nuffnangku

Thursday, March 31, 2011

review wedding : warna tema nikah saya.

warna kesukaan saya adalah : PUTIH.

kalau ikutkan hati,saya mahu putihkan semua benda dan every single details pada wedding, saya nak jadikan ia putih.tapikan,mana mungkin.mengamuk mak saya dan adik-adik nanti.setelah penat membayangkan warna apa yang sesuai,saya ambil jalan selamat.saya tetap mahu baju saya nanti berwarna putih.sekeliling berubah warna sekalipun,saya tetap akan pakai putih.itu muktamad.tanya pada morreno,dia pun kata mahu putih.atau setidak-tidaknya warna krim.so,confirm!tak perlu pening kepala lagi.

lagisatu,saya ni cepat rambang mata.kejap hendak warna itu,kejap tukar kaler lagi.begitulah sampai saat akhir pun sempat lagi imagine warna ivory matching ngn warna lain.atau shocking pink matching dengan warna entah apa-apa.cepat mengaku,anda pun macam tu kan?kejap hendak warna ini,kejap warna itu.kan?hik3.tapi saya pun malas pening kepala hendak tukar-tukar lagi.teruskan apa yang ada,kalau tidak kita sendiri juga yang pening.

inilah warna tema nikah saya.putih.ungu dan pink.
saya pilih pink,sebab kawan-kawan saya yang perempuan mestilah suka pink.tapi yang lelaki mesti bising kalau kena pakai pink,so ungu jadi penyelamat.tapi disebakan baju pengantin pun berwarna putih krim,so kami juga menerima warna peach dan kuning di sisi kami.hik3.

nikah1
di sisi saya.tengok,ungu dan pink serta putih.cantik tak? :)

nikah2
kan.sekeliling kami hampir keseluruhannya mengikut warna tema.

tips : jangan pilih warna yang sukar dimatchingkan.sebab kita tak boleh assume semua orang ada semua warna baju dalam wardrobe mereka.dan jangan pula memaksa mereka membeli baju yang baru unless mereka memang sanggup sebab tak semua mempunyai idea sama macam kita.sesetengahnya mungkin fikir-apa yang lorat naw nak berwarna tema2 ni,membazir duit aku je beli baju baru ikut warna tema dia' ini mungkin.saya kata mungkin ,ok.so pilih jalan mudah dan tidak membazir.pandai-pandailah matchingkan warna.apa-apa warna pun kalau pandai serasikannya pasti dapat memberikan hasil yang da boommb..ini pendapat saya je,bukan nak memandai sebab saya bukan perunding imej pung.lalalalaalala....

review wedding.tempat majlis pernikahan.

di mana mahu bermula ye?
susah juga rupa-rupanya hendak review pasal wedding sendiri.selalunya best je baca review wedding orang lain.tapi bila kena pada diri sendiri,banyak kali jugalah saya taip dan delete.taip delete.macam buntu hendak cerita pasal apa dulu.ok lah,saya mulakan dengan tempat majlis pernikahan dilangsungkan.

mengikut kehendak hati,saya mahu ia dilangsungkan :
1)di rumah pusaka atok saya.rumah kampung yang masih kekal ciri-ciri kampungnya.di Taming Sari.
alasan : kerana saya membesar di situ.terlalu banyak kenangan yang tak dapat dan tak mungkin saya lupakan
masalah : rumah itu tidak luas.sempit dan kurang selesa.hendak renovate pun nanti menjadi satu hal pula.kos lagi.
kehendak hati yang pertama dilupakan.

2)masjid Ar-Rahman,Pengkalan Rama.
alasan: sejak kecil,saya mengaji di masjid ini.dari masjid ini kecil dan buruk suatu masa dulu,sekarang telah direnovate menjadi sangat indah dan luas.nikah di masjid adalah sangat simple dan rumah tak berkecah.
masalah : saya sudah mempunyai sebuah rumah lagi dan jarak antara rumah pusaka dan rumah satu lagi adalah dalam 20 minit perjalanan.ia menyukarkan segala urusan kalau satu majlis di utara dan satu lagi di selatan.dan saya takut kalau tiba-tiba bendera merah ke apa ke kan,nanti tak pasal-pasal je.atau ada tetamu yang bendera merah juga.

