
ini veil saya.ini bahagian depan.

ini bahagian atas kepala.

zoom in secara dekat

ini zoom in bahagian atas kepala.

depan.
macam yang saya ceritakan sebelum ini,veil yang siap tiada yang dapat memikat hati,maka saya buat keputusan untuk DIY.buat research sana-sini,baca sana-sini,ingatkan susah sangat,tapi sebenarnya ia masih ditahap sederhana senang-susah.erk,macamana tu?maknanya tidaklah terlalu payah hendak membuatnya tapi tidaklah terlalu mudah macam makan kacang.tapi saya kira amatur,janganlah mengharapkan beading nya sama hebat macam Sharifah Kirana,Datin Linda Rahim atau Qudyn.saya orang biasa yang terpaksa merajinkan diri demi kepuasan kehendak sendiri.
saya pergi Jakel,Masjid Jamek.Sebab kebetulan ketika itu saya membeli baju untuk pengapit-pengapit saya.alang-alang sudah ada di sana,saya tanya saja-saja pada S.A yang penyabar melayan kehendak saya tu.saya minta kat dia kain net.dia bagi pilihan,terdapat dua jenis.satu yang keras macam tapis air tu :) manakala satu lagi yang normal.bila tanya harga,ok boleh tahan.tapi dia bagi pilihan pada saya jika saya mahu lebihan kain net yang sudah siap dipotong kepada 2 1/2 meter dengan harga RM20.bagi saya,itu sudah terlalu ok.panjangnya pun seperti yang saya mahu.maka,sambar aje.kemudian tanya border lace pula.terdapat dalam pelbagai harga.yang penting,jangan malu beritahu bajet anda,nanti akak S.A itu tolong carikan.macam saya,bajet untuk border lace saya adalah dibawah RM100.

pengapit saya dipaksa menjadi model untuk seketika.hik3.ini kain net tersebut.

border lace diletakkan bersama.untuk melihat ok ke tak ok.

dari arah tepi.
done!
bagaimana mahu membuatnya?mari,saya tunjukkan :
1)

bentangkan kain net.kemudian guntingkan kepada bentuk D.mula-mula mak bentukkan ia guna suratkhabar,tapi lecehlah.maka,mak gunakan pembaris sahaja.dan kami bersama-sama bentukkan sampai jadi bentuk D.tak susah pun,dan tak payah sedih,kalau tak jadi sangat rupa D tu.
2)bentukkan menjadi D seperti gambar di bawah ini.sorry ye,gambar semasa kain net saya sudah menjadi D lupa nak snap.tapi bentuk D veil saya ni serupa seperti ini.saling tak tumpah.
3.border lace dipotong
dari seperti ini:
menjadi seperti ini :
4.lace yang telah dipotong,di aturkan pada kain net mengikut kesukaan hati masing2.pinkan dengan jarum peniti supaya ia tidak beralih.kemudian,jahit jelujur di sekeliling lace tersebut.jahit jelujur tu jahit biasa je,macam jahit main-main asalkan lekat je.kegunaannya untuk pastikan lace tidak beralih,dan jahitan ini akan dibuka selepas kita dah jahit guna mesin pula.
5.cuba pakai unutk melihat susun aturnya seperti yang dikehendaki atau tidak.
lace ini disusun begini di atas kepala untuk menjadi fokusnya.
ini pula dari depan(sila abaikan muka saya yang macam apa itu,hik3)
done!
sekarang,untuk maniknya pula.
saya suka manik glass pearl dari apple beads ni sebab ia berkilat dan tidak ringan.bila jahit,ia jadi berat dan akan membuatkan veil kita jatuh lembut di badan.manik ni ada dijual di kedai bersebelahan jakel masjid jamek.
manik halus2.
manik ni kalau beli katkedai sebelah jakel masjid jamek tu.buy 1 free 1 taw.harga RM 2.30.berbaloi. tuh.
ini pula manik blink-blink main bakar dan lekat.senang kerjanya.
mari lihat veil saya dari dekat:
pandangan tepi
close-up belakang kepala dari dekat
pandangannya dari belakang-see,labuhkan.ngeegegege.oh candidnya pic ni.hik3
sekian,review tentang veil DIY nikah saya.












8 kata:
cntik sgt2...thnks sbb wat tutorial =)
Adawiyah A.Halim: welcome dear..hik3..slamat mcube :)
sukanya entri. bleh jadik insprirasi nak diy. tapi daku tak kretip huhuk
wahhhh bunyi mcm senang.hehe.labuh jgak ek.kalau i yg pendek ni mau labuh gila jadinya tu.thanks for the review :)
cantikla veil u..bpe meter u beli net utk dpt veil yg labuh cm2 erk?..net 2 bidang bpe?
nice tutorial. really helps org yg x reti menjht like me :)
wahh nice tuto.. bleh buat bhn rjukan.. ;p thanks for sharing ya..
cinta utk kita:welcome dear :)
Post a Comment