nuffnangku

Sunday, July 31, 2011

khairul fahmi che mat putus tunang?

disclaimer : ini pendapat peribadi aku sahaja.


masa semua orang mengilai Khairul Fahmi Che Mat(KFC),aku tak ada apa-apa feeling pun.itu sebab aku bukan peminat sukan bola sepak.tapi,aku memang baca blog elia jejari runcing tu.dan follower dia dalam sekelip mata bertambah sampai mencanak-canak.mungkin sebab aku bukan peminat KFC maka aku memang kurang berminat baca blog elia.aku baca,tapi jarang-jarang.bukan every time dia update,aku baca.tak.aku baca kisah cinta diorang.kisah-kisah lain pun adakalanya aku baca juga.

elia memang nice person.peramah dan tak sombong.dan blog dia memang banyak pasal KFC,yang mana aku difahamkan elia update tentang KFC sebab permintaan fan KFC,aku faham itu.tapi dalam sesebuah relationship,terutama dalam dunia maya,blog ni,aku rasa banyak perkara kita tak perlu terlalu mendedahkan macam apa kesukaan partner kita,apa kebencian dia,tempat kenangan korang,semuanya diceritakan terlalu details sebab we have no idea siapa yang baca blog kita.kita tak dapat detect.dan pembaca juga ada dikalangan kawan,musuh dan stranger.niat masing-masing yang datang membaca pun kita tak pasti untuk apa.pembaca dan follower kebanyakkan yang singgah blog elia,memang dengan niat untuk mengetahui perkembangan KFC.tapi tentu dalam pada ramai-ramai itu,ada juga yang datang dengan niat berbeza.

aku bercakap berdasarkan pengalaman.bukan bercakap dengan ikut suka hati.aku pernah berada di situasi di mana,apa yang ditulis,ada 'yang membacanya'dan 'yang membaca' ini menggunakan apa yang di bacanya untuk merasakan dirinya lebih hebat dari aku,lebih bahagia dari aku.menggunakan apa yang dia baca untuk membuat andaian tentang aku.aku akui,itu sangat menyusahkan kehidupan aku sampai aku tutup terus blog tersebut dan buat blog baru ni.dan aku belajar dari situ,aku memang tak kuasa hendak melayan benda-benda macam ni,bermain dengan manusia berniat lain dan suka berdrama dari apa yang aku tulis.

dan sesetengah part of life,memang perlu disimpan sebagai privacy,kan.
kalau anda tak setuju dengan saya,tidak mengapa.
kita masing-masing ada interprestasi diri kita sendiri :)

dunia blog dan internet memang sebuah dunia tanpa sempadan.kadang-kadang apa yang kita tulis,orang gunakan untuk sebaliknya.sebab di sekitar kita sendiri pun kita tak pasti,niat hati orang.inikan pula di dunia luar sana.aku harap jika berita tentang khairul fahmi che mat putus tunang yang dibaca melalui harian metro ini benar,elia banyak-banyaklah bersabar.aku tahu elia tak membaca blog aku pun,tapi ini sekadar sedikit concern dari aku yang mengharapkan gadis muda seperti dia tabah melalui keadaan seperti ini.

putus tunang memang bukan perkara mudah untuk di atasi.
semoga elia tabah dan sabar.

memetik status Lyana Mk di FB :



‎- sedangkan mawi boleh berubah inikan khairul fahmi hoho..
 
nota kaki : saya dah minat KFC selepas dia menjadi hero harimau malaya semasa pertemuan dengan singa yang suka golek-golek di padang tempoh hari :p

Saturday, July 30, 2011

cabaran 30 hari.saya hendak cuba,berjaya atau tidak,kita tengok nanti.

tapi of coz lah saya takkan straight 30 hari membuat cabaran ini.hehe.tapi akan di usahakan.saja suka-suka.


Day 1 — Your favorite song


Day 2 — Your favorite movie

Day 3 – Your idea of the perfect first date.

Day 4 – Your favorite photograph of your best friend.

Day 5 – What makes you different from everyone else?

Day 6 – A song to match your mood.

Day 7 – A photo of an animal you’d love to keep as a pet.

Day 8 – Your dream wedding.

Day 9 – A photo of the item you last purchased.

Day 10 – A photo of your favorite place to eat.

Day 11 – A picture of your favorite memory

Day 12 – Your current relationship, if single discuss how single life is.

