nuffnangku

Wednesday, June 29, 2011

review wedding : simple guestbook

Hi.Salam semua.
nak update tentang D.I.Y Guestbook saya yang comot.hahaaha.
nak baca?silakan.tapi mind you,guestbook ini memang sangattt comot.hahahaa.

mula-mula,memang semangat hendak ada guestbook.
kenapa saya nak?
: sebagai 1 memori-nanti boleh baca semula bila dah tua2 nanti,boleh share sekali dengan cucu cicit.hehe

tapi,bila majlis dah semakin dekat,macam-macam masalah datang,terus mood hendak diy guestbook ini hampir cancel.saya buat separuh jalan je.then terus fikir,taknak buatlah.rasa malu kalau orang tengok guestbook saya macam kanak-kanak tadika punye :).guestbook ni sampai dah nikah pun,tak siap-siap.hehe.lepas nikah,ada malam berinai pula.so bayangkan,bilalah akan siapkan?khamis,sehari sebelum nikah,memang saya sibuk gila,sebab gatal sangat hendak d.i.y hantaran guna bunga hidup.amik ko.memang dah cuak hantaran tak siap lagi,tapi kemudian cool kan diri.hendak risau sangat pun,hendak buat apakan.so bila dah risau pasal hantaran yang tak siap lagi,risau pasal henna tak pergi buat lagi dan macam-macam lagi la,so guestbook ni saya letak dalam list saya yang paling terakhir.kekekeke.

ini dia guestbook saya :
DSC_0765

DSC_0726-1

tahu tak ini bukan sebuah buku tetamu pun.actually ini cuma sebuah sketch book untuk buat lukisan tu.saya pilih drawing sketch book sebab kertasnya yang tebal,tak tembus tulisan if guna pen berdakwat basah.paling penting,luas.kalau orang hendak tulis ucapan macam tulis karangan pun,tak pe.dan paling penting,bajet saya tak banyak,jadi tak mungkinlah hendak tempah bagai untuk buku tetamu ni.

saya beli kertas crepe(kalau tak silaplah) di tesco.tujuannya untuk balut.pilih warna merah,sebab itu tema sanding saya.telah fikirkan macam-macam tentang bagaimana hendak buat deko di hadapannya.dan akhirnya,idea datang.apalah salahnya tampal kad kahwin sendiri di hadapan,kan?jimat,tidak membuang masa dan boleh buat kenangan 2 in 1.hehe.

DSC_0729-1
kad kahwin yang ditampal di hadapan.comot sikit sebab pic ini di ambil selepas majlis :)

DSC_0736-1
deko yang simple dan menggunakan pre-wedding picture.

DSC_0735-1
muka surat pertama.
tiada kata alu-aluan sebab pengantin pemalu.hahaha.
maka,hanya sesimple ini,nama pengantin dan tarikh.itu saja.

mari,kita tengok macamana hiasan buku tamu saya ni,saya menggunakan beberapa keping gambar pre-wedding yang ditampal ikut suka hati.
DSC_0750-1

DSC_0749-1

DSC_0748-1

DSC_0746-1

DSC_0744-1
cantikkan?

DSC_0743-1
antara yang cantik :)

DSC_0739-1

DSC_0738-1
sentimental value.

DSC_0761

DSC_0760
comel kan?

ni pula suasana dan moment-moment tertentu,dan ini lah guestbook table saya.simple giler la.

DSC_0757

DSC_0758
kusyuknya menulis :)

DSC_0746
guestbook table yang penuh dengan frame.

