nuffnangku

Thursday, August 18, 2011

bau wangi atau busuk yang lebih sukar hendak dihilangkan baunya?

asalamualaikum.

kalau antara bau benda wangi dengan benda busuk yang mana lebih susah hendak di hilangkan baunya?kalau tanya aku,aku kata bau busuk.



contoh pertama:

lantai rumah korang ada tahi kucing
kau cuma tabur dengan segala pewangi,wangian yang ada,bau busuk itu hilang ke?
aku yakin tidak.



contoh kedua :

korang pakai baju yang penuh dengan perfume yang dicurahkan hampir sebotol la kiranya,dengan wangian yang paling wangi,lepastu korang pergi dekat tempat pelupusan sampah,bertahankah bau wangi korang?aku rasa tidak.bukan setakat rasa.aku yakin.



entri ini wujud bukan untuk menghina orang-orangyang kerjanya adalah mengangkut sampah.itu kerja mulia kerana mereka menyenangkan dan mempermudahkan kehidupan orang lain.cuma kita kalau nampak mereka atau lalu sebelah mereka,siap tutup hidung.apakah.



sebenarnya itulah hakikat yang harus kita terima bila menjalani kehidupan.yang terkurang,yang tercela itu lebih orang ingat.kau pernah menjadi orang yang busuk hati dalam hidup seseorang,kemudian 5 tahun kemudian,dia bertemu kembali dengan kau,kau memang telah berubah,telah berhati baik,tapi dia tidak mungkin akan dapat terima kebaikan kau walau apapun yang kau berikan pada dia dek sebab kau pernah suatu ketika dulu menganiayai kehidupan dia.

atau contoh lain,selama ini kau memang kawan yang baik.suka tolong kawan.baik hati.sehinggalah suatu hari,kau jadi kawan makan kawan.kau rampas suami kawan baik sendiri mungkin sebab ketidakmatangan sikap ,kau buat dia macam tu.selepas itu,bertahun kemudian,kau insaf kembali,kembali jadi sahabat yang baik seperti mula-mula.maka,akan lupakah si mangsa terhadap keburukan kau merampas suaminya?aku jamin TIDAK.sampai bila-bila dia ingat apa kau buat pada dia.



tapi ini normal.

takkan kau hendak salahkan dia sebab tak terbuka hati melupakan kesalahan kau.
sebab tu orang kata,terlajak perahu boleh ditarik,terlajak kata dan perbuatan,kau fikirlah sendiri akibatnya.
kita perlukan masa bertahun-tahun untuk menjadi orang yang di ingati kerana kebaikannya,tapi percayalah,hanya dengan 5 minit kita mampu menjadi orang yang dibenci seumur hidup.

silalah pilih,kita dikategori yang mana.
fikir-fikirkanlah.

ini pendapat semata-mata,tiada kena mengena dengan yang hidup atau mati.

love,
lara

1 comment:

  1. senang untuk memaafkan tp susah nak lupakan kesalahan orang =)

    ReplyDelete

Terima Kasih singgah blog ini. Sila tinggalkan komen anda :) tapi yang positif je taw.Kalau nak tanya apa-apa secara details, boleh email saya yea - veelara85@gmail.com

♥♥ Lara ♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...