa wanita mudah memaafkan tapi sukar melupakan?

Asalamualaikum.

Maaf Zahir Dan Batin. Ungkapan paling sinonim bila hendak tiba raya. tapi sejauhmana berkesannya ungkapan ini? memang dari hati atau sekadar melengkapkan 'kuota' wajib di buat bila hendak raya? macam contoh, kalau tak buat rasa macam raya tu tak lengkaplah konon-kononnya. sebab apa aku cakap macam tu, selalunya bila hendak raya aje, kita macam insaf atas kesalahan kita, macam kesal sangat, tapi bila lepas raya terus perangai jadi macam hantu semula. aku tak cakap pasal orang lain, aku cakap pasal diri aku sebagai contohnya. masa kecik-kecik dulu, aku selalu degil dan tak nak dengar cakap mak aku. aku pemalas. kalau mak suruh tolong potong sayur ke siang ikan ke, aku merungut. tapi bila raya, minta maaf dengan penuh kesal sebab selalu tak dengar cakap mak,selalu banyak songeh. tapi lepas tu, tak sampai tengahari pun, bila mak aku suruh siapkan meja makan atau buat air untuk tetamu datang, aku merungut semula. lupa terus pada keinsafan dan babak air mata pagi raya tadi tu. sigh. seharusnya ungkapan maaf itu di ungkapkan dengan penuh maksud, bukan sekadar kata-kata.

well, untuk yang memaafkan pula, adakah benar maaf yang diberi itu ikhlas? ada juga yang 'terpaksa' sebab kalau orang datang minta maaf kat kau, takkan kau nak spoil situasi dengan kata 'sorry derr,aku memang tak maafkan kau sampai mati pun' lol. tengok keadaan juga lah kan. terutama orang yang rapat dengan kita, haruslah bertapis ayatnya. kalau tak, dia akan anggap kau macam manusia kejam berhati batu. padahal dia tak fikir kesalahan yang pernah dia buat pada kau. kan?

adakah benar perempuan ni lebih pemaaf dari lelaki? sesetengah pendapat kata begitu. sebab jiwa seorang perempuan ni memang lembut. cepat tersentuh. cepat terasa.  manakala lelaki ni, sukar memaafkan kesalahan orang tapi diorang mudah hendak lupakan kesilapan. betul ke?

bagi perempuan, kesilapan yang ada tu, bagai tinggalkan satu parut dalam hati mereka. kalau dah maafkan pun, jangan haraplah dia lupakan apa kau dah buat pada dia. sampai mati, dia kenang. gila betul lah kan.aku baca Harmoni,keluaran september 2011 baru tadi dan aku tertarik dengan tajuk ini memandangkan aku seorang perempuan dan aku juga termasuk dalam kategori ' aku boleh maafkan tapi jangan haraplah aku lupa apa kau dah buat walau 50 tahun akan datang pun' . korang rasa kenapa jadi macam ni?

kalau dah maafkan, buat apa ingat-ingat lagi,iye tak?

sesungguhnya seorang makhluk bernama wanita ini memang sangat kompleks orangnya.aku petik dari artikel Harmoni itu yang mengatakan satu kajian di Amerika Syarikat menjelaskan yang perempuan ini memiliki memori yang lebih kuat dari lelaki. kalau lelaki miliki 60 % ingatan, perempuan pula 75 % memori. maknanya 15 % lebih memori dari lelaki.  dan kajian itu juga menyatakan 15 % lebihan memori itu adalah daripada emosional memori. omaigodd. perempuan takfsirkan emosinya dengan pelbagai cara nampaknya. maka sebab itu aku rasa salah satu sebab kenapa kita ni payah sikit hendak melupakan silap orang.

dan dalam artikel itu juga menyatakan, seorang prof psikologi University of Stony Brook menyatakan otak perempuan ini lebih bersifat memori autobiografi.fahamkan? otak kita macam simpan semua kejadian atau apa yang berlaku secara details. kalau hal itu menyakitkan kita atau memusnahkan kehidupan kita, lagi lah otak perempuan berfungsi sebagai autobiografi yang menyimpan segala rasa tanpa gagal. :P

kalau ikut pendapat aku sendiri, aku rasa kita sukar melupakan silap orang terhadap kita sebab kita tak mahu terluka atau pisang berbuah dua kali dengan orang yang sama. itu membuatkan kita rasa macam loser atau sungguh bodoh bila 'terkena' berkali-kali pada orang yang sama. dan setiapkali kita ingat salah orang pada kita, kita seperti dapat membina kekuatan pada hati dan diri kita yang mengatakan aku takkan biarkan kau bodoh kan aku lagi,fullstop.

lagipun, maaf itu bukan sekadar kata. kita mungkin benci bila maaf itu sekadar kata-kata mainan bibir. seolah si pesalah tidak langsung insaf dan berusaha perbaiki kelemahan dirinya. dia gunakan ungkapan maaf sebagai senjata atau kelebihan pada dirinya untuk ambil kesempatan di atas sifat pemaaf kita. dan itu sungguh membencikan, ok. membencikan bila ulang-ulang terpaksa terima kesalahan yang sama.




