nuffnangku

Saturday, July 2, 2011

tiupan lilin yang ke berapa ni?

Tahu tak,pulang awal dari opis merupakan satu nikmat yang tidak terhingga?ok,bukan balik awal.balik tepat pada masanya.untuk kitorang yang kerja di bahagian seumpama memproses makanan ini,memang susah hendak balik tepat pada masanya.kalau dalam seminggu asik balik tepat pada masanya,lepas itu bolehlah tengok ada mata-mata yang mengerling manja dan selepas itu kau akan rasa macam buat satu dosa besar.hhahaha.ok,lupakan tentang senario yang tak perlu dipanjang-panjangkan.


sebenarnya,

cuma hendak cerita,Isnin 27 Jun,kami berempat balik tepat pada masanya.mulanya kami rancang berdua-saya dan zai.berbincang melalui inbox facebook untuk keluar celebrate birthday Wani.tapi isnin tu,awal-awal pagi lagi kami dah cerita dekat Umi,dan dia pun setuju untuk keluar celebrate birthday wani.lunch,baru kami bagitahu wani.dia terkejut.

page

oh ye,siapa wani tu?


ini lah dia-si birthday girl :

DSC_0538

lepas office hour,mereka teman saya balik rumah sekejap,kebetulan wani parking kereta dekat area rumah saya.so,saya pun balik sekejap amik kamera DSLR dan tukar baju.kemudian kami ke KLCC dengan kereta Wani.riuh ok dalam kereta tu.bila jem je,masing-masing sibuk bermekap sebab saya sempat bawa beg mekap saya.

sampai aje,singgah Secret Recipe,beli 3 slices kek.ye,3 slice.sebab kalau beli sebiji,confirm takkan habis.kalau beli per slice,dapat rasa macam-macam kan.

a2

ini kek nya.

mari layan gambar,

DSC_0525

umi,wani dan zai.

DSC_0550

sesi menyuap kek.

DSC_0513

wani,saya dan umi-saya rasa kami memang suka bergambarlah.kan?

DSC_0537

DSC_0517

apa yang seronok sangat tu?

DSC_0511

zai,saya dan umi.

DSC_0506

yang boleh saya kata,saat yang kami luangkan bersama,memang best.penuh dengan gelak-gelak dan gosip.paling tak boleh lupa,bila kami berempat gelak bila pandang sorang mamat tu yang naik motor besar.dan dia pandang kitorang yang kat dalam kereta yang tengah mengumpat dia.kitorang berempat memang tengah pandang dia,tak sempat hendak pura-pura pandang tempat lain.bila dah kantoi,gelak terus aje la.

happy dengan this new friendship.kami boleh gosip,gelak-gelak dan bertukar-tukar idea tentang macam-macam perkara.satu je,aku harap persahabatan ni berkekalan.InsyaAllah dan Amin.

Untuk Wani.
happy birthday
semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki selalu.
semoga cepat kahwin
hope semua impian dan cita-cita tercapai.
dan aku harap our frendship kekal ye sampai bila-bila.


*sebenarnya entri ini dibuat malam semalam,tapi sebab blogspot jadi bad request setiapkali publish,maka entri ini baru di publish pada hari ini-1 Julai 2011*

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih singgah blog ini. Sila tinggalkan komen anda :) tapi yang positif je taw.Kalau nak tanya apa-apa secara details, boleh email saya yea - veelara85@gmail.com

♥♥ Lara ♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...