nuffnangku

Friday, August 19, 2011

orang kata cantik tu subjektif.aku rasa kadang-kadang tak praktikal pun ungkapan tu.

assalamualaikum.

orang kata kecantikan itu subjektif.
subjektif sangat ke?
aku rasa 'subjektif' itu macam jarang sangat praktikalnya.
dalam falsafah,dalam buku,atas kertas,memang praktikal.dalam kehidupan seharian kita,praktikal ke?

contoh 1 :

seorang lelaki yang hensem,ala-ala Aaron Aziz(nak juga Aaron) lalu sebelah kita.sebelahnya ada seorang gadis berpimpin tangan dengannya.kategori,memang tak cantik(mata korang pandang,hati korang nilai)

reaksi kita:
mencebik dulu.
'tu mesti perempuan tu kaya,sugarmummy la tu.' atau
'ala mesti skandal je tu,buat geli-geli' (andaian yang entah apa-apa)

contoh 2 :

sebuah perbualan antara dua gadis.dalam jem yang teruk.kereta jalan pun macam siput.mereka sekadar isi masa.
A : ada sorang opismate aku ni,muka dia ni not bad lah,hensem.kesian dekat dia.bini dia tak lawa pun.tapi untung pompuan tu.laki dia yang kemas umah,basuh baju,pendek kata semua kerja umah laki dia lah yang buat.bini dia tu jaga anak je.tu pun kalau anak dia berjaga tengah malam,laki dia yang bangun.
(point pertama,mesti sebut hensem dulu,nampak kan)
gadis B yang mendengar,cebik.
B : apalah kan.dah dapat laki hensem,baik pula tu,macam tu pulak perangainya.eh,memang laki dia hensem ke?
(point seterusnya,hensem dulu di ambil kira,lepas tu baru kebaikan)
A : ha'ah.hensem.
B : bini dia hodoh sangat ke?
A : memang tak lawa langsung lah.kalau dia dengan si R tu,lawa lagi la R tu.
B: oooo....

cukuplah contoh yang dua tu je.dalam banyak hal,kita kadang-kadang tak meletakkan kecantikan itu sebagai 'subjektif ' sangat pun.ungkapan itu selalu kita dengar.tapi jarang jadi praktikal.itu hakikat.kadang-kadang,kita rasa diri kita 'lebih' dari orang sampai ada masanya kita kata dalam hati 'kenapa aku tak bahagia macam dia,padahal dia tu 'kurang' dari aku pun' atau
 kita akan pelik dan tak puas hati kenapa orang yang memang tak cantik di mata kita,dapat pasangan yang lebih better/lebih hensem/lebih kaya dari yang kita dapat.

kadang-kadang kita macam blur,bila tengok perempuan yang berwajah cantik,lemah lembut dan label 'stok perempuan melayu terakhir' sejak sekolah lagi memang ramai peminat,masih tak kahwin-kahwin walaupun umur sudah hendak masuk 34 tahun.kita tambah pelik lagi,perempuan dari sekolah yang sama dengan si cantik glamer tadi ,yang memang tak glamer,tak menarik dan tak cantik,kahwin awal pada usia 25 tahun.walhal masa sekolah dulu,tiada lelaki pun minat dekat dia.tiada budak lelaki pun hantar surat hendak berkenalan dengan dia.kita fikir,kenapa.kenapa.dan kenapa.

well,bagi aku.cantik itu memang tak praktikal sangat kalau hendak di kategorikan sebagai subjektif.
kita guna itu adakalanya untuk tutup rasa bersalah kita bila kita hendak buat penilaian yang jujur macam apa yang hati kecil kita kata sebenarnya.
contoh :

seorang kawan kau, Joyah,tak glamer langsung,datang dekat kau.
'Peah,aku jatuh cinta dengan Abu tapi aku takut kecewa' (ketahuilah Abu: lelaki paling howt di sekolah)ok fine.

tambah joyah lagi,
'Kau rasa aku ada peluang tak ,nak dapat Abu?'

kau telan liur.hati kau akan cakap- 'Joyah,tak payah lah buang masa suka dekat Abu,dia confirm takkan pilih kau punya,dia suka perempuan yang cantik-cantik je'

tapi budaya kita ajar,cakap bertapis.berkias.beralas bagai.maka kau akan  lahirkan dalam ayat begini :
'aku rasa kau ada peluang.'