*tapi kadang-kadang aku susah hendak lupakan dan susah juga hendak maafkan, macam mana tu?
*disebabkan kena paksa tolong mak kat dapur masa kecik, aku reti kenal sayur dan ikan ( 70 peratus), reti siang ikan dan potong sayur dan boleh bajet bahan-bahan hendak masak. tapi saya tak hebat memasak. setakat bagi orang tersyaang makan, masih boleh lagi lah .ngegegegegeh.







Friday, August 26, 2011

My Favorite Memory.

Assalamualaikum.

Hari ini lagi sekali aku teruskan buat cabaran blogging ni,dengan tajuk Day 11 – A picture of your favorite memory. semua orang ada memori kegemaran mereka, sama juga macam aku. kehidupan aku, masa muda remaja, tidaklah terlalu aktif sangat. hidup aku lebih tertumpu di rumah sebab mak aku surirumah, maka aku memang di bawah perhatian dan pengawasan dia, sepanjang masa. tapi aku bersyukur, hingga kadang-kadang ni jadi rindu hendak di jaga oleh mak aku. rindu hendak jadi perhatian bapak aku, bapa aku ajar anak bukan dengan rotan, tapi dengan membebel. hagagaga.

orang kata, masa muda remaja ni zaman yang paling cepat berlalu.
memang ia pun.
aku rasa masih tak puas hidup sebagai remaja.
masih belum puas, hidup di bawah jagaan mak ayah.
belum puas melalui pelbagai cabaran dunia remaja.
tapi apakan daya. kita manusia, bukan selamanya muda.
makin lama, makin berusia.
kadang-kadang hanya gambar sebagai penguat kenangan.


ini, pic kesukaan aku.ANTARA kesukaan.


DSC_0520a-1
RUNAWAY BRIDE. WITH THE PRINCE. Ba ha ha ha ha.

walau apapun reaksi dan mimik muka pelakon-pelakon ini, yang penting mereka memberikan kerjasama. sampai aku rasa setiapkali lihat semula gambar ini, seolah-olah memang aku dan dia sedang berlari dalam dunia sendiri( chewwah) bersama mereka-mereka itu juga.

kehidupan ini bukan terhenti pada satu detik masa sahaja.akan ada hari-harinya, bila orang yang bertahun-tahun berada dalam hidup kita, menarik diri melangkah pergi. atau ada juga yang datang tanpa di undang. kadang-kadang kita sangat mencintai seseorang itu, sudahnya dia berpacaran pula dengan kawan sendiri.apa kau rasa? rasa oren? begitu juga aku melihat orang yang pernah ada dalam hidupku, bertunang dengan seseorang yang mampu menjaga dia seratus peratus lebih baik dari yang pernah aku lakukan. maka,  aku rasa itu jalan terbaik untuk dia. antara aku dan dia, hanya tinggal kenangan untuk ingatan.

begitulah. semua orang ada memori mereka sendiri kan.
memori yang ada positif dan negatifnya.
semoga kita peroleh memori yang baik-baik sebagai kenangan di masa akan datang.


SALAM JUMAAT U'OLL..RAYA SEMAKIN HAMPIR

Thursday, August 25, 2011

5 bulan.

215732_211595088866833_126593147367028_874755_4974401_n

mempertahankan sebuah perkahwinan tidak semudah yang di sangka.
ramai orang kecewa dan hancur kerana percintaan, tapi percayalah, cabaran selepas berkahwin adalah lebih mencabar.
selepas berkahwin, kedudukan kita berdua( suami dan isteri) bukan terikat pada nama sebuah akad nikah sahaja, tapi terikat dengan hukum agama dan tuntutan tanggungjawab.

bercinta dengan orang lain, mengharapkan orang yang lain pula dan akhirnya berkahwin dengan orang yang lain, membuatkan aku sedar, hidup aku memang sebuah pilihan di tanganku sendiri dan juga terjadi atas ketentuan Allah. selepas sah menjadi pemilik tulang rusuknya, aku yakin Allah Maha Mengetahui sesuatu yang tersirat dan tersurat.

hidup, bukan berpaksi pada kehendak semata-matanya. adakalanya, pertimbangan yang wajar diperlukan supaya kita tidak membuat perkara yang bodoh, atau membuat perkara yang sia-sia. aku sentiasa bermohon, agar apa yang terbaik untuk aku, itulah yang akan kekal denganku sampai bila-bila.

tak sabar hendak raya.
tapi tahun ni aku tak beli baju raya.
alasan, buat apa aku hendak beli.kan ada orang tolong beli kan.lol.
tak lah. yang sebenarnya aku merancang hendak recycle baju nikah aku semula.
dan juga baju bertandang aku, ok tak?heeee.




alhamdulilah.
tak sabar nak raya.


day 10-tempat makan kegemaran saya.

Day 10 – A photo of your favorite place to eat

Assalamualaikum.

bila bercakap tentang tempat makan,di Kuala Lumpur ini memang banyak tempat makan yang best-best.cuma semuanya bergantung pada bajet dan citarasa kita sahaja.kalau berduit lebih sikit bolehlah pilih tempat-tempat agak eksklusif untuk menjamu selera.

DSC_0015

TGI Friday,antara pilihan saya.kalau bajet mengizinkan.sekian.

ok bai,
lara

Wednesday, August 24, 2011

Day 9 – A photo of the item you last purchased.