Day 13 – A picture of your favorite band or artist

Day 14 – A TV show you’re currently addicted to.

Day 15 – Something you don’t leave the house without.

Day 16 – Short term goals for this month and why

Day 17 – How you hope your future will be like.

Day 18 – 5 things that irritate ME about opposite/same sex

Day 19 – A picture of something you want to do before you die

Day 20 – The meaning behind your blog name.

Day 21 – A photo of something that makes you happy.

Day 22 – A letter to someone who has hurt you recently.

Day 23 – 15 facts about you.

Day 24 – A photo of something that means a lot to you.

Day 25 – Who are you?

Day 26 – A photo of somewhere you want to go.

Day 27 – What kind of person attracts you?

Day 28 – In this past month, what have you learned?

Day 29 – Something you could never get tired of doing.

Day 30 – A photograph of yourself today + three good things that have happened in the past 30 days

Thursday, July 28, 2011

cerita saya berdating di KLCC dan Sg Wang.

siapa tak suka berdatingkan?
kamu suka?aku juga suka.
*tutup muka* dasar gedik!

tapi kali ini bukan berdating dengan suami.kali ini berdating dengan kawan-kawan yang pernah serumah sebantal suatu masa dulu.*miss sangat saat tu.apsal la cepat sangat masa berlalu*
ayeen mula-mula post kat Fb ajak jumpa.
tapi macam biasalah,aku selepas kahwin,memang yang paling last kalau hendak confirmkan apa-apa.
bukan apa.kadang-kadang macam-macam hal.biasalah kan.
tapi setakat ini,apa-apa undangan dari bestfriend memang aku jarang kecewakan unless memang sangat-sangat tak dapat di elakkan.
so lastly,ahad adalah hari nya.cuma cik nuril si single ladies tu je tak dapat join.
takpe,ramadhan nanti,akan ku kumpulkan mereka ini kembali.

sebabnya,mereka si bebudak 403 ini,memang sentiasa menjadi antara orang-orang yang aku rindu.
dengan mereka semua,aku temui satu persahabatan yang sejati.
of coz sejati sebab kalau dah pernah serumah,dah pernah kenal perangai buruk masing-masing,pernah kenal kebaikan masing-masing,tapi masih keep in touch,maknanya ini memang real friendship.
403 di ambil sempena nombor rumah kediaman kami di kelana jaya dari tahun 2005-2008.

ini kami.berempat je.
18 julai 2011.klcc.

d-wit
atas:diela,ayeen
bawah:saya,mas

mula-mula,haruslah makan dulu.di foodcourt KLCC-Signature.

d-food
atas:kyros kebab kepunyaan diela
tengah:chicken teppayaki kepunyaan aku dan ayeen,aku tiru ayeen sebenarnya.hahaha.
bawah:nasi ayam cik mas punya.

selepas itu,jalan-jalan mencari selipar/kasut untuk mas.tapi tak jumpa.
kami buat keputusan untuk ke Sungai Wang sahaja.
so kami terus naik Putra lrt bersama,turun di Dang Wangi ,kononnya hendak naik Star LRT,tapi mak ai jauhnya.so teksi ajelah,baru berapa ringgit je kan. (oh,rindu time nakal2 dalam lrt,buat bising,buat hint2 mata kat kawan2,buat macam dalam dunia sendiri je padahal aku annoying kalau remaja-remaja sekarang buat camtu,tapi aku tak sedar,memang aku pun camtu jugak masa muda2 lol)

d-mcd
sampai sg.wang,lepak dulu di Mc D.penat dan letihnya.

d-mbebel,gosip
kalau dah namanya perempuan,haruslah begini rupanya kalau together.gosip,yadaa yadaa,dan macam-macam lagi.isu semasa,cerita hott,cerita panas,suam-suam kuku,semua ada.ini foto candid tau.haha.

ok,lepas itu teruskan usaha men'window shopping'.penat tapi seronok.
jum,layan foto aktiviti window shopping pula :

DSC_0790-1
tengok.excitednya makcik ayeen ni.saya suka baju yang tergantung sebelah mas tu(belang-belang tu),akan cuba dapatkannya secepat mungkin.huhh.

DSC_0762-1
us,me and markonah.hagagaga.