3)rumah saya sendiri.
alasan : sentimental value.sebab rumah ini dibeli oleh saya sendiri sejak 11 Januari 2009.bayar muka dibayar oleh parent sempena birthday saya dan urusan seterusnya adalah hasil titik peluh saya sendiri.kebetulan saya dapat beli rumah ini yang terletak bersebelah dengan rumah parent saya.alhamdulilah.parent berpendapat adalah lebih baik rumah saya dan rumah mereka digabungkan menjadi sebuah rumah.rumah direnovate.tempat untuk majlis pernikahan checked!!


rumah parent sebelum ini diberi sewa pada bermacam orang.jadi rumah itu tidak dijaga dengan baik..tapi sebab wedding saya,parent sudi renovate rumah untuk keselesaan tetamu yang hadir nanti.hasil combine rumah saya dan parent,rumah kami ada 5 bilik tidur dan 3 bilik air,2 ruang tamu dan 1 dapur.
DSC_0563 (2)
keadaan rumah parent yang direnovate.

selain itu juga,saya minta parent catkan keseluruhan rumah ini kepada warna putih sahaja untuk impak suci murni lah kononnya :) dalam kamera sendiri tiada pula gambar keseluruhan rumah ini.jadi tak dapat upload.mana tahu OP ada pic ni,nanti saya upload ye.saya memilih tempat yang memberi nostalgia atau mempunyai nilainya yang tersendiri dalam hidup saya sebab itu adalah saya.saya menjadi saya adalah kerana tempat-tempat ini wujud.dan terlalu banyak kenangan suka duka yang pernah berlaku di sini,maka saya mahu masjid yang bakal saya bina ini juga bermula dari rumah saya-rumahku syurgaku,kan?hehe.

Tuesday, March 29, 2011

saya sudah bergelar isteri . alhamdulilah .

195938_113634555384071_100002125814939_123387_1668239_n-1

salam.
25 mac 2011 . saya sudah selamat menjadi seorang isteri kepada seorang suami.rasa macam tak percaya dan sampai sekarang masih belum percaya (+___+').doakan kebahagiaan rumahtangga ini sampai akhir hayat ye.Amin.



perlukah saya buat review pasal wedding saya?
tapi perlu di ingatkan,wedding saya sangat simple.but i love it...
paling suka VEIL D.I.Y saya.sapa mahu saya buat review?sila beritahu saya ye..

Monday, March 28, 2011

majlis perkahwinan impian saya

( ini post berjadual)


majlis perkahwinan impian saya.
hmm.tajuk yang disukai oleh anak-anak gadis yang bakal berkahwin kot?saya,langsung tak pernah berangan atau terfikir tentang impian perkahwinan ni.pergi majlis kahwin pun saya kurang suka( sangat buruk perangai ini,sila jangan tiru).saya sejak kecil,sejak remaja,sebenarnya langsung tak pernah terfikir nak wedding yang macam ini,yang macam itu.mahu yang ala-ala garden wedding,ala-ala hawaian ke.saya pun memang tak minat nak tengok wedding dress artis malaysia atau artis barat.kalau tengok diorang kahwin ,reaksi saya adalah : owh..diorg kahwin,ok!and fullstop.setakat itu sahaja.

semuanya berlaku sekelip mata.dan tiba-tiba saya 'terpaksa' mempunyai majlis impian saya sendiri.ok,lepas itu baru saya mula belek-belek majalah yang berkaitan.mula blogwalking ke blog-blog berkaitan.tapi untuk beritahu perkara sebenarnya,saya memang tak reti buat wedding blog dan memang tak reti nak berkongsi apa-apa idea sebab saya memang hanya mahu wedding yang simple.Ya!S.I.M.P.L.E


saya mahu wedding yang simple.perjalanan majlis yang simple.mekap yang simple.baju yang simple.semuanya-mestilah simple.