Assalamualaikum.

sepanjang bulan ramadhan, duit keluar macam air. bukan lagi air paip, sudah jadi seperti air terjun. beli macam-macam, tambah lagi hendak raya. kali ini perbelanjaan jadi double. sebab rumah yang perlu dijejaki dah jadi triple. aku tak sempat buat kuih tahun ini, mungkin kerana tiada masa atau sebab malas. aku rasa jawapan malas adalah lebih tepat. maka,semua harus beli. semua pun double cuma duit aku je tak pernah double. setiap bulan pun lebih kurang seperti itu juga.

pergi mana-mana,nampak aje benda comel, mesti nak beli.
pergi mana-mana nampak aje,benda murah, mesti mengila hendak beli.
apatahlagi sales. jualan murah. jualan penghabisan stok.
dan macam-macam.

tajuk entri adalah barang terakhir yang aku beli baru-baru ini.
well, seminggu dua ni memang aku takde membeli barang-barang sangat pun, banyak beli makanan je lol.
mungkin penerangan ini menerangkan kenapa aku semakin berisi sejak akhir-akhir ini.
no,im not pregnant.
tensen lah orang asyik tanya soalan seperti ini.kalau memang ye, aku akan gembar-gemburkan serata alam,ok.

ok,sudah.
mari tengok apa benda yang saya beli
1)

DSC_0166-1
DSC_0164-1
whiteboard, di beli di Daiso.of coz harganya adalah RM5.

pergi Daiso, mesti terpengaruh membeli certain barang-barang yang dijual. dengan harga RM5,so imaginelah, semua barang-barang yang terlalu ' cute ' boleh di beli di sini. tapi, ada juga barang yang tak sesuai dengan harga RM5 nya. ada yang memang berbaloi. dan ada juga, sedang elok harganya dengan RM5. so,kalau masuk Daiso, pandai-pandailah pilih ye. Aku beli sebab whiteboard ini sangat comel,kaler pink . adik aku rembat satu. aku pun amiklah juga. sebab hendak feeling zaman kecik-kecik main cikgu-cikgu, tapi bila besar tak jadi cikgu pun. huh. aku saja beli tanpa fikir apa kegunaan sebenar benda alah ni. blackboard pun ada tau. oh lupa,whiteboard ini siap sekali dengan marker dan eraser. so inilah reason sebenarnya aku beli.

// dan kemudian, bila aku dah tak tahu hendak buat apa, aku dapati kalau letak di peti ais, adalah sangat cute.
menjana idea romantik secara tiba-tiba juga.seperti ini :

DSC_0173-1

bila aku tulis benda merepek di sini, dan suami aku pun buat perkara yang sama, aku rasa itu comel. well,memang macam kanak-kanak punya, buat aku happy benda ni ada. kalau ada pesanan, aku boleh tulis aje di sini. dan orang yang satu lagi, akan mendapat pesanan aku. kiranya hint dalam diam kalau hendak minta duit raya, hahaha.

2.sesuatu seperti ini

DSC_0182-1
tahu ke apa ni?
hehe.

ok bai.

Tuesday, August 23, 2011

Day 8 – Your dream wedding.




Assalamualaikum.
tahun lalu sewaktu aku mencari wedding yang macam mana dimahukan, aku sedia tahu, yang aku tak mahu wedding yang seperti ini, seperti itu, tak mahu begitu, tak mahu begini. dan ketika itu aku tahu, aku perlu tentukan sendiri apa yang aku mahu dan apa yang tidak pada majlis perkahwinan aku tu. tapi ketika mula-mula merancang, biasalah, kita zero knowledge tentang perkahwinan. err,maksud aku, aku seorang je kot yang ilmu kosong tentang perkahwinan. tambah pula, aku tak berangan kuat. terutama tentang wedding. tapi untuk tajuk ini, aku hendak membayangkan kononnya aku ada duit berkepuk dalam bank, bawah tilam, bawah katil, dalam almari, ececeh, so dapat bayangkan tak betapa kayanya aku (bukan nama sebenar) dalam dream wedding ini.

kalau aku kaya, aku mahu :

PELAMIN
pelamin nikah dan sanding dari Nas Great Idea atau Flora ETC.

pelamin sanding

pelamin nikah

BAJU

Baju Nikah dari Rizalman

Baju Sanding dari Man Kajang

MEKAP

the one and only TIAR ZAINAL untuk majlis sanding



SUE CANTIK untuk majlis nikah.

JURUGAMBAR
my all time fav, DANIEL ZAIN


semua hasil tangan Daniel Zain membuatkan aku mencair.aku suka keaslian dan kecantikkan setiap sudut yang dihasilkan dia.sungguh tersendiri dan natural.tanpa editing over.

HANTARAN


dari ARMA WEDDING COUTURE


KEK

setinggi ini,sampai aku rasa macam bangunan 2 tingkat,kekeke.


