nuffnangku

Thursday, May 26, 2011

Semanis Kurma

khamis.biasanya aku jarang ke mana-mana waktu malam-malamnya.seperti biasa,tiada cerita menarik sangat dekat TV.dan kalau tinggal sorang kat rumah,aku elakkan untuk buka TV3.aku menyampah tengok cerita hantu.aku bukan penakut tegar pada hantu.tapi aku seram.kalau tengok cerita hantu,tangan aku sebelah ni memang asik tutup mata je.kadang-kadang tergamak juga tengok dari celahan jari aje.haha.tapi jenis aku,aku kurang takut kalau kena tinggal sorang atau dalam keadaan bergelap.

sejak dari zaman study lagi,masa rumah sewa aku berhantu dan dikacau dengan sangat teruk,alhamdulilah,aku salah seorang yang tidak pernah 'diusik' oleh makhluk-makhluk seperti itu.kenapa?aku pun kurang pasti.tapi yang pasti ada seseorang tok bomoh pernah cakap aku antara mereka yang mempunyai semangat kuat.alhamdulilah.aku penakut juga tapi tidak kronik.

ok sebenarnya aku cuma hendak berkongsi tentang sesuatu yang aku dapat dari Semanis Kurma.dulu,aku agak jarang mengikuti rancangan ini,tetapi sejak status aku sudah berubah,siri rancangan ini seakan dekat dengan aku,aku jadi lebih peka dan lebih gigih mencari ilmu dan pengetahuan tentang hukum hakam dalam institusi kekeluargaan Islam.

lupakan tentang cerita hantu.aku dengar dari rancangan Semanis Kurma,katanya duit isteri adalah hak isteri.dan duit suami adalah untuk saraan keluarganya(anak isterinya).maka isteri Tidak Wajib memberi duitnya untuk kegunaan keluarga tetapi suami wajib.dan kata ustazah tu,kalau isteri tidak redha duitnya diguna,si suami di anggap 'berhutang' dengan isterinya dan hutang perlulah dibayar semula.wink.

tapi dalam pengurusan rumahtangga,semuanya harus ada komunikasi dan persefahaman.bukan satu pihak hanya memberi manakala pihak lain pula menerima sahaja.isteri zaman sekarang kebanyakkannya bekerja dan memahami tugasnya di sisi suami,keluar bekerja kerana ingin meringankan beban suami tetapi jangan sampai semua duit gajinya diserahkan suami.itu pesan ustaz tersebut.katanya tidak berdosa kalau kita tidak memberitahu secara jelas berapa gaji kita pada suami,cukuplah yang basic sahaja dan selebihnya itu hak kita untuk menentukannya.Wallahualam.

well,aku rasa semua ini bergantung pada diri si isteri dan suami.itu rumahtangga kita,maka hanya kita berhak menentukan semuanya.kita yang berhak menyusun atur tangga-tangga cinta di rumah kita berdua.kita yang mencorakkannya sendiri.aku hanya berkongsi apa yang aku dengar dalam rancangan tersebut.no bias atau berat sebelah.



Bermula gemilang cahaya

Petunjuk pimpinan yang Esa
Menempuh jalan hidup di dunia
Cabaran yang silih berganti
Dugaan mematangkan diri
Mengajar erti hidup ini

Berjuang berkorban demi cinta
Suka dan duka suratanNya
Mengenal makna jalan bahagia
Masa yang silih berlalu
Semakin hampir saat itu
Ya Tuhan tunjukkan
Moga selamat bersamaMu

Biarpun bersama kekurangan
Namun bersyukur kurniaan Tuhan
Iman di hati sabar menjadi pemujuk diri
DenganMu ku punyai segala
Tak kan beruntung seisi dunia
Limpah kurniakan petunjuk bantuan
Tempuh hari yang mendatang

Semoga..
Sisa hidup ini tak kan terbuang lagi
Setiap detik masa dalam amalan jua
Jangan dipisahkan denganMu kebahgiaan

Semoga dengan ini jambatan menemui
Cinta yang sejati
Itu yang abadi

Berjuang mencari iman taqwa
Perisai menempuh pancaroba
Penentu tempat rahmat bahagia
Seiring teman dan saudara
Pimpinan tauladan baginda
Ya Tuhan bantulah
Moga selamat selamanya


kehidupan berumahtangga itu ada turun naiknya.ada selisih dan gurauannya.ada tangisan dan tawanya yang tersendiri.setiap dugaan haruslah di tempuhi dengan kesabaran.itu ingatan saya buat diri saya sendiri.biasalah manusia kan.tambahan pula kalau kita ini isteri-isteri bekerja.kalau bekerja di tempat yang banyak cabarannya,mungkin adakalanya stress dan masalah di opis di bawa balik ke rumah,dengan penat dan letihnya menguruskan rumahtangga lagi,dengan mungkin pelbagai masalah lagi. :) semoga setiap dugaan dan cabaran dapat ditempuhi seadanya.InsyaAllah dan Amin.

5 comments:

  1. hi vee.i bole lupa malam td Semanis Kurma!!! pdhal i tgu tiap malam khamis.i tau tajuk mlm td "suami kikis duit isteri" sbb tgk iklan few days b4. tgk2 mlm td i tgk cite maya helena ke apa tah. sbb i benci tgk cite hantu tak abis2 kt tv3.haish.

    thanks for sharing isi semanis kurma mlm td k :)hehe

    ReplyDelete
  2. uya pn jarang tgk tp semalam punye issue best gk hehehe..nice post hehehe

    ReplyDelete
  3. mmg ada jenis lelaki yg suka ambik hak perempuan...sy pernah couple ngan org camni..semua harapkan kite yg kuar duit...

    ReplyDelete
  4. nad sempat tgk semanis kurma pasal duit suami isteri ni last week. dapatlah dengar sikit² sambil iron baju kerja. good info kan. kadang² kita pun xtau pasal ni kalau x tunjuk kt tv.

    ReplyDelete
  5. lisa:hi dear.hehehe...welcome dear.sharing is sexy kan.hehehe.

    uya: hehehe...thnx dear..sekadar bkongsi..

    kunangkunang: kesian kat u dear.alhamdulilah skg life wil b better kan...

    cik puan nadia :ye kan.kdg2 kite xtaw lgsung ttg smua tu..hehehe.nasib ada kat tv kan..

    ReplyDelete

Terima Kasih singgah blog ini. Sila tinggalkan komen anda :) tapi yang positif je taw.Kalau nak tanya apa-apa secara details, boleh email saya yea - veelara85@gmail.com

♥♥ Lara ♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...