nuffnangku

Monday, February 28, 2011

5.mak andam atau M.U.A?

mak andam atau MUA?
yang mana pilihan anda?
well,macam biasa,ia sebenarnya bergantung pada bajet masing-masing.ukur baju biarlah di badan sendiri.jangan ukur ia di badan jiran sebelah ye.

mak andam biasanya mereka ini menyediakan segala kelengkapan dari pelamin,baju,aksesori,mekap dan hairdo.mereka kebiasaanya telah berpengalaman bertahun-tahun dalam bidang andaman.mereka mengandam anda maka sebab itu dipanggil mak andam.

MUA atau mekap artis adalah mereka yang kepakaran mereka adalah spesifikasi dalam menyolek wajah dan hairdo sahaja.mereka-mereka ini jarang menyediakan pakej atau menyediakan pelamin,baju atau apa-apa selain memekapkan anda sahaja.

terpulang pada masing-masing.ada orang lebih suka mengambil mak andam sebab alasannya,senang!tak payah pening-pening kepala nak fikir dan nak survey yang lain-lain dengan orang yang berlainan.nak follow-up pun tak pening sebab just perlu remind mak andam ni sorang je untuk pelamin,baju,mekap,aksesoari,kasut,veil dan macam-macam lagi.

kalau amik MUA,ini bermakna pelamin haruslah di ambil dengan vendor lain,dan agak banyak kerja dan kos lah juga sebab semuanya dengan orang yang berlainan.macam contoh:pelamin dengan vendor A,MUA dengan orang B,baju dengan designer C,aksesori sewa dengan orang D,maka bila nak remind dan follow-up,kita kena ingatkan mereka-mereka semua ini.silap-silapkita sendiri yang tercicir atau terlepas pandang nak remind mereka.sigh.macamana tu?

maka sebab itu harus ada listing and to-do list.kan.senang sikit.

untuk B2B melaka yang sedang bz survey,ini ada beberapa mak andam dan MUA area melaka yang mungkin dapat membantu anda

1)mak andam

-wiwintouch
 2.sayang creation

2)MUA




salima

Sunday, February 27, 2011

4.majlis nikah.

salam.
sepatutnya entri ini dikeluarkan pada hari jumaat,tapi disebabkan saya amatlah sibuk dengan segala macam hal,termasuk D.I.Y saat akhir,maka entri ini barulah terhegeh-hegeh di update pada hari ini (-____-')

majlis nikah.
majlis yang bagi saya lebih kepada teman-teman rapat dan ia majlis di mana tetamu adalah dikalangan kelaurga dan sahabat-sahabat.kita lebih dekat dengan mereka pada majlis ini.sebab itu majlis akad nikah adalah majlis lebih kepada personal.lebih privasi.lebih sentimental.kerana ia majlis menyaksikan perjanjian dua manusia yang pada hari ini adalah sah di sisi agama.dua manusia yang sitakdirkan Allah,maka ia sangat sentimental.

bagi saya,majlis ini kalau boleh biarlah di tempat yang suci atau ditempat yang sangat mencerminkan diri kita sendiri.eh tapi kalau mampu,tiada salahnya buat ia di sebuah dewan atau hotel.macam biasalah,entri-entri bernombor seperti ini adalah tentang saya,pendapat saya untuk diri saya sendiri.saya tidak berniat untuk memberi pendapat atau komen pada majlis orang lain.sebab lain orang lain pendapat dan impiannya kan.tapi untuk orang yang konservatif macam saya,saya mahu ia dilakukan di rumah atau masjid.tapi lebih kepada rumah saya sendiri.kerana ia ada nilai yang sukar digambarkan dengan kata-kata.kenapa tidak di masjid saja?sebab saya takut ada tetamu perempuan saya keuzuran pada hari itu dan tidak dapat turut serta di majlis itu.

kalau untuk pakaian pula,saya lebih prefer baju sendiri dari pakai baju mak andam sebab err,ini majlis nikah saya.bukan setiap hari saya bernikah,jadi apa salahnya saya membuat 1 baju baru untuk diri sendiri.kan.sebab nanti boleh disimpan buat kenangan pada anak cucu atau sebagai harta turun temurun(kekekeke,tak ada maknanya hendak jadi harta turun temurun).saya lebih suka baju yang simple sebab saya seorang yang simple.mekap yang simple dan segalanya yang simple.sigh.maafkan diriku kerana telah dilahirkan menjadi manusia yang sangat simple (+ _~')V

