nuffnangku

Wednesday, April 27, 2011

kehilangan.

kematian itu adalah episod terakhir sebuah kehidupan.
tapi ianya adalah sebuah permulaan untuk kehidupan yang abadi.

sabtu.
menerima berita tentang akak opis yang agak rapat dgnku yang kehilangan suaminya.
kerana kanser.
dalam usianya yang masih muda,aku masih tertanya-tanya.
bagaimana untuk dia teruskan kehidupan dalam serba kepayahan itu?

ahad.
terbaca status seorang sahabat yang mencari sahabatnya.
seorang guru yang hilang semasa keluar berjogging.
turut menitipkan doa untuk insan tersebut,semoga segera ditemui dalam
keadaan selamat.

isnin.
mendapat berita tentang kematian seorang kawan kepada kawan saya
dalam kemalangan lori dan motosikal.

selasa.
guru yang hilang semasa berjogging disahkan telah meninggal dunia.
meninggalkan seorang isteri yang sarat mengandung 4 bulan.

untuk yang membaca blog saya ini-silalah sedekah al-fatihah untuk mereka2 yang telah kembali ke pangkuan-Nya.
semoga mereka tenang di sisi penciptaNya.

Ya Allah.
perjalanan ini sukar diramal kesudahannya.
ia membuatkan aku sering berfikir.
andai masa yang sedang berputar ini tiba-tiba terhenti untukku.
apakah yang paling aku kesalkan?
apakah yang paling aku hajatkan?
terlalu banyak untuk diungkap tapi pasti tidak akan terungkap.
terlalu banyak yang perlu aku lakukan dan hajatkan.
semoga aku masih diberi peluang untuk terus hidup dan berbakti pada kedua orang tua.
untuk terus menjadi adik beradik yang baik,untuk cuba menjadi isteri yang baik dan sahabat yang sejati.

Sunday, April 24, 2011

dulu.

chemical:times square

dulu.
rindu saat ini.

sister.

air yang dicincang takkan putus.
buka Flickr zaman muda-muda dulu,terjumpa terlalu banyak gambar-gambar kenangan pada tahun 2006-2008.sungguh nostalgia jadinya.dulu,saya sangat suka edit gambar walaupun tiada software hebat.tapi kerana minat,saya buat juga.dulu lagi lah,guna kamera handphone aje,bukan DSLR.sekarang sudah ada DSLR tapi amat jarang pula untuk edit apatahlagi bermain dengan teknik-teknik posing yang best.mungkinkah kerana saya sudah berumur?

cettt.
jiwa saya muda sentiasa.
mungkin komitment yang membuatkan saya melupakan semua angan-angan atau impian zaman kanak-kanak.melupakan harapan pada zaman remaja.

saya paling suka gambar ini.
kerana apa?
kerana ini kenangan kami.
zaman kanak-kanak kami.hikhikhik.
untuk awak berdua-saya sayang awak berdua.
terima kasih kerana sentiasa ada di sisi saya walaupun saya selalu berperangai seperti Tuan Puteri,hik2.

family

ketika gambar ini di ambil.
kami tengah bosan.
jadikan bilik ibu ayah sebagai mangsa-jadi studio.hahaha
patutnya bila sudah ada DSLR ini,makin kerap amik gambar yang pelbagai.
nantilah.
akan saya cari idea dan masa untuk jadi seperti ini kembali.hehehe

Thursday, April 21, 2011

review wedding : pengapit dan dayang nikah.

Pengapit Nikah Kami.
My Maid Of Honor.His Best Man.

Maid Of Honor : Pengapit Pengantin Perempuan
BestMan : Pengapit Pengantin Lelaki

hajat di hati mahu orang yang saya panggil 'sahabat' ada dalam setiap album perkahwinan saya.album yang akan disimpan dan ulang tayang sampai ke cucu-cicit saya nanti.bila cucu saya tengok gambar ini dan tunjuk

'ini siapa,nek?'
'ini kawan baik nenek.'

mungkin jasad telah tiada suatu hari nanti,tapi kenangan dan ingatan akan tetap berkekalan.untuk majlis bersanding,memang awal-awal lagi saya mahukan dua gadis itu untuk menjadi pengapit saya.dan mereka memang telah pun menjadi pengapit saya pada hari tersebut.nanti saya review dalam episod-pengapit dan dayang sanding pula ye.ececeh,siap ada episod.poyo lah kan.cuma untuk nikah,terlalu banyak 'drama' bila ada yang diminta untuk jadi pengapit.untuk hari yang penting bagi saya itupun terlalu banyak alasan hendak dikuarkan,macam-macam.ok,never mind.kawan susah memang payah hendak dicari.kawan time bergembira,berlambak.

kalau teringat sampai sekarang,memang terkilan.
tapi tak mengapa,simpan aje dalam hati.

