nuffnangku

Monday, September 5, 2011

raya yang pertama kali ini

Assalamualaikum
raya tahun ini sangat berbeza dengan raya sebelum-sebelum ni sepanjang hidup aku.selama 25 tahun 1st raya,beraya di sisi mak,ayah dan adik-adik.beraya di johor atau di melaka sahaja.tapi tahun ini,aku beraya di tempat asing yang aku tak pernah terfikir pun,pekan pahang.segalanya memang sayu dan hiba,tapi ditahan dalam hati.hendak nangis sangat pun,memang tiada faedah sebab ini resam hidup berumahtangga.


well,dah dewasa la katakan.
mak aku kata,ala buat apa nak nangis,bukan tak balik raya langsung kat melaka pun.
bagus mak aku,very da cool.so aku pun tak adalah melayan sangat kesedihan tu berlebih-lebihan.

aku dan suami cuti sebelum(isnin) dan selepas(jumaat)raya.maka,kitorang buat pembahagian cuti raya ini dengan cara paling adil yang kitorang mampu.sebab bukan senang hendak dapat cuti lama seperti ini.alhamdulilah atas kesempatan yang ada.tambah pula ini first raya kami sebagai suami isteri,masing-masing pun mahu beraya di kampung masing-masing,maka akhirnya cara yang kami buat,adalah yang paling adil buat kami berdua dan keluarga :)





jadual yang saya susun atur sebelum mendapat approval suami :)
27 08 2011-pulang ke melaka sebab aku nak divide barang2 raya untuk adik-adik dan beri mak,kuih raya yang aku tempah di opis.lagipun pagi tu suami hantar famili bos dia ke KLIA yang hendak balik beraya di sarawak,maka sudah separuh hari baru kami gerak ke melaka.syukur,sempat berbuka puasa di melaka.

28 08 2011-bergerak pulang ke pahang.aku pilih 1 Syawal di pahang sebab ini memudahkan kami berdua,lagipun sejak ramadhan suami tak berkesempatan pulang berbuka puasa bersama familinya,maka inilah masa yang ada.kami sampai lagi 15 minit sebelum berbuka,alhamdulilah sempat berbuka bersama familinya.

29 08 2011-seharian berpuasa di pahang.
30 08 2011-1st syawal di pahang.
31 08 2011-2nd syawal di pahang // bergerak pulang ke melaka dalam pukul 3 lebih petang.sampai di melaka dalam pukul7.30 malam.syukur tak jem teruk.

01 09 2011-3rd syawal di melaka
02 09 2011-4th syawal di melaka
03 09 2011-5 th syawal di melaka // gerak pulang ke kuala lumpur,sbb kami tak rela hadap jemm berjam-jam lamanya
04 09 2011-6th Syawal di rumah sendiri,kawan2suami datang beraya.

sebenarnya bukan mudah hendak beraya di rumah yang kita tak biasa lagi,dengan suasana dan cara yang berbeza.setiapkali raya makan ketupat bersama rendang dan kuah kacang di pagi syawal,tapi ketika di pahang,makan nasi minyak bersama ayam masak kurma.sedap cumanya ia berbeza dari tradisi yang saya lalui selama 25 tahun sebelum ni.tapi tidak mengapa,perlahan-lahan belajar dan timba pengalaman.

mula-mula semasa membahagi cuti,perasaan bercampur baur.ada suka,duka dan sedih.sukar hendak di gambarkan.tapi makin lama makin mampu adaptasi kehidupan baru dengan peraturan hidup yang baru.dulu,dengar cakap mak ayah sahaja.sekarang,kena dengar cakap suami dulu.kemudian baru dengar cakap orang lain.

semasa 25 tahun lalu,pagi-pagi salam cium tangan mak ayah dulu.sekarang cium dan tangan suami dulu.kelakar pun ada,sebab kami gelak2,tidak bersedu sedan.dan satu lagi,ini kali pertama kami beraya sebagai suami-isteri.alhamdulilah.pagi raya memang baju kami tak sedondon sebab suami tak mahu membazir beli baju melayu,sebab masa bertandang hari tu sudah tempah baju melayu warna turqouise.aku pula,tahun ini berminat dengan warna lain,maka,rilex saja walau baju tak sama kaler,janji happy.

Selamat Hari Raya pada semua yang sudi membaca blog aku ni.
juga kepada follower-follower tersayang.
kadang-kadang aku tulis secara umum mewakili perasaan aku ketika itu,if ada yang terasa hati,aku minta maaf.
kalau apa-apa yang aku tulis,juga menyentuh perasaan korang,sekali lagi maaf.
semoga kita gembira bersama keluarga masing-masing di syawal yang mulia ini.
semoga ikatan persaudaraan dan persahabatan yang terjalin,tak terputus dan makin erat.

maafkan tak?

DSC_0420-1
muka minta simpati korang maafkan aku :)

serendah-rendah hatinya aku memohon maaf jika ada terkasar bahasa,tersilap kata sepanjang berblogging.
terima kasih sudi singgah di blog aku even aku bukan blogger tegar.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih singgah blog ini. Sila tinggalkan komen anda :) tapi yang positif je taw.Kalau nak tanya apa-apa secara details, boleh email saya yea - veelara85@gmail.com

♥♥ Lara ♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...