Thursday, February 24, 2011

3.warna tema.warna apa ye?

kita jarang buat majlis yang bertema.kebiasaannya kita hanya akan bermain dengan warna tema sahaja.ramai yang keliru,tema dan warna tema adalah berbeza.

contohnya  cik puan ann yang superb dengan majlis bertemanya.sangatlah mencair perasaan saya melihat pelaminnya yang sangat berbeza dari pelamin biasa.sunguh best,ok.ini baru di namakan bertema.

kebiasaannya wedding yang kita pergi hanya bermain dengan warna tema.kerana warna tema adalah yang paling mudah ditentukan.tema pula,bukan senang.di ulang-bukan senang.sebab apa saya kata bukan senang,sebab hendak menyuruh makcik pakcik kita yang separuh abad itu ikut tema kita,bukan mudah.kerana mereka sudah terbiasa dengan wedding turun temurun sejak dulu dengan cara yang satu sahaja.saya cuma kata bukan senang,tapi tidak mustahil.kalau itu kemahuan kita,kita cubalah sedaya upaya merealisasikannya.

macam contoh,tema bollywood.kalau untuk tema seperti ini,kita haruslah tahu warna-warna yang serasi dengan tema ini,pakaiannya pengantinnya seperti mana,pakaian pengapitnya seperti mana kan.,pelaminnya juga seperti mana.jangankan tema bollywood,pengantinnya memang betullah sudah ber 'leghna' tapi pengapitnya berkebaya,pelaminnya ala-ala bali.owh,jadi confuse identity nanti.ini hanya pendapat saya sahaja.terpulanglah pada anda.macam saya,saya lebih suka tema yang simple dan mudah yang tidak memeningkan kepala sesiapa.kawan-kawan pun tak pening nak cari baju.

ada juga yang hanya fokus pada warna tema.kalau fokus pada warna tema,janganlah mem 'pink' kan kesemuanya atau mem'biru'kan kesemuanya.rasa macam berpinar mata.beranilah bermain dengan dua warna berbeza dan kalau boleh pengantin biarlah dalam warnanya sendiri.jangan dari pengantin,pelamin,bridemaid dan semuanyalah dalam satu warna.

kalau saya,memang tak dinafikan pemilihan warna tema adalah sangat pening.sungguh pening.rasanya warna tema saya sentiasa berubah.ikut mood dan ikut mata memandang.jadinya saya sentiasa memilih jalan tengah iaitu walau apapun terjadi,semua masih dapat di selesaikan.macam contoh,baju pengantin warna putih.jadi warna baju pengapit,family itu boleh ditukar kalau kot kot mereka tak berkenan dengan warna yang ditentukan kan.putih kan masuk je dengan apa-apa warna.

ini pendapat saya.sekadar berkongsi.terpulanglah pada pendapat masing-masing,jangan kutuk saya ye semata-mata pendapat saya ni :(

Wednesday, February 23, 2011

2.majlis di mana ye?peninglah

mula-mula bila merancang buat majlis,akan terfikir-nak buat di mana?
rumah sahaja?
dewan?
atau hotel?

apa-apapun berbalik pada bajet kan.kalau bajet memang terbaik,apa salahnya.buat saja di tempat yang hebat.tapi jika tidak punyai bajet yang banyak?rumah saja lah pilihan yang ada.tapi buat di rumah pun apa kurangnya kan?biasalah mentaliti,kalau buat di hotel,mesti best,mesti hebat.kalau buat di rumah,ala tak best itu ini bla bla bla.

buat majlis yang memudahkan kawan-kawan dan saudara mara untuk datang dan kalau mampu tidak ada salahnya menyediakan majlis yang selesa untuk mereka,kan.walau buat di mana pun,ok je asalkan niat asal untuk meraikan pengantin dan tetamu tidak diselewengkan sampai jadi majlis menunjuk-nunjuk.

macam saya,saya suka suasana yang sederhana,simple dan rilex.tidak leceh-leceh dan rumit.

