nuffnangku

Thursday, May 26, 2011

Semanis Kurma

khamis.biasanya aku jarang ke mana-mana waktu malam-malamnya.seperti biasa,tiada cerita menarik sangat dekat TV.dan kalau tinggal sorang kat rumah,aku elakkan untuk buka TV3.aku menyampah tengok cerita hantu.aku bukan penakut tegar pada hantu.tapi aku seram.kalau tengok cerita hantu,tangan aku sebelah ni memang asik tutup mata je.kadang-kadang tergamak juga tengok dari celahan jari aje.haha.tapi jenis aku,aku kurang takut kalau kena tinggal sorang atau dalam keadaan bergelap.

sejak dari zaman study lagi,masa rumah sewa aku berhantu dan dikacau dengan sangat teruk,alhamdulilah,aku salah seorang yang tidak pernah 'diusik' oleh makhluk-makhluk seperti itu.kenapa?aku pun kurang pasti.tapi yang pasti ada seseorang tok bomoh pernah cakap aku antara mereka yang mempunyai semangat kuat.alhamdulilah.aku penakut juga tapi tidak kronik.

ok sebenarnya aku cuma hendak berkongsi tentang sesuatu yang aku dapat dari Semanis Kurma.dulu,aku agak jarang mengikuti rancangan ini,tetapi sejak status aku sudah berubah,siri rancangan ini seakan dekat dengan aku,aku jadi lebih peka dan lebih gigih mencari ilmu dan pengetahuan tentang hukum hakam dalam institusi kekeluargaan Islam.

lupakan tentang cerita hantu.aku dengar dari rancangan Semanis Kurma,katanya duit isteri adalah hak isteri.dan duit suami adalah untuk saraan keluarganya(anak isterinya).maka isteri Tidak Wajib memberi duitnya untuk kegunaan keluarga tetapi suami wajib.dan kata ustazah tu,kalau isteri tidak redha duitnya diguna,si suami di anggap 'berhutang' dengan isterinya dan hutang perlulah dibayar semula.wink.

tapi dalam pengurusan rumahtangga,semuanya harus ada komunikasi dan persefahaman.bukan satu pihak hanya memberi manakala pihak lain pula menerima sahaja.isteri zaman sekarang kebanyakkannya bekerja dan memahami tugasnya di sisi suami,keluar bekerja kerana ingin meringankan beban suami tetapi jangan sampai semua duit gajinya diserahkan suami.itu pesan ustaz tersebut.katanya tidak berdosa kalau kita tidak memberitahu secara jelas berapa gaji kita pada suami,cukuplah yang basic sahaja dan selebihnya itu hak kita untuk menentukannya.Wallahualam.

well,aku rasa semua ini bergantung pada diri si isteri dan suami.itu rumahtangga kita,maka hanya kita berhak menentukan semuanya.kita yang berhak menyusun atur tangga-tangga cinta di rumah kita berdua.kita yang mencorakkannya sendiri.aku hanya berkongsi apa yang aku dengar dalam rancangan tersebut.no bias atau berat sebelah.



Bermula gemilang cahaya

Petunjuk pimpinan yang Esa
Menempuh jalan hidup di dunia
Cabaran yang silih berganti
Dugaan mematangkan diri
Mengajar erti hidup ini

Berjuang berkorban demi cinta
Suka dan duka suratanNya
Mengenal makna jalan bahagia
Masa yang silih berlalu
Semakin hampir saat itu
Ya Tuhan tunjukkan
Moga selamat bersamaMu

Biarpun bersama kekurangan
Namun bersyukur kurniaan Tuhan
Iman di hati sabar menjadi pemujuk diri
DenganMu ku punyai segala
Tak kan beruntung seisi dunia
Limpah kurniakan petunjuk bantuan
Tempuh hari yang mendatang

Semoga..
Sisa hidup ini tak kan terbuang lagi
Setiap detik masa dalam amalan jua
Jangan dipisahkan denganMu kebahgiaan