DSC_0756-1
tengok muka si gadis bertudung,diela pula menjelir lidah.
mungkin ini perbualan antara mereka,
ayeen: seluar ni sesuai untuk akak.akak tinggi,dan mesti nampak cun pakai seluar ni,kaki kurus dan panjang.awak jgn beli seluar ni,akak dah cop!
diela:perasan punya kak yeen,dah la pendek(sambil cakap,sambil nak termuntah,hahaha)
oppssss.

DSC_0717-1
di kedai menjual beg.opss,shot yang agak seksi di situ.

selepas itu camwhore pula.

DSC_0740-1
posing yang1

DSC_0731-1
posing ke 2,boleh abaikan model seksi belakang aku tu tak?hahaha

DSC_0730-1
si genit dan si kurus.

DSC_0645-1
budak-budak hot ni.
kiri : mas,hot dari oven
tengah : hot dari pembakar roti
kanan : hott dari dapur.haha

ok,last sekali,aksi comel dari kami :
december1
DECEMBER.

DSC_0786-1
I - - - - -  LOVE - - - - -   YOU.

DSC_0785-1
comel tak?macam rabbit kan kami semua.hahah.saya meniru aksi orang korea membuat 'I love You'.

DSC_0782-1
ketua rabbit yang bertudung hitam itu.:P

ok,last sekali,foto candid diriku sendiri yang aku suka sangat.hahaha.
buruk ke apa ke,i tak kesah nokzz.

DSC_0778-1
aku memang suka cardigan Nichii ni.so memang banyak pic pakai cardigan ni :) ceh,tetiba kan.

ok,sekian untuk update kali ini.
sayang kamu semua.

love,

CIK PUAN LARA.

Monday, July 25, 2011

testing

blog saya msih belum ok.
nangis sekarang.

Sunday, July 24, 2011

sebuah perkahwinan dan saya?

Perkahwinan.

Membawa banyak erti pada diri saya sendiri.
sesuatu yang saya tak pernah terfikir akan melaluinya pada usia 26 tahun ini.
dan membuatkan saya lebih banyak berdikari,memahami erti kehidupan yang sebenar dan lebih mematangkan diri.
kalau ada yang kata saya tak matang,its up to you,dear.sekurang-kurangnya i belajar memtangkan diri kan.

Saya ada seseorang di sisi yang sering jadi pemerhati.menasihati saya bila saya tersilap langkah.hmm,What do you expect to the young girl like me?I mean-perempuan muda baru berumahtangga :p takkan saya boleh jadi sehebat ibu-ibu yang telah bertahun bergelar seorang isteri kan.yang mana,suaminya menjeling lain macam sikit pun,dia sudah boleh baca apa kehendak suaminya atau apa yang tidak kena.saya akui saya masih merangkak dalam membentuk diri menjadi seorang isteri
yang baik.at least,saya berusaha dan berani gagal clap3 for me.suami saya jelling sampai mata dia pusing 360 darjah pun,belum tentu saya faham apa yang tak kena.heheheeh.saya juga banyak buat silap.selalu juga keras kepala dan suka buat sesuatu ikut suka hati saya.

Macam saya katakan tadi lah.what do you expect from a girl like me?saya masih suka bershopping,masih suka lepak bersama teman-teman,masih suka gossip(hehe),kadang-kadang tak fikir pun hendak menyimpan duit.mahu enjoy sentiasa.kurang suka pada kehidupan yang komplikated.kalau boleh mahu teruskan dengan gaya hidup yang sesimple mungkin.which is tak baik untuk seorang perempuan yang sudah berumahtangga seperti saya.ok,sebenarnya masih tak percaya ‘sudah berumahtangga’sekarang.

Tapi semua ini mendewasakan saya.secara sendirinya saya punyai kesedaran untuk masa depan.masa sebelum berkahwin,saya selalu was-was dan kurang yakin,mampukah saya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri.mampukah saya menukar peranan dari seorang perempuan belum berkahwin kepada wanita berumahtangga,yang membawa makna-banyak perkara harus dikorbankan sejurus selepas saya membuat keputusan untuk berkahwin.

masa hu ha bersama kawan  juga mungkin berkurangan tapi tetap ada ruang buat mereka.masa saya untuk memikirkan tentang kawan-kawan yang tiba-tiba berubah,tiba-tiba buat hal juga sudah tiada,kenapa kawan ni macam ni,kawan tu macam tu juga sudah tiada.masa saya hendak fikirkan tentang masalah dan pasal life orang lain juga sudah tiada.hendak berkonflik macam zaman kanak-kanak juga sudah tiada.dan saya lebih aman seperti ini.

