nuffnangku

Sunday, August 7, 2011

Day 2 — Your favorite movie

movie.
aku bukan kaki movie.gila movie pun bukan.
kalau hendak buat marathon movie,memang aku orang 1st yang muntah darah.
atau paling tidak,pura-pura pitam.
aku jarang pergi tengok movie.
dalam sebulan,sekali mungkin.
kadang-kadang 3 bulan sekali pun susah.
well,tengok cerita juga kan.

aku suka cerita yang ala-ala fairy tales :P
cerita yang happy ending pun aku suka,tapi ini kurang berbekas di hati.
kalau cerita hantu,memang favorite aku.
tapi kalau agak-agak cerita tu time raya nanti bakal keluar kat tv,memang aku tak pergi tengok punya.
tunggu jela raya nanti :P

aku suka kuch kuch hota hai.
kau rasa aku poyo,minah hindustan tak?
aku tak kisah pun.sebab aku suka cerita-cerita tentang kolej,percintaan zaman remaja ni.

lagi cerita yang aku suka-ada apa dengan cinta.
aku layan habis cerita ni sebab betul-betul dekat dengan jiwa aku time tu.
time sekarang pun 'dekat' juga walaupun aku bukan remaja lagi lol.
seterusnya di ikuti eiffel im in love.
dan cerita sedih 'A Walk To Remember'

setakat ini,tu je yang aku ingat.

aku perhatikan di Malaysia,kita kekurangan movie pasal zaman kolej remaja yang real.
faham maksud real?
suasana kolej sebenar.
gaya bahasa remaja sekarang yang sebenar
trend pakaian yang sebenar.
gaya hidup remaja yang sebenar.

macam Ali Setan,sebab apa ia meletup?
sebab cerita tu 'mendekati' kehidupan dan percintaan remaja pada zaman tu yang 'real'
Ada Apa Dengan Cinta juga meletops.
juga kerna apa?
kerna ia 'real' dan 'asli' dengan caranya yang sendiri.
tengok cerita tu aku terus minat hendak tulis puisi ( :p),terus minat hendak ada girls group(yang boleh menari bersama :p)
dan terus minat untuk menjalani zaman remaja yang indah.
dan puisi dalam cerita itu,sedikit masa dulu,menjadi igauan remaja.termasuk aku.heh.

kuch kuch hota hai juga popular dengan caranya yang sendiri.
jalan cerita yang menarik,membuatkan ada je cerita melayu yang tiru cerita ni bulat-bulat ( T___T')
aku suka cerita yang jalan ceritanya colourful instead of berendam air mata 24/7/31 (T-T')

aku harap cerita-cerita keremajaan seperti ini kembali lagi.


p/s : gossip girl?

1 comment:

  1. ohh i love gossip girl!the message so real in every episode.. :)

    ReplyDelete

Terima Kasih singgah blog ini. Sila tinggalkan komen anda :) tapi yang positif je taw.Kalau nak tanya apa-apa secara details, boleh email saya yea - veelara85@gmail.com

♥♥ Lara ♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...