Pengapit Nikah Pengantin Perempuan :
syukur alhamdulilah.walaupun macam bidan terjun,Diela sudi jadi pengapit TANPA banyak alasan.

DSC_0042-1

Dayang-Dayang:
DSC_0057-1
mereka semua cantik,kan?

196744_113634712050722_100002125814939_123389_4397213_n
my lovely bridemaids.

Pengapit Nikah Pengantin Lelaki :
Arif(berbaju Ungu) juga terima tugas ini dengan rela,hik3
215394_211594568866885_126593147367028_874732_5746100_n

Panglima :
hehe,kenapa panglima?mungkin dayang lawannya panglima,kan?
207814_211594925533516_126593147367028_874748_983222_n
kusyuknya 3 panglima ini

DSC_0322-1
mereka memang smart dan hensem bila berbaju melayu,kan?

Tuesday, April 19, 2011

review wedding : baju sanding saya.siapa designernya?

Salam semua.
hai,jumpa lagi.gigih aje saya buat review,macamlah ada orang hingin nak baca kan.sob2.(yela,saya bukan siapapun,sobs3 lagi)
heh.

sudah lama meninjau-ninjau design seorang designer ni.memang dia muda lagi,baru dan glamour.glamour dengan bermacam-macam.ehemm.siapakah dia?


nik erwan roseli

kenapa saya pilih dia?
-bajet saya sederhana aje.takkan mampu nak pilih Jovian mandagie punya.haha
-dia boleh ikut bajet saya.alhamdulilah.
-berbakat
-suka view blog dia dan suka hasil kerja dia.

saya mula bertemu dia somewhere around november if tak silap lah.mula-mula survey dan mesej dulu.tanya macam-macam.ok la,dia balas aje pertanyaan saya.beberapakali.after that buat appointment untuk bertemu dia.kebetulan ketika itu,dia buat promo,tempah baju dengan dia,layak mendapat baju melayu lelaki percuma.ok,apalagi,malas nak pening kepala fikir hendak hantar tempah mana pula baju si pengantin lelaki yang adakalanya macam groomzilla juga lah.

datang jumpa kali pertama.ok,saya mampu tersenyum puas hati.saya cakap saya mahu macam ni,macam tu,dia pun laju je lukiskan untuk saya.bila tengok,ok suka.cuma saya tak mengharapkan ia seksi dan jarang di bahagian dada,tapi......

ok,never mind.
puas hati aje.
inilah baju kami :

DSC_0076-1
ini gambar candid.
sila abaikan kami yang comot itu.haha.

baju pengantin perempuan :
DSC_0042-1
ratu dan pengapit.hehe.ala,bila lagi mahu mengelarkan diri sendiri 'ratu' kan.itu ajela sekali seumur hidup.wink3.

saya mahu ia simple.
tapi bukan kebaya pendek atau labuh.
sebab shape badan saya sangat tak sesuai berkebaya (+_____+')
mahu ia silver.
mahu ia ada riben merah di pingang.
mahu ia flowwy aje bila berjalan atau di tiup angin.


baju pengantin lelaki :
DSC_0698-1-2

dia mahu sesuatu yang ala pahlawan melayu :p
memang dia mahu baju sanding berjaket itu.
saya mahu ala kot seperti sheikh muzaffar.dia tak mahu.
dia mahu rasa macam pahlawan dulu2..grrr.
mahu ia dalam dua warna berbeza tapi tidak lari dari silver.
dan saat akhir,dia minta designer tambah sulam.
sigh.

memang groomzilla.tapi akhirnya dia berpuas hati dengan bajunya.

ramai yang komplen tentang dia.macamana saya?

no komen.anda boleh baca tentangnya di blog mereka-mereka yang pernah ada pengalaman dengannya.dia seorang yang baik,nice dan tidak bermulut laser atau cakap lepas.tidak suka bergosip dan berbakat.cuma biasalah,orang muda macam dia,masih baru hendak berjinak-jinak,belum pandai punctual dengan masa .tambahan pula sekarang dia tergolong dalam label 5star designer wit Hatta Dolmat,Zery Zambri,Rizman Ruzaini..antara yang menjadi designer untuk Anugerah Bintang popular Berita Harian(ABPBH)

kalau tentang bajet,dia memang antara terbaik yang boleh ikut bajet anda.
sepanjang saya membuat persiapan wedding,semuanya berjalan lancar kecuali yang 'ini'.sangat menguji iman.tapi malas nak layan perasaan sebegitu lama-lama.tapi saya suka baju itu.husband pun suka.