Berkahwin juga membuatkan kita berada pada jalan yang betul sebab kita punyai seseorang untuk dikasihi secara halal dan sah.which is kalau kita cintakan suami,ia bukan setakat berakhir di dunia sahaja tapi dijangkau sampai ke hari akhirat.bagi saya,itu sesuatu yang sangat mendalam dan besar maknanya.Dua manusia dipertemu atas kehendak Allah.dan membuat lafaz juga di hadapan Allah,sebuah perjanjian dua jiwa manusia.

Selepas berkahwin,apa yang kita hendak buat atau lakukan,kita perlu mengutamakan suami.perlu fikirkan dia.sebab kita memang ada tanggungjawab yang besar terhadap dia dan dia memang ada hak ke atas kita,isterinya.kalau dapat suami yang sporting,alhamdulilah ,tak perlu lah ke mana-mana 24 jam hendak hantar report.cukup sekadar inform dan ok.dan tak perlulah putuskan diri dengan dunia luar.life macam biasa,cuma bezanya tangungjawab semakin bertambah.

Saya juga melalui hari-hari saya dengan adanya kawan-kawan dan bestfriend di sisi.masih lagi bermesej dan call bila perlu.tiadalah selepas kahwin,saya pun terus senyapkan diri dan focus terus kepada family.saya boleh buat kerja sambil menyelam sambil minum air lol .haha.sebab bagi saya,family,suami,kawan-kawan dan dunia saya yang sebelum ini semuanya sama penting.dan alhamdulilah untuk itu sebab saya punyai suami yang faham tentang semua itu.tiadalah aktiviti hidup saya terganggu dek kerana ada suami.yang penting,pandai jaga maruah,cukuplah kan.

Juga perkahwinan ini membuatkan saya selalu muhasabah diri.di mana kekurangan yang ada akan cuba diperbaiki.di mana yang kosong,akan cuba di penuhi sebaiknya.kiranya setiap hari yang di lalui adalah satu proses pembelajaran buat saya.saya juga selalu bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat,pelbagai label isteri.hehe.

Ada yang sudah menjadi isteri selama 10 tahun.
Ada yang sudah 15 tahun bergelar ibu dan isteri.
Dan mereka-mereka ini,memberikan definisi yang berbeza tentang sebuah perkahwinan.dan semua itu juga yang mana baik,saya buat pegangan,mana yang tidak,di jadikan ingatan.

Usia perkahwinan saya pun baru menjangkau 4 bulan.bukan 4 tahun atau 14 tahun.kalau untuk mereka yang sudah berpuluh tahun berkahwin,usia perkahwinan saya di anggap belum pun setahun jagung.masih banyak dan masih panjang perjalanan yang perlu di lalui.masih banyak pahit manis yang perlu di telan.tapi setiap hari yang ada,adalah sangat bernilai buat saya.dan entri ini adalah pendapat dan luahan peribadi saya



Terima kasih Allah untuk 4 bulan yang mendamaikan ini.
genap 4 bulan hidup bersama.
 
DSC_5705

Wednesday, July 20, 2011

apa masalah kau yang sebenarnya??

cakk.




rilex2.



sebenarnya saya bengang dengan blogspot ni.



penat-penat taip dan tempek gambar,tetiba jadi bad req dan hilang terus.



berpinar mata.



terus mood nak berblogging pun hilang.



aku sorang je jadi macam ni atau orang lain pun sama?







apa nak buat ek?



tensen betul la.



help me.tips?



anyone?

Monday, July 18, 2011

juvana

salam semua.sekarang ni tengah layan juvana episod akhir.hmmm.korang pun layan gak ke?

Saturday, July 16, 2011

merah itu memang menarik hati.sedap pula tu.

salam semua.
cakk!

sebenarnya hari ni nak kongsi sesuatu dengan anda semua.
alkisahnya,saya dah lama sangat hendak cuba Red Velvet Cake (RV).
sebab sana-sini orang asik sebut pasal kesedapan kek ni.
terutama di kalangan Bride-To-Be.
so sudah semestinya akan terpengaruh juga.

DSC_0593-1
inilah red velvet itu.

sudah lama mencari mana-mana bakery atau orang perseorangan yang ada buat RV ni.
tapi mungkin saya ni kurang mencari,so tak jumpalah.
sehinggalah satu hari ternampak kek ini di salah satu page FB.
mula-mula usha-usha gambarnya di page tersebut.
makin lama,faham-faham aje lah.
tengok gambar di bawah ini,terliur tak?terliur tak?

