nuffnangku

Wednesday, April 27, 2011

kehilangan.

kematian itu adalah episod terakhir sebuah kehidupan.
tapi ianya adalah sebuah permulaan untuk kehidupan yang abadi.

sabtu.
menerima berita tentang akak opis yang agak rapat dgnku yang kehilangan suaminya.
kerana kanser.
dalam usianya yang masih muda,aku masih tertanya-tanya.
bagaimana untuk dia teruskan kehidupan dalam serba kepayahan itu?

ahad.
terbaca status seorang sahabat yang mencari sahabatnya.
seorang guru yang hilang semasa keluar berjogging.
turut menitipkan doa untuk insan tersebut,semoga segera ditemui dalam
keadaan selamat.

isnin.
mendapat berita tentang kematian seorang kawan kepada kawan saya
dalam kemalangan lori dan motosikal.

selasa.
guru yang hilang semasa berjogging disahkan telah meninggal dunia.
meninggalkan seorang isteri yang sarat mengandung 4 bulan.

untuk yang membaca blog saya ini-silalah sedekah al-fatihah untuk mereka2 yang telah kembali ke pangkuan-Nya.
semoga mereka tenang di sisi penciptaNya.

Ya Allah.
perjalanan ini sukar diramal kesudahannya.
ia membuatkan aku sering berfikir.
andai masa yang sedang berputar ini tiba-tiba terhenti untukku.
apakah yang paling aku kesalkan?
apakah yang paling aku hajatkan?
terlalu banyak untuk diungkap tapi pasti tidak akan terungkap.
terlalu banyak yang perlu aku lakukan dan hajatkan.
semoga aku masih diberi peluang untuk terus hidup dan berbakti pada kedua orang tua.
untuk terus menjadi adik beradik yang baik,untuk cuba menjadi isteri yang baik dan sahabat yang sejati.

1 comment:

  1. Lara.i ade baca pasal berita2 tu.so sad kan.kalau i mesti dh meraung gila tak nk kawin dgn sesapa lg sampai bebila(over). huhu

    ReplyDelete

Terima Kasih singgah blog ini. Sila tinggalkan komen anda :) tapi yang positif je taw.Kalau nak tanya apa-apa secara details, boleh email saya yea - veelara85@gmail.com

♥♥ Lara ♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...