Semoga dengan ini jambatan menemui
Cinta yang sejati
Itu yang abadi

Berjuang mencari iman taqwa
Perisai menempuh pancaroba
Penentu tempat rahmat bahagia
Seiring teman dan saudara
Pimpinan tauladan baginda
Ya Tuhan bantulah
Moga selamat selamanya


kehidupan berumahtangga itu ada turun naiknya.ada selisih dan gurauannya.ada tangisan dan tawanya yang tersendiri.setiap dugaan haruslah di tempuhi dengan kesabaran.itu ingatan saya buat diri saya sendiri.biasalah manusia kan.tambahan pula kalau kita ini isteri-isteri bekerja.kalau bekerja di tempat yang banyak cabarannya,mungkin adakalanya stress dan masalah di opis di bawa balik ke rumah,dengan penat dan letihnya menguruskan rumahtangga lagi,dengan mungkin pelbagai masalah lagi. :) semoga setiap dugaan dan cabaran dapat ditempuhi seadanya.InsyaAllah dan Amin.

Wednesday, May 25, 2011

2 bulan.

227137_220039304689078_126593147367028_953863_7483463_n

terima kasih Allah.
jodoh pertemuan adalah bukan bidang kuasa manusia.

selepas.

salam semua.rindu sangat hendak update blog.disebabkan saya dapat wi-fi kali ini,rasa macam hendak update banyak-banyak sampai dah tiada idea ("__).rasa macam tak percaya sudah 2 bulan berkahwin.apa beza nya?

kadang-kadang macam tiada beza.semuanya masih sama.cuma saya sudah tidak punyai masa yang berlebihan untuk lepak-lepak secara kerap :) waktu yang ada di susun dan di isi dengan sebaiknya supaya saya tidak mengabaikan tangungjawab-tangungjawab yang perlu saya pikul.kadang-kadang rasa macam hendak minta tambah sejam dua supaya jadi 25 jam atau 26 jam sehari.mengadakan?hehe.

rutin harian sudah banyak berubah.setiap langkah perlu difikirkan akibatnya.perlu difikirkan kenapa dan mengapa dan di mana keperluannya.saya juga sudah jarang mengambil berat hal remeh-temeh.apa yang hendak jadi,biarkan terjadi.tak perlu di ingat dan tak perlu difikirkan.cuma perlu berdoa.

kadang-kadang ia lebih tenang begitu.kan.

sayu hati melihat tanah runtuh yang menimpa anak-anak di Hulu Langat tu.mudah-mudahan mereka itu dipermudahkan semua urusan oleh Allah.kadang-kadang kalau kita mengambil sedikit usaha,mungkin ia dapat menyelamatkan ramai nyawa tidak berdosa.sebab kat tv kata,kejadian itu terjadi sebab curam ditarah sampai 70 peratus.tapi,itu takdirkan.hendak buat macamana lagi.tapi memang sayu.sayu sangat.

tetapi itulah.kita bukan boleh meramalkan apa-apa pun.kalau hendak jadi apa-apa,ianya cuma perlukan sekelip mata.kan?mudah-mudahan semua kita ini dijauhi dari kesusahan.amin.

review wedding : my wedding cake

bagi saya kek itu tidaklah begitu penting TAPI tidaklah pula boleh diremehkan kewujudannya.sekali seumur hidup dalam majlis perkahwinan sendiri,tiada salahnya jika saya memotong kek yang rupanya mengikut kesukaan saya.sekali seumur hidup.wink.

NIKAH : PULUT KUNING

untuk majlis pernikahan saya memilih untuk memotong pulut kuning,sebagai tanda hajat yang dikehendaki telah tercapai.hajat untuk menjadi seorang isteri telah dimakhbulkan oleh Allah setelah melalui pelbagai halangan.Alhamdulilah dan MasyaAllah sungguh luar biasa aturan dan perancangan yang Allah telah tentukan dalam diari hidup saya.

