nuffnangku

Sunday, April 10, 2011

review wedding : baju nikah

Latest Update 04/ 03/2013 : jika berminat untuk sewa, boleh pm saya di FB page : Dreamsisters, harga, insyaAllah affordable 


salam semua.
apa khabar ye?sihat tak?untuk bride to be,preparation wedding anda camne?ok?kalau tak ok,atau ditimpa macam-macam drama dan masalah,senyum sajalah.anggap lah itu sebahagian dari dugaan.jangan stress-stress ya.untuk elya,selamat pengantin baru ye.semoga bahagia hingga ke hujung nyawa.amin dan InsyaAllah.

maaf setelah hampir seminggu tiada entri,hik3,poyo kan,macamlah ada orang nak baca sangatkan.sebabnya saya sudah kembali bekerja,maka jangan haraplah ada masa free yang begitu banyak.yang peliknya,even sudah menjadi Ex-B2B,tapi masih gigih blogwalking ke blog-blog B2B sekalian,terutama blog-blog yang saya dah letak linknya di sebelah kanan ni.masih suka membaca idea-idea kreatif dan preps B2B sekalian.oh ye,kalau ada sesiapa yang mahu exchange link,kindly inform ye.

kali ini review saya tentang baju nikah saya dan suami(ececeh,macam best tapi pelik pula bila menyebut suami).disebabkan belum dapat adaptasi diri sepenuhnya ke alam realiti,status FB saya adakalanya sengaja diletakkan sebagai husband(bila mengambarkan tentang suami),semata-mata untuk membuatkan saya sedar diri dan insaf yang saya bukan anak dara atau cik single lagi.dan perlu untuk saya sentiasa tahu sempadan diri.sigh,suami dah pesan macam-macam dah.

ok,membebel sangat.
mari layan gambar.tapi semua ini dari kamera saya aje taw.dari OP belum dapat lagi.semua entri dalam blog tentang wedding saya ini adalah dari kamera sendiri dan kawan-kawan,sehinggalah sebaliknya jika saya nyatakan ia adalah dari OP yepp.


DSC_0249-1
keseluruhan baju nikah saya.

DSC_0247-1
zoom in paras bawah baju dan kain.

DSC_0233-1
dari tepi pula.

DSC_0242-1
tangan baju tersebut

DSC_0232-1
pandangan dari bawah.

DSC_0236-1
manik-manik di depan leher baju

ini pula baju lelaki
DSC_0036-1
hehe.

mahu tahu siapa tailor nya?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
DSC_0246-1

DZIHNI.

ramai juga B2B yang bagi review kurang menyenangkan tentang butik ini,tapi kenapa saya tetap hantar juga?antara mereka ada yang kata,baju disiapkan beberapa hari sebelum wedding,design lain yang dikehendaki,lain pula yang dibuatnya.kalau dengar memang berpeluh juga dibuatnya.mula-mula memang mahu tempah di sini,tapi selepas blogwalking ke sana-sini membaca review tentang butik ini,saya lengahkan masa beberapa ketika untuk berfikir.entah kenapa hati saya berat mahu butik ini juga.mungkin sebab saya malas mahu survey tempat lain lagi.lagipun,apakata membuat cabaran untuk diri sendiri.kalau dengar pengalaman orang sahaja,adakalanya tak sama dengan pengalaman sendiri yang bakal kita lalui,kan?mari merisikokan diri.hik3,saya memang mahu mati sebab sangup mengambil risiko menempah baju dengan tailor yang pernah ada bad review dari orang terdahulu,juga menempah baju dari designer yang rata-rata juga memberikan review yang kurang menyenangkan.pasal designer,nanti-nantilah ye.tunggu giliran.heks2.

apa terjadi?bagaimana pula pengalaman saya?
disebabkan 'proses melengahkan a.k.a kononnya berfikir' itu mengambil masa sedikit,saya akhirnya membuat keputusan untuk menghantar juga ke Dzihni Butik.saya hantar kain pada bulan disember,itupun pertengahan.boleh bayangkan?wedding saya bulan mac.tapi disember baru terhegeh-hegeh hendak hantar tempah.kalau baju itu gagal disiapkan,saya akan salahkn diri sendiri sampai bila-bila.sigh.

pada resit,Kak Ina tulis tarikh pengambilan semula baju itu adalah genap sebulan dari tarikh saya hantar kain tu.ok,not bad(kata hati saya lah),nanti kita tengoklah macamana.saya bukan seorang yang bridezilla,maka tidak lah pernah hari-hari atau selama tempoh sebulan itu dok call dia tanya perihal baju nikah saya.saya pasrah.apa-apa jadi pun,redhalah sebab itu pilihan sendiri.

akhirnya,genap sebulan.

alhamdulilah.baju memang siap dalam tempoh dijanjikan.langsung tidak bermasalah berurusan dengan Dzihnni terutama Kak Ina.cuma saya dan husband perlukan beberapa alteration,macam saya,baju harus dikecilkan dari ukuran sebenar yang diambil sebulan lepas.alhamdulilah,konon dah kurus lah tu.hehehe.

jahitan kemas dan selesa.Kak Ina dan staffnya banyak membantu dan mudah mesra.alhamdulilah sebab saya tidak berhadapan dengan sebarang masalah dengan Butik Dzihni.yang saya perhatikan,baju-baju di butik itu semuanya up-to date dan cantik-cantik.mereka sediakan baju untuk disewa dan juga mengambil tempahan baju nikah atau sanding.juga terima tempahan untuk jahit veil dan manik.dan lagisatu,harganya untuk L dan P,affordable,InsyaAllah.

macam orang selalu kata lah,belum cuba belum tahu,sekarang dah cuba,maka dah tahulah.

dzihni boutique
No. 36B, Jalan 3/70, Seksyen 3, Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia

contact number : 010 2261978

7 comments:

  1. i loike this one...my fiancee pun tgh cari tempat nak tempah nikah..baju melayu..:P

    ReplyDelete
  2. baju u cntik! chiffon mmg nmpk lembut.hihi.i chiffon je kain.baju nye x.ah tetibe xsbr tgu baju nikah siap.june.lambatnyeeeeeeeee

    ReplyDelete
  3. iedchan:
    hi dear....hmm.tp jgn pcaya je pe y i ckap..sbb lain org,lain kehendaknye kan..g dlu,survey n kalau bkenan,teruskan.klu tak,cari butik lain..

    lisa:hehehe..nk tgu baju siap,mesti bdebarkan?

    ReplyDelete
  4. Salam :)
    Boleh tahu berapa harga tempah baju ni? Tq :)

    ReplyDelete
  5. kwn sy pun ada cadangkan Butik Dzihni ni, nk tau jugak bape upah dia? email me leen5354@yahoo.com

    ReplyDelete
  6. sy tgh review osl butik ni... sbb nak tempah baju tunang... semlm sume komen mcm ok... tp ari ni jmpe komen yg ckp x ok... price range die mcm mane ye... pls email sy tuanayu88@gmail.com.. thanks...

    ReplyDelete

Terima Kasih singgah blog ini. Sila tinggalkan komen anda :) tapi yang positif je taw.Kalau nak tanya apa-apa secara details, boleh email saya yea - veelara85@gmail.com

♥♥ Lara ♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...