BUNGA TANGAN

seperti ini.

oh lupa,mahu pakai ini ketika malam berinai.jahitan manik,material original dari india.huhu.
legha

tak pastu kenapa,sukakan design inai seperti ini.tapi dah terlambat buat aku,huhu.

jangan salah faham, tajuk entri ini pun namanya your wedding dream.maka ini semua dream aku je. dan aku memang melting if ada orang buat wedding yang menggunakan nama-nama besar seperti yang aku senaraikan. kiranya mata aku buntang ajelah, menengok keindahan wedding mereka, of coz la kan.

til then,
tata.

Saturday, August 20, 2011

Iftar bersama Koh-Pandan Fellas

Assalamualaikum.

Iftar ini dirancang oleh Apis setelah mendapat persetujuan semua,maka 12 ogos lalu,kami berbuka bersama-sama.cuma sekadar berbuka puasa bersama,di sebuah restoran biasa.tidaklah buat buffet di hotel-hotel besar dan what so-ever.Koh-Pandan Fellas ini nama macam group untuk kami.sebab kitorang dalam tak sedar even status dah berbeza-beza,kitorang seumpama adik -beradik.

seperti real adik-beradik.
gaduh,terasa hati,baik semula,bertekak,berdebat,ada abang long,ada yang paling bongsu-cuma takda ayahanda je : D .kalau ada apa-apa khabar berita,memang sekejap je info sampai pada semua ahli.dan Apis(selaku tok penghulu,pengetua dan segala tok,macam tok batin,tok temenggung,bla bla bla) memang selalu berperanan selaku organizer/pihak penganjur.

tempat di pilih,restoran ayam gajus(ini bukan nama restoran tersebut),ini nama panggilan di kalangan kami sebab di restoran ni ada menyediakan hidangan ayam masak gajus yang memang sedap.so,cakap banyak pun macam tak berapa nak guna,maka jomlah layan gambar sebagai kenang-kenangan di hari muka,cehh.

agroup
semua yang terlibat

apartner
semua yang terlibat ada dalam gambar ni,seramai 16 orang kesemuanya.

afood
makanan kami,dan selepas habis makan :P

DSC_0268-1
tomat

DSC_0219-1
ajie,semoga tabah melalui dugaan yang sedang dihadapi sekarang.kesian ajie.

DSC_0186-1
aku tak sure,mana diorang jumpa budak gangster ni :P

DSC_0185-1
ini gangster sudah ada awek la.

DSC_0184-1
apis,tok ketua,tok penghulu,tok mudim-err?belakang tu,aweed.

DSC_0171-1
2 merpati,sejoli.bersama 2 merpati,lagi.hahaha

DSC_0170-1
hero dalam cerita zombie kampung pisang.

DSC_0165-1-2
zira,the cutelious babe in this group.hahaha.a.k.a budak kecik kesukaan apis,kecintaan tomat,selalu kena buli dengan budak-budak lelaki len.wit Aweed.

DSC_0155-1
Mr.DJ wit his girl yaaa.

DSC_0260-1
kami berdua-orang yang sudah berstatus,tau.Ha Ha Ha.

DSC_0204-1
bila budak bertiga belakang ni,berjumpa dengan pelakon korea(baju oren)yang datang makan situ.

DSC_0276-1-2
dua gadis kesayangan ku.

semoga akan ada the next event lagi lepas ni.

Love,
Lara Morreno.

Friday, August 19, 2011

orang kata cantik tu subjektif.aku rasa kadang-kadang tak praktikal pun ungkapan tu.

assalamualaikum.

orang kata kecantikan itu subjektif.
subjektif sangat ke?
aku rasa 'subjektif' itu macam jarang sangat praktikalnya.
dalam falsafah,dalam buku,atas kertas,memang praktikal.dalam kehidupan seharian kita,praktikal ke?

contoh 1 :

seorang lelaki yang hensem,ala-ala Aaron Aziz(nak juga Aaron) lalu sebelah kita.sebelahnya ada seorang gadis berpimpin tangan dengannya.kategori,memang tak cantik(mata korang pandang,hati korang nilai)

reaksi kita:
mencebik dulu.
'tu mesti perempuan tu kaya,sugarmummy la tu.' atau
'ala mesti skandal je tu,buat geli-geli' (andaian yang entah apa-apa)

contoh 2 :

sebuah perbualan antara dua gadis.dalam jem yang teruk.kereta jalan pun macam siput.mereka sekadar isi masa.
A : ada sorang opismate aku ni,muka dia ni not bad lah,hensem.kesian dekat dia.bini dia tak lawa pun.tapi untung pompuan tu.laki dia yang kemas umah,basuh baju,pendek kata semua kerja umah laki dia lah yang buat.bini dia tu jaga anak je.tu pun kalau anak dia berjaga tengah malam,laki dia yang bangun.
(point pertama,mesti sebut hensem dulu,nampak kan)
gadis B yang mendengar,cebik.
B : apalah kan.dah dapat laki hensem,baik pula tu,macam tu pulak perangainya.eh,memang laki dia hensem ke?
(point seterusnya,hensem dulu di ambil kira,lepas tu baru kebaikan)
A : ha'ah.hensem.
B : bini dia hodoh sangat ke?
A : memang tak lawa langsung lah.kalau dia dengan si R tu,lawa lagi la R tu.
B: oooo....

