nuffnangku

Saturday, August 27, 2011

kenapa wanita mudah memaafkan tapi sukar melupakan?

Asalamualaikum.

Maaf Zahir Dan Batin. Ungkapan paling sinonim bila hendak tiba raya. tapi sejauhmana berkesannya ungkapan ini? memang dari hati atau sekadar melengkapkan 'kuota' wajib di buat bila hendak raya? macam contoh, kalau tak buat rasa macam raya tu tak lengkaplah konon-kononnya. sebab apa aku cakap macam tu, selalunya bila hendak raya aje, kita macam insaf atas kesalahan kita, macam kesal sangat, tapi bila lepas raya terus perangai jadi macam hantu semula. aku tak cakap pasal orang lain, aku cakap pasal diri aku sebagai contohnya. masa kecik-kecik dulu, aku selalu degil dan tak nak dengar cakap mak aku. aku pemalas. kalau mak suruh tolong potong sayur ke siang ikan ke, aku merungut. tapi bila raya, minta maaf dengan penuh kesal sebab selalu tak dengar cakap mak,selalu banyak songeh. tapi lepas tu, tak sampai tengahari pun, bila mak aku suruh siapkan meja makan atau buat air untuk tetamu datang, aku merungut semula. lupa terus pada keinsafan dan babak air mata pagi raya tadi tu. sigh. seharusnya ungkapan maaf itu di ungkapkan dengan penuh maksud, bukan sekadar kata-kata.

well, untuk yang memaafkan pula, adakah benar maaf yang diberi itu ikhlas? ada juga yang 'terpaksa' sebab kalau orang datang minta maaf kat kau, takkan kau nak spoil situasi dengan kata 'sorry derr,aku memang tak maafkan kau sampai mati pun' lol. tengok keadaan juga lah kan. terutama orang yang rapat dengan kita, haruslah bertapis ayatnya. kalau tak, dia akan anggap kau macam manusia kejam berhati batu. padahal dia tak fikir kesalahan yang pernah dia buat pada kau. kan?

adakah benar perempuan ni lebih pemaaf dari lelaki? sesetengah pendapat kata begitu. sebab jiwa seorang perempuan ni memang lembut. cepat tersentuh. cepat terasa.  manakala lelaki ni, sukar memaafkan kesalahan orang tapi diorang mudah hendak lupakan kesilapan. betul ke?

bagi perempuan, kesilapan yang ada tu, bagai tinggalkan satu parut dalam hati mereka. kalau dah maafkan pun, jangan haraplah dia lupakan apa kau dah buat pada dia. sampai mati, dia kenang. gila betul lah kan.aku baca Harmoni,keluaran september 2011 baru tadi dan aku tertarik dengan tajuk ini memandangkan aku seorang perempuan dan aku juga termasuk dalam kategori ' aku boleh maafkan tapi jangan haraplah aku lupa apa kau dah buat walau 50 tahun akan datang pun' . korang rasa kenapa jadi macam ni?

kalau dah maafkan, buat apa ingat-ingat lagi,iye tak?

sesungguhnya seorang makhluk bernama wanita ini memang sangat kompleks orangnya.aku petik dari artikel Harmoni itu yang mengatakan satu kajian di Amerika Syarikat menjelaskan yang perempuan ini memiliki memori yang lebih kuat dari lelaki. kalau lelaki miliki 60 % ingatan, perempuan pula 75 % memori. maknanya 15 % lebih memori dari lelaki.  dan kajian itu juga menyatakan 15 % lebihan memori itu adalah daripada emosional memori. omaigodd. perempuan takfsirkan emosinya dengan pelbagai cara nampaknya. maka sebab itu aku rasa salah satu sebab kenapa kita ni payah sikit hendak melupakan silap orang.

dan dalam artikel itu juga menyatakan, seorang prof psikologi University of Stony Brook menyatakan otak perempuan ini lebih bersifat memori autobiografi.fahamkan? otak kita macam simpan semua kejadian atau apa yang berlaku secara details. kalau hal itu menyakitkan kita atau memusnahkan kehidupan kita, lagi lah otak perempuan berfungsi sebagai autobiografi yang menyimpan segala rasa tanpa gagal. :P

kalau ikut pendapat aku sendiri, aku rasa kita sukar melupakan silap orang terhadap kita sebab kita tak mahu terluka atau pisang berbuah dua kali dengan orang yang sama. itu membuatkan kita rasa macam loser atau sungguh bodoh bila 'terkena' berkali-kali pada orang yang sama. dan setiapkali kita ingat salah orang pada kita, kita seperti dapat membina kekuatan pada hati dan diri kita yang mengatakan aku takkan biarkan kau bodoh kan aku lagi,fullstop.

lagipun, maaf itu bukan sekadar kata. kita mungkin benci bila maaf itu sekadar kata-kata mainan bibir. seolah si pesalah tidak langsung insaf dan berusaha perbaiki kelemahan dirinya. dia gunakan ungkapan maaf sebagai senjata atau kelebihan pada dirinya untuk ambil kesempatan di atas sifat pemaaf kita. dan itu sungguh membencikan, ok. membencikan bila ulang-ulang terpaksa terima kesalahan yang sama.




*tapi kadang-kadang aku susah hendak lupakan dan susah juga hendak maafkan, macam mana tu?
*disebabkan kena paksa tolong mak kat dapur masa kecik, aku reti kenal sayur dan ikan ( 70 peratus), reti siang ikan dan potong sayur dan boleh bajet bahan-bahan hendak masak. tapi saya tak hebat memasak. setakat bagi orang tersyaang makan, masih boleh lagi lah .ngegegegegeh.







No comments:

Post a Comment

Terima Kasih singgah blog ini. Sila tinggalkan komen anda :) tapi yang positif je taw.Kalau nak tanya apa-apa secara details, boleh email saya yea - veelara85@gmail.com

♥♥ Lara ♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...