nuffnangku

Tuesday, April 19, 2011

review wedding : baju sanding saya.siapa designernya?

Salam semua.
hai,jumpa lagi.gigih aje saya buat review,macamlah ada orang hingin nak baca kan.sob2.(yela,saya bukan siapapun,sobs3 lagi)
heh.

sudah lama meninjau-ninjau design seorang designer ni.memang dia muda lagi,baru dan glamour.glamour dengan bermacam-macam.ehemm.siapakah dia?


nik erwan roseli

kenapa saya pilih dia?
-bajet saya sederhana aje.takkan mampu nak pilih Jovian mandagie punya.haha
-dia boleh ikut bajet saya.alhamdulilah.
-berbakat
-suka view blog dia dan suka hasil kerja dia.

saya mula bertemu dia somewhere around november if tak silap lah.mula-mula survey dan mesej dulu.tanya macam-macam.ok la,dia balas aje pertanyaan saya.beberapakali.after that buat appointment untuk bertemu dia.kebetulan ketika itu,dia buat promo,tempah baju dengan dia,layak mendapat baju melayu lelaki percuma.ok,apalagi,malas nak pening kepala fikir hendak hantar tempah mana pula baju si pengantin lelaki yang adakalanya macam groomzilla juga lah.

datang jumpa kali pertama.ok,saya mampu tersenyum puas hati.saya cakap saya mahu macam ni,macam tu,dia pun laju je lukiskan untuk saya.bila tengok,ok suka.cuma saya tak mengharapkan ia seksi dan jarang di bahagian dada,tapi......

ok,never mind.
puas hati aje.
inilah baju kami :

DSC_0076-1
ini gambar candid.
sila abaikan kami yang comot itu.haha.

baju pengantin perempuan :
DSC_0042-1
ratu dan pengapit.hehe.ala,bila lagi mahu mengelarkan diri sendiri 'ratu' kan.itu ajela sekali seumur hidup.wink3.

saya mahu ia simple.
tapi bukan kebaya pendek atau labuh.
sebab shape badan saya sangat tak sesuai berkebaya (+_____+')
mahu ia silver.
mahu ia ada riben merah di pingang.
mahu ia flowwy aje bila berjalan atau di tiup angin.


baju pengantin lelaki :
DSC_0698-1-2

dia mahu sesuatu yang ala pahlawan melayu :p
memang dia mahu baju sanding berjaket itu.
saya mahu ala kot seperti sheikh muzaffar.dia tak mahu.
dia mahu rasa macam pahlawan dulu2..grrr.
mahu ia dalam dua warna berbeza tapi tidak lari dari silver.
dan saat akhir,dia minta designer tambah sulam.
sigh.

memang groomzilla.tapi akhirnya dia berpuas hati dengan bajunya.

ramai yang komplen tentang dia.macamana saya?

no komen.anda boleh baca tentangnya di blog mereka-mereka yang pernah ada pengalaman dengannya.dia seorang yang baik,nice dan tidak bermulut laser atau cakap lepas.tidak suka bergosip dan berbakat.cuma biasalah,orang muda macam dia,masih baru hendak berjinak-jinak,belum pandai punctual dengan masa .tambahan pula sekarang dia tergolong dalam label 5star designer wit Hatta Dolmat,Zery Zambri,Rizman Ruzaini..antara yang menjadi designer untuk Anugerah Bintang popular Berita Harian(ABPBH)

kalau tentang bajet,dia memang antara terbaik yang boleh ikut bajet anda.
sepanjang saya membuat persiapan wedding,semuanya berjalan lancar kecuali yang 'ini'.sangat menguji iman.tapi malas nak layan perasaan sebegitu lama-lama.tapi saya suka baju itu.husband pun suka.

ok girl.kalau ada yang mahu tempah dengannya,atau baru bercadang-cadang,boleh minta pendapat saya.saya sudi aje berkongsi apa yang saya tahu dan pengalaman saya untuk membantu anda.email  pada saya : veelara85@gmail.com

2 comments:

  1. cam menarik jer :) tapi designer nie kat melaka ker?

    ReplyDelete
  2. hi..xla..area shah alam :)

    ReplyDelete

Terima Kasih singgah blog ini. Sila tinggalkan komen anda :) tapi yang positif je taw.Kalau nak tanya apa-apa secara details, boleh email saya yea - veelara85@gmail.com

♥♥ Lara ♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...