eh,orang yang buat majlis di rumah,lagi makan belanja taw sebab kanopi 1 dah berapakan.kalau 7 kanopi?katalah 1 kanopi adalah RM250 -RM350..darabkan dengan 7.hmmm,nampak tak? sebab itulah kebanyakkan orang lebih suka memilih dewan atau hotel.sebab kalau hujan pun,dia masih tak perlu risau tetamu akan kebasahan atau tidak selesa,kan.

tapi kalau buat di rumah ia adalah agak sentimental.ada nilainya yang tersendiri.saya juga suka kalau dapat buat majlis saya di rumah saya sendiri :)

Tuesday, February 22, 2011

1.bagaimana membuat persiapan kahwin dalam masa yang singkat.

teehee.

salam semua yang sudi singgah di sini.
terima kasih kerana sudi melawat blog saya!(hug korang banyak2)
ok,mari terus kepada tajuknya-bagaimana membuat persiapan kahwin dalam masa yang singkat.
biasanya orang akan membuat persiapan dalam tempoh masa setahun lebih atau setahun dari tarikh perkahwinannya,kan?tetapi untuk orang-orang yang terlalu bz,kerja di institusi kewangan atau sektor perkilangan yang menuntut masa yang lebih,tentunya 24 jam sehari tidak pernah cukup,kan?ask my officemate,dan dorang akan mengiyakan.kesian kami :(


untuk mereka yang bz tetapi akan berkahwin dalam tempoh masa kurang dari 6 bulan atau 5 bulan,then how?semua boleh di siapkan sekelip mata jika duit memang berkepuk.tetapi kalau duit memang perlu dibajet-bajet,bagaimana pula ye?sebab saya pernah terbaca,lupa sudah di mana saya membacanya:

"jika kita mahu jimatkan duit,kita perlulah banyak korbankan masa kita.
jika kita mahu jimatkan masa,kita perlulah banyak korbankan duit kita"

yang mana pilihan anda?sudah tentulah kalau boleh kita mahu menjimatkan kedua-duanya kan?paling berbaloi kalau $$$ dapat dijimatkan dulu.hehe.pada pendapat saya,untuk bride to be yang kesuntukan masa ni,mula-mula luangkan masa beberapa ketika untuk membuat research.research.research.Research melalui blog B2B yang lain,Ex-B2B atau vendor-vendor.dan kemudian,email mereka terutama vendor untuk mendapatkan quotation harga atau B2B or Ex B2B untuk info.tapi janganlah tanya info yang mereka sudah sedia maklum postkan di blog mereka.dan jangan pula bertanya soalan-soalan yang tidak sepatutnya di tanya seperti berapa kos u buat majlis u eh?harga baju u berapa?dan macam-macam lagi lah.itukan sensitif,dan itu sangat peribadi.

kalau majlis anda sudah ada tarikh,lagi mudah.sebulan pertama,survey je dulu,disamping kumpul duit untuk membayar deposit jika ada yang berkenan.sebab itu saya kata survey dan research adalah penting sebab masa yang suntuk plus budget.supaya tidak terjadi di mana sudah bayar di vendor A tetiba terjumpa pula pasal vendor B pun menyediakan perkhidmatan yang sama dengan kos yang lebih murah.bagaimana tu?sengih jela.

yang penting,gerak hati.kalau kita rasa vendor tu boleh ekspresikan apa yang kita inginkan,jadi teruskan saja kan.kena ingat,masa singkat dan tumpuan perlu menyeluruh.

kalau majlis belum ada kata putus tentang tarikhnya,jadi ini agak sulit untuk kita booking atau minta quotation harga dari vendor kan?jadi ketika ini,settlekan benda-benda yang tidak perlukan tarikh seperti menyiapkan bilik tidur pengantin,pilih deko yang berkenan di hati ,DIY bunga telor ke atau sebarang kerja DIY yang menuntut masa yang banyak dari anda.jangan jadi macam saya,masa dah suntuk,baru hegeh-hegeh hendak memulakan projek DIY.last-last memang rasa macam saya sedang berlari seiring masa :) *padan muka!~*

yang penting,jangan cemas.walaupun masa sangat singkat.