ok girl.kalau ada yang mahu tempah dengannya,atau baru bercadang-cadang,boleh minta pendapat saya.saya sudi aje berkongsi apa yang saya tahu dan pengalaman saya untuk membantu anda.email  pada saya : veelara85@gmail.com

Sunday, April 17, 2011

review wedding : warna tema sanding

warna tema sanding.
ada yang kata warna tema kami sama dengan warna tema mereka.
oklah tu.kebetulan.bukan mahu meniru tapi dalam dunia ni pun bukan ada 1 million warna.
kan?
ulang alik,matching sana sini,akan 'terpilih' warna yang kebetulan.
bagi saya,tiada isu ditiru atau meniru di sini.
saya pun bukan mahukan kelainan.
tidak gigih mahu jadi trendsetter.
saya pilih kombinasi ini sebab saya punyai alasan saya yang tersendiri.


merah ,putih dan silver.
kenapa kombinasi  warna-warna itu?
sebab saya suka warna merah.
bestfriendz saya suka warna merah juga.ececeh.saja je padahal tak ada kena-mengena pun.

putih itu my all fav.time colour.tapi tak mahu pakai putih lagi sebab nikah sudah berwarna putih.
lagipun tak rela menyatu dengan pelamin.
husband saya mahu warna silver.
jadi ada percanggahan di situ.
dia tak mahu memakai baju warna merah.
sebab warna kulit kami tidak cerah,maka akan jadi janggal di situ.
silver pilihan terbaik plus designer juga setuju.
maka,itu lah warna tema sanding kami.
Merah.Putih.Silver.




Merah-warna yang mendominasi majlis

putih-dicampur dgn merah secara minimal untuk elakkan segalanya jadi merah secara keterlaluan :P
silver-warna milik raja dan ratu sehari itu aje.tiada apa-apa atau orang lain yang pakai warna itu semasa hari bersanding kami itu.
maksud saya,pengapit dan bridemaids.warna silver pada hari itu adalah hak mutlak kami,ececeh.



tema sanding-1

hati saya menangis.

salam semua.
harap semua happy dan gembira pada ketika ini.
ada yang bersedih?stress?dan tidak gembira dengan life sendiri?
apakata kita buka minda dan buka pandangan kita meluas ke dunia luar.
dalam kita tidak gembira ini rupa-rupanya di luar sana ada yang sengsara.
dalam kita mengomel kekurangan sipi-sipi yang kita miliki,di luar sana ada juga yang langsung tidak punyai apa-apa.

beberapa teman berkongsi tentang video ini.
saya akui hati saya menangis.
ok tipu!
bukan setakat hati je.air mata ni dah berlinang-linang dah.

mari serlahkan keinsafan pada kita.
semoga kita beroleh kebaikan dari video ini :



saya teringat masa saya kecil-kecil dulu.
biasalah budak-budak kan.
rambang mata dan suka membazir.
kalau saya makan tak habis,
atau makan makanan A,separuh je,
lepas itu hendak pula makanan B,
mak akan cakap-jangan membazir.nak ke jadi macam orang somalia yang takde makanan tu?
gulp.
memang takut,sebab masa itu hangat tentang orang-orang di sana kekurangan bekalan makanan.
sampai mereka tingal rangka aje tapi masih meneruskan kehidupan.
makan rumput atau apa-apa yang tercapai dek pandangan mereka.
mungkin itu cara didikan yang mak saya beri.
sebab itu saya sampai dewasa ini,tidak memilih sangat dengan makanan.
kalau makan nasi goreng ke apa,kalau takde lauk pun,tak mengapa.
sebab saya bersyukur dengan rezeki saya pada hari tersebut.
saya anggap,itu rezeki yang Allah tulis buat saya pada hari tersebut.

kalau melihat video ini,rasanya orang-orang di Malaysia harus bersyukur dengan rezeki yang ada.
Alhamdulilah kita lahir dan tinggal di Malaysia.
betapa bertuahnya kita di bumi ini.
so B2B,kadangkala cuba "turn off " Bridezilla button,hik3 bila ada sesuatu yang tak kena dengan kehendak hati.
atau bukan B2B pun,cuba adakalanya tidak terlalu melebih-lebihkan bersedih dengan kekurangan yang sedikit itu.
semoga kita beroleh kebaikan.amin.

p/s : sedih dan memang hati tersentuh dengan video ini.