kek-pulutkuning

pada mulanya saya gigih survey serata melaka untuk mencari siapa yang boleh mengambil tempahan pulut kuning ini,tapi macam-macam cabaran.ada yang saya sudah mesej di phone,dan kemudiannya dia suruh saya isi form tempahan di internet pula.sudahnya sampai sekarang saya tak tahu apa cerita dengan tempahan yang saya dah isi tu.katanya akan get back to me within 48 hour.aku rasa sekarang sudah bukan 48 jam lagi.mau jadinya 4800 jam.huh.tak efisien.dan pelik pula apa kejadahnya letak number phone tu kalau akhirnya kena isi form juga.huh.

lupakan tentang itu.sudah basi.

pulut ini di masak oleh mak saya.soo yummy.dan simple decoration yang lovely itu dibuat oleh kawan-kawan saya.biar apapun rupanya,ia tetap yang teristimewa sebab mereka buat dengan keikhlasan.

SANDING : KEK

kek sanding saya sangat sedap.saya suka dan suka dan suka.kek sedap itu ditempah khas dengan Kak Hawa yang baik hati.ini website nya : http://pertmuffins.blogspot.com/ . untuk B2B Melaka yang masih mencari kek sedap,bolehlah tempah dengan Kak Hawa.

design pilihan saya tentulah yang simple tapi sweet :

IMG_5550a

DSC_0889

kek coklat.dan memang sooo yummmy..

hidup berumahtangga

2 bulan.genap.hari ini.
macam mana dengan kehidupan berumahtangga?Alhamdulilah.
saya jarang dapat update blog sebab dihambat waktu.terlalu sibuk dengan ketiadaan internet membuatkan saya tak mampu nak update selalu.tapi rindu juga hendak baca blog2 B2B semua.yang selalu saya update cuma status di Fb.itu saja.komen sana-sini memang jarang.entahlah.mungkin ini perubahan umur?saya makin berusia jadi makin malas hendak mencampuri urusan dunia luar?sigh.

memang seperti sudah hilang interest pada facebook.dan dunia lain.
:)

Friday, May 6, 2011

hari muda yang kau tinggalkan.

(entri ini sudah terperap di draft selama lebih 2 minggu,sigh)

salam semua.

apa kabar?siapa suka jadi muda sentiasa?anggap tangan!hehe.
siapa suka zaman sekolahnya?
siapa suka zaman kolejnya?
saya!
zaman remaja saya,tiada apa sangat sebab saya seorang yang anti-sosial.hehe.ok,sebelum bermula saya hendak beritahu terlebih dahulu,entri ini adalah entri super panjang berjela tau.adik-adik yang masih bersekolah,ingatlah,zaman sekolah dan study di universiti adalah zaman terbaik kita.



Lirik Muda - Hujan
Tamatlah zaman persekolahan
Masih dihantui memori
Waktu kecil waktu yang gemilang
Oh Tuhan ku tak mahu pergi


Alangkah indahnya dunia
Bila kita semua tak akan membesar
Alangkah indahnya dunia
Bila kita semua akan bersama selamanya


Tak lupa pelbagai peristiwa
Waktu pergi mengaji
Ponteng kerana ku macam tak biasa
Hoo..oo..

dengar lagu ini,teringat pada macam-macam kenangan.kadang-kadang tengah makan pun boleh teringat.betapa besar kuasa sebuah memori.memori satu-satunya perkara yang akan kekal dengan kita.rupa kita yang lawa,muda jelita itu pun akan pergi suatu hari nanti.kekayaan juga boleh hilang pada satu saat.tapi kenangan atau memori ia akan kekal,kecuali kalau kita hilang ingatan.hehe.

kenangan yang paling berkesan di hati aku,ada banyak.tapi mereka ini yang paling menempel sebab aku terasa jiwa aku dekat dengan mereka.seumpama adik beradik.oh ye,bride-to-be sekalian,maafkan saya untuk hari ini ye,sebab kali ini entri saya tidak berbaur wedding,tapi ini diselitkan sebab ketika ini saya memang teringat pada mereka yang bakal saya ceritakan.ok,segera bertukar kepada 'aku.hehe.

