nuffnangku

Saturday, June 25, 2011

3 bulan bertemu jodoh :)

DSC_0725-1

Ketika Allah menulis takdirku.
Dia juga menuliskan satu nama dalam hidupku.
Bertahun aku menunggu satu nama itu.
Yang kata Tuhan kemudiannya,itu adalah rahsiaNya sebelum tiba masanya.


Akhirnya hari ini(25 Mac 2011)
terjawab sudah penantian itu.
inilah masanya untuk aku katakan :


Kamu adalah takdirku.
( dipetik dan di ubahsuai dari : Salim A. Fillah, Baarakallaahu Laka, Bahagianya Meraikan Cinta)


masih baru dan masih hijau dalam menjalani dugaan dan cabaran berumahtangga.
tukar status pun baru 3 bulan.
memegang status seorang suami atau isteri ,tidak sama dengan status bf-gf sebelum berkahwin.
kalau dulu,marah ke sedih ke boleh aje cakap dan fikir bukan-bukan.
boleh aje senyapkan diri berhari-hari.
atau boleh aje keluar merayap dengan teman-teman.
tapi selepas status berubah,semuanya perlu hati-hati.berbual dengan kawan atau cara berjalan pun perlu hati-hati.
nak keluar lunch dengan siapapun perlu dititik-beratkan.
hendak marah pun tak boleh lama-lama.
apatahlagi hendak ke mana-mana tanpa izin,kan.
perlu selalu ingatkan diri tentang status dan tanggungjawab yang dipegang.

tapi alhamdulilah,semuanya sehingga kini,dipermudahkan oleh Allah.
dalam pahit,masih ada manisnya.
dalam tergigit lidah,masih ada rasa manis pada lauk yang dikunyah.
dalam gelora,masih ada ketenangannya.
mungkin itu hikmahnya sebuah pernikahan.alhamdulilah.

macam orang katalah,pada yang tidak sempurna itu,masih ada kesempurnaannya.
kalau kita mencari kesempurnaan pada diri pasangan,sedangkan kita tahu kekurangannya,maka kitalah yang harus menyempurnakan apa yang terkurang itu.dan begitu juga dia,menyempurnakan apa yang kita terkurang.

semuanya ketentuan takdir.
pertamakali jumpa dia pun bukan dalam keadaan yang saya jangka.
bukan dalam keadaan yang saya suka.
tak pernah terfikir dia ini jodoh saya.
kemudian,ujian demi ujian datang dalam perhubungan.
tapi saya percaya-dia memang jodoh saya.
kenapa saya percaya?
1)gerak hati.
2)istigkharah.
ya,saya beristigkharah.dan jawapan yang diberi Allah,memang tidak syak lagi.

dan selepas itu saya semakin yakin.
dia,di pilih Allah untuk saya.

----------------------------------------------------------------------------------------------------

orang kata 'isteri mana yang tidak sayangkan suaminya kan.'
ia.itu tanggungjawab dan kewajipan seorang isteri.
keredhaan suami adalah umpama kemenangan buatnya.
jika tidak di dunia ini,ia satu kemenangan di alam sana.

'menyayangi dan mencintai suaminya tanpa sempadan.
bukan setakat berkekalan sampai ke anak cucu.
tapi biarlah sampai ke 'sana'  '
besar rahmat dan pahala buat isteri yang taat.seperti yang disebut dalam al-Qur’an, dan juga dalam hadis Rasulullah Shallallahu ‘alahi wasallam.Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:


“Jika aku boleh memerintahkan supaya seseorang sujud kepada orang lain, nescaya akan aku perintahkan seorang perempuan sujud kepada suaminya.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi)
 
begitu besar kuasa dan hak yang ada pada seorang suami.kan?
 
dan para isteri,bolehlah mengamalkan Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu Akbar sebanyak 33 kali setiap hari sebelum tidur seperti yang dipesan oleh Rasulullah kepada Fatimah Az-Zahra ketika Fatimah berkeluh kesah melakukan tugas menguruskan rumahtangga tanpa bantuan pembantu.hasilnya selepas itu Fatimah tidak lagi merasa terbeban malah merasa bahagia menguruskan rumahtangganya.biasalah kita,terutama isteri-isteri yang berkerja.siang penat bekerja,bila pulang harus menguruskan rumahtangga pula.menguruskan anak-anak pula.Wallahualam.
 
akhir sekali.cuma nak cakap,
genap 3 bulan menjadi seorang isteri pada hari ini.
alhamdulilah atas kurniaan dan rahmat ini.
cinta selepas kahwin,lagi indah rupanya.
Mudah-mudahan semuanya terus dipermudahkan oleh Nya
AMIN.

3 comments:

  1. moga sentiasa dirahmati Allah..bahgia selalu

    ReplyDelete
  2. SubhanaAllah.. Semoga kebahagiaan kaka hingga akherat kelak. Amiin. Saya pun ingin memiliki cerita sama dengan Ka Lara :-) Amiin Ya Robbal Alamiin.

    Siti

    ReplyDelete

Terima Kasih singgah blog ini. Sila tinggalkan komen anda :) tapi yang positif je taw.Kalau nak tanya apa-apa secara details, boleh email saya yea - veelara85@gmail.com

♥♥ Lara ♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...