nuffnangku

Wednesday, August 24, 2011

Day 9 – A photo of the item you last purchased.

Assalamualaikum.

sepanjang bulan ramadhan, duit keluar macam air. bukan lagi air paip, sudah jadi seperti air terjun. beli macam-macam, tambah lagi hendak raya. kali ini perbelanjaan jadi double. sebab rumah yang perlu dijejaki dah jadi triple. aku tak sempat buat kuih tahun ini, mungkin kerana tiada masa atau sebab malas. aku rasa jawapan malas adalah lebih tepat. maka,semua harus beli. semua pun double cuma duit aku je tak pernah double. setiap bulan pun lebih kurang seperti itu juga.

pergi mana-mana,nampak aje benda comel, mesti nak beli.
pergi mana-mana nampak aje,benda murah, mesti mengila hendak beli.
apatahlagi sales. jualan murah. jualan penghabisan stok.
dan macam-macam.

tajuk entri adalah barang terakhir yang aku beli baru-baru ini.
well, seminggu dua ni memang aku takde membeli barang-barang sangat pun, banyak beli makanan je lol.
mungkin penerangan ini menerangkan kenapa aku semakin berisi sejak akhir-akhir ini.
no,im not pregnant.
tensen lah orang asyik tanya soalan seperti ini.kalau memang ye, aku akan gembar-gemburkan serata alam,ok.

ok,sudah.
mari tengok apa benda yang saya beli
1)

DSC_0166-1
DSC_0164-1
whiteboard, di beli di Daiso.of coz harganya adalah RM5.

pergi Daiso, mesti terpengaruh membeli certain barang-barang yang dijual. dengan harga RM5,so imaginelah, semua barang-barang yang terlalu ' cute ' boleh di beli di sini. tapi, ada juga barang yang tak sesuai dengan harga RM5 nya. ada yang memang berbaloi. dan ada juga, sedang elok harganya dengan RM5. so,kalau masuk Daiso, pandai-pandailah pilih ye. Aku beli sebab whiteboard ini sangat comel,kaler pink . adik aku rembat satu. aku pun amiklah juga. sebab hendak feeling zaman kecik-kecik main cikgu-cikgu, tapi bila besar tak jadi cikgu pun. huh. aku saja beli tanpa fikir apa kegunaan sebenar benda alah ni. blackboard pun ada tau. oh lupa,whiteboard ini siap sekali dengan marker dan eraser. so inilah reason sebenarnya aku beli.

// dan kemudian, bila aku dah tak tahu hendak buat apa, aku dapati kalau letak di peti ais, adalah sangat cute.
menjana idea romantik secara tiba-tiba juga.seperti ini :

DSC_0173-1

bila aku tulis benda merepek di sini, dan suami aku pun buat perkara yang sama, aku rasa itu comel. well,memang macam kanak-kanak punya, buat aku happy benda ni ada. kalau ada pesanan, aku boleh tulis aje di sini. dan orang yang satu lagi, akan mendapat pesanan aku. kiranya hint dalam diam kalau hendak minta duit raya, hahaha.

2.sesuatu seperti ini

DSC_0182-1
tahu ke apa ni?
hehe.

ok bai.

1 comment:

  1. fariza pun suka shopping kat daiso.
    brg mmg comel. he3.
    apa ea kat bawah itu?
    skirt/mop/etc hi3
    apa lg ea

    ReplyDelete

Terima Kasih singgah blog ini. Sila tinggalkan komen anda :) tapi yang positif je taw.Kalau nak tanya apa-apa secara details, boleh email saya yea - veelara85@gmail.com

♥♥ Lara ♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...