nuffnangku

Wednesday, September 14, 2011

ruang waktu yang kita kongsi bersama.

Assalamualaikum.
Masih dalam mood raya lagi kan? sebenarnya masa syawal dan ramadhan aje antara masa terbaik untuk bertemu dan meluangkan masa dengan sahabat dan keluarga.masa-masa lain pun boleh, tapi lebih meriah bila raya.

DSC_0079-1
Atul- Nira- Aku.

bila lagi dapat buat aksi macam gambar di atas kalau bukan raya kan?kalau hari biasa, masing-masing sibuk dan jadual harian padat.kami bertiga bekerja dan membina kehidupan di tiga negeri berbeza. masa untuk bertemu pada hari biasa adalah sangat mustahil. kalau planning pun, kemungkinan besar menjadi gagal. hanya facebook sahaja medium yang ada untuk catch up segala kehidupan masing-masing yag tercicir. tapi sudah semestinya, takkan sama bila bertemu. kalau bertemu itu lebih fun! boleh gosip, tukar cerita , itu ini. pendek kata cerita tercicir 10 tahun lepas pun boleh catch up dengan pertemuan beberapa jam ini je.

dengan di temani suami dan adik, aku bergegas ke rumah Nira selepas sampai dari rumah mertua. mula-mula balik ke rumah famili dulu, salam-salam, tukar baju dan mekap-mekap, angkut adik sekali, bawa pergi rumah nira. sebenarnya aku dah terlewat. sebab settlekan kenduri rumah mertua dulu.kemudian baru bergerak pulang. sangat tergesa-gesa, nasib baik jalan tak jem. sebab Nira kata dia pulang ke shah alam, raya ke 3. takut tak sempat jumpa dia. Alhamdulilah sempat.dan keesokkan hari nya aku sempat lagi jumpa dia di suatu tempat.Nira ngok ngek ni tak balik raya ke 3 pun sebab MC. sabar jela.

sampai di rumah ira,sempat singgah sebentar, kemudian sama-sama gerak ke rumah Atul. the best things tentang aku dan Nira ni , kami sama-sama buta jalan. aku rasa kalau sepuluh ribu kali pergi rumah atul pun, tetap lupa jalan. itu memang kelemahan aku. tapi dulu. sekarang, aku sudah mampu ingat jalan sikit-sikit *tepuk tangan* ok fine.

jumpa rumah Atul.sampai, dihidangkan dengan mee goreng mak Atul.suami,adik dan nira tambah 2 kali.aku?no,im on diet.hahahaha.suami pula teruja dengan kamera nira sebab ada flash yang berbunyi-bunyi berdentang dentung macam dekat kedai gambar itu.gila hebat derr. maka banyak aksi kami bertiga yang sudah berstatus ini adalah hasil ehsan suami dan adik. bagus. lainkali dua-dua boleh ikut lagi pergi jalan beraya :P

mari layan gambar.


atulnira1

macam-macam gaya.

atulnira4

8 tahun kenal mereka. terlalu banyak kenangan yang pernah aku kongsi dengan diorang. suka-duka.

kitorang mula rapat masa di form 6 dalam satu kejadian. yang bila di kenang, memang gelakkan aje. alkisahnya aku beli topup di kedai depan sekolah. setelah di cuba,tak boleh guna. aku mengadu pada Atul. dia yang memang garang dan berani pergi tanya orang kedai tu dan minta pulang duit. orang tu kata kena pergi ke kedai tokei dia kat satu kedai berdepan dengan Hotel Renaissance. kitorang pun berjalan kaki dari sekolah ke kedai tu. masa tu aku tak fikir jauh ke apa, yang penting dapat semula duit aku. RM20 kalau tak silap. masa tu tingkatan 6, nilai RM 20 itu banyak kot. aku dan Atul jalan laju dan jauh ke depan, Aina dan Nira terkedek-kedek follow dari belakang. siap membebel bagai. peluh membasahi badan tak usah cakap. dah memang kalah macam orang mandi. settle semua, kena berjalan pulang semula. masa itu, masing-masing macam hendak pengsan. aku pun, sebab baru sedar, jauh giler aku jalan. kami yang mengalami, mesti gelak sebab itu kenangan manis. orang yang baca, tak gelak sebab tak berada dalam situasi tu :)

tapi itu ukuran sebuah persahabatan yang bermula dalam tempoh setahun lebih aje. aku hargai mereka yang sanggup susah payah bersama aku. dan masa bersekolah di tingkatan 6 adalah antara tahun terbaik aku, sebab hari-hari aku lepak bersama Atul dan Nira lepas habis waktu sekolah, di sekolah. sambil hari-hari curi-curi pandang mana-mana orang yang kami admire. * maaf,saya tipikal budak sekolah perempuan yang mesti akan admire pada budak lelaki di sekolah *

atulnira2
gedik*


atulnira5
selepas tingkatan 6 itu, kami dengan haluan masing-masing. tapi masih saling menghubungi sehinggalah hari ini, even kami sudah pun dengan status masing-masing. InsyaAllah akan kekal macma ini. kalau tak dapat jumpa kerap pun, setahun sekali pun sudah memadai. tapi lagi best kalau Olin ada sekali, baru perisa jadi lebih enak lagi :)

atulnira3-sesi gosip
hot story. candid habis ala-ala mak minah bergossip.

semoga semua ini berkekalan.InsyaAlalh.


atulnira6
dua gambar di atas-juru foto
dua gambar di bawah- suami isteri.

301085_10150232093352537_717547536_6380241_1488394691_n
penulis recycle semula baju nikah, muat lagi yo!sape hendak sewa boleh email aku :) chiffon beaded.


ok,ini sahaja update kali ini.Puan Lara sedang sibuk cari baju hendak pergi open-house nanti ni.hehe
ok,bai.

1 comment:

  1. ai dear - just added u recently...heee..pengantin baru jugak ke..??

    ReplyDelete

Terima Kasih singgah blog ini. Sila tinggalkan komen anda :) tapi yang positif je taw.Kalau nak tanya apa-apa secara details, boleh email saya yea - veelara85@gmail.com

♥♥ Lara ♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...