kalau sudah ada tarikh,cuba settlekan yang penting dulu.yang penting itu apa?
1)pelamin
2)butik yang menyediakan pakej baju sanding,nikah,mekap
3)catering/lauk kenduri
4)kanopi
5)kad
6)barang hantaran
7)jurugambar

mula-mula booking dulu.bayar deposit.dan paling penting,jangan jadi bridezilla sangat.jangan tukar sana-cancel sana sini,nanti rugi deposit :) kan awal-awal dah suruh buat survey,itulah faedahnya :) lepas itu kena tetap pendirian,bila dah tetap pendirian,bolehlah slash item itu dari listing yang panjang itu dan proceed to the next number.hehehehe.bila ada sebulan dua lagi,sudah boleh rilex sikit sebab semua yang penting,telah di booking.kan.

untuk yang sudah membuat persiapan sejak setahun lalu,alangkah indahnya kan.tak pe.






ini pendapat saya,berdasarkan pengalaman orang sekitar dan sahabat.mungkin lain orang lain caranya

Sunday, February 20, 2011

review majlis Fariza Dan Hasnal : pelamin

mesti ramai juga yang tertanya-tanya pelamin nikah dan sanding Fariza Gadis Melayu ini dari butik mana kan?terutama Bride To Be Melaka yang sedang bz membuat survey ni kan.Pelamin untuk kedua-dua majlis adalah dari Sayang Creations.very well-known butik di Melaka sebab hasilnya memang tidak mengecewakan.Pelamin-pelamin sedia ada juga up-to-date,no kerawang-kerawang yang ehem itu.paling best-bawa je contoh dari majalah,dan mereka BOLEH menunaikan impian anda.baju-baju mereka juga tidak mengecewakan.berpengalaman luas dan paling best-harga reasonable.serius.

berminat?
ini contact numbernya :
016 662 5111 (kak Ani)



PELAMIN NIKAH
DSC_0053


PELAMIN SANDING
DSC_0038

selalu juga dengar bad review tentang mereka,so far sepanjang Fariza berurusan dengan mereka,Alhamdulilah,semuanya tidak lah seperti yang khabarkan.saya juga pernah survey di sini,dan mereka ini ok jer.so,untuk yang berminat,apa tunggu lagi..hehehehe.all the best,love...

review majlis Fariza Dan Hasnal : video



review majlis Fariza Dan Hasnal : video
macammana?sweetkan video gabungan majlis pernikahan ,malam berinai dan persandingan Fariza ini.semuanya sungguh simple tapi sangat sweet.video mereka adalah dari photosignature.untuk sesiapa yang berminat dengan hasil kerja dari photosignature yang glamer ni bolehlah melawat link ini :http://www.photosignature.com.my atau FB mereka : http://www.facebook.com/cartello . mereka ni sempoi dan tidak kekwat.hagagaga.so apalagi,all bride to be sekalian,silalah survey dan selamat membuat persiapan...

another artwork from Photosignature :

Thursday, February 17, 2011

ikan bakar sedap di Medan Ikan Bakar Pernu,Umbai

sempena dengan cik diela dan fyra datang melawat negeri bersejarah,maka nya mereka mahu saya meng'entertain' diorang.saya kurang tahu sangat sebab :
1)dah biasa di negeri itu
2)tempat yang biasa aje bagi saya,mungkin itulah tempat yang 'perlu' di lawati bagi mereka
3)kurang tahu jalan2 di sana,nanti sesat,teehee...

maka,saya bawa mereka pusing sekitar Dataran Pahlawan,Melaka.dan selepas itu mereka lapar,permintaan mereka,mahu makanan yang sedap-sedap sahaja.(-_-').mana mahu cari kan.pening kepala ku.tetiba teringat-Ikan Bakar.so apalagi,mereka pun setuju.maka bergeraklah kami ke sini.

Medan Ikan Bakar,Umbai

DSC_0251-1
inilah tempat yang menjadi pilihan kami akhirnya,selepas kedai idaman terlalu penuh.kenapa idaman?sebab berhadapan dengan laut.:(

DSC_0204-1
sesi pemilihan makanan laut sedang berlaku.hehehe.

DSC_0212-1
ini ikan yang dipilih.adoi,lazatnya.ikan ini fresh dan sangat segar.manis dan sangat sedap.

DSC_0224-1
udang yang di masak dengan butter.lazat giler,i tell you...

DSC_0225-1
sotong goreng tepung.juga sangat fresh.

DSC_0226-1
ketam black pepper,wallah....

DSC_0228-1
tengok tu mereka.makan da tak pandang kiri kanan dah.

DSC_0233-1
inilah kesudahannya-LICIN.