cukuplah contoh yang dua tu je.dalam banyak hal,kita kadang-kadang tak meletakkan kecantikan itu sebagai 'subjektif ' sangat pun.ungkapan itu selalu kita dengar.tapi jarang jadi praktikal.itu hakikat.kadang-kadang,kita rasa diri kita 'lebih' dari orang sampai ada masanya kita kata dalam hati 'kenapa aku tak bahagia macam dia,padahal dia tu 'kurang' dari aku pun' atau
 kita akan pelik dan tak puas hati kenapa orang yang memang tak cantik di mata kita,dapat pasangan yang lebih better/lebih hensem/lebih kaya dari yang kita dapat.

kadang-kadang kita macam blur,bila tengok perempuan yang berwajah cantik,lemah lembut dan label 'stok perempuan melayu terakhir' sejak sekolah lagi memang ramai peminat,masih tak kahwin-kahwin walaupun umur sudah hendak masuk 34 tahun.kita tambah pelik lagi,perempuan dari sekolah yang sama dengan si cantik glamer tadi ,yang memang tak glamer,tak menarik dan tak cantik,kahwin awal pada usia 25 tahun.walhal masa sekolah dulu,tiada lelaki pun minat dekat dia.tiada budak lelaki pun hantar surat hendak berkenalan dengan dia.kita fikir,kenapa.kenapa.dan kenapa.

well,bagi aku.cantik itu memang tak praktikal sangat kalau hendak di kategorikan sebagai subjektif.
kita guna itu adakalanya untuk tutup rasa bersalah kita bila kita hendak buat penilaian yang jujur macam apa yang hati kecil kita kata sebenarnya.
contoh :

seorang kawan kau, Joyah,tak glamer langsung,datang dekat kau.
'Peah,aku jatuh cinta dengan Abu tapi aku takut kecewa' (ketahuilah Abu: lelaki paling howt di sekolah)ok fine.

tambah joyah lagi,
'Kau rasa aku ada peluang tak ,nak dapat Abu?'

kau telan liur.hati kau akan cakap- 'Joyah,tak payah lah buang masa suka dekat Abu,dia confirm takkan pilih kau punya,dia suka perempuan yang cantik-cantik je'

tapi budaya kita ajar,cakap bertapis.berkias.beralas bagai.maka kau akan  lahirkan dalam ayat begini :
'aku rasa kau ada peluang.'

Joyah: betul ke?aku ni tak lawa macam Bedah.Abu tak pernah pandang aku pun.

Kau:ala,rupa paras tak penting,yang penting hati budi kan.lagipun cantik tu kan subjektif.

sigh.
biasalah.kadang-kadang mata kita ni pun 'berat sebelah' dalam membuat penilaian.
kalau lelaki hensem je,mesti kena dapat perempuan lawa.
kalau dapat suami baik,perempuan tu kena ada rupa paras jelita macam Rozita Che Wan.kalau tak lawa,kena dapat suami tak hensem,suami jahat,macam tu ke?

well,entri ini mungkin bias/berat sebelah juga,sebab aku buat penilaian berdasarkan perbualan sekitar aku je.tapi korang pun biasa dengar penilaian-penilaian seperti ni di sekitar korang kan?
bagi aku,semua manusia itu sama sahaja.cantik ke tidak ke,memang subjektif sebenarnya.
di mata kita memang orang tu tak menarik,tapi mungkin ada sesuatu tentang diri dia yang membuat orang suka dan sayang pada dia.mungkin peribadi dia menenangkan orang-orang sekitarnya.mungkin hati budi dia lebih menawan dari rupa dia.kalau kita tak kenal 'semua' itu,bagaimana kita hendak dapat keindahannya?macma buah durian,luarnya berduri aje,tapi di dalamnya terdapat keindahan rasa yang tak tergambar.maka,jangan menilai orang pada satu pandangan saja.nilailah dari pelbagai sudut dan kita mungkin akan temui yang cantik itu tetap cantik,kalau ia diletakkan pada tempat yang betul.biarpun bukan cantik luaran,tapi cantik itu ada di mana-mana.oh kalau begitu,itu lah yang di namakan subjektif.susah hendak cakap macamana. :p


love,
Lara
(saya bukan beauty queen,cantik tu subjektif sangat sampai susah hendak jadi cantik,kekekeke)

Thursday, August 18, 2011

bau wangi atau busuk yang lebih sukar hendak dihilangkan baunya?

asalamualaikum.

kalau antara bau benda wangi dengan benda busuk yang mana lebih susah hendak di hilangkan baunya?kalau tanya aku,aku kata bau busuk.



contoh pertama:

lantai rumah korang ada tahi kucing
kau cuma tabur dengan segala pewangi,wangian yang ada,bau busuk itu hilang ke?
aku yakin tidak.



contoh kedua :

korang pakai baju yang penuh dengan perfume yang dicurahkan hampir sebotol la kiranya,dengan wangian yang paling wangi,lepastu korang pergi dekat tempat pelupusan sampah,bertahankah bau wangi korang?aku rasa tidak.bukan setakat rasa.aku yakin.



entri ini wujud bukan untuk menghina orang-orangyang kerjanya adalah mengangkut sampah.itu kerja mulia kerana mereka menyenangkan dan mempermudahkan kehidupan orang lain.cuma kita kalau nampak mereka atau lalu sebelah mereka,siap tutup hidung.apakah.