DSC_0759
lihat.menjadi tumpuan tau.hehe

DSC_0760
penjaga guestbook table saya :)

last but not least :
224657_220039898022352_126593147367028_953877_2426183_n
memorable picca.


berbalik kepada cerita asal,guestbook saya tak siapkan?tahu bila ianya siap?pagi sabtu (hari persandingan ) saya tu la.saya,zira,diela,faira dan nuril bangun tidur,sarapan dan lepak-lepak,dan ketika itulah diorang touch up buku ini.mostly memang zira lah yang banyak tolong.yang lain-lain juga.aku masa tu,memang dah busy,tak sempat tengok dah apa gambar yang dia tampal or deko macamana pun,aku tak peduli dah,sebab aku tahu mereka pasti akan buat yang terbaik.itupun,zira yang tawarkan diri untuk settlekan guestbook ni.kalau harapkan pengantin,memang tak lah kan.tak mampu dah hendak d.i.y lagi saat-saat akhir ni.

bila saya tengok,saya suka deko yang diorang buat.main tampal,dan cantik!ok,cantik bagi diri saya sendiri lah.dan guestbook table di jaga oleh adik saya dan her bf.senang.memang kena ada orang jaga,takut nanti ada si kecil mana conteng habis-habisan nanti,sodih den.

saya tak akan lupa susah payah teman-teman saya.dan melaksanakan keinginan saya hendak ada guestbook bagai ni.so b2b out there,please,jangan d.i.y saat akhir macam saya.hahahaha.unless u have friends yang memang bestfriendz.alhamdulilah.

Saturday, June 25, 2011

3 bulan bertemu jodoh :)

DSC_0725-1

Ketika Allah menulis takdirku.
Dia juga menuliskan satu nama dalam hidupku.
Bertahun aku menunggu satu nama itu.
Yang kata Tuhan kemudiannya,itu adalah rahsiaNya sebelum tiba masanya.


Akhirnya hari ini(25 Mac 2011)
terjawab sudah penantian itu.
inilah masanya untuk aku katakan :


Kamu adalah takdirku.
( dipetik dan di ubahsuai dari : Salim A. Fillah, Baarakallaahu Laka, Bahagianya Meraikan Cinta)


masih baru dan masih hijau dalam menjalani dugaan dan cabaran berumahtangga.
tukar status pun baru 3 bulan.
memegang status seorang suami atau isteri ,tidak sama dengan status bf-gf sebelum berkahwin.
kalau dulu,marah ke sedih ke boleh aje cakap dan fikir bukan-bukan.
boleh aje senyapkan diri berhari-hari.
atau boleh aje keluar merayap dengan teman-teman.
tapi selepas status berubah,semuanya perlu hati-hati.berbual dengan kawan atau cara berjalan pun perlu hati-hati.
nak keluar lunch dengan siapapun perlu dititik-beratkan.
hendak marah pun tak boleh lama-lama.
apatahlagi hendak ke mana-mana tanpa izin,kan.
perlu selalu ingatkan diri tentang status dan tanggungjawab yang dipegang.

tapi alhamdulilah,semuanya sehingga kini,dipermudahkan oleh Allah.
dalam pahit,masih ada manisnya.
dalam tergigit lidah,masih ada rasa manis pada lauk yang dikunyah.
dalam gelora,masih ada ketenangannya.
mungkin itu hikmahnya sebuah pernikahan.alhamdulilah.

macam orang katalah,pada yang tidak sempurna itu,masih ada kesempurnaannya.
kalau kita mencari kesempurnaan pada diri pasangan,sedangkan kita tahu kekurangannya,maka kitalah yang harus menyempurnakan apa yang terkurang itu.dan begitu juga dia,menyempurnakan apa yang kita terkurang.

semuanya ketentuan takdir.
pertamakali jumpa dia pun bukan dalam keadaan yang saya jangka.
bukan dalam keadaan yang saya suka.
tak pernah terfikir dia ini jodoh saya.
kemudian,ujian demi ujian datang dalam perhubungan.
tapi saya percaya-dia memang jodoh saya.
kenapa saya percaya?
1)gerak hati.
2)istigkharah.
ya,saya beristigkharah.dan jawapan yang diberi Allah,memang tidak syak lagi.

dan selepas itu saya semakin yakin.
dia,di pilih Allah untuk saya.