DSC_0612-1

DSC_0583-1
merahnya mak ngah.

DSC_0628-1
teksturnya yang lembut dan sangat enak.

saya order dari Sedapsedapbelaka
kek ni sangat sangat sangat sedap.
enak dan memang terbaik.
husben saya pun suka.
padahal dia seorang yang sangat memilih.
dia jarang makan kek yang homemade(ehemm,suka Secret Recipe je kononnya)
tapi kek dari Hana (Sedapsedapbelaka) ni,dia suka
dia kata sedap.
saya beli Mini RV,ingatkan boleh makan sorang je(now harus sharing,arggh)
hahaha

DSC_0596-1
inilah dia contact numbernya.

sebelum ini selalu juga inbox Hana tentang hendak order kek ni.
tapi susah sikit untuk saya,sebab Hana dari arah kajang.
sehinggalah minggu lepas,Hana inbox saya kata dia akan ke area Ampang.
so apalagi,inilah peluang saya untuk rasa RV Hana.
hati lagi mendesak lepas Cik Lisa Lisut dan Cik Renee Meow update status Fb tentang kelazatan kek ni.
tergugat perasaan ini.hehehe.
tapi minggu lepas tak jadi,sebab ada Bersih tu.
so forward this week.

tapi ada satu insiden telah terjadi.hari ini.
alkisahnya,line maxis kat rumah saya memang teruk sangat.
saya lupa tentang hal tu,terutama bila hendak berurusan ni.
Hana call dalam kul 11 pagi,katanya dia singgah Pantai Dalam dulu.
then dia kata dalam kul 11.30 mungkin dia akan sampai area rumah saya.
saya pun kata ok.then siap letak phone di sebelah saya aje sepanjang baring tengok tv.
dah dekat pukul 1,masih belum ada call dari Hana.saya pun fikir positif,mungkin jem teruk area sana
sebab tu Hana terlewat.
dekat pukul 2 pun sama.
sampailah tiba-tiba dapat mesej Missed Call Notification dari maxis.
ada berbelas misscall dari Hana dan 3 miscall dari mawar.
Tuhan je yang tahu macamana perasaan saya.
berdebar sangat.
sebab masa tu baru saya  tersedar,mesti Hana tak dapat go thru line saya.
memang betul.Hana dah tunggu di area berdekatan rumah saya dekat sejam lebih.
masyaAllah.kesian sangat dekat Hana.
memang kesal dan bersalah sangat.
saya memang tak berniat macam tu pun.
malah dah bersungguh sebab hendak jumpa Hana.
akhirnya,Hana tinggalkan kek tu pada Yanie Azlan

sebab rumah Yanie dekat dengan rumah saya.
segan juga sebab dah susahkan Yanie sekali.

so untuk pembaca area Kajang dan Bride-To-Be yang lain,
Sedapsedapbelaka By Hana is fully recommended!!
dia juga ada jual macarons.dan bermacam lagi kek dan cookies yang of coz sedap tak hengat.
PR pun bagus.sangat friendly.dan sangat baik

To Hana,
sorry sangat atas apa yang berlaku.
Rv hana memang sedap sangat.
InsyaAllah after this akan order lagi dan InsyaAllah insiden 'hari ini' tidak akan berlaku lagi.


contact details :
http://sedapsedapbelaka.blogspot.com
FB tuan empunya sedapsedapbelaka
0132325440

Tuesday, July 12, 2011

stress nya.

sangat stress dengan seorang yang lebih berkedudukan.
seseorang yang dengan mudah meletakkan setiap orang macam boneka.
di tarik ke kiri.pergi.ditolak ke kanan.juga harus pergi.
kalau bersuara pun,masih jadi macam orang bisu.
kalau orang yang ikhlas bekerja,tak di pandang kalau tak pandai bodek.
kalau 24 jam asik bercinta,asik berchatting,boleh pula berkilau.
sampai mata dia pun terkena panahan,maka di pilihnya manusia seperti itu.
orang lain makan pun ambil masa sejam.tapi yang keluar berjam-jam,si berpangkat ni buta lagi.
dunia kan.