sebenarnya itulah hakikat yang harus kita terima bila menjalani kehidupan.yang terkurang,yang tercela itu lebih orang ingat.kau pernah menjadi orang yang busuk hati dalam hidup seseorang,kemudian 5 tahun kemudian,dia bertemu kembali dengan kau,kau memang telah berubah,telah berhati baik,tapi dia tidak mungkin akan dapat terima kebaikan kau walau apapun yang kau berikan pada dia dek sebab kau pernah suatu ketika dulu menganiayai kehidupan dia.

atau contoh lain,selama ini kau memang kawan yang baik.suka tolong kawan.baik hati.sehinggalah suatu hari,kau jadi kawan makan kawan.kau rampas suami kawan baik sendiri mungkin sebab ketidakmatangan sikap ,kau buat dia macam tu.selepas itu,bertahun kemudian,kau insaf kembali,kembali jadi sahabat yang baik seperti mula-mula.maka,akan lupakah si mangsa terhadap keburukan kau merampas suaminya?aku jamin TIDAK.sampai bila-bila dia ingat apa kau buat pada dia.



tapi ini normal.

takkan kau hendak salahkan dia sebab tak terbuka hati melupakan kesalahan kau.
sebab tu orang kata,terlajak perahu boleh ditarik,terlajak kata dan perbuatan,kau fikirlah sendiri akibatnya.
kita perlukan masa bertahun-tahun untuk menjadi orang yang di ingati kerana kebaikannya,tapi percayalah,hanya dengan 5 minit kita mampu menjadi orang yang dibenci seumur hidup.

silalah pilih,kita dikategori yang mana.
fikir-fikirkanlah.

ini pendapat semata-mata,tiada kena mengena dengan yang hidup atau mati.

love,
lara

Wednesday, August 17, 2011

day 7 : haiwan kesukaan saya

.Day 7 – A photo of an animal you’d love to keep as a pet

memang aku suka.excited.dan sangat berimpian untuk pelihara penguin.
nasib baik aku tak duduk katkutub utara,kalau tak menatang comel ni memang sekatil sebantal je dengan aku

Tuesday, August 16, 2011

Day 6 – A song to match your mood.

Assalamualaikum.
Alhamdulilah masih berkesempatan untuk menjalani ibadah puasa.
mari meneruskan kegigihan berblogging.

Day 6 – A song to match your mood.

currently mood saya sekarang biasa-biasa aje.tidak dalam keadaan bersedih atau berduka,jadi agak bingung lagu mana yang match dengan mood saya.tapi mungkin lagu Hujan-Muda boleh merungkai keadaan diri saya,mood saya dan perasaan saya dalam waktu-waktu tertentu.

manusia datang dan pergi.
kadang-kadang tak boleh menahan mereka dari pergi.
kadang-kadang tak jemput pun mereka datang.
begitulah satu kehidupan.
bertemu dan berjumpa dengan ramai orang.
makin usia bertambah,makin banyak persinggahan dan di singgah
ada yang tingalkan kegembiraan,ada pula meninggalkan duka
ada yang hadirnya masih di nanti,tak kurang juga hadirnya tak diperlukan lagi
masa muda,memang zaman banyak kenangan,tapi,sayangnya dulu saya tak corakkannya sangat.
saya corakkan seadanya.
bila sudah dewasa,banyak pula kenangan yang dirindu.
begitukah hidup?semakin tua,jadi semakin rindu pada masa lalu?


Monday, August 15, 2011

berbuka puasa bersama.makan sampai pengsan.

alkisahnya minggu lepas,08 Aug 2011,aku plan berbuka puasa dengan 2 bestfriend aku ni.
tempat yang menjadi pilihan adalah TGI Friday Wangsa Walk.
reoason,sebab taknak bersesak dengan manusia yang memang suka memenuhi segenap ruang yang ada kalau di shopping-shopping complex terkemuka ni.

ini makanan yang kami pesan.


afood

dari atas:
Southwest Mac & Cheese,RM24.90

tengah :
Blackened Chicken Alfredo,RM24.90

bawah :
Grilled Lamb,RM30.90

masa sebelum berbuka,tengok gambar makanan ni dalam menu,macam sikit je.siap rasa macam tak cukup.biasalah,nafsu makan,booo.tapi bila makanan ni semua dah sampai,sendiri mahu ingatlah.MasyaAllah,kami semua makan sampai dah tak boleh hendak makan.perut penuh.portion masih tinggal half lagi.sigh.masing-masing mencari kekuatan untuk menghabiskannya.tapi memang tak sanggup.so,untuk mereka yang memang suka makan banyak-banyak,as usual,TGIF is worth for your money.

air kami
ini pula air yang dipesan oleh kami.

sebelum itu,untuk berbuka puasa,pihak TGI Friday menyediakan salad dan sup secara buffet free untuk pelanggan.
dan Masyaallah ini juga sangat lazat.

asaladnsoup
sup dan salad.

dan seperti biasa,kalau gathering macma ini,mestilah saya bawa bersama kamera kesayangan.
dan akan adalah aksi berposing sakan.

azainwani
ini aksi terlampau.jangan tiru.

amenwani
aksi terlarang.juga jangan tiru.

