nuffnangku

Wednesday, June 22, 2011

review wedding : bilik pengantin

salam semua.
hai.kali ni nak review pasal bilik tidur pengantin.saya macam biasa,sukakan sesuatu yang simple dan kemas.tidak banyak bunga sana-sini,tiada renda sana-sini.dont get me wrong untuk yang memang sukakan bilik tidur yang meriah,ini pilihan masing-masing kan.macam saya yang bajet tak banyak ni untuk kamar pengantin,dan sukakan sesuatu yang simple,pilihan saya adalah yang sederhana,kalau boleh DIY lagi best dan paling efektif,boleh guna semula selepas dah tak jadi pengantin :)

dengan bajet yang sederhana untuk kamar pengantin,saya berusaha mencari sesuatu yang menepati apa yang saya mahu dan bersesuaian dengan bajet yang ada.lagipun,bilik pengantin saya tu tidak menjadi tumpuan sangat sebab majlis bersanding saya di dewan.cuma masa nikah aje,itupun family mentua aje yang datang menjenguk sekejap.

dan saya juga tidak mengambil pakej dengan mak andam untuk menghias kamar pengantin ini.alasannya?saya memang tidak suka pada bilik pengantin yang sarat dengan bunga-bungaan dan langsir serta cadar yang berkilat-kilat tu.saya mahu ianya serba putih.tapi diberi sedikit warna ungu,sempena warna tema nikah saya :)

maka,sebulan sebelum majlis,saya dengan gigih,telah mengecat sendiri kamar tersebut.sebab saya hendak ia jadi seperti yang saya fikirkan.dinding di cat warna putih dan ungu.dan perabot yang dipilih oleh saya dan pasangan juga berwarna putih.

DSC_0680
perabot putih dilatari dinding berwarna ungu

kalau hendak tahu,merata saya cari cadar putih bersih seperti ini.memang ada,tapi kebanyakkannya berharga RM500 ke atas bersama comforter.sehinggalah kurang sebulan dari majlis,saya terjumpa cadar ini di Jusco(kalau tak silaplah)dengan harga yang kurang dari RM250.dengan renda pada cadar yang simple membuatkan saya jatuh hati.berbaloi rasanya dengan pembelian ni.lepas kahwin,boleh guna semula.

katilpengantin6
sebagai penaik seri,saya letak beberapa batang lilin.dan bunga melor.tujuan letak bunga melor sebab hendak bau wangi yang asli terutama bila aircond dipasang.

katilpengantin
dengan cadar dan perabot berwarna putih,saya rasa macam ia terlalu plain,kosong,walaupun selepas di letak beberapa lilin dalam pingan di atas katil,maka petang khamis sementara menanti bakal pengantin lelaki,diela,faira,nuril dan zira sampai ke rumah saya,saya pergi ke Tesco bersama Aina membeli apa-apa yang patut termasuk mencari bunga idaman.heh.ketika itu saya terlihat bantal merah comel ini.apalagi,grab ajelah,harga pun tak mahal.mulanya cari warna ungu juga sebab tak mahu nampak terlalu banyak warna pada bilik tersebut,tapi akhirnya pilih merah sebab saya mahu kamar tersebut nampak suci dan romantik.heh lagi.hahahaa.

katilpengantin4
langsir di kepala katil ini hasil DIY mak saya.riben dan bunga-bunga kecil itu telah dibuat oleh pengapit kesayangan saya-cik zira pada malam sebelum nikah.langsir-langsir ini dipasang bersama oleh saya dan mak.siap panjat tangga segala lagi tu.

katilpengantin5
untuk hiasan meja tepi katil pula,saya letakkan beberapa frame gambar pre-wedding kami,bersama paper lantern dan lantern berisi bunga dan lilin.

katilpengantin3
pandangan dari tepi

DSC_0062-1
dari depan.

16 comments:

  1. lara...deco bilik lara lawa gile..sejukk jee mata memandang

    ReplyDelete
  2. hii,

    woww.. gigihnye cat bilik! ;D
    simple+nice = cantik! congrats!!

    ReplyDelete
  3. cantik. mmg nampak suci. hehe. loves the splash of red/pink here and there :)

    ReplyDelete
  4. hish mata i tipu i mase 1st tgk bunga tanjung kat katil u.. mula2 ingat popcorn.. haaha *nmpak sgt tgh lapo* hehehehe


    meow~
    http://reneemeowweding.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. cantekkkkk hehehe..kreatif2 hehe..simple lagi best n cantik..x serabut2

    ReplyDelete
  6. so sweet so nice and sgt comel!!!! i love it vee!

    ReplyDelete
  7. elya:thnx dear :) sy deko simple jek...

    wafa:hehehe.d.i.y la katakan,harusla cat bilik pun sdiri,hehe

    nida:thanxxx dear,alhamdulilah

    cik puan nadia:hehehe.thnx dear.sy buat ikut hati dan pandangan mata jek,hentam asalkan boleh je

    renee:hahaha,comel la u ni...siap ingt popcorn lg..hehehe

    uya:hehehe,simple sbb i tak retibuat yg sarat2.hahaha.

    lisa:thnx dear :)

    ReplyDelete
  8. i like ur room decor. pretty color combination~

    ReplyDelete
  9. rai : hehe.thnx dear.kite buat ikut suke je...hehe..

    ReplyDelete
  10. maera: thnx maera...seganla blogger glamer dtg singah sini :)

    ReplyDelete
  11. sweet la ur pnyer deco..! simple but nice~ i luv it..~
    plg i adore is the lantern paper tuh! =)) xsbr nk p bli kat P.S... =)

    ReplyDelete
  12. nnti exchange link ngn kiter eyk mdm LARA.. =) here ok :

    http://the-red-heart.blogspot.com/

    ReplyDelete
  13. tq2 byk info yg sy dpt sbgai bakal penantin weee

    ReplyDelete
  14. huhu nak cari cadar putih bercomforter jugak..spy dapat feeling ala2 hotel gitu..tp tak jumpe...:(

    ReplyDelete

Terima Kasih singgah blog ini. Sila tinggalkan komen anda :) tapi yang positif je taw.Kalau nak tanya apa-apa secara details, boleh email saya yea - veelara85@gmail.com

♥♥ Lara ♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...