nuffnangku

Saturday, August 13, 2011

pre-wedding : perlu atau tidak?

Assalamualaikum.
lama juga tak berblog pasal wedding.perkahwinan.dan all about it,kan?bukan apa.saya selaku pengantin pencen( :p) semakin lama,semakin malas hendak berblog pasal topik ini,tapi saya masih menyukai segalanya tentang perkahwinan.saya masih addicted hendak membaca blog-blog B2B (Bride To bE) tentang preps mereka.kegigihan,usaha dan kerajinan mereka D.I.Y sangatlah kagum.tak kurang juga,yang membuat persiapan secara teratur dan simple.juga saya suka.walau macamana pun persiapan kita untuk majlis yang di war-warkan sekali seumur hidup tu,haruslah jangan membazir.haruslah jangan bridezilla terutama pada hari perkahwinan itu sendiri,sebab kalau sudah bercampur aduk perasaannya nanti,bila pula mahu 'menikmati' sehari yang sungguh 'sehari' dalam seumur hidup itu kan?

sebenarnya,pernah terbaca di wall(tak ingat siapa),ada perbahasan/perdebatan tentang pre-wedding itu sebenarnya adalah budaya barat.perlu di ingatkan tak semua 'budaya dari barat' itu tidak baik.kadang-kadang janganlah pesimis kalau dengar aje perkataan barat,semuanya tak elok,semuanya negatif.

lupa pula.

untuk yang tak tahu menahu apa kebenda pre-wedding tu,saya terangkan serba sedikit tentang ertinya.pre-wedding atau melayunya-pra-perkahwinan.kita ambil gambar bersama pasangan SEBELUM melangkah ke alam perkahwinan.atas tujuan dan niat apa,itu hak pasangan 'bakal' pengantin tersebut.ada yang menggunakan gambar pre-wedding sebagai deko pada hari perkahwinan.sebagai deko di buku tetamu,props dan macam-macam lagi.sebenarnya telah lama wujud istilah pre-wedding dalam masyarakat cina dan india.kita,melayu?baru bermula rasanya.

memang kebanyakkan idea yang diambil dari barat.salahkah?yang dimaksudkan salah itu bukan budaya pre-wedding itu sendiri.tapi isi kandungan prewedding itu dan itu juga bergantung pada bagaimana kita melaksanakan photoshoot pre-weds kita kan.ada ramai pasangan bakal pengantin ini tahu menjaga batas pergaulan walaupun ketika bergambar untuk pre-wedding.so,rasanya tiada apa yang buruk tentang itu kan.ia sebenarnya sama juga macam kita bergambar bersama ketika 'couple' cuma bezanya pre-wedding ini di ambil sempena kita tak berapa lama lagi mahu melangkah ke alam berumahtangga.faham kan maksud saya dan apa yang cuba disampaikan?

pre-wedding itu,walau berasal dari budaya mana pun,kita juga yang mengklasifikasikannya sebagai negatif atau positif.kita sendiri yang tentukannya.

berbalik pada tajuk.perlu atau tidak?
kalau kita ada bajet yang lebih sedikit,dan mampu,why not?
ia sebagai kenangan untuk kita di hari tua.
sebagai salah satu penyaluran 'rasa kegembiraan' mahu melangkah ke alam perkahwinan.
kalau yang tiada bajet?bagaimana pula?
itu juga bergantung pada kekreatifan korang.dan ada je photographer yang menawarkan harga yang bersesuaian dengan bajet korang.cuma kena rajinlah buat survey.
kena rajin menjengah dari satu blog ke satu blog untuk membaca idea dan perkongsian ex-b2b tentang di mana mahu cari photog yang affordable,photog yang hebat dan photog yang unik.
kalau tiada bajet pula bagaimana?guna handphone pun boleh :) asalkan ada je pic berdua.hehe.