----------------------------------------------------------------------------------------------------

orang kata 'isteri mana yang tidak sayangkan suaminya kan.'
ia.itu tanggungjawab dan kewajipan seorang isteri.
keredhaan suami adalah umpama kemenangan buatnya.
jika tidak di dunia ini,ia satu kemenangan di alam sana.

'menyayangi dan mencintai suaminya tanpa sempadan.
bukan setakat berkekalan sampai ke anak cucu.
tapi biarlah sampai ke 'sana'  '
besar rahmat dan pahala buat isteri yang taat.seperti yang disebut dalam al-Qur’an, dan juga dalam hadis Rasulullah Shallallahu ‘alahi wasallam.Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:


“Jika aku boleh memerintahkan supaya seseorang sujud kepada orang lain, nescaya akan aku perintahkan seorang perempuan sujud kepada suaminya.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi)
 
begitu besar kuasa dan hak yang ada pada seorang suami.kan?
 
dan para isteri,bolehlah mengamalkan Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu Akbar sebanyak 33 kali setiap hari sebelum tidur seperti yang dipesan oleh Rasulullah kepada Fatimah Az-Zahra ketika Fatimah berkeluh kesah melakukan tugas menguruskan rumahtangga tanpa bantuan pembantu.hasilnya selepas itu Fatimah tidak lagi merasa terbeban malah merasa bahagia menguruskan rumahtangganya.biasalah kita,terutama isteri-isteri yang berkerja.siang penat bekerja,bila pulang harus menguruskan rumahtangga pula.menguruskan anak-anak pula.Wallahualam.
 
akhir sekali.cuma nak cakap,
genap 3 bulan menjadi seorang isteri pada hari ini.
alhamdulilah atas kurniaan dan rahmat ini.
cinta selepas kahwin,lagi indah rupanya.
Mudah-mudahan semuanya terus dipermudahkan oleh Nya
AMIN.

Wednesday, June 22, 2011

review wedding : bilik pengantin

salam semua.
hai.kali ni nak review pasal bilik tidur pengantin.saya macam biasa,sukakan sesuatu yang simple dan kemas.tidak banyak bunga sana-sini,tiada renda sana-sini.dont get me wrong untuk yang memang sukakan bilik tidur yang meriah,ini pilihan masing-masing kan.macam saya yang bajet tak banyak ni untuk kamar pengantin,dan sukakan sesuatu yang simple,pilihan saya adalah yang sederhana,kalau boleh DIY lagi best dan paling efektif,boleh guna semula selepas dah tak jadi pengantin :)

dengan bajet yang sederhana untuk kamar pengantin,saya berusaha mencari sesuatu yang menepati apa yang saya mahu dan bersesuaian dengan bajet yang ada.lagipun,bilik pengantin saya tu tidak menjadi tumpuan sangat sebab majlis bersanding saya di dewan.cuma masa nikah aje,itupun family mentua aje yang datang menjenguk sekejap.

dan saya juga tidak mengambil pakej dengan mak andam untuk menghias kamar pengantin ini.alasannya?saya memang tidak suka pada bilik pengantin yang sarat dengan bunga-bungaan dan langsir serta cadar yang berkilat-kilat tu.saya mahu ianya serba putih.tapi diberi sedikit warna ungu,sempena warna tema nikah saya :)

maka,sebulan sebelum majlis,saya dengan gigih,telah mengecat sendiri kamar tersebut.sebab saya hendak ia jadi seperti yang saya fikirkan.dinding di cat warna putih dan ungu.dan perabot yang dipilih oleh saya dan pasangan juga berwarna putih.