Saturday, April 16, 2011

isteri.

hadis Rasulullah yang bermaksud:




“Sampaikanlah kepada sesiapa yang engkau temui daripada kaum wanita, bahawasanya taat kepada suami serta mengakui haknya adalah menyamai pahala orang yang berjihad pada jalan Allah, tetapi sangat sedikit sekali golongan kamu yang dapat melakukan demikian.”



(Riwayat Al-Bazzar dan Ath-Thabrani)

Thursday, April 14, 2011

review wedding : tempat majlis persandingan.

hai.
kembali lagi.
kali ini mahu review tentang tempat persandingan pula.saya pilih dewan yang berdekatan dengan rumah.
alasan :
kawasan rumah teres,sebesar manalah sangat ruang untuk memasang kanopi.
kanopi mahal.
kesian tetamu berpanas nanti.pengantin pun.
kalau hujan,habis berkecah rumah,tetamu pun habis basah.terutama bila angin tiup lagi.
nak kemas rumah selepas majlis bersanding,mesti ambil masa seminggu lebih,kot.plus,saya bukan menetap di situ,kena pergi kerja lagi,mana ada masa.takkan hendak mengharapkan family,kesian mereka.

ok,ada bermacam alasan lagi.
cukuplah yang mampu saya taip aje.hik3.

maka,dewan menjadi pilihan.
family mula-mula tak setuju,tapi akhirnya setuju,.

bagus.

dewan berhampiran rumah aje.
sebab :
mudah hendak angkut barang-barang
mudah hendak  ulang alik kalau tertingal atau tak cukup apa-apa.
tak susah hendak manage.

kriteria yang diperlukan:
parking senang
dewan tidak terlalu kecil,tidak terlalu besar
sekitarnya selamat
bersih,kemas dan tidak kotor.
dinding yang bersih
sewa pun tak mahal

alhamdulilah.dewan itu memenuhi semua kriteria yang dicari.Dewan Japerun Melaka Baru,pilihan kami.

Wednesday, April 13, 2011

jodoh dan istigkharah.

jodoh.
orang kata ia ditangan Tuhan.
langsung tiada cara untuk mengetahuinya lebih awal?
mungkin ada.hanya kita yang cetek ilmunya gagal memahami takdir Allah.
salah satu cara yang saya tahu.Istighkharah.
percayalah.

saya pernah melaluinya.
bukan sekali melakukannya,tapi lebih dari itu.
dan setiapkali itu,jawapan yang saya dapat,tidak pernah berubah.
tapi jawapan itu tidak didatangkan dalam keadaan yang sama setiapkalinya.
ia berlainan tapi kita akan tahu itu memang jawapannya.

saya lakukannya untuk yang terbaik dalam hidup dan masa depan saya.
walaupun dugaan yang diterima bukan sedikit,tapi saya masih 'cool'.
sebab Allah kurniakan jiwa yang kuat pada saya.
sebab Allah takdirkan saya hati yang cekal.
dan masih bertahan walaupun diasak dengan bermacam perangai orang.
sebab saya yakin,Allah tahu apa yang terbaik untuk saya.
Jodoh pertemuan itu memang ditangan Allah.
siapa kita untuk menafikannya.

kita sering dihadap dengan pelbagai pilihan tapi ia tetap tak setanding pilihan yang Allah tentukan.
mesti ada B2B yang sukar tidur,hati gundah gulana memikirkan apakah kita buat keputusan yang tepat atau tidak.
macam saya.alhamdulilah.
langsung tidak was-was.tidak nerves.hati tenang.sampailah semuanya selamat.
berkat istighkharah rasanya.
kan jawapannya adalah yang terbaik.jadi untuk apa mahu risau,kan.
tapi perlu diingatkan,hanya orang yang hatinya kuat dan teguh sahaja mampu lakukannya.
sebab kita pun tahukan,jawapannya nanti bukan untuk bertukar-tukar mengikut kehendak kita.

tapi perlu diingatkan,yang terbaik untuk kita,tak semestinya terbaik untuk orang lain.
yang terbaik utk orang lain juga belum tentu akan jadi terbaik untuk kita.
manusia ini berbeza.jadi kalau kita dapat 'kelebihan' ini,jangan sampai perkecilkan 'kekurangan' yang orang lain dapat.
setiap orang ada bahagian masing-masing.belajar bersyukur dan jangan merendah2kan orang.
hanya Allah yang tahu apa yang terbaik untuk hamba yang Dia sendiri ciptakan-Wallalhualam.