Monday, March 21, 2011

majlis kahwin olin

KAHWIN FAIZATUL HIDAYU DAN KHAZLIN(OLIN) HANYA SELANG SEMINGGU..SANGAT EXCITED SEBAB SETIAP MINGGU DAPAT MAKAN FREE,HAHAHA.

Wednesday, March 16, 2011

majlis akad nikah Faizatul Hidayu.baju akad nikah grey silver memang cantik.

akad nikah berlangsung dengan tenang selepas solat jumaat pada 11 Mac 2011 yang lepas.dengan dua kali lafaz,Atul sah menjadi isteri Safri pada pukul 3.46 petang.teringat masa sebelum majlis berlangsung,Atul cuak sangat sebab takut kena soal ditambah pula dengan nerves.saya dan fariza berada di samping dia sepanjang masa majlis berlangsung.majlis yang simple dan ringkas tapi meriah.warna grey silver memang mampu membuatkan pengantin perempuan kelihatan cantik dan jelita.manakal pengantin lelaki pula nampak smart dan hensem :)


mari layan gambar-gambar pengantin sebelum akad nikah dijalankan.nerves giler dia ok.i pun ikut nerves sama.
DSC_0102-1
pic kesukaan saya.jelita sangat ok.

DSC_0086-1
mekap yang kemas

DSC_0100-1

DSC_0105-1

DSC_0106-1

DSC_0110-1
lihat tangan pengantin,nampak sangat sedang berdebar-kan?


DSC_0140-1
faizatul dalam debaran.

DSC_0155-1

DSC_0166-1

part yang menyeramkan,hahaha.tidaklah.seram sikit je.ingatkan kena soal apa-apa macam wedding Fariza hari itu.tapi nasib baik pengantin perempuan tak kena soal.harap-harap masa saya nanti,tak kena soal juga sebab saya kalau nerves,satu benda pun memang tak boleh ingat.

ketika akad nikah sedang dijalankan...
DSC_0177-1
tangan saya dalam gengaman si pengantin,hehehe..

selesai.selamat menjadi seorang isteri kepada suami yang dicintainya.
DSC_0186-1
penyerahan mas kahwin.

DSC_0189-1
ciuman tanda taat setia dan penghormatan buat si suami

DSC_0197-1
sarung cincin

DSC_0201-1
ciuman kasih dari seorang suami untuk isteri tercinta

DSC_0242-1
pengapit a.k.a pari-pari.hahaha.seorang B2B,seorang lagi wifey orang.hahahaha.

DSC_0255-1
selepas selesai,duduk bersanding di pelamin.

untuk faizatul,
semoga bahagia hingga ke anak cucu.
semoga sabar dan tabah mengharungi dugaan berumahtangga.
jangan berumahtangga di tepian pantai,nanti tsunami datang menghanyutkan semua.
berumahlah di tempat yang tenang agar kerukunan rumahtangga dapat dipelihara.
jadilah isteri yang taat pada suami tapi jangan lupakan aku.
agak terharu bila nampak gambar masa kita Form 6 masih kau pamer dalam frame.

Tuesday, March 15, 2011

9 hari lagi : senarai checklist saya

ini senarai checklist saya.pinjam dari cik mawai ye.kaler merah itu maknanya yang belum settle lagi.sigh.9 hari to go.wuwuwuw.