DSC_0680
perabot putih dilatari dinding berwarna ungu

kalau hendak tahu,merata saya cari cadar putih bersih seperti ini.memang ada,tapi kebanyakkannya berharga RM500 ke atas bersama comforter.sehinggalah kurang sebulan dari majlis,saya terjumpa cadar ini di Jusco(kalau tak silaplah)dengan harga yang kurang dari RM250.dengan renda pada cadar yang simple membuatkan saya jatuh hati.berbaloi rasanya dengan pembelian ni.lepas kahwin,boleh guna semula.

katilpengantin6
sebagai penaik seri,saya letak beberapa batang lilin.dan bunga melor.tujuan letak bunga melor sebab hendak bau wangi yang asli terutama bila aircond dipasang.

katilpengantin
dengan cadar dan perabot berwarna putih,saya rasa macam ia terlalu plain,kosong,walaupun selepas di letak beberapa lilin dalam pingan di atas katil,maka petang khamis sementara menanti bakal pengantin lelaki,diela,faira,nuril dan zira sampai ke rumah saya,saya pergi ke Tesco bersama Aina membeli apa-apa yang patut termasuk mencari bunga idaman.heh.ketika itu saya terlihat bantal merah comel ini.apalagi,grab ajelah,harga pun tak mahal.mulanya cari warna ungu juga sebab tak mahu nampak terlalu banyak warna pada bilik tersebut,tapi akhirnya pilih merah sebab saya mahu kamar tersebut nampak suci dan romantik.heh lagi.hahahaa.

katilpengantin4
langsir di kepala katil ini hasil DIY mak saya.riben dan bunga-bunga kecil itu telah dibuat oleh pengapit kesayangan saya-cik zira pada malam sebelum nikah.langsir-langsir ini dipasang bersama oleh saya dan mak.siap panjat tangga segala lagi tu.

katilpengantin5
untuk hiasan meja tepi katil pula,saya letakkan beberapa frame gambar pre-wedding kami,bersama paper lantern dan lantern berisi bunga dan lilin.

katilpengantin3
pandangan dari tepi

DSC_0062-1
dari depan.

Tuesday, June 21, 2011

untuk seorang isteri.

salam semua.
hai,saya terjumpa ini di youtube.sayu je rasa hati.apa perasaan anda?terutama bakal isteri dan isteri-isteri sekalian?orang kata sedangkan lidah lagi tergigit,nikan pula suami isteri kan.kadang-kadang kita mahu A,suami mahu B.kadang-kadang kita ke utara,suami ke selatan,apa-apapun sebagai isteri,sedarilah dan hiduplah seadanya dengan apa yang mampu suami mampu sediakan dan lengkapilah dengan apa yang ada dengan sebaiknya.

video ini peringatan buat diri saya sendiri dan juga semua yang bergelar seorang isteri.



susah senang.
ketawa berduka.
biarlah bersama,kan.
isteri adalah pendamping suami.
kan.

hai isteri sekalian,tercuit tak hati anda lihat video ini?saya percaya suami anda,anda dan anda adalah yang terbaik.kan?mudah-mudahan,InsyaAllah

//credit pada si empunya video yg sebenar.saya sekadar meminjamnya untuk dikongsikan bersama

Monday, June 20, 2011

review wedding : my bertandang pengapit.special entry for both of you-Hafis Dan Zira

Hi bride to be.
happy monday.setiapkali isnin,memang saya tak suka.tapi kalau isnin cuti,memang heaven lah kan.betul tak?eh,perasan tak i macam dah lama kahwin,tapi kenapa baru nak hegeh-hegeh review pasal reception sebelah husband i plak kan?ok,macam ni,saya nikah 25 mac,itu tarikh yang selesa buat family i sebab side saya tidak ada wedding lain pada tarikh tersebut.dan family sebelah husben pula,tarikh sepanjang mac fully booking by sepupu dan sedara mara dia.so famili dia selesa buat majlis bertandang pada bulan jun.for me,tak ada apa yang hendak diherankan.ada juga yang kata,jarang orang buat majlis bertandang jarak jauh sangat dengan majlis sanding.ada banyak yang positif bila majlis jarak-jarak ni.ok,lupakan tentang itu.