DSC_0042-1
salad.

the last one to die for,
aicecream
Sundae Friday,RM13.90
serius,memang tak tipu,sangat sedap.kami sharing bertiga sebab dah tak larat hendak makan seorang satu.
aiskrim perisa vanila,ada krim,ada caramel,choc dan memang gila lah,sampai hari ni tetap terliur bila tengok gambar-gambar ini.sabarlah.nanti esok lusa,jengahlah lagi TGI Friday ,hanya untuk mendapatkan ini.*melting*

aprosesbahamaiskrim
sebelum.semasa.dan selepas.

sedap.
ok,bye.

Saturday, August 13, 2011

pre-wedding : perlu atau tidak?

Assalamualaikum.
lama juga tak berblog pasal wedding.perkahwinan.dan all about it,kan?bukan apa.saya selaku pengantin pencen( :p) semakin lama,semakin malas hendak berblog pasal topik ini,tapi saya masih menyukai segalanya tentang perkahwinan.saya masih addicted hendak membaca blog-blog B2B (Bride To bE) tentang preps mereka.kegigihan,usaha dan kerajinan mereka D.I.Y sangatlah kagum.tak kurang juga,yang membuat persiapan secara teratur dan simple.juga saya suka.walau macamana pun persiapan kita untuk majlis yang di war-warkan sekali seumur hidup tu,haruslah jangan membazir.haruslah jangan bridezilla terutama pada hari perkahwinan itu sendiri,sebab kalau sudah bercampur aduk perasaannya nanti,bila pula mahu 'menikmati' sehari yang sungguh 'sehari' dalam seumur hidup itu kan?

sebenarnya,pernah terbaca di wall(tak ingat siapa),ada perbahasan/perdebatan tentang pre-wedding itu sebenarnya adalah budaya barat.perlu di ingatkan tak semua 'budaya dari barat' itu tidak baik.kadang-kadang janganlah pesimis kalau dengar aje perkataan barat,semuanya tak elok,semuanya negatif.

lupa pula.

untuk yang tak tahu menahu apa kebenda pre-wedding tu,saya terangkan serba sedikit tentang ertinya.pre-wedding atau melayunya-pra-perkahwinan.kita ambil gambar bersama pasangan SEBELUM melangkah ke alam perkahwinan.atas tujuan dan niat apa,itu hak pasangan 'bakal' pengantin tersebut.ada yang menggunakan gambar pre-wedding sebagai deko pada hari perkahwinan.sebagai deko di buku tetamu,props dan macam-macam lagi.sebenarnya telah lama wujud istilah pre-wedding dalam masyarakat cina dan india.kita,melayu?baru bermula rasanya.

memang kebanyakkan idea yang diambil dari barat.salahkah?yang dimaksudkan salah itu bukan budaya pre-wedding itu sendiri.tapi isi kandungan prewedding itu dan itu juga bergantung pada bagaimana kita melaksanakan photoshoot pre-weds kita kan.ada ramai pasangan bakal pengantin ini tahu menjaga batas pergaulan walaupun ketika bergambar untuk pre-wedding.so,rasanya tiada apa yang buruk tentang itu kan.ia sebenarnya sama juga macam kita bergambar bersama ketika 'couple' cuma bezanya pre-wedding ini di ambil sempena kita tak berapa lama lagi mahu melangkah ke alam berumahtangga.faham kan maksud saya dan apa yang cuba disampaikan?

pre-wedding itu,walau berasal dari budaya mana pun,kita juga yang mengklasifikasikannya sebagai negatif atau positif.kita sendiri yang tentukannya.

berbalik pada tajuk.perlu atau tidak?
kalau kita ada bajet yang lebih sedikit,dan mampu,why not?
ia sebagai kenangan untuk kita di hari tua.
sebagai salah satu penyaluran 'rasa kegembiraan' mahu melangkah ke alam perkahwinan.
kalau yang tiada bajet?bagaimana pula?
itu juga bergantung pada kekreatifan korang.dan ada je photographer yang menawarkan harga yang bersesuaian dengan bajet korang.cuma kena rajinlah buat survey.
kena rajin menjengah dari satu blog ke satu blog untuk membaca idea dan perkongsian ex-b2b tentang di mana mahu cari photog yang affordable,photog yang hebat dan photog yang unik.
kalau tiada bajet pula bagaimana?guna handphone pun boleh :) asalkan ada je pic berdua.hehe.

sekarang orang buat pre-wedding dengan pelbagai props.lebih up-to-date dan jarang sudah orang membuat pre-wedding pakai baju pengantin.di kalangan kita,lebih suka membuat pre-wedding yang simple tapi unik.dengan sekeping kertas bertulis 'bakal berkahwin pada ... .  ... .  .. ' juga sudah unik dan kreatif.so tak perlulah pening-pening fikir hendak berbelanja besar semata untuk pre-wedding,buat yang simple,guna segala benda yang ada di rumah pun sudah dikira ok