Date
- Nikah : Done
- Reception 1: Done
- Reception 2 : Done

Kursus Kahwin &Legal Documents
- Kursus Kahwin : done
- Legal Docs : done
- HIV Test-done
- Borang Nikah and Tok Kadi's Thingy) : done


Theme
- Nikah : done.
- Reception 1 : done
- Reception 2 : done

Venue
- Nikah : Done
- Reception 1: Done
- Reception 2 : Done


Make Up Artist (MUA)
- Nikah : Done. Deposit paid
- Reception 1 : Done. Deposit paid
- Reception 2 : Done


Pelamin &Decoration
- Nikah : done.
- Reception 1: Done. depo paid
- Reception 2 : Done,diy


Catering &Canopy
- Nikah : done
- Reception 1: done
- Reception 2 : done, masak sendiri


Official Photographer (OP)
-Nikah : Done. Deposit paid
-Reception 1 : Done. depo paid


Official Videographer (OV)
- Nikah : Done. depo paid
- Reception 1: Done. depo paid
- Reception 2 : tak perlu


Wedding Dress and Accessories
- Nikah : done
- Reception 1: Done
Reception 2 : pending

Wedding Shoes

- Nikah : Pending
- Reception 1 : Pending
- Reception 2 : Pending


Wedding Favors
- Nikah : done.
- Reception 1 :done.
- Reception 2 : Family-In Law handle

Bunga Pahar
-nikah : done
-mlm berinai : done
-Reception 1 : done

Hantaran &Decorations
- For her : 13 dulangs.done
- For him : 15 dulangs.done
- Hantaran Decorations : Pending.DIY



Handbouquet
- Nikah : Pending
- Reception 1 : Pending

Families, Bridesmaids/Flower Girls &Maid of Honour Outfit
- Nikah : done
- Reception 1: done

Invitation Cards-done
Entertainment: done
Wedding Stationery- Guest Book (Design/Ideas) : separuh siap.haha
Road Signage (Design) : Pending
Table Centrepiece : Pending.
Thank You Tag : Pending
Banner/Bunting : pending
DIY :70 percent siap
SPA Treatment-Pending
Wedding Cake : Pending



persiapan kahwin

untuk membuat persiapan kahwin,bukan mudah.
macam saya ni.kadang-kadang sangat pening.
kebiasaannya B2B ni jadi planner wedding mereka sendiri kan?
macam saya,pun iye juga.
tapi biasalah,adakalanya,orang susah nak faham keinginan kita,idea kita.
tambah pula,kalau ada campur tangan orang luar.

macam saya,ujian dan dugaan memang banyak sepanjang membuat persiapan ini.tapi bukanlah ujian dan dugaan yang besar-besar.tapi tetap membuatkan saya kena berfikir.

biasalah kan,kalau kita hendak pilihan A,mak kita hendak B,adik pula kata C lagi ok.
kadang-kadang mereka yang tentukan semua.kadang-kadang ok,tapi kadang-kadang memang rasa hendak nangis.
lupakah mereka,ini wedding siapa.kenapa kebebasan memilih dan mengaturkan semuanya tidak diberikan saja pada kita,kan.

saya akui itu semua tidak mudah untuk dilalui.
kadnag-kadang ia membuatkan kita menjeruk rasa.
atau kalau kita berkeras,pihak lain pula menjeruk rasa.

lagisatu,kalau membuat majlis untuk tujuan yang baik,mesti ada saja manusia yang sentap dan tak pasal-pasal mengadu itu ini pada family.siap ada perbalahan lagi.orang dewasa mahu berbalah ngn i yang baru 26 tahun,logik tak?hahahaha.kalau macam itu 'selamat datang ke dunia orang muda macam aku'

hello....be a gentleman la kan.ok,setakat benda kecil macam itu,memang diri ini tak layan lah.diri ni cakap lain,diri itu pikir lain,sapa suruh kan.diri itu sepatutnya jadi antara tulang belakang diri ini,membuatkan diri ini kuat,tapi diri itu hanya salah satu otot-otot rosak yang menyukarkan pergerakan ku.

ok,ujian dan dugaan yang macam itu,memang ada.yang penting,ia bergantung pada cara kita kendalikan nya. entri ini tiada kena-mengena dengan yang hidup ataupun yang telah mati.so jangan salah faham dan menghentam diri ini sesuka hati.sila baca betul-betul bagi faham dulu ok.

Monday, March 14, 2011

2 mingu lagi.

sy busy.sangat2..nerves atau gabra,masih belum sempat fikir lagi.sekarang sedang bertungkus lumus settlekan doorgift.. lagi dekat masanya,lagi banyak dugaan dan cabaran.tapi malas fikir banyak.