Dari Jabir ra., ia berkata: "Nabi pernah mengajarkan kepada kami Istigkharah dalam berbagai urusan, seperti mengajarkan sebuah surah dalam Al Quran. Kalau seseorang dari kamu menghendaki sesuatu, maka hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian berdoa:


“Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya”


ini pesanan buat kita :

sabda Nabi saw. "Saling pesan-memesanlah untuk berbuat baik kepada perempuan, karena mereka diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok. (Diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim dan Tirmidzi dari Abu Hurairah).



Abu Hurairah r.a. berkata: Rasululllah saw. bersabda:" sesungguhnya perempuan seperti tulang rusuk, jika kamu cuba meluruskannya ia akan patah. tetapi jika kamu membiarkannya maka kamu akan menikmatinya dengan tetap dalam keadaan bengkok".
-----------------------------------------------------------------------------------------------
perempuan.
dicipta dari tulang rusuk yang bengkok.
saya ,perempuan yang dicipta dari tulang rusuk dia yang bengkok itu.
hanya dia yang boleh mengendalikan tulang rusuk nya 'sendiri'.

Sunday, April 10, 2011

review wedding: kad kahwin.utusan dari raja dan ratu.

kad kahwin.
ingat tak dalam entri saya yang terdahulu,entri yang ini -->kad kahwin pilihan saya,di situ saya telah shortlistkan beberapa kad yang menjadi pilihan saya.saya mahu sesuatu yang simple dan suci.dengan words yang simple dan tidak berlingkar-lingkar.untuk buat sendiri,memang tidaklah,sebab kekangan masa dan kekurangan sumber membuatkan saya malas nak DIY.

kad saya.mahu tengok?

ini.


DSC_0320-1

simple.
putih dan pink yang minimal.
wording yang simple.
hanya terdapat nama pengantin,tarikh dan hari majlis.
itu saja.
tidak mahu lain-lain.
cukup yang itu.

saya tempah di LH Creative.
mudah berurusan dengan mereka.
paling penting,macam biasa,saya buat last minit.
sepatutnya 3 bulan sebelum majlis,patut tempah.
tapi saya 2 bulan sebelum,baru pegi.hihi.
alhamdulilah,kad siap dalam masa yang singkat.
servis memuaskan hati.
siap dapat free beberapa puluh keping kad lagi.

mereka ada 2 buah kedai.berdekatan.
dalam kedai mereka,banyak sangat kad.
jadi rambang mata.
tapi saya dan tunang,mula-mula pegang kad ini.
terus jatuh hati.
lepas itu ambil kad lain dan bandingkan.
tetap yang ini.sampailah berpuluh kad kami buat macam itu.
ok,confirm.
inilah kad kahwin kami.
muktamad.

mahu buat survey?
pergi terus ke kedai mereka.baru puas hati.
ini website mereka: lh-creative

LH Creative Concept Sdn Bhd

1)No 21 (Ground Floor), Lorong Brunei Selatan,
Off Jalan Pudu,55100 Kuala Lumpur.
Contact : Lee Yoon Kin
Tel : 603-2145 8263 / 603-2145 1263 / 603-2145 6263
Fax : 603-2148 1263 / 603-2145 1263

2)No.1, Lorong Brunei 3, Off Jalan Pudu,
55100 Kuala Lumpur.
Tel : 603-2141 8263 / 03-2142 8263
Fax : 603-2142 3263

email : sales@lh-creative.com.my

review wedding : baju nikah

Latest Update 04/ 03/2013 : jika berminat untuk sewa, boleh pm saya di FB page : Dreamsisters, harga, insyaAllah affordable 


salam semua.
apa khabar ye?sihat tak?untuk bride to be,preparation wedding anda camne?ok?kalau tak ok,atau ditimpa macam-macam drama dan masalah,senyum sajalah.anggap lah itu sebahagian dari dugaan.jangan stress-stress ya.untuk elya,selamat pengantin baru ye.semoga bahagia hingga ke hujung nyawa.amin dan InsyaAllah.

maaf setelah hampir seminggu tiada entri,hik3,poyo kan,macamlah ada orang nak baca sangatkan.sebabnya saya sudah kembali bekerja,maka jangan haraplah ada masa free yang begitu banyak.yang peliknya,even sudah menjadi Ex-B2B,tapi masih gigih blogwalking ke blog-blog B2B sekalian,terutama blog-blog yang saya dah letak linknya di sebelah kanan ni.masih suka membaca idea-idea kreatif dan preps B2B sekalian.oh ye,kalau ada sesiapa yang mahu exchange link,kindly inform ye.

kali ini review saya tentang baju nikah saya dan suami(ececeh,macam best tapi pelik pula bila menyebut suami).disebabkan belum dapat adaptasi diri sepenuhnya ke alam realiti,status FB saya adakalanya sengaja diletakkan sebagai husband(bila mengambarkan tentang suami),semata-mata untuk membuatkan saya sedar diri dan insaf yang saya bukan anak dara atau cik single lagi.dan perlu untuk saya sentiasa tahu sempadan diri.sigh,suami dah pesan macam-macam dah.

ok,membebel sangat.
mari layan gambar.tapi semua ini dari kamera saya aje taw.dari OP belum dapat lagi.semua entri dalam blog tentang wedding saya ini adalah dari kamera sendiri dan kawan-kawan,sehinggalah sebaliknya jika saya nyatakan ia adalah dari OP yepp.


