nuffnangku

Thursday, August 25, 2011

5 bulan.

215732_211595088866833_126593147367028_874755_4974401_n

mempertahankan sebuah perkahwinan tidak semudah yang di sangka.
ramai orang kecewa dan hancur kerana percintaan, tapi percayalah, cabaran selepas berkahwin adalah lebih mencabar.
selepas berkahwin, kedudukan kita berdua( suami dan isteri) bukan terikat pada nama sebuah akad nikah sahaja, tapi terikat dengan hukum agama dan tuntutan tanggungjawab.

bercinta dengan orang lain, mengharapkan orang yang lain pula dan akhirnya berkahwin dengan orang yang lain, membuatkan aku sedar, hidup aku memang sebuah pilihan di tanganku sendiri dan juga terjadi atas ketentuan Allah. selepas sah menjadi pemilik tulang rusuknya, aku yakin Allah Maha Mengetahui sesuatu yang tersirat dan tersurat.

hidup, bukan berpaksi pada kehendak semata-matanya. adakalanya, pertimbangan yang wajar diperlukan supaya kita tidak membuat perkara yang bodoh, atau membuat perkara yang sia-sia. aku sentiasa bermohon, agar apa yang terbaik untuk aku, itulah yang akan kekal denganku sampai bila-bila.

tak sabar hendak raya.
tapi tahun ni aku tak beli baju raya.
alasan, buat apa aku hendak beli.kan ada orang tolong beli kan.lol.
tak lah. yang sebenarnya aku merancang hendak recycle baju nikah aku semula.
dan juga baju bertandang aku, ok tak?heeee.




alhamdulilah.
tak sabar nak raya.


2 comments:

  1. sama macam kita last year...hahaha...

    ReplyDelete
  2. kiree : hehehe...apa nk buat,nk bjimatkan.hehehe

    ReplyDelete

Terima Kasih singgah blog ini. Sila tinggalkan komen anda :) tapi yang positif je taw.Kalau nak tanya apa-apa secara details, boleh email saya yea - veelara85@gmail.com

♥♥ Lara ♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...