mula-mula masuk ke situ,aku memang tak tahu bawa diri.aku kekok,cangung.kau bayangkan lah tiba-tiba terpaksa berkongsi bilik tidur,bilik air,dapur,peti ais,sigh,semuanya beb.mana aku tak mati kutu.aku minta bilik sorang,tapi aku dah terlambat.aku dah merajuk-merajuk dengan parent hendak juga bilik sorang.abang tuan rumah itu kata,masuk dulu kat situ,nanti ada kosong kat kelana puteri,diorang akan masukkan aku.ok,senyum.nasib baik tempat lain tiada kosong sebab ini adalah antara kenangan paling indah pernah aku miliki.

duduk serumah seramai 10 orang banyak mengajar kami masing-masing hidup berkongsi.kongsi rumah aje ye,bukan kongsi boyfriend atau seumpama dengan itu.mau kena hentak kalau camtu,hehe.semua itu banyak ajar kami bertolak ansur,kongsi suka duka bersama,kongsi ketakutan dek hantu pun bersama.hehe.orang yang mula-mula aku nampak dan mula-mula aku buat kawan adalah cik diela.

05may08007-1

pelik.sebab aku bukan orang yang 'suka' hendak memulakan persahabatan atau perkenalan.memang itu bukan mood aku untuk bermanis mulut tanya itu ini sebagai pembuka bicara kononnya,bukan tak mahu tapi aku tak dilahirkan dengan kebolehan itu.pity me.tapi dia,orang pertama yang aku tegur.selepas itu kami memang sangat rapat.ke sana-ke sini berdua.dengan dia,aku ada terlalu banyak kenangan yang tak mungkin aku lupa.mula-mula aku tegur dia dan berkawan dengan dia,aku tanya sepatah,dia jawab setengah patah,aku mati kutu dowh.blur ya amat la budak ni.oh ye,tempat mula-mula kami makan adalah KFC.

selepas itu aku mula kenal budak-budak johorian ni.mereka bertiga ini memang 'semacam'.nisha yang macam garang,halida yang suka gelak dan azreen yang asik menjadi perhatian sebab asik buat lawak aje dan tak habis-habis dengan chanel singapore die tu,hehe.sebab itu aku takut hendak kawan dengan mereka.paling aku takut budak nama 'ayeen'tu la.bila sekarang aku fikir semula,rasa macam hendak hilang akal pun ada sebab aku takut pada azreen.haha.pity me,rite.

fyi,cik azreen ini kalau lepak dengan dia,memang tak kering gusi melayan kerenahnya.
mula-mula aku masuk situ,aku kenal dengan zarien,mas dan pieka.aku masa tu tak tahu kenapa,aku rasa dorang ni macam lebih tua dari aku.kekeke.aku anggap diorang macam kakak.padahal..hahaha..mereka lagi muda dari aku.kecuali zarien lah.hahaha

zarien,aku tak pernah lupa bila pertamakali aku melalak pasal teringat dengan family dan ex-boyfriendku(ketika itu masih lagi bf ku)kau tenangkan aku.kau pegang tangan aku dan cakap-ok zarien,aku lupa apa ayat kau.tapi ketika itu aku jadi kurang 'menangis' dek sebab ayat kau itu.tapi lepas itu,aku pun tak faham kenapa aku jarang sangat bercakap dengan kau.mungkin sebab kita dua-dua pendiam.sigh.aku rasa sekarang baru ok kot kita ni,dulu memang tak normal.

owh ye,sebelum apa2 aku nak cakap :

(kalau ada permusuhan atau apa-apa,aku tak ada niat apa2,aku sekadar berkongsi kenangan yang pernah aku simpan dalam hati dan ingatan aku,kenangan itu telah wujud,jadi aku tak boleh suka-suka delete mana2 part or gambar yang melambangkan kenangan masa lalu,girl,u get it wht i mean rite?love u,girl)

0009-1
lihat,inilah muka yang buat aku percaya budak ini innocent giler(diela)-kalau lihat muka begini,takkan kau taknak approach dia jadi kawan kan?rugilah.dan tengok yang belakang itu(mas),nampak lebih dewasa dari aku,kan?hehehe.tu halida,nampak?


dulu,diela sangat lembut orangnya.aku kawan dengan dia sebab aku tak nak orang buli dia.hihi.tapi masa banyak mengubah semuanya.diela hari ini dan dulu,memang sudah jauh berbeza.