DSC_0249-1
keseluruhan baju nikah saya.

DSC_0247-1
zoom in paras bawah baju dan kain.

DSC_0233-1
dari tepi pula.

DSC_0242-1
tangan baju tersebut

DSC_0232-1
pandangan dari bawah.

DSC_0236-1
manik-manik di depan leher baju

ini pula baju lelaki
DSC_0036-1
hehe.

mahu tahu siapa tailor nya?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
DSC_0246-1

DZIHNI.

ramai juga B2B yang bagi review kurang menyenangkan tentang butik ini,tapi kenapa saya tetap hantar juga?antara mereka ada yang kata,baju disiapkan beberapa hari sebelum wedding,design lain yang dikehendaki,lain pula yang dibuatnya.kalau dengar memang berpeluh juga dibuatnya.mula-mula memang mahu tempah di sini,tapi selepas blogwalking ke sana-sini membaca review tentang butik ini,saya lengahkan masa beberapa ketika untuk berfikir.entah kenapa hati saya berat mahu butik ini juga.mungkin sebab saya malas mahu survey tempat lain lagi.lagipun,apakata membuat cabaran untuk diri sendiri.kalau dengar pengalaman orang sahaja,adakalanya tak sama dengan pengalaman sendiri yang bakal kita lalui,kan?mari merisikokan diri.hik3,saya memang mahu mati sebab sangup mengambil risiko menempah baju dengan tailor yang pernah ada bad review dari orang terdahulu,juga menempah baju dari designer yang rata-rata juga memberikan review yang kurang menyenangkan.pasal designer,nanti-nantilah ye.tunggu giliran.heks2.

apa terjadi?bagaimana pula pengalaman saya?
disebabkan 'proses melengahkan a.k.a kononnya berfikir' itu mengambil masa sedikit,saya akhirnya membuat keputusan untuk menghantar juga ke Dzihni Butik.saya hantar kain pada bulan disember,itupun pertengahan.boleh bayangkan?wedding saya bulan mac.tapi disember baru terhegeh-hegeh hendak hantar tempah.kalau baju itu gagal disiapkan,saya akan salahkn diri sendiri sampai bila-bila.sigh.

pada resit,Kak Ina tulis tarikh pengambilan semula baju itu adalah genap sebulan dari tarikh saya hantar kain tu.ok,not bad(kata hati saya lah),nanti kita tengoklah macamana.saya bukan seorang yang bridezilla,maka tidak lah pernah hari-hari atau selama tempoh sebulan itu dok call dia tanya perihal baju nikah saya.saya pasrah.apa-apa jadi pun,redhalah sebab itu pilihan sendiri.

akhirnya,genap sebulan.

alhamdulilah.baju memang siap dalam tempoh dijanjikan.langsung tidak bermasalah berurusan dengan Dzihnni terutama Kak Ina.cuma saya dan husband perlukan beberapa alteration,macam saya,baju harus dikecilkan dari ukuran sebenar yang diambil sebulan lepas.alhamdulilah,konon dah kurus lah tu.hehehe.

jahitan kemas dan selesa.Kak Ina dan staffnya banyak membantu dan mudah mesra.alhamdulilah sebab saya tidak berhadapan dengan sebarang masalah dengan Butik Dzihni.yang saya perhatikan,baju-baju di butik itu semuanya up-to date dan cantik-cantik.mereka sediakan baju untuk disewa dan juga mengambil tempahan baju nikah atau sanding.juga terima tempahan untuk jahit veil dan manik.dan lagisatu,harganya untuk L dan P,affordable,InsyaAllah.

macam orang selalu kata lah,belum cuba belum tahu,sekarang dah cuba,maka dah tahulah.

dzihni boutique
No. 36B, Jalan 3/70, Seksyen 3, Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia

contact number : 010 2261978

Saturday, April 9, 2011

perasaan yang hilang.tapi saya sayang dia.

nama dia kecik.
dia unik dan pelik.
suka jelir lidah tak tentu pasal.
terutama bila dia nak bermanja.
dia sangat patuh dan suka buat muka macam tak ada perasaan.
bila kita berehat,dia akan datang dekat kita dan mengendeng untuk bermanja
lepas tu dia akan urut kita.

tapi sekarang,dia telah tiada.
sayu dan sedih sangat.
sampai bila-bila pun dia takkan ada lagi,sebab dia telah 'pergi'
pergi jauh sangat.
saya tulis kat sini,sebagai satu kenangan.
saya sayang dia.tapi dia buat hati saya terasa kehilangan.