sekarang,hendak review pasal my pengapit for this majlis bertandang
//

at first,ada bermacam masalah.masa tu hanya zira dan ajie je yang confirm datang ke pahang(majlis bertandang).yang lain-lain ada pelbagai masalah.masa tu memang sedih tapi bila fikir,diorang bukan sengaja taknak datang,tapi ada hal-hal yang tak dapat di elakkan.so fikir positif aje dan mengharapkan semuanya selesai dengan sempurna memandangkan ini lah wedding terakhir ku,terakhir kali aku bersanding.terakhir kali dipanggil pengantin,terakhir kali menghadap meja beradap dan potong kek kahwin.uwaaa!its over!

sobs.sobs.sobs.

tapi akhirnya.semuanya dipermudahkan.semua teman-teman last minutes,dapat datang!termasuklah encik pengapit husben ni.

wedding-pengapitlelaki
inilah pengapit saya
En.Shahrul Hafiz
Cik Zira

wedding-pengapitlelaki
en.hafiz
dua kali menjadi pengapit husben sebab dia di antara bestfriendz husben.seorang yang ala-ala tok ketua(kehkehkeh) tapi tidak berkira.bila kita perlukan pertolongan,memang dia akan tolong.susah hendak cari kawan seperti dia.sering dijadi teman berbalah sebab dia memang ala-ala ketua.hahaha.


wedding-pengapitperempuan
cik zira
juga dua kali menjadi pengapit saya.dan dia seorang yang ringan tulang dan rajin.juga tidak berkira,matang,saya bertuah ada pengapit macam dia.bila dia ada,saya selesa dan yakin sebab saya tahu berilah apa sahaja tugas pada nya,confirm akan jadi sempurna.


untuk hafiz dan zira
saya bertuah dikurniakan sahabat seperti anda berdua.susah payah korang memang takkan dilupakan sampai mati.thanx zira sebab dalam ko letih-letih sampai pekan awal pagi,tapi masih sanggup bangun awal teman aku pergi mekap di kuantan yang maha jauh tuh.dan of coz apis juga.





scheduled entry

Sunday, June 19, 2011

selamat hari bapa

ayah saya yang terbaik.

review wedding : baju bertandang by ...

salam semua.
maaf untuk yang email bertanya itu ini tetapi saya tak sempat balas.saya mempunyai access internet terhad,tapi InsyaAllah by this week semuanya akan pulih dan saya boleh blog lagi.yeyeh.saya tahu masih ada few things tentang wedding saya yang masih belum habis saya review.kahwin dah dekat 3 bulan tapi masih belum habis review,huh.bosan kan.hehe

ok,kali ini saya nak skip tentang review bersanding dan nikah yang masih belum habis-habis tu,saya nak review tentang majlis bertandang pula.kali ini review tentang baju bertandang saya.untuk majlis bertandang,saya prefer something yang lebih simple dan sopan dan lebih traditional dan diberi suntikan moden sedikit aje.

DSC_0418-1


saya memilih kurung moden AGAIN.sebab saya selesa sesuatu yang simple.dan tidak melecehkan saya bergerak.pada mulanya saya agak pening hendak hantar di tailor biasa atau designer,setelah difikir-fikirkan,akhirnya this designer menjadi pilihan hati saya.sebabnya:

1)PR bagus.
2)good review je tentang dia.

so,apalagi kan.
saya mahu baju yang :
1)simple
2)kurung moden
3)ketat di tangan
4)ada butang di pergelangan tangan
5)kain yang flowy

alhamdulilah.this baju menjadi seperti yang saya harapkan.sukanya bila tengok kain yang flowwy tu,hanya Tuhan yang tahu bagaimana rasanya.rasa hari-hari nak try (biasalah bridezilla kan)!dan kali ni this designer memang menyenangkan,sangat friendly dan memang tiada drama langsung.alhamdulilah.paling penting,apa yang saya mahu,itu yang dia serlahkan pada baju ini dengan begitu baik.

weddingbaju

DSC_0269-1
butang-butang di tangan.cute kan anak buah saya? :)

DSC_0244-1
kain yang flowwy

DSC_0935-1
bersanding lagi.


the designer : faizell azraf
Blog :http://faizellazraff.blogspot.com/

DSC_0699

saya hantar baju ni hampir-hampir genap 1 bulan sebelum majlis bertandang,syukurlah,Faizell memang menepati masa orangnya dan tidak berdalih.suka.fully recomended !!kalau ada yang bertanya pada saya,memang saya akan suggestkan Faizell tanpa ragu-ragu!

to Faizell,
thanx sebab buat baju yang cantik dan seperti yang i nak.
:)
u such a wondelful person..nice person..dan profesional..
good luck faizell.Amin.