(peringatan : ini untuk mereka yang bajetnya ketat,kalau korang bajet beribu,abaikan lah ayat aku ni.of coz korang mampu buat pre-wedding kalah sheikh muzaffar tu,atau pakai baju pengantin ketika pre-wedd,sebab pre-wed guna baju pengantin mahal wokey,ini aku sharing untuk mereka yang suka simple-simple je)



pre-wedding photoshoot yang cantik.cun.dan tak perlu bajet besar :

setakat belon dan raga.

hanya belon.boleh tukar dengan kertas/kad atau handphone :)

setakat buku dan cute blackboard,beli kat Daiso je baru RM5je.


so girls.
kalau memang berkeinginan hendak ber pre-wedding,buat.
jangan bertangguh atau tercongak-congak lagi.
nanti menyesal,sebab tak sempat.
kalau bajet yang menjadi masalahnya,cari alternatif supaya tak memerlukan bajet yang besar
kalau pasangan(lelaki)sukar beri kerjasama,ermm,korang pujuk lah dia.
kalau tak,korang buat je pre-wed korang sorang-sorang atau ajak dalam group dengan bakal bridemaids korang.posinglah macam ratu dan dayang-dayangnya.dan macam-macam lagi.
yang penting,jangan sekat idea dan keinginan korang.

happy preps dear B2B.
love,
Lara,ex-b2b.

Day 5 – What makes you different from everyone else?

..Assalamualaikum.


setiap manusia itu sudah tentunya berbeza kan.perbezaan setiap manusia itu memang terjadi atas kehendak Allah.Maha AgungNya Allah menjadikan kita,setiap umat manusia yang lahir di dunia ini adalah berbeza sebab kita tak akan mungkin mendapat dua manusia yang 'copy paste' dari segi latarbelakang hidup,cap jari yang sama,kisah cinta yang sama,kesukaan dan kebencian yang sama,pendek kata seumur hidup mereka memang semuanya sama.

tidak.dan itu mustahil.

tapi memang kita akan ada persamaan dengan orang lain,tapi dalam nisbah yang kecil.mungkin kesukaan kita makan aiskrim sama dengan si A.kebencian kita terhadap cicak sama dengan si B.dan begitulah.

kali ini,soalan ini tentang apa yang membuatkan aku berbeza dengan orang lain.
mungkin bukan aku yang patut jawab soalan ini.mungkin famili,kawan-kawan atau suami aku yang patut jawab.
tapi tak pe,kita jawab juga.

aku selalu mencari apa perbezaan tentang diriku dengan orang lain.dalam maksud yang berbeza,keunikan atau keistimewaan yang membuatkan aku lain dari manusia yang berbilion dalam dunia ini.tapi seringkali aku gagal mencari jawapan yang terbaik.aku rasa aku macam nobody.

tapi kemudian,aku sedar.aku tetap berbeza dengan orang lain,sebab aku ada cara dan kehendak ku sendiri.tak mudah mengalah,tak mudah berputus asa.aku yakin dengan apa yang aku fikirkan dan aku selalu cuba cari cara terbaik untuk berdepan dengan masalah.

seperti qoute ini :

All my life I had been looking for something, and everywhere I turned someone tried to tell me what it was. I accepted their answers too, though they were often in contradiction and even self-contradictory. I was naïve. I was looking for myself and asking everyone except myself questions which I, and only I, could answer. It took me a long time and much painful boomeranging of my expectations to achieve a realization everyone else appears to have been born with: that I am nobody but myself. ~Ralph Ellison, "Battle Royal"



Day 4 – Your favorite photograph of your best friend

salam.
hari ni gigih cuba kejar cabaran berblogging selama 30 hari yang saya dah tertinggal banyak tu.
huhu.
bukan salah saya.salah blogspot ni.
suka sangat jadi error.
rasanya blogspot saya sorang je jadi macam ni.
abaikan lah.malas nak fikir.

ini gambar saya dan bestfriend yang sangat saya suka(antaranya)
aksi spontan.lihat pakaian kami.
macam orang dah nak tidur aje kan.
dirakam guna kamera handphone kalau tak silap.
dan mendapat pujian paling terbanyak di MYSPACE dulu.
sigh.rindu myspace.

Segmen Promosi Blog 500 Follower Ke Bawah

salam semua.
terjumpa ini di blog Intan.
macam menarik.
nak join juga lah.korang,yang follower kurang dari 500 orang,tak mahu follow juga ke?
jomm.

mari singgah di blog si empunya penyertaan :


kalau berminat,macam mana hendak sertainya?
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN:











1)Follower Blog ini.
DONE-Im follower ke 1200 blog neraca paradigma




2)Copy BANNER di atas.
DONE




3) Paste kan ke dalam entri yang korang buat bertajuk " Segmen Promosi Blog 500 Follower Ke Bawah "


JUGA DONE!INI LAH ENTRINYA










4) Di dalam entri itu haruslah ada :






• Nama
HI.NAMA SAYA LARA.INI NAMA ALAM MAYA SAYA.


•Hobi korang


HOBI SAYA ADALAH BERBLOGGING.SAYA SUKA SHOPPING,SUKA MAKAN DAN SUKA BERGAMBAR.DAN SUKA MEMBACA PASAL KEHIDUPAN,GIRLS THINGS,PASAL WEDDING.





5) Dah siap,tinggalkan LINK korang tu ke entri ini... Senang kan?
DONE.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...