Monday, April 4, 2011

review wedding : MUA nikah dan sanding saya.Salima Make-up Artist.

DSC_0039-1
ketika nikah

188762_113635095384017_100002125814939_123396_1521764_n-1
ketika sanding

kalau anda perasan,review wedding saya mengikut turutan yang tak berapa teratur juga lah.hehe.mula-mula saya akan review tentang majlis nikah dan kemudian barulah sanding,in case anda tak berapa faham di mana hala tuju review saya ini sebenarnya.

berdasarkan entri ini : mak andam-atau-mua,akhirnya saya memilih MUA.kenapa?sebab saya suka wajah saya diberi perhatian yang lebih,MUA memang pakar dalam mencantikkan wajah.itu pendapat saya.kalau tak setuju,tak pe :) .untuk review kali ini saya gabungkan untuk majlis nikah dan sanding memandangkan saya mengambil orang yang sama untuk kedua-dua majlis..

siapakah dia?

salima-makeupartist

bagaimana saya menemui kak salima?of coz la melalui internet.hik3.tapi ceritanya begini,masa mula-mula membuat persiapan wedding,perkara pertama yang saya ambil berat adalah MUA.hasil survey mekap-mekap yang cantik adalah dari area KL.aiyok,kalau MUA dari KL yang bagus-bagus of coz lah mahal belaka,belum tambah lagi kos tranportation.pening kepala saya.hajat di hati saya,mahu :

1)MUA dari area Melaka atau Negeri Sembilan
2)perempuan,kalau boleh
3)harga yang saya mampu

akhirnya saya umpama jatuh cinta pandang pertama dengan hasil mekap kak salima.Dia menepati ciri-ciri yang dicari.

mula-mula dulu,mengidam hendak ambil kak Salima untuk majlis pertunangan pada bulan november 2010,tapi ketika itu dia sudah fully booking.masa itu somewhere in may 2010.sehari selepas dirisik,kalau tak silap.kecewa sungguh bila tengok jadual Kak Salima yang full.tapi akhirnya memang sudah rezeki saya,pada majlis risik tersebut,kedua family telah menetapkan pertunangan akan dijalankan pada hari yang sama semasa akad nikah.saya berkobar lihat semula jadual kak salima-Alhamdulilah.terus booking dia untuk kedua-dua majlis.

Alhamdulilah,saya sangat berpuas hati dengan mekap Kak Salima.mekapnya kemas dan tidak mencair.mekap untuk nikah,lebih kepada natural manakala untuk sanding,memang kekal macam baru lepas dimekapkan.bayangkan saya buat outdoor dalam keadaan berpanas selepas majlis,berpeluh tapi mekap saya tetap macam tu juga.sedikit pun tidak terusik dek peluh atau mencair kena panas.

Kak Salima punctual dan menyenangkan.senang bekerjasama dengan dia.untuk sanding,memang saya minta untuk diberi penekanan di sekitar mata.wink.selain itu,dia juga tolong pakaikan tudung dan baju untuk saya semasa nikah dan tolong saya dan husband bersiap semasa hari bersanding.pendek kata,untuk B2B melaka,tak perlu risau untuk mendapatkan MUA terbaik,sebab Kak Salima adalah antara yang terbaik.Good Luck untuk Kak salima.

tips : kalau hendak tahu MUA itu mampu mekapkan kita jadi cantik ke tidak,tengok pada penampilannya sendiri.kalau dia sendiri selekeh dan mekap muka sendiri pun nampak seram,faham-faham sendirilah.macam Kak Salima,dia slim dan masih muda lagi. :)

Sunday, April 3, 2011

review wedding : veil nikah.dan tutorial DIY Veil.

Latest Update 4 Mac 2013 , hi tak lama lagi saya akan buka tempahan untuk veil. Semestinya handmade :) Sila like FB page saya : Dreamsisters untuk hubungi saya atau untuk tempah. Nanti saya akan update beberapa veil ready made dengan harga yang sangat affordable untuk u all semua k.

----------------------------------------------------------------------------------------

DSC_0259-1

ini veil saya.ini bahagian depan.

DSC_0260-1
ini bahagian atas kepala.