kuman di seberang lautan,nampak aje dia.
gajah depan mata dia,memang tak nampak langusng.
rasanya lens tu perlu di tukar bagi yang lebih mahal.
bagi pula partner yang tak boleh di harap langsung.alih-alih,boneka juga yang kena menjawab.
partner pula elok je bergayut,berinternet,siap booking sana-sini lagi.ape cer?
tu semua tak nampak pula kan?

ini monolog diri aku sendiri.orang yang tak berkenaan tak payah hendak terasa.lepas itu bodo2 update blog nak hentam-hentam aku.siapapun kau,ni bukan tentang kau.jadi jangan perasan macam kau hebat sangat sampai masuk dalam agenda hidup aku.aku cerita apa yang berlaku pada aku siang tadi.itu aje.

sekadar sebuah renungan dan macam muhasabah untuk diri aku sendiri.kalau.aku kata kalau.kalau aku di kedudukan atas,aku sepatutnya faham kedudukan orang di bawah.perlu faham bukan setakat kata
'i faham.'
tapi sebenarnya langsung tak faham.
lepas itu sekecil-kecil hal tentang orang bawahan pun,bukan kau tak tahu.
lepas itu kalau ada apa-apa,kau pura-pura datang kat kami,pura-pura ramah,kau tak perasan penerimaan orang lain?
senyum kambing barangkali.
sesekali tolonglah hidup dengan menerima pendapat orang.\kenapalah suka berlagak pandai.

ok.aku melalut lebih.
aku benci kerja baru aku.
aku tak suka.sekian.

Saturday, July 9, 2011

review wedding : hantaran dari pihak perempuan kepada pihak lelaki.(d.i.y sahaja)

Salam semua.
maaf ye lama tak update blog.update pun setakat copy paste bulat-bulat tentang baju nikah isteri Tomok dari page Hatta dolmat.hehe.saya demam beberapa hari ni.mungkin keadaan cuaca menyebabkan demam kot,sebab kat opis saya ada beberapa orang yang turut demam.

ok.wedding review saya masih berbaki.
T____T

masih belum review tentang photographer
belum review tentang videographer
saya terima banyak juga email dari b2b melaka,yang bertanyakan tentang ini.
awak semua(b2b melaka) boleh email saya terus,kalau hendak tahu pasal photog and videog saya tu :)
email di sini : veelara85@gmail.com

ok,kali ini hendak review pasal hantaran.ermm, hantaran dari pihak perempuan kepada lelaki dulu lah ye.next entry,baru disebaliknya.boleh tak? :)

saya d.i.y je hantaran ni.sebab saya kan cik simple.tiada yang grand bagai nak rak,so buat ikut hati.saya pun mahu guna bantal hantaran yang ketika itu sangatlah trend.TAPI.payah sangat hendak cari kekabu.ke hulu-ke hilir mencari,tapi tak jumpa-jumpa.sehingga satu hari,saya rasa,tiada bantal besar,bantal kecil pun jadilah,asalkan bantal.teeheee.nak jugak tu!

saya minta mak saya buatkan bantal-bantal comel ni.mak saya jahit sendiri.isinya dia isi dengan kapas yang ada dalam badan anak patung :p sebenarnya Teddy Bear ku masa kecil-kecil :'( terima kasih mak sebab memanglah kreatif.

jumlah hantaran adalah 15 berbalas 13 dulang.banyak ok.pening kepala den nak memikirkan macamana dan siapa akan membantu.ting!apalagi,nuril,diela,faira dan zira yang banyak tolong saya,kami buat setiap sorang sedulang.moment tu sungguh fun ok.rupa-rupanya masing-masing ada bakat terpendam.teeheee.

untuk view hantaran dari pihak lelaki kepada perempuan, klik : review wedding : hantaran dari pihak lelaki kepada pihak perempuan.


h1c
1)cincin suasa buat si suami.


h1
2.wallet dari Fossil dan tali pinggang Smalto.


h1a
3.Jam tangan dari Tissot.
Proses mencari jam tangan ini bukan mudah sebab groomzilla yang cerewet ni :p


h1b
4.perfume dari Jean Paul Gaultier.


h1d
5.Kemeja dari Calvin Klein.




h1e
6.Kasut dari Dr.Martens.
pilihan dan kehendak khas encik pengantin lelaki.hampir sebulan,ke sana-ke mari cari kasut yang disukainya.akhirnya ini menjadi idaman hati dia.


h1f
7.sirih junjung.



h1g
8.telor pindang.