08112005(001)-1
itu azreen.tengok,tak reti duduk diam.

0908-1
tengok aku.kurus cekeding kan?ketika ini beratku hanyalah 44kg dengan ketinggian yang sama.sumpah memang kurus.

12022006(021)-1
diela,comelnya kau.rasa nak culik je.hahaha.ini masa birthday nisha dan mus di KFC

12022006(029)-1
penghuni asal rumah 403-kecuali budak baju biru.hai kawan-kawan,saya sayang kamu semua tawu tak!dan saya rindu ini semua.

12022006(065)-1
lihat,kuruskan aku ni?diela yang innocent,aku yang kurus kering dan ayeen yang tak reti duduk diam,hahaha.

09112005(001)-1
ini ketika beraya di rumah Mus.aku,nana,pieka,diela,ayeen,sha,lida and zarien-hey,rindu tak time ni?hehe

dulu,kami ke mana-mana berenam.pergi pasar malam,jalan beramai-ramai pegang-pegang tangan.maklumlah,family masing-masing jauh,yang kami miliki ketika itu adalah satu sama lain.seperti adik-beradik.tengok tv atau masak-masak pun bersama.kenangan bangun sahur dan ketika berbuka puasa adalah yang paling best.

ok,seterusnya.
nuril pula masuk menjadi keluarga besar kami.mula-mula aku macam-budak ni,kerek nya?dah la muda dua tahun dari aku,pastu tinggi plak tu.owh,aku tetiba teringat,masa hari pertama nuril masuk rumah kami,aku tiada di rumah,jadi aku mesej nana mardyana tanya pasal budak baru tu,macamana rupanya,ok ke?
jawapan nana adalah
:dia lebih tinggi dari aku n lebih tinggi dari kau gak,sarah.
haha.paling tak boleh lupa!
nana,jangan lupa,kau,ayeen n mas adalah antara 7 orang kenit snow white ok,so sesiapapun akan lebih tinggi dari korang.
ampun penunggu gua.(+_____+')

03042006(002)-1
masa ni aku belum rapat dengan dia lagi.

ingat tak nuril?dulu,kau dan aku masa mula-mula serumah,agak kekok giler.aku keluar hall tengok tv,kau cepat-cepat masuk bilik.atau bila aku masuk bilik,kau cepat-cepat curi-curi keluar tengok tv,ngegege.apasal ntah.hahaha.

bday_la4-1
ini surprise dari kami buat diela sempena birthdaynya yang ke 18 tahun.do you stil remember this,cik diela?

bday_la3-1
tiup lilin...

bday_la5-1
suapan dari nuril kepada diela.kanak-kanaknya lah lagi korang time ni,comel noks.

30062006(014)-1
sila ingat-masa ni korang baru berumur 20 tahun dan 18 tahun.kecik lagi kan.tapi masa tu dah rasa dewasa sangat.kan.


437000897l-1
masih ingat saat-saat seperti ini?bila ia akan berulang lagi ye?

Image075-1
.me,nuril and nanato.haha.belakang tu bilik berhantu,kuikuikui(pintu merah)

selepas itu,azreen,halida,nana dan mas pindah dari rumah kami.memang sedih sebab semuanya tidak akan jadi seperti dulu lagi.semuanya akan berlainan.aku,diela dan ayeen selalu tidur di hall bersama.dan diela akan mengelat,suka tidur tengah-tengah sebab takut hantu.kami suka tidur lambat dan sudah tentulah bangun pun lambat.tapi tetap tak dapat rampas takhta mas.dia ratu bangun paling lambat.wink!

