nuffnangku

Saturday, June 4, 2011

review wedding : my wedding shoes

salam.
saya kembali lagi.hehe.lama sangat blog ini tidak berupdate,tapi,itu bukan bermakna saya tidak langsung online.saya hampir setiap hari baca blog-blog blogger yang sudah di exchange link di sebelah blog saya ini.memang saya rajin membaca blog.sebab saya jenis yang suka membaca.dulu-dulu memang rajin bawa novel ke sana -ke mari untuk isi masa lapang tatkala nak menunggu-nuggu ni,la ni zaman dah maju.hehe.baca blog sudah la kan.tak perlu lorat sangat hendak usung buku/novel ke sana sini.hampir 3 bulan berkahwin,maafkan saya sebab review wedding saya masih belum habis-habis.

kekurangan masa dan sumber untuk update.saya tak berapa reti update blog thru handphone.maafkan saya di atas kelemahan itu.

ok,review saya tentang wedding shoes saya.saya bukan seorang yang suka berhigh heel.sebab saya akan rasa diri saya over tinggi dengan adanya high heels.so memang rutin harian saya ni pun,memang jarang sangat saya rajin pakai heels.rajin beli,memang ya.tak tahan godaan.tapi bila hendak pakai,memang fikir 10 kali.hehe

so untuk wedding shoes,saya kena fikir 10 kali juga untuk membeli dan terpaksa usaha keras untuk mencari bentuk dan jenis yang sesuai.kaki saya sangat sensitif,cepat melecet dan memang akan menyebabkan saya sakit kaki after that.kesian saya kan.tinggi 3 inci pun payah nak jalan ni kan pula hendak pakai yang 5 inci.huh.

butik bukan tidak ada.tapi tahu ajelah kasut dari butik,macamana kan.so saya tidak mahu.saya mahu yang simple dan selesa buat kaki yang cerewet ini.puas menapak ke sana-sini mencuba pelbagai rupa dan bentuk,tapi amatlah sedikit yang serasi dengan kaki saya yang lebar ni.sigh.even kasut dari Guess atau Nine West pun tidak mampu menyamankan kaki yang suka melecet ini.

Kasut Nikah

DSC_0204

Vincci,Pavilion.
simple dan selesa.
3 inci rasanya.
warna cream/hazel

Kasut Sanding

DSC_0217

Padini Concept Store,Dataran Pahlawan Melaka
jatuh cinta kali pertama.
tapi tak beli.kali kedua,hari yang berlainan,jenguk lagi kasut ni,masih tak beli lagi.
tapi setiapkali hendak tidur,mesti teringat.
tak pasti sudah kali ke berapa baru beli,tapi lebih dari 3 kali rasanya dalam hari yang berlainan,minggu yang berlainan.
halangannya kerana tingginya 5 inci.saya kan dah kata kaki saya sensitif dan saya tidak reti mengawal kalau berjalan dengan kasut setebal ini.tapi saya sangat menyukainya.
akhirnya,beli lagi 2 hari sebelum kahwin.
bila tengok kasut ni dalam almari kat bilik,kadang-kadang senyum.kadang-kadang kesal.
teehehee..
biasalah,bridezilla kan.

4 comments:

  1. cantik la kasut dr padini tu.

    hehe, tym2 camni lah nk own kasut bebyk. lps ni xdpt da. haha

    ReplyDelete
  2. 2 2 pun cantik lara! tak reti berksut tinggi jugak..sebab tu kena heel yang tebal skit..=_=

    ReplyDelete
  3. hidayati farhan :heheeheh.tula,time2 cmni la leh mbeli tanpa rs bsalah byk sgt.hehe

    kina :tula...sama la kite..mmg tak reti berhigh heels ni

    ReplyDelete
  4. saya pun beli sama mcm ni! and memang.. setiap kali jenguk dlm almari tersengih sensorang.. :)

    ReplyDelete

Terima Kasih singgah blog ini. Sila tinggalkan komen anda :) tapi yang positif je taw.Kalau nak tanya apa-apa secara details, boleh email saya yea - veelara85@gmail.com

♥♥ Lara ♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...