9.kek cheesecake snickersIMG_5527
9.Kek Cheesecake Snikers
kek ni xsempat snap pic masa hari kejadian.maklumlah pengantin bz.mungkin pada OP ada kot.ini cheesecake snikers.memang lazat.pic ni di ambil dari blog kak hawa-perfmuffin.

h1k
10.Cupcakes Manchester United.
juga dari Kak Hawa.



cookies
11.Biskut Famos Amos.
ni adik saya yang support.thanx cik siti.



h1i
12.Coklat Ferrero Rocher
mulanya berangan nak coklat godiva la segala,tapi last minit,tak sempat beli.so apa yang ada saja la :)


h1j
13.alquran
14.sejadah dan tasbih



14.buah2an
15.buah-buahan.

Saturday, July 2, 2011

tomok sudah bernikah.isteri tomok anggun dalam busana Hatta Dolmat.

semua gambar ini di ambil terus dari page Hatta Dolmat

hati saya mencair melihat baju ayu ni.
warna kuning tiba-tiba menjadi sangat cantik di mata saya.
padahal,saya bukan peminat warna kuning.


kasut cinderella.



so B2B,
apa tunggu lagi.
mula lah berangan.hehe.

tiupan lilin yang ke berapa ni?

Tahu tak,pulang awal dari opis merupakan satu nikmat yang tidak terhingga?ok,bukan balik awal.balik tepat pada masanya.untuk kitorang yang kerja di bahagian seumpama memproses makanan ini,memang susah hendak balik tepat pada masanya.kalau dalam seminggu asik balik tepat pada masanya,lepas itu bolehlah tengok ada mata-mata yang mengerling manja dan selepas itu kau akan rasa macam buat satu dosa besar.hhahaha.ok,lupakan tentang senario yang tak perlu dipanjang-panjangkan.


sebenarnya,

cuma hendak cerita,Isnin 27 Jun,kami berempat balik tepat pada masanya.mulanya kami rancang berdua-saya dan zai.berbincang melalui inbox facebook untuk keluar celebrate birthday Wani.tapi isnin tu,awal-awal pagi lagi kami dah cerita dekat Umi,dan dia pun setuju untuk keluar celebrate birthday wani.lunch,baru kami bagitahu wani.dia terkejut.

page

oh ye,siapa wani tu?


ini lah dia-si birthday girl :

DSC_0538

lepas office hour,mereka teman saya balik rumah sekejap,kebetulan wani parking kereta dekat area rumah saya.so,saya pun balik sekejap amik kamera DSLR dan tukar baju.kemudian kami ke KLCC dengan kereta Wani.riuh ok dalam kereta tu.bila jem je,masing-masing sibuk bermekap sebab saya sempat bawa beg mekap saya.

sampai aje,singgah Secret Recipe,beli 3 slices kek.ye,3 slice.sebab kalau beli sebiji,confirm takkan habis.kalau beli per slice,dapat rasa macam-macam kan.

a2

ini kek nya.

mari layan gambar,

DSC_0525

umi,wani dan zai.

DSC_0550

sesi menyuap kek.

DSC_0513

wani,saya dan umi-saya rasa kami memang suka bergambarlah.kan?

DSC_0537

DSC_0517

apa yang seronok sangat tu?

DSC_0511

zai,saya dan umi.

DSC_0506

yang boleh saya kata,saat yang kami luangkan bersama,memang best.penuh dengan gelak-gelak dan gosip.paling tak boleh lupa,bila kami berempat gelak bila pandang sorang mamat tu yang naik motor besar.dan dia pandang kitorang yang kat dalam kereta yang tengah mengumpat dia.kitorang berempat memang tengah pandang dia,tak sempat hendak pura-pura pandang tempat lain.bila dah kantoi,gelak terus aje la.

happy dengan this new friendship.kami boleh gosip,gelak-gelak dan bertukar-tukar idea tentang macam-macam perkara.satu je,aku harap persahabatan ni berkekalan.InsyaAllah dan Amin.

Untuk Wani.
happy birthday
semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki selalu.
semoga cepat kahwin
hope semua impian dan cita-cita tercapai.
dan aku harap our frendship kekal ye sampai bila-bila.


*sebenarnya entri ini dibuat malam semalam,tapi sebab blogspot jadi bad request setiapkali publish,maka entri ini baru di publish pada hari ini-1 Julai 2011*
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...