lagisatu yang paling aku dan yang lain tak boleh lupa ialah harus dan wajib 'layan' lagu radja setiap hari pagi petang siang malam.boleh bayangkan?masa tu pasang CD lagu tu kat radio biru nana.selalu dengar time pagi-pagi.eh petang pun dengar juga.dan setiap masa di rumah 403 tu anginnya memang sepoi-sepoi bahasa.perghh.memang layan.dan azreen paling suka pasang kuat-kuat time dia mengemas rumah.hagaga.yang kelakarnya,of coz mula-mula ada yang memang tak berminat langsung dengan Radja ni,tapi akhirnya,semua pun terpengaruh.dah hari-hari dengar,mau tak nya lagu ni jem dan stuck dalam kepala.sampai sekarang,kalau dengar salah satu lagu Radja dari album pertamanya tu,aku mesti teringat dekat semua budak-budak 403-mas,nisha,zarin,pieka,diela,nuril,halida,nana dan ayeen.teringat mereka,teringat suasana rumah tu pada ketika tu,and how i really miss that moment!

bulan ramadhan juga seronok.pergi bazar sama-sama atau berasingan,maknanya dengan bestfriendz masing-masing,tapi masa hendak berbuka,mesti makan sekali.gelak ketawa dan usik-mengusik.itu semua sangat bermakna.kalau kat kolej,kebetulan waktu kuliah lebih kurang je,mesti kami akan lepak makan dekat brothers.bila sudah lepak di situ,mulalah mata meliar mencari mana-mana lelaki hensem untuk santapan mata.masa itu kita semua masih muda,belum dihadapkan dengan masalah orang dewasa kan.lagisatu kalau ada masa free atau sedang tunggu mana-mana housemate habis kelas,kita akan lepak dekat workstation,main friendster.masa itu kolej tak sekat lagi internet kat situ.sekarang,rasanya dah tak boleh surf internet lagi kan.hehe.kesian budak-budak sekarang.

diela,ingat tak masa hari pertama dekat workstation,aku tegur ada seorang mamat ni?siap ajar dia VOISS lagi.teeheee.lepas itu bertukar number phone dan akhirnya jodoh kami tiada.sebab masa itu aku konon setia dekat BF di melaka tak boleh bla tu.haaha.kelakar.masa itu belum reti buat skandal lagi.akau reti,kan best.ok,everybody be good.diela,mana dah hilang tagline ko ni?lama dah tak dengar.dulu siap tulis dekat semua barang ko termasuk baldi mandi.hahahaha.

masa berlalu terlalu cepat,6 tahun berlalu dalam tak sedar.kalau dikenang,dulu masing-masing bercinta dengan orang lain,samalah macam aku,tapi akhirnya settle down dengan orang lain.jodohkan.bila dikenang semua hal lalu,kadang-kadang rasanya semua itu sungguh membuang masa.yang masih kekal dengan partner masing-masing dari dulu sampai sekarang,hanya nisha,diela,pieka dan zarien je.yang lain-lain,ketika ini sedang bersama cinta lain.heeeehe.

paling bermakna,masa wedding aku,semua ex-403 hadir kecuali Nisha yang ketika itu ada hal lain.tapi bila tengok muka mereka semua,aku rasa happy sangat.

oh terindah, lagu yg terindah

sengaja aku cipta untukmu yg terindah
semoga dapat meluluhkan segala keraguan
semoga menghancurkan kerasnya batu prasangka


reff: aku takkan melupakanmu
takkan meninggalkanmu
takkan menduakan cintamu, ku bersumpah
aku tak ingin mengingkar janji
tak ingin menjadi duri
tak ingin menjadi api cinta yg membara

rebahlah kau di pelukku
lepaskan resahmu
bebaskan jiwamu
dari prasangka-prasangka burukmu
dari kerasnya batu curiga


senyuman melati
sambutlah mentari
raihlah cintamu
hari ini


Nana Mardyana.Pieka.Nisha.Mas.Azreen.Halida.Diela.Zarien.Nuril :
6 tahun lepas semua ini pernah berlaku.
ketika itu kita sendiri tidak tahu apa yang akan terjadi pada masa depan.
tapi kita melalui hari-hari yang ada  seadanya.

