nuffnangku

Saturday, August 13, 2011

Day 5 – What makes you different from everyone else?

..Assalamualaikum.


setiap manusia itu sudah tentunya berbeza kan.perbezaan setiap manusia itu memang terjadi atas kehendak Allah.Maha AgungNya Allah menjadikan kita,setiap umat manusia yang lahir di dunia ini adalah berbeza sebab kita tak akan mungkin mendapat dua manusia yang 'copy paste' dari segi latarbelakang hidup,cap jari yang sama,kisah cinta yang sama,kesukaan dan kebencian yang sama,pendek kata seumur hidup mereka memang semuanya sama.

tidak.dan itu mustahil.

tapi memang kita akan ada persamaan dengan orang lain,tapi dalam nisbah yang kecil.mungkin kesukaan kita makan aiskrim sama dengan si A.kebencian kita terhadap cicak sama dengan si B.dan begitulah.

kali ini,soalan ini tentang apa yang membuatkan aku berbeza dengan orang lain.
mungkin bukan aku yang patut jawab soalan ini.mungkin famili,kawan-kawan atau suami aku yang patut jawab.
tapi tak pe,kita jawab juga.

aku selalu mencari apa perbezaan tentang diriku dengan orang lain.dalam maksud yang berbeza,keunikan atau keistimewaan yang membuatkan aku lain dari manusia yang berbilion dalam dunia ini.tapi seringkali aku gagal mencari jawapan yang terbaik.aku rasa aku macam nobody.

tapi kemudian,aku sedar.aku tetap berbeza dengan orang lain,sebab aku ada cara dan kehendak ku sendiri.tak mudah mengalah,tak mudah berputus asa.aku yakin dengan apa yang aku fikirkan dan aku selalu cuba cari cara terbaik untuk berdepan dengan masalah.

seperti qoute ini :

All my life I had been looking for something, and everywhere I turned someone tried to tell me what it was. I accepted their answers too, though they were often in contradiction and even self-contradictory. I was naïve. I was looking for myself and asking everyone except myself questions which I, and only I, could answer. It took me a long time and much painful boomeranging of my expectations to achieve a realization everyone else appears to have been born with: that I am nobody but myself. ~Ralph Ellison, "Battle Royal"



No comments:

Post a Comment

Terima Kasih singgah blog ini. Sila tinggalkan komen anda :) tapi yang positif je taw.Kalau nak tanya apa-apa secara details, boleh email saya yea - veelara85@gmail.com

♥♥ Lara ♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...