nuffnangku

Monday, April 4, 2011

review wedding : MUA nikah dan sanding saya.Salima Make-up Artist.

DSC_0039-1
ketika nikah

188762_113635095384017_100002125814939_123396_1521764_n-1
ketika sanding

kalau anda perasan,review wedding saya mengikut turutan yang tak berapa teratur juga lah.hehe.mula-mula saya akan review tentang majlis nikah dan kemudian barulah sanding,in case anda tak berapa faham di mana hala tuju review saya ini sebenarnya.

berdasarkan entri ini : mak andam-atau-mua,akhirnya saya memilih MUA.kenapa?sebab saya suka wajah saya diberi perhatian yang lebih,MUA memang pakar dalam mencantikkan wajah.itu pendapat saya.kalau tak setuju,tak pe :) .untuk review kali ini saya gabungkan untuk majlis nikah dan sanding memandangkan saya mengambil orang yang sama untuk kedua-dua majlis..

siapakah dia?

salima-makeupartist

bagaimana saya menemui kak salima?of coz la melalui internet.hik3.tapi ceritanya begini,masa mula-mula membuat persiapan wedding,perkara pertama yang saya ambil berat adalah MUA.hasil survey mekap-mekap yang cantik adalah dari area KL.aiyok,kalau MUA dari KL yang bagus-bagus of coz lah mahal belaka,belum tambah lagi kos tranportation.pening kepala saya.hajat di hati saya,mahu :

1)MUA dari area Melaka atau Negeri Sembilan
2)perempuan,kalau boleh
3)harga yang saya mampu

akhirnya saya umpama jatuh cinta pandang pertama dengan hasil mekap kak salima.Dia menepati ciri-ciri yang dicari.

mula-mula dulu,mengidam hendak ambil kak Salima untuk majlis pertunangan pada bulan november 2010,tapi ketika itu dia sudah fully booking.masa itu somewhere in may 2010.sehari selepas dirisik,kalau tak silap.kecewa sungguh bila tengok jadual Kak Salima yang full.tapi akhirnya memang sudah rezeki saya,pada majlis risik tersebut,kedua family telah menetapkan pertunangan akan dijalankan pada hari yang sama semasa akad nikah.saya berkobar lihat semula jadual kak salima-Alhamdulilah.terus booking dia untuk kedua-dua majlis.

Alhamdulilah,saya sangat berpuas hati dengan mekap Kak Salima.mekapnya kemas dan tidak mencair.mekap untuk nikah,lebih kepada natural manakala untuk sanding,memang kekal macam baru lepas dimekapkan.bayangkan saya buat outdoor dalam keadaan berpanas selepas majlis,berpeluh tapi mekap saya tetap macam tu juga.sedikit pun tidak terusik dek peluh atau mencair kena panas.

Kak Salima punctual dan menyenangkan.senang bekerjasama dengan dia.untuk sanding,memang saya minta untuk diberi penekanan di sekitar mata.wink.selain itu,dia juga tolong pakaikan tudung dan baju untuk saya semasa nikah dan tolong saya dan husband bersiap semasa hari bersanding.pendek kata,untuk B2B melaka,tak perlu risau untuk mendapatkan MUA terbaik,sebab Kak Salima adalah antara yang terbaik.Good Luck untuk Kak salima.

tips : kalau hendak tahu MUA itu mampu mekapkan kita jadi cantik ke tidak,tengok pada penampilannya sendiri.kalau dia sendiri selekeh dan mekap muka sendiri pun nampak seram,faham-faham sendirilah.macam Kak Salima,dia slim dan masih muda lagi. :)

1 comment:

Terima Kasih singgah blog ini. Sila tinggalkan komen anda :) tapi yang positif je taw.Kalau nak tanya apa-apa secara details, boleh email saya yea - veelara85@gmail.com

♥♥ Lara ♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...