---------------------------------------


UNTUK SEWAAN :pm di Page DREAMSISTERS

saya exBride to be, jadi saya faham :) 

Saturday, June 18, 2011

Kad Kahwin

Kad Kahwin untuk Majlis Menyambut Menantu / Bertandang.


DSC_0776-1

Majlis bertandang di buat beberapa bulan selepas resepsi atas sebab sepanjang bulan mac, famili belah pihak lelaki tiada tarikh yang free. Sepanjang bulan tersebut ada wedding di kalangan ahli keluarga mereka. Juga April dan Mei pun lebih kurang begitu.

So, kena lah tempah kad asing-asing dari majlis resepsi.

Kalau hendak lihat kad untuk majlis resepsi, refer link ini : review wedding: kad kahwin.utusan dari raja dan ratu.

Seperti di beritahu sebelum-sebelum ini, saya memang suka sesuatu yang simple dan nice. Tak sarat, tak serabut. So kad majlis bertandang ni pun lebih kurang dengan kad majlis bersanding. Beza cuma pada saiznya sahaja dan riben. Serta tulisan nama di depan.

Riben itu saya tampal sendiri. Jenuh juga hendak menyiapkannya :)


DSC_0773-1

Tuesday, June 7, 2011

Sewa Baju Nikah

Salam.

Untuk bride to be yang ingin sewa baju akad nikah off white. Terutama area Melaka dan KL
sila hubungi saya di DREAMSISTERS

DSC_0326a-1
gambar penuh

DSC_0291-1
ketika duduk.

DSC_0457-1
heavy beading di leher.



Perempuan
Material : Fully beaded chiffon off white
Saiz : M to L
Tinggi : 164 -166 cm
**tidak termasuk veil
RM100

Lelaki
Material : crepe off white ( bukan satin, so tak shining-shining ye)
Saiz : M to L
Tinggi : 170 -175 cm
**tidak termasuk sampin
RM 50


berminat? Contact saya di page :Dreamsisters



Untuk tengok baju nikah secara details, boleh refer link ini : Baju Nikah


Monday, June 6, 2011

review wedding : My Wedding Inai dan Henna

bungatangan3

I love my wedding henna!
sebenarnya tidak pernah mempunyai corak idaman tertentu untuk wedding henna saya.cuma saya mahu di jari yang di sarungkan cincin itu,ada henna yang dilukis di atasnya.dan saya tidak mahu lukisan-lukisan yang begitu penuh dan serabut di tangan saya.

dan di Melaka,agak kurang untuk jumpa tempat lukis henna for bride.Mak saya suruh saya pergi di area Bunga raya.Kalau tidak silap,Kasturi  nama kedai tu.dia suruh pilih corak yang berkenan di dalam buku sample dia.tapi semuanya sukar menepati apa yang saya mahu.then dia cakap,suka tak corak Ayu Raudhah.saya memang ingat ingat lupa cuma seingat saya bila tengok corak henna Ayu,saya akui cantik.

dia kata pagi tadi ada pelanggan melayu request corak itu,so dia mahu buat corak itu untuk saya.seperti ini coraknya:


dan ini lah coraknya,of coz la tidak sama sangat,kihkihkih

DSC_0673-1b
tapi saya suka.

dan ini untuk kaki pula,
DSC_0215
DSC_0561 (2)-1

saya suka lukis henna di sini.paling best henna ni tahan untuk 2 minggu lebih.sampai dah masuk office pun,henna masih melekat dengan baik,memang ketika itu,dalam lrt ke office ke,diri memang dipandang sebagai pengantin baru.senyum aje lah.malu pun ada tapi hendak buat macamana kan.

