nuffnangku

Friday, August 26, 2011

My Favorite Memory.

Assalamualaikum.

Hari ini lagi sekali aku teruskan buat cabaran blogging ni,dengan tajuk Day 11 – A picture of your favorite memory. semua orang ada memori kegemaran mereka, sama juga macam aku. kehidupan aku, masa muda remaja, tidaklah terlalu aktif sangat. hidup aku lebih tertumpu di rumah sebab mak aku surirumah, maka aku memang di bawah perhatian dan pengawasan dia, sepanjang masa. tapi aku bersyukur, hingga kadang-kadang ni jadi rindu hendak di jaga oleh mak aku. rindu hendak jadi perhatian bapak aku, bapa aku ajar anak bukan dengan rotan, tapi dengan membebel. hagagaga.

orang kata, masa muda remaja ni zaman yang paling cepat berlalu.
memang ia pun.
aku rasa masih tak puas hidup sebagai remaja.
masih belum puas, hidup di bawah jagaan mak ayah.
belum puas melalui pelbagai cabaran dunia remaja.
tapi apakan daya. kita manusia, bukan selamanya muda.
makin lama, makin berusia.
kadang-kadang hanya gambar sebagai penguat kenangan.


ini, pic kesukaan aku.ANTARA kesukaan.


DSC_0520a-1
RUNAWAY BRIDE. WITH THE PRINCE. Ba ha ha ha ha.

walau apapun reaksi dan mimik muka pelakon-pelakon ini, yang penting mereka memberikan kerjasama. sampai aku rasa setiapkali lihat semula gambar ini, seolah-olah memang aku dan dia sedang berlari dalam dunia sendiri( chewwah) bersama mereka-mereka itu juga.

kehidupan ini bukan terhenti pada satu detik masa sahaja.akan ada hari-harinya, bila orang yang bertahun-tahun berada dalam hidup kita, menarik diri melangkah pergi. atau ada juga yang datang tanpa di undang. kadang-kadang kita sangat mencintai seseorang itu, sudahnya dia berpacaran pula dengan kawan sendiri.apa kau rasa? rasa oren? begitu juga aku melihat orang yang pernah ada dalam hidupku, bertunang dengan seseorang yang mampu menjaga dia seratus peratus lebih baik dari yang pernah aku lakukan. maka,  aku rasa itu jalan terbaik untuk dia. antara aku dan dia, hanya tinggal kenangan untuk ingatan.

begitulah. semua orang ada memori mereka sendiri kan.
memori yang ada positif dan negatifnya.
semoga kita peroleh memori yang baik-baik sebagai kenangan di masa akan datang.


SALAM JUMAAT U'OLL..RAYA SEMAKIN HAMPIR

2 comments:

  1. mmg cntik gamabr itu. sweet.
    selamat hari raya. take care. :)

    ReplyDelete
  2. fariza : hehehe.thnx dear..selamat hari raya dear...

    ReplyDelete

Terima Kasih singgah blog ini. Sila tinggalkan komen anda :) tapi yang positif je taw.Kalau nak tanya apa-apa secara details, boleh email saya yea - veelara85@gmail.com

♥♥ Lara ♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...