DSC_0254-1
zoom in secara dekat

DSC_0261-1
ini zoom in bahagian atas kepala.

DSC_0263-1
depan.

macam yang saya ceritakan sebelum ini,veil yang siap tiada yang dapat memikat hati,maka saya buat keputusan untuk DIY.buat research sana-sini,baca sana-sini,ingatkan susah sangat,tapi sebenarnya ia masih ditahap sederhana senang-susah.erk,macamana tu?maknanya tidaklah terlalu payah hendak membuatnya tapi tidaklah terlalu mudah macam makan kacang.tapi saya kira amatur,janganlah mengharapkan beading nya sama hebat macam Sharifah Kirana,Datin Linda Rahim atau Qudyn.saya orang biasa yang terpaksa merajinkan diri demi kepuasan kehendak sendiri.

saya pergi Jakel,Masjid Jamek.Sebab kebetulan ketika itu saya membeli baju untuk pengapit-pengapit saya.alang-alang sudah ada di sana,saya tanya saja-saja pada S.A yang penyabar melayan kehendak saya tu.saya minta kat dia kain net.dia bagi pilihan,terdapat dua jenis.satu yang keras macam tapis air tu :) manakala satu lagi yang normal.bila tanya harga,ok boleh tahan.tapi dia bagi pilihan pada saya jika saya mahu lebihan kain net yang sudah siap dipotong kepada 2 1/2 meter dengan harga RM20.bagi saya,itu sudah terlalu ok.panjangnya pun seperti yang saya mahu.maka,sambar aje.kemudian tanya border lace pula.terdapat dalam pelbagai harga.yang penting,jangan malu beritahu bajet anda,nanti akak S.A itu tolong carikan.macam saya,bajet untuk border lace saya adalah dibawah RM100.

07122010601-1
pengapit saya dipaksa menjadi model untuk seketika.hik3.ini kain net tersebut.

07122010602-1
border lace diletakkan bersama.untuk melihat ok ke tak ok.

07122010603-1
dari arah tepi.

done!

bagaimana mahu membuatnya?mari,saya tunjukkan :

1)
DSC_0002-1

bentangkan kain net.kemudian guntingkan kepada bentuk D.mula-mula mak bentukkan ia guna suratkhabar,tapi lecehlah.maka,mak gunakan pembaris sahaja.dan kami bersama-sama bentukkan sampai jadi bentuk D.tak susah pun,dan tak payah sedih,kalau tak jadi sangat rupa D tu.

2)bentukkan menjadi D seperti gambar di bawah ini.sorry ye,gambar semasa kain net saya sudah menjadi D lupa nak snap.tapi bentuk D veil saya ni serupa seperti ini.saling tak tumpah.

3.border lace dipotong

dari seperti ini:

DSC_0003

menjadi seperti ini :

DSC_0004

4.lace yang telah dipotong,di aturkan pada kain net mengikut kesukaan hati masing2.pinkan dengan jarum peniti supaya ia tidak beralih.kemudian,jahit jelujur di sekeliling lace tersebut.jahit jelujur tu jahit biasa je,macam jahit main-main asalkan lekat je.kegunaannya untuk pastikan lace tidak beralih,dan jahitan ini akan dibuka selepas kita dah jahit guna mesin pula.

DSC_0006-1

5.cuba pakai unutk melihat susun aturnya seperti yang dikehendaki atau tidak.

DSC_05402-1
lace ini disusun begini di atas kepala untuk menjadi fokusnya.

DSC_05392-1
ini pula dari depan(sila abaikan muka saya yang macam apa itu,hik3)

done!

sekarang,untuk maniknya pula.

DSC_0299-1
saya suka manik glass pearl dari apple beads ni sebab ia berkilat dan tidak ringan.bila jahit,ia jadi berat dan akan membuatkan veil kita jatuh lembut di badan.manik ni ada dijual di kedai bersebelahan jakel masjid jamek.

DSC_0297-1
manik halus2.

DSC_0295-1
manik ni kalau beli katkedai sebelah jakel masjid jamek tu.buy 1 free 1 taw.harga RM 2.30.berbaloi. tuh.

DSC_0300-1
ini pula manik blink-blink main bakar dan lekat.senang kerjanya.

mari lihat veil saya dari dekat:
199204_113634458717414_100002125814939_123385_4394159_n
pandangan tepi

209005_214291511917707_100000105806467_983690_8246605_n
close-up belakang kepala dari dekat

DSC_0267-1
pandangannya dari belakang-see,labuhkan.ngeegegege.oh candidnya pic ni.hik3

sekian,review tentang veil DIY nikah saya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...