Sunday, March 6, 2011

7.tailor atau designer?tukang jahit atau pereka fesyen?

ini untuk yang memilih tempah baju sendiri.di majlis yang mana anda tempah?sanding?nikah?

a)tempah baju nikah dan baju sanding dengan designer
b)tempah baju nikah dengan tailor dan baju sanding dengan designer
c)tempah baju nikah dan baju sanding dengan tailor
d)sewa kedua-duanya dengan mak andam

anda yang mana?ia sebenarnya ikut keutamaan masing-masing.ada yang mementingkan rekaan esklusif ,ada yang mementingkan hak milik dan ada juga yang sempoi.yang mementingkan rekaan eklusif,maknanya baju itu baju kahwin dia,dia mahu jadi orang yang mula-mula pakai design itu.dia tidak suka hanya menjadi orang yang mengikut sebiji-biji.hehe.
ada juga yang mementingkan hak milik,maknanya dia tidak suka berkongsi baju dengan orang lain dan menjadi siaran ulang tayang je.dan ada juga,tak kisah langsung.

kalau tempah dengan tailor,maknanya kita bawa design yang disukai,dan mereka akan nyatakan mampu ikut design tersebut atau tidak.kebiasaannya harga tempah baju dengan tailor adalah 90 peratus lebih murah dari tempah dengan designer.kain kebiasaannya adalah pilihan kita sendiri .

kalau tempah dengan designer,harga kebiasaan adalah 90 peratus lebih tinggi kalau designer tersebut memang terkenal dengan keunikan mereka sendiri.kalau tempah dengan designer,mereka akan mendesignkan satu rekaan yang sesuai untuk kita selepas mendengar permintaan kita.kita hendak gaya yang macam ini,warna seperti ini dan macam-macam lagi.dan tugas designer biasanya akan pilihkan material dan sketch design yang baru untuk kita,sebab itulah harga mereka lebih mahal sebab mereka keluarkan idea dan memerah otak untuk membuat sesuatu rekaan.

antara designer -designer muda yang mungkin boleh anda konsider semasa membuat survey :

1)Nik Erwan Roseli
2)Unaisah Azlan
3)Hatta Dolmat
4)Nurita Harith
5)Najib Salman

6.baju nikah.sewa atau jahit sendiri?

baju nikah.
adakah baju akad nikah itu penting?
penting atau tidak sehelai baju nikah itu bergantung pada anda untuk menentukannya.ok,mesti akan kata,apa punya statement lah ni kan.mestilah penting.nikah kan hari yang sangat penting.yes,saya pun sangat bersetuju.tetapi untuk pengantin yang membuat persiapan dalam masa yang singkat,sempatkah?sempat.

ada yang lebih suka sewa pada mak andam dengan alasan : jimat.sebab lepas kahwin dah tak tahu hendak pakai pergi mana.takkan hendak pakai di majlis perkahwinan orang lain pula,haruslah di halau free oleh si pengantin nanti.ngeeengeee.

tapi terpulang pada masing-masing.terpulang pada hajat atau niat anda.macam ada orang,dia tak kisah sangat pasal baju nikah,bagi dia 'asal kahwin dan selamat dinikahkan ,sudah la'.design macamana pun dia tidak kisah.untuk orang-orang seperti ini,rasanya lebih mudah dan ringkas hanya sewa pada mak andam.kan.tak payah pening-pening fikir design atau kena beli kain lagi kan.

tetapi ada juga orang yang mengangap-nikah adalah hari yang paling penting baginya.segala hal dari sekecil-kecil perkara tentang nikahnya hinggalah perkara-perkara besar,di ambil dengan begitu details.untuk orang yang seperti ini,tentunya mereka lagi senang tempah  dengan memilih design pilihan hati.sebab bagi mereka-nikah hanya sekali dan sekali itulah apalah salahnya berhabis lebih sikit.

sekadar berkongsi,ini antara design baju nikah yang menarik perhatian saya,dan mungkin juga untuk anda.