DSC_0230-1
thanx boss sebab belanja. :)

memang sedap.untuk sesiapa yang memang suka seafood(makanan laut)silalah datang ke sini.semuanya fresh dan sedap.yummy.

Tuesday, February 15, 2011

salam maulidur Rasul

salam readers.. semoga kita mencontohi keperibadian Rasulullah S.A.W..kerna dia kekasih Allah,dia insan kesayangan Penciptanya.marilah kita berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW..

Monday, February 14, 2011

saya gadis januari

DSC_1043-1
muka bahagia sambut birthday.

kami jumpa di KLCC.mula-mula lepak di Pizza Hut.ini antara makanan yang saya pesan.

DSC_0949-1

DSC_0948-1
sedapkan?

DSC_0944-1
sup.yummy.

ini muka-muka yang terlibat :
_DSC0021-1
ini kami bertiga-comel tak?

_DSC0054-1
ini mas comel.

_DSC0013-1
ini pula cik diela.

_DSC0047-1

selepas itu kami ke starbuck.jom layan pic2 kami.

DSC_1022-1
nampak sangat tak sabar-heeee.

DSC_0978-1
budak comel ni gigih angkut kek untuk saya-thanx laling

DSC_1026-1
tengok saya ni-tak sabar betul.hahaha

DSC_1041-1
lilin di bakar :)

DSC_1023-1

DSC_1028-1

DSC_1052-1
serius,i love my birthday kek.sangatlah sedap.

_DSC0103-1
terasa diri seperti sharifah aini.sangat tembam.

DSC_1066-1

_DSC0119-1
jangan kira lilin saya.TQ.

DSC_1057-1
DSC_1087-1
mas.

DSC_1058-1
nuril.

_DSC0094-1
sesi tunjuk GIGI.

_DSC0071-1

sempena hari lahir saya pada tahun ini-saya bersyukur dengan apa yang saya ada.mungkin ianya tidak seindah impian atau tidak sesempurna orang lain,tapi saya gembira dengan pemberian Tuhan.memiliki keluarga yang sederhana ,sahabat yang rapat dengan saya,apa lagi yang saya perlukan dalam hidup ini kan.saya akui saya positif melalui kehidupan,saya tidak juga memikirkan benda-benda yang tak penting dalam hidup saya.sebab ia membazir masa aje kan.semoga tahun depan umur saya masih panjang untuk menghadapi umur baru lagi.




last sekali,
DSC_1103-1
BYE.KAMI PULANG DULU YE.

Sunday, February 13, 2011

kad kahwin pilihan saya

kad kahwin.penting atau tidak?bagi saya penting.sebab ia seumpama kita memformalkan jemputan itu.bagi sesetengah orang,asalkan ada kad sudahlah.bagi saya?kad itu penting.sebab bukan setiap hari saya akan buat kad kahwin kan.so sekali seumur hidup buat,kalau boleh memang mahu design sendiri,tapi apakan daya,tangan tak bedung sejak kecil,makanya tiadalah saya mempunyai kemahiran plus kerajinan dalam mendesign kad kahwin sendiri.makanya haruslah ditempah.

LH creative adalah vendor kad kahwin pertama yang muncul dalam fikiran saya.kenapa?entah.mungkin sebab mereka popular kot?

design kad kahwin yang menjadi idaman saya adalah seperti sesuatu dalam gambar-gambar di bawah.saya google 'kad kahwin putih' maka muncullah gambar-gambar di bawah ini.untuk si empunya kad kahwin,harap maaf sebab tak dapat bagi kredit pada anda sebab saya google ia di google.walaupun begitu,kad anda tetap kad anda.saya tumpang pblish sekadar berkongsi idea.




nampak persamaan kesemua kad ini?
ya.
simple.
putih.
dan tidak sarat.

sekian,itu sahaja B2B.

dewasa

masa kecil.
kita selalu berangan mahu jadi cepat dewasa.
tapi masa itu kita tak sedar,bila dewasa,bermakna kita bakal dan akan kehilangan terlalu banyak perkara/benda.tapi itu kitaran kehidupan kan.kadang-kadang pahit untuk diterima tapi bak kata orang yang pahit itu ubat.kadang-kadang yang manis itu adalah penyakit.