ketawa.menangis.gurau.marah.terasa.
itu semua normal.
dan kita terus berkawan.
tetap bersama.
seumpama adik beradik.

kita takkan mungkin serumah lagi macam dulu-dulu.
sebab kita sudah ada kehidupan sendiri sekarang.
sudah ada tanggungjawab baru.jalan hidup yang baru.
walau di mana pun kita 10 tahun akan datang.atau 40 tahun akan datang.
ingat lah selalu.semua yang pernah kita lalui bersama ketika di 403 tu,tidak dapat ditukar ganti.
kenangan itu hak kita.persahabatan itu milik kita.

aku sayang dekat korang semua.
sebab tanpa korang,aku mungkin bukan aku yang hari ini.
jatuh bangun aku,korang yang melihat.
susah senang duka sengsara aku,korang sahaja yang tahu.
saat aku sunyi,korang penglipur lara aku.hihi.
dan sampai bila-bila pun,korang tetap dalam hati aku.
sayang korang semua.
dan mengharapkan yang terbaik untuk korang hari ini dan akan datang.

untuk 403 yang kedua(nana sabah,lynn,lia,pieka,nuril,diela,nisha)nantikan entri lain ye.

Tuesday, May 3, 2011

review wedding : pengapit dan dayang sanding.

salam B2B,follower dan silent readers sekalian,

pertama sekali saya hendak ucap-Selamat Hari Buruh untuk semua.tapi cuti selama 3 hari ini,rasa macam tak cukuplah.awk semua rasa macam tu tak?hehe.B2B lagi lah kan,rasa macam cuba berlari melebih masa yang ada.kan?saya pun pernah melaluinya,rasa masa yang ada macam tak cukup aje.terkejar sana-sini,survey sana-sini.tapi once dah settle,lega sangat.

Royal Wedding.itu yang hangat diperkatakan sana-sini.ada yang memuji,yang teruja dan tidak kurang ada juga yang mengkritik.itu normal.mana ada yang sempurna 100% dan semua berpuas hati,kan.
-baju Kate-rata-rata memang memuji her wedding dress tu.saya juga suka.Lace kan.
tapi ada juga yang mengatakan ianya ala-ala Grace Kelly wedding dress.
-mekap.Kate mekapkan dirinya sendiri.oh.memanglah berjiwa rakyat dia ni kan.kalau saya,haruslah semua mahu dimanjakan dan diputerikan untuk hari bersejarah seperti itu.ok,maka sebab itu,tak pernah ada rezeki nak kahwin dengan anak raja :p

ok,bukan pasal Royal Wedding yang ingin saya kongsikan di sini.review wedding saya tak habis lagi.kenapa saya buat review?sebagai kenangan untuk diri saya sendiri.dan untuk kenangan kalau suatu hari nanti,jasad saya telah tiada di dunia ini.dulu,saya suka tulis diari.sejak mula bercinta di tingkatan 6,lagilah dunia menulis diari saya berkembang pesat.tapi lepas itu,semuanya tidak tertulis lagi.saya akan jadi manja kalau punyai diari.sekecil-kecil hal pun saya catatkan.bila setiap 31 disember,kerja saya adalah membaca semula semua catatan diari saya sepanjang tahun itu dengan tujuan,masa saya buat azam baru,saya akan cuba ubah/capai/perbetulkan apa-apa yang masih gagal saya dapatkan :) .dan itu sebagai ingatan,sepanjang tahun itu siapa yang paling banyak buat saya terluka,paling banyak buat saya terasa,menangis,ketawa.itu semua memang penting.sebab itu saya kata,ada diari buat saya jadi manja pada diri sendiri.tapi lepas semua itu berakhir,dunia diari saya juga sudah berakhir.saya tidak punyai masa dan keinginan lagi untuk menulis sebab rasa macam tiada masa.sigh.sebab itu saya ada blog.sebab blog ni,sudah tentu tak mampu jadi diari sebenar.saya hanya tulis perkara-perkara yang mahu saya kongsikan.dan sesetengah perkara,kekal sebagai 'cerita yang tak pernah diceritakan' :).ok,cukup.merepek terlalu panjang.