B2B Melaka,
mahu contact numbernya?
ini dia : 0193785088

inai pula,mulanya saya pakai daun aje pada hari rabu malam khamis,yang tukang pakai adalah adik saya.tapi pudar aje warnanya.kemudian,pada khamis malam jumaat,pengapit saya,Zira,pakaikan sekali lagi guna inai kotak yang banyak di jual di Mydin tu.kotak dia yang ada gambar perempuan india di luarnya tu.baru berpuas hati,memang terang dan merah warnanya.thanx zira dan siti sebab sanggup bersengkang mata tolong pakaikan inai untukku.

aa1a

Sunday, June 5, 2011

Kung fu Panda Dan Fast 5

dua-dua hebat.
i love it.
yang menjadi persamaan kedua-dua cerita ini adalah semangat berpasukan.persahabatan.

menghadapi apa jua bersama.
ya,itu.
mengharungi kesusahan dan kesenangan bersama.

marathon movie sampai dua cerita.
agak berpinar mata.
tapi seronok.

review wedding : pelamin wedding saya

Hi dear.
sorry ye sebab terhegeh-hegeh hendak update dan sedang sedaya upaya untuk menghabiskan semua review wedding untuk majlis pernikahan dan persandingan saya.hehe.tak pasti ada orang yang hendak membaca ataupun tidak,tapi sekurang-kurangnya mungkin boleh menjadi panduan untuk B2B di Melaka.

saya mahu pelamin dari Butik Sayang Creation sebab mereka boleh buat hampir sama seperti pelamin yang kita mahu.tapi,mak saya tak mahu.dia mahu saya ambil dari butik yang dia sendiri pilih.redha di situ.rasanya mana-mana wedding tak banyak pun mesti sedikit pasti ada drama.so di sinilah dramanya bermula.akhirnya,anak mengalah setelah puas...sob3..

alasan memilih butik ini,tentunya kos yang lebih murah.
sabar ajela
pelamin impian bagai terbang dihembus angin lalu.
pasrah dan redha.
tapi saya tak ambil semuanya dari sini.nasib baik saya ikut kata hati.hik3.


Pelamin Nikah.

DSC_0544

kegunaannya,dua majlis dengan satu pelamin.saya minta semuanya warna putih,sebab ketaksuban saya terhadap warna ini.hehe.lagisatu sebabnya kerana,majlis nikah dan malam berinai akan menggunakan pelamin yang sama.maka,haruslah memilih warna yang selamat supaya kena dengan semua baju pengantin.saya berpuas hati dengan pelamin panel ini.cuma yang tak sukanya ianya di buka terlalu awal.nikah petang jumaat itu,pagi sabtu ketika saya sedang bergelut bersiap,di bawah,mereka sedang sibuk sama membuka pelamin tersebut.hilang hasrat dan impian untuk posing-posing gedik dengan teman-teman.kecewa.


Pelamin Sanding
228766_220038698022472_126593147367028_953849_386106_n
memang merah adalah pilihan saya sebab tema saya adalah merah,putih dan silver.

keseluruhannya,mereka memang ok.dari 5 bintang,saya bagi 3 bintang.kerana:
1)pelamin di buka TERLALU awal
2)kipas untuk majlis bersanding,tak disediakan sebab mereka terlampau awal buka pelamin di rumah,maka kipas pun ternagkut sama.
3)lambat datang untuk siap dan mekapkan saya untuk malam berinai.
4)mekap tak berapa cun.
5)setiapkali call/mesej asik hendak kena ingatkan mereka kita ni siapa.dan setiapkali itulah kena refresh my idea is macamana.bosan lah.

kenapa 3 bintang?sebabnya :
1)mereka suami isteri baik
2)baju ada yang up-to-date
3)boleh bertolak ansur
4)harga reasonable
5)baru hendak maju,maka kenalah bagi sokongan kan

DSC_0521
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...