dalam kehidupan ,kita selalu takut tersilap langkah.tapi pada saat kita terlalu berhati-hati itulah kita telah tersilap langkah.adoi kan.kadang-kadang kebanyakkan perkara harus let it be...biarkan ia bergerak sendiri dan biarkan takdir membawa ke haluan seperti yang ditakdirkan

Saturday, February 5, 2011

SALAM READERS,MACAMMANA HARI ANDA SEPANJANG CUTI PANJANG INI YE?UNTUK B2B INI LAH MASANYA M'SETTLE' KAN APA YANG BELUM SUDAH KAN...SAMA LAH MACAM SAYA.KADANG-KADANG RASA MACAM SAYA BERLARI MENGEJAR MASA YANG BERGERAK PANTAS.HINGGAKAN ADAKALANYA TERCUNGAP-CUNGAP UNTUK SEIRING MASA BERLALU.OH YE,ENTRI KALI INI MEMANG TIDAK BERGAMBAR SEBAB SAYA UPDATE MENGUNAKAN HANDSET SAHAJA.SUDAH TERLALU LAMA MENINGGALKAN BLOG INI TANPA UPDATE,JADI SEBELUM BERSAWANG,ADA BAIKNYA SAYA UPDATE DULU LAH YE,HEHE.ENTRI BERGAMBAR,AKAN MENYUSUL BILA SAYA SUDAH KEMBALI DI WILAYAH STREAMIX.HEHEHE.SEPANJANG CUTI INI,SAYA DAPAT JUMPA KAWAN2 BAIK SAYA YANG AMAT SAYA SAYANGI SEJAK 8 TAHUN LALU.BANYAK GAMBAR2 YANG x LEH BLA.HAAHA,NNTI SAYA UPLOAD YE.BILA DAH LAMA TAK JUMPA,MAKA HARUS ADA GOSIP TENTANG KISAH CINTA LAMA KAMI.BILA DIKENANG,EH....SO LOOOVELY LA.HIHI.OKLAH,SEKIAN LINTAS LANGSUNG DARI CIK LARA YANG JAUH DARI DAERAH INTERNET NI...DAAA...

Wednesday, February 2, 2011

kenapa kami comel?

pada 14 januari yang lepas,KLCC menjadi tempat pilihan kami untuk 'girls day out'.KLCC menjadi pilihan sebab ia mudah untuk kesemua kami.al maklumlah,masing-masing dari office masing-masing,jadi hanya KLCC sahaja destinasi yang membuatkan kami cepat dan mudah sampai.

berjumpa.
tak sah kalau tiada kamera-gosip-makan.
maka dua dari kami,gigih mengusung kamera ke hulu-ke hilir demi kepuasan sendiri dan sebagai kenangan di hari tua :)
kemudian update gosip terbaru yang lebih kepada update diri masing-masing.
paling best,sempat lagi bercerita tentang 'kalau sudah ada anak bla bla bla' see,sungguh dewasa kami sekarang kan.kalau dulu,jumpa je mesti cerita pasal -ko couple ngn sape skg' atau 'minah tu da putus?so couple ngn sape skg'

well,masa berubah.kita pun semakin dewasa semakin bertambahlah usia.owh,sebenarnya kami keluar kali ini kerana menyambut birthday saya yang ke .......n(sila isi tempat kosong sendiri ).gambar celebrate birthday masih belum sempat di upload.so bersabar ye :)

kali ini berbalik pada tajuk 'kenapa kami comel?',nak tahu kenapa?
nak?jomm,terjah kenapa saya kata kami comel.

..




..





..





..





..



DSC_0990-1-2
ini saya.peace.hahaha.ini lambang kumpulan kami.kami power rangers comel terakhir :)

DSC_1000-1
see,ini salah seorang geng power rangers comel saya.hehehe.

DSC_0988-1
ini pula?power rangers comel tapi garang.hahahaha

DSC_1007-1
ini pula power rangers comel tapi cute

DSC_0999-1
ini power rangers gak tapi lagi garang dari yang no 3.hehehe

siapa lagi mahu jadi power rangers comel?kalau mahu apalagi tabik sambil buat peace dimata.P.E.A.C.E!!~
hehe.
saya memang suka posing dan sangat suka melakukan aktiviti posing ini bersama teman-teman tercinta.
yang penting,mereka sporting dan sangat best.nanti lah saya upload gambar-gambar kami lagi.ada banyak woo.

love,
lara
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...