Pengapit Bersanding saya :
ketika berfikir tentang pengapit bersanding saya,memang mereka ini yang muncul di fikiran.kenapa?
-tidak banyak songeh.
-sanggup tolong kawan ketika kawan susah.
-our bestfriend :)

saya membeli kain untuk pengapit-pengapit ini sekitar disember kalau tak silap.saya yang pilih dan meminta pandangan Diela.kami ke Jakel bersama.selepas itu kain-kain tersebut di agihkan kepada pengapit-pengapit kami.untuk bersanding,saya sendiri mahu 2 pengapit.disebabkan itu,pengantin lelaki juga harus punyai 2 pengapit juga.

ketika berarak ke pelamin,pengapit pertama kami(Hafiz dan Diela) jalan di depan kami.pengapit kedua kami(Ajie dan Zira) jalan di belakang kami.dah nama pengapit,haruslah mengapit kami.hehe.

sebenarnya saya hendak sangat beberapa orang bestfriend yang lain jalan di hadapan kami masa berarak.selalu orang ambil kanak-kanak yang comel,tapi saya mahu tukar kepada kawan-kawan,tapi ada macam-macam alasan sampai cancel last minutes.dan saya tidak mencari penganti untuk planning yang gagal itu.sampai sekarang bila teringat,memang kecewa.sekali seumur hidup saya,pada hari yang paling terpenting dalam hidup saya,tak bolehkah di ketepikan segala alasan demi memenuhi impian saya?saya tidak buat plan B sebab masa itu saya 'down' sangat.stress.tapi macam biasalah,masih sanggup ketepikan semua itu demi persahabatan.boleh lagi teman dia.

saya tulis di blog ini sebagai kenangan :)

ok,lupakan tentang itu.memang tak penting.ini gambarnya.kami dan pengapit.

DSC_0377-1a
Pengapit kami berbaju merah.Hafiz,Ajie dan Diela.

DSC_0387-1
ajie dan zira.


Pengapit Pengantin  1 :

DSC_0985-1a
Hafiz

dan

DSC_0845-1
Diela


Pengapit Pengantin 2 :

DSC_0985-1b
Ajie

dan
DSC_0584-1
Zira

gelagat pengapit dan pengantin:
DSC_0983-1a
mereka berkaraoke menghiburkan pengantin.bagus pengapit-pengapitku.

DSC_0270-1

DSC_0269-1

untuk pengapit kami.
terima kasih atas semua susah payah.
hanya Allah dapat membalas keikhlasan korang.
terima kasih yang tak terhingga buat Hafiz,Diela,Zira dan Ajie.

oh ye,yang lain-lain nanti ye.nanti saya buat 1 entry buat orang-orang yang banyak membantu saya selama ini.

Monday, May 2, 2011

THOR.

Thor.mula-mula memang tak tahu cerita apa tu.
aku bukan pengemar komik.
tapi kalau komik yang dah di adaptasi ke filem atau wataknya dilakonkan manusia-yes,aku suka.
sebab aku tak suka baca komik.
macam komik Pedang Setiawan.
hendak kumpul komik setiap selang seminggu,sampai entah bila akan berakhir,memang tak sanggup.

alasan pergi tengok Thor?
hari itu,ada tunjuk sekali imbas tentang cerita ni,iklan kot.
tengok lelaki ni,aduh,handsomenya.
apalagi,cerita best ke tak,belakang kira.haha.



cerita ni menarik.
overall,4 bintang.
kurang 1 bintang,sebab aku rasa boleh diperbaiki lagi dari segi grafik supaya nampak lebih real.
Jane,memang cantik.
Thor,tak payah cakap,sengih sikit pun dah buat hati aku melt...macam apa ntah.
hahahaha




4 bintang bukan semata-mata dia hensem.
tapi sebab jalan ceritanya.
aku suka.
orang lain tak suka tak apa,janji aku puas cuci mata.
eiyyuuwww.
hahahahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...