nuffnangku

Sunday, July 24, 2011

sebuah perkahwinan dan saya?

Perkahwinan.

Membawa banyak erti pada diri saya sendiri.
sesuatu yang saya tak pernah terfikir akan melaluinya pada usia 26 tahun ini.
dan membuatkan saya lebih banyak berdikari,memahami erti kehidupan yang sebenar dan lebih mematangkan diri.
kalau ada yang kata saya tak matang,its up to you,dear.sekurang-kurangnya i belajar memtangkan diri kan.

Saya ada seseorang di sisi yang sering jadi pemerhati.menasihati saya bila saya tersilap langkah.hmm,What do you expect to the young girl like me?I mean-perempuan muda baru berumahtangga :p takkan saya boleh jadi sehebat ibu-ibu yang telah bertahun bergelar seorang isteri kan.yang mana,suaminya menjeling lain macam sikit pun,dia sudah boleh baca apa kehendak suaminya atau apa yang tidak kena.saya akui saya masih merangkak dalam membentuk diri menjadi seorang isteri
yang baik.at least,saya berusaha dan berani gagal clap3 for me.suami saya jelling sampai mata dia pusing 360 darjah pun,belum tentu saya faham apa yang tak kena.heheheeh.saya juga banyak buat silap.selalu juga keras kepala dan suka buat sesuatu ikut suka hati saya.

Macam saya katakan tadi lah.what do you expect from a girl like me?saya masih suka bershopping,masih suka lepak bersama teman-teman,masih suka gossip(hehe),kadang-kadang tak fikir pun hendak menyimpan duit.mahu enjoy sentiasa.kurang suka pada kehidupan yang komplikated.kalau boleh mahu teruskan dengan gaya hidup yang sesimple mungkin.which is tak baik untuk seorang perempuan yang sudah berumahtangga seperti saya.ok,sebenarnya masih tak percaya ‘sudah berumahtangga’sekarang.

Tapi semua ini mendewasakan saya.secara sendirinya saya punyai kesedaran untuk masa depan.masa sebelum berkahwin,saya selalu was-was dan kurang yakin,mampukah saya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri.mampukah saya menukar peranan dari seorang perempuan belum berkahwin kepada wanita berumahtangga,yang membawa makna-banyak perkara harus dikorbankan sejurus selepas saya membuat keputusan untuk berkahwin.

masa hu ha bersama kawan  juga mungkin berkurangan tapi tetap ada ruang buat mereka.masa saya untuk memikirkan tentang kawan-kawan yang tiba-tiba berubah,tiba-tiba buat hal juga sudah tiada,kenapa kawan ni macam ni,kawan tu macam tu juga sudah tiada.masa saya hendak fikirkan tentang masalah dan pasal life orang lain juga sudah tiada.hendak berkonflik macam zaman kanak-kanak juga sudah tiada.dan saya lebih aman seperti ini.

Berkahwin juga membuatkan kita berada pada jalan yang betul sebab kita punyai seseorang untuk dikasihi secara halal dan sah.which is kalau kita cintakan suami,ia bukan setakat berakhir di dunia sahaja tapi dijangkau sampai ke hari akhirat.bagi saya,itu sesuatu yang sangat mendalam dan besar maknanya.Dua manusia dipertemu atas kehendak Allah.dan membuat lafaz juga di hadapan Allah,sebuah perjanjian dua jiwa manusia.

Selepas berkahwin,apa yang kita hendak buat atau lakukan,kita perlu mengutamakan suami.perlu fikirkan dia.sebab kita memang ada tanggungjawab yang besar terhadap dia dan dia memang ada hak ke atas kita,isterinya.kalau dapat suami yang sporting,alhamdulilah ,tak perlu lah ke mana-mana 24 jam hendak hantar report.cukup sekadar inform dan ok.dan tak perlulah putuskan diri dengan dunia luar.life macam biasa,cuma bezanya tangungjawab semakin bertambah.

Saya juga melalui hari-hari saya dengan adanya kawan-kawan dan bestfriend di sisi.masih lagi bermesej dan call bila perlu.tiadalah selepas kahwin,saya pun terus senyapkan diri dan focus terus kepada family.saya boleh buat kerja sambil menyelam sambil minum air lol .haha.sebab bagi saya,family,suami,kawan-kawan dan dunia saya yang sebelum ini semuanya sama penting.dan alhamdulilah untuk itu sebab saya punyai suami yang faham tentang semua itu.tiadalah aktiviti hidup saya terganggu dek kerana ada suami.yang penting,pandai jaga maruah,cukuplah kan.

Juga perkahwinan ini membuatkan saya selalu muhasabah diri.di mana kekurangan yang ada akan cuba diperbaiki.di mana yang kosong,akan cuba di penuhi sebaiknya.kiranya setiap hari yang di lalui adalah satu proses pembelajaran buat saya.saya juga selalu bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat,pelbagai label isteri.hehe.

Ada yang sudah menjadi isteri selama 10 tahun.
Ada yang sudah 15 tahun bergelar ibu dan isteri.
Dan mereka-mereka ini,memberikan definisi yang berbeza tentang sebuah perkahwinan.dan semua itu juga yang mana baik,saya buat pegangan,mana yang tidak,di jadikan ingatan.

Usia perkahwinan saya pun baru menjangkau 4 bulan.bukan 4 tahun atau 14 tahun.kalau untuk mereka yang sudah berpuluh tahun berkahwin,usia perkahwinan saya di anggap belum pun setahun jagung.masih banyak dan masih panjang perjalanan yang perlu di lalui.masih banyak pahit manis yang perlu di telan.tapi setiap hari yang ada,adalah sangat bernilai buat saya.dan entri ini adalah pendapat dan luahan peribadi saya



Terima kasih Allah untuk 4 bulan yang mendamaikan ini.
genap 4 bulan hidup bersama.
 
DSC_5705

2 comments:

  1. betul tu Lara, as for me, yg blum brumah tangga dan akan berumah tangga next year, insyaALLAH, para2 wanita yg dh 'senior' yg kbanyakannya adelah rakan sekerja sya, slalu bg nasihat supaya kite kene btul jaga rumah tangga kite..spt LAra ckp: yg baik, kite jd kan pegangan, yg x baik, jd kan peringatan, smoga rumah tangga kite stiasa di bwh redha NYA kan? Nina doaka yg tbaik for u syg..n pray for me too ya? **hugs**

    ReplyDelete
  2. dalam perkahwinan ni kene banyak tolak ansur dan bekerja sama menguruskan rumahtangga kan..:)

    ReplyDelete

Terima Kasih singgah blog ini. Sila tinggalkan komen anda :) tapi yang positif je taw.Kalau nak tanya apa-apa secara details, boleh email saya yea - veelara85@gmail.com

♥♥ Lara ♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...