Joyah: betul ke?aku ni tak lawa macam Bedah.Abu tak pernah pandang aku pun.

Kau:ala,rupa paras tak penting,yang penting hati budi kan.lagipun cantik tu kan subjektif.

sigh.
biasalah.kadang-kadang mata kita ni pun 'berat sebelah' dalam membuat penilaian.
kalau lelaki hensem je,mesti kena dapat perempuan lawa.
kalau dapat suami baik,perempuan tu kena ada rupa paras jelita macam Rozita Che Wan.kalau tak lawa,kena dapat suami tak hensem,suami jahat,macam tu ke?

well,entri ini mungkin bias/berat sebelah juga,sebab aku buat penilaian berdasarkan perbualan sekitar aku je.tapi korang pun biasa dengar penilaian-penilaian seperti ni di sekitar korang kan?
bagi aku,semua manusia itu sama sahaja.cantik ke tidak ke,memang subjektif sebenarnya.
di mata kita memang orang tu tak menarik,tapi mungkin ada sesuatu tentang diri dia yang membuat orang suka dan sayang pada dia.mungkin peribadi dia menenangkan orang-orang sekitarnya.mungkin hati budi dia lebih menawan dari rupa dia.kalau kita tak kenal 'semua' itu,bagaimana kita hendak dapat keindahannya?macma buah durian,luarnya berduri aje,tapi di dalamnya terdapat keindahan rasa yang tak tergambar.maka,jangan menilai orang pada satu pandangan saja.nilailah dari pelbagai sudut dan kita mungkin akan temui yang cantik itu tetap cantik,kalau ia diletakkan pada tempat yang betul.biarpun bukan cantik luaran,tapi cantik itu ada di mana-mana.oh kalau begitu,itu lah yang di namakan subjektif.susah hendak cakap macamana. :p


love,
Lara
(saya bukan beauty queen,cantik tu subjektif sangat sampai susah hendak jadi cantik,kekekeke)

4 comments:

  1. :) cantik bg manusia semuanya lain2.
    jd bersyukurlah :) byk untuk diungkapkan sbrnya. hati yg suci itu > penting. :)

    ReplyDelete
  2. kan..btul tu...tp klu tgok psekitaran kite,mmg kite fokus lebih 'utama' pd cantik y satu tu dulu...

    yup...hati y suci itu lg penting :)

    ReplyDelete
  3. hahaha.i sll je berdepan situasi ni.in fact kdg2 perbualan dlm kereta ant dua manusia tu i berbual jgk dgn tunang i. tp tunang i kata "barula balance.sorg hensem sorg lg tak lawa.sorg lawa sorg lg tak hensem".

    dlu masa zmn2 remaja pun i fikir mcm tu jugk.nape la minah tak lawa tu ade bf hensem,aku takde org minat pun.hahahaha
    now i know. dlm mjlh ade kata kadang2 sukar dpt jodoh sbb ade perasaan benci pd org lain dlm hati.

    i like this post :)

    ReplyDelete
  4. lisa:tula kan..Allah tu maha adil...semuanya bsebab...tp kite ,of coz stil akan buat penilaian ttg rupa dulu..pastu bru yg seterusnya :)

    tu normal babe,kdg2 kite tgok pompuan tu x lawa pun,tp apsal lelaki tgila2 kan die..kite pelik,kite bfikir,maka akan lahirlah ayat 'knp aku xdpt mcm apa y die dpt'haahaha..

    thnx lisa :)

    ReplyDelete

Terima Kasih singgah blog ini. Sila tinggalkan komen anda :) tapi yang positif je taw.Kalau nak tanya apa-apa secara details, boleh email saya yea - veelara85@gmail.com

♥♥ Lara ♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...