sekarang orang buat pre-wedding dengan pelbagai props.lebih up-to-date dan jarang sudah orang membuat pre-wedding pakai baju pengantin.di kalangan kita,lebih suka membuat pre-wedding yang simple tapi unik.dengan sekeping kertas bertulis 'bakal berkahwin pada ... .  ... .  .. ' juga sudah unik dan kreatif.so tak perlulah pening-pening fikir hendak berbelanja besar semata untuk pre-wedding,buat yang simple,guna segala benda yang ada di rumah pun sudah dikira ok

(peringatan : ini untuk mereka yang bajetnya ketat,kalau korang bajet beribu,abaikan lah ayat aku ni.of coz korang mampu buat pre-wedding kalah sheikh muzaffar tu,atau pakai baju pengantin ketika pre-wedd,sebab pre-wed guna baju pengantin mahal wokey,ini aku sharing untuk mereka yang suka simple-simple je)



pre-wedding photoshoot yang cantik.cun.dan tak perlu bajet besar :

setakat belon dan raga.

hanya belon.boleh tukar dengan kertas/kad atau handphone :)

setakat buku dan cute blackboard,beli kat Daiso je baru RM5je.


so girls.
kalau memang berkeinginan hendak ber pre-wedding,buat.
jangan bertangguh atau tercongak-congak lagi.
nanti menyesal,sebab tak sempat.
kalau bajet yang menjadi masalahnya,cari alternatif supaya tak memerlukan bajet yang besar
kalau pasangan(lelaki)sukar beri kerjasama,ermm,korang pujuk lah dia.
kalau tak,korang buat je pre-wed korang sorang-sorang atau ajak dalam group dengan bakal bridemaids korang.posinglah macam ratu dan dayang-dayangnya.dan macam-macam lagi.
yang penting,jangan sekat idea dan keinginan korang.

happy preps dear B2B.
love,
Lara,ex-b2b.

7 comments:

  1. I like! yg penting, kite buat pre wedd mengikut kemampuan kita..asalkan ade memori sebelum mlangkah ke alam perkahwinan.

    ReplyDelete
  2. betul! i dont think its WAJIB buat.i hanya bertuah sbb dpt menang contest free pre wed and i bersyukur.haha sbb takyah kuar duit.hihihi..

    dan kalau pasangan tak nak,tak perlu nk nk meroyan kot...buat mcm idea u bg dgn bridesmaid tu pn dah ok i rase.

    ReplyDelete
  3. huhu~ sgt best ble buat pre-wedd nih.. sygnyer, enchek tunang sgt jauh..nk buat pre-wedd pn xsempat kot.. =( huhu~

    http://the-red-heart.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. nina :yup btul..buat sekadar yg kite mampu,skadar suka2 :)

    lisa : hehe,btul.ramai gak meroyan sbb pasangan xnak buat...tp klu dh kite nk gak,kena la kreatif cri idea len kn..:)

    ctmz : dear,klu long distance relationship mcmni,better setting masa or u just buat utk diri u n bridemaid je,unik n simple

    shura :hehe,apalagi dear...buatla cmtu gak..:)

    ReplyDelete
  5. sbnrnye tak la mahal sgt..skang ni Op dh byk..cr je OP yg baru nk naik, suh diorg charge utk shoot n burn..kdang2 elok jgk ada pre-wed ni..so we will be more prepared during real wedding photoshoot..tak la kaku jek nti

    p/s: skang i dh tau i nk kena snym mcmana supaya nmpk ikhls..hahahha

    ReplyDelete
  6. haha. gud one sara.
    tp yg pasti after pre wed baru aku tawu yg aku ni kaku mase posing. so OP byk kali soh aku practise utk wed nt..
    klu tak de pre we, harus aku keras je mase jd perantin.=D

    ReplyDelete

Terima Kasih singgah blog ini. Sila tinggalkan komen anda :) tapi yang positif je taw.Kalau nak tanya apa-apa secara details, boleh email saya yea - veelara85@gmail.com

♥♥ Lara ♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...