Saturday, March 5, 2011

tak semua yang ku mahu...ku dapat.entry merepek,korang tak payah baca

MINGGU INI SANGAT MATI KUTU.SAMPAI TAK TAHU NAK BUAT APA.OK,TIPU.MINGU INI MINGU SAYA MENYIAPKAN SEGALA KERJA YANG PERLU DISIAPKAN.KERJA MACAM TAK PERNAH HABIS.MACAM KALAU DI 'BLINK' KAN,MAKNANYA HILANG SEKELIP MATA ALA2 AHLI SIHIR TU PUN,TETIBA AKAN DATANG MENDUYU-DUYU KERJA ITU.SIGH.PENAT.MINGGU INI SAYA SIMPAN IMPIAN HENDAK DATING DENGAN MEGAN FOX.TAPI DIA BUSY.SO TERPAKSA DIGANTIKAN DENGAN KEMBAR DIA - MEK DIAA.WHAT?DIAA FARIZA LAH.SANGAT COOL LAYAN SAYA,TEMANKAN SAYA.MEMANG PENAT GILER TAPI SAYA ENJOY MASA BERKUALITI YANG DILALUI DENGAN DIA.DARI SATU KEDAI KE SATU KEDAI,GAGAH BERLENGANG KANGKUNG,MENCUBA SETIAP TUDUNG YANG BERKENAN DI MATA,MENCUBA HEELS YANG MELETOPS DI MATA....MAKLUMLAH I SI GADIS LAST MINIT.OK,ENTRY INI TIDAK BERGAMBAR,KERANA SAYA TERLUPA BAWA KAMERA.DIAA TAK DE KAMERA BUAT SEMENTARA WAKTU.OH LUPA,MALAM TADI TIDUR RUMAH DIA.GASAKNYA KAMI BERGOSSIP DAN BERBUAL SAMPAI KE PUKUL 4 PAGI.ESOKNYA SAYA (YAWN....) MENGANTUK...OK LAH HARUS PERGI DULU YE,NI LINTAS LANGSUNG DARI NOKIA AJE.TIADA TALIAN INTERNET TEGAR BUAT SEMENTARA WAKTU.OH YE,SAYA TAK RETI GUNA SEBAB TU SEMUA JADI CAPLOCKS.SIGH,LOTIH DEN TAIP SEBUTIR-BUTIR.

Thursday, March 3, 2011

merepek



semakin dewasa,semakin banyak pula yang bakal kita kehilangan.itu resam dunia,resam dan putaran kehidupan seorang manusia.melangkah ke status baru  juga membuatkan kita 'terpaksa' melepaskan semua yang pernah kita simpan dalam diam atau secara terang.melepaskan semua kenangan perasaan jauh-jauh,merelakan semua ini terpahat pada ikatan perkahwinan.saya akui itu tidak mudah.tapi bukan tidak boleh.agak ralat kadang-kadang,bila apa yang kita harapkan tidak menjadi seperti yang di mahukan.semakin hampir waktunya,semua ini seakan kecamuk,seperti tsunami yang pernah datang dulu,pada saat itu angin sepoi-sepoi bahasa,rupanya hanya ditempat ku berdiri sahaja yang sepoinya aduhai,tapi di Indonesia,badai itu menghentam banyak nyawa.terlalu banyak nafas yang perlu aku hela setiapkali mahu memberitahu keadaan diri ku sekarang yang sudah tidak macam dulu.setidak-tidaknya tidak macam sekarang lagi.akan datang,semuanya berubah.

tapi hanya seperkara lagi masih belum ku khabarkan.kenapa?kenapa terasa tekak ini seperti ada kaca halus yang tajam yang menyulitkan suara ini keluar memberitahu kebenaran?mungkin perjalanan yang ku tempuh selama ini akan berakhir di destinasi ini.jangan ditanya apa ku rasa.kerana itu adalah satu perasaan